andai kau sudi

Wednesday, January 25, 2012

SEHINGGA HUJUNG NYAWA...

“Kamu nak ke mana tu, Nur?” Senyum meleret mengiringi pertanyaan si ibu. “Nur nak ke rumah Ina, bu. Nak hantar buku yang Nur pinjam hari tu. Petang nanti Nur baliklah.”

Si ibu hanya tersenyum. Buku lagi. Pasti tidak lain tidak bukan, novel cinta. Itulah Nur. Peminat novel cinta nombor satu dunia. Setiapkali didengarnya ada novel cinta yang baru sahaja keluar di pasaran, pasti dia yang akan menjadi orang pertama yang memilikinya.

Sungguhpun minatnya terhadap buku-buku berbentuk novel tidak ada yang dapat mengalahkan, tidak pula dia meminggirkan terus buku-buku sekolah yang seharusnya mendapat tumpuan yang lebih. Apalagi Al-Quran, panduan hidup umat Islam sepanjang zaman. Penerang zaman kegelapan, penyuluh kala kealpaan.


******************************************************

Nur pintar, bijak dan terang hatinya. Namun begitu, tidak semua yang bijak itu akan terus berjaya ke menara gading dan menyambung cita-cita. Dengan pendapatan yang hanya cukup-cukup makan, Nur hanya mampu menyambung pelajarannya sehingga ke Tingkatan Enam meskipun keputusannya sangat baik setiap kali. Semua tawaran terpaksa ditolak. Jika dia ditaja sekalipun, Nur tetap terpaksa menolak. Dia tidak sampai hati meninggalkan ibunya sendirian di kampung.

Nur bukan tidak tahu betapa tingginya nilai pendidikan itu sendiri. Nur tahu. Cuma, biar dipaksa sekalipun, dia tetap tidak mampu mengatakan tidak kepada hati yang tidak jenuh memaksanya memikirkan nasib ibu yang sendirian nanti. Bermacam-macam perkara bermain di mindanya. Sehingga ke tahap perkara yang bukan-bukan dan tidak patut difikirkan.


******************************************************

“Kau memang pandai layan budak-budak kan, Nur? Tak hairanlah kalau budak-budak pun suka kat kau.” Senyum manis meleret menghiasi bibir merah merekah milik remaja lelaki muda yang bertinggung di atas pasir bersebelahan tempat duduknya Nur.

Nur hanya tersenyum dengan pipi yang mula merona merah. Tidak pasti apa respon yang sepatutnya diberikan kepada kenyataan yang baharu saja dikeluarkan sebentar tadi. Meskipun begitu, pujian tersebut lebih elok Nur anggap sekadar “Kenyataan” semata-mata,  bukan pujian. Nur tidak makan puji.

“Amar, dah nak senja ni. Kejap lagi Maghrib. Bawaklah adik kau tu balik rumah. Tak elok main-main di pantai waktu-waktu macam ni…” tandan dahinya berkerut tatkala matanya tertancap ke arah sosok Wani, kanak-kanak berusia 5 tahun yang masih berlari-larian menujah pasir putih menebal yang menyelimuti pesisir pantai.

Amar hanya mengangguk sahaja. Segera dia berlarian menuju ke arah Wani. Disambarnya keras tangan anak kecil itu. Agak sukar lagaknya memaksa anak itu pulang ke rumah semula. Mahu tidak mahu, terpaksa juga Amar menggendong adiknya itu di belakangnya, demi memujuk anak kecil itu supaya lebih mudah menurut kata. Berbeza sekali caranya dengan Nur. Sekali cakap sahaja, pasti Wani tidak akan banyak jawabnya. Terus sahaja menurut. Mungkin kerana Nur sudah menjadi “babysitternya” sejak dia dilahirkan lagi. Tidak ubah seperti seorang ibu, namun tidak pula setara kasihnya dengan kasih ibu yang mengandung dan melahirkannya lewat rahim sendiri.

“Jangan lambat datang esok tau! Ibu aku cakap nak balik kampung petang esok. Lusa baru ibu balik semula ke rumah. Petang esok, kau jagalah budak ni dulu. Nanti malam, baru aku balik rumah.”

Laungan suara jantannya sayup-sayup kedengaran. Tidak jelas butir-butir katanya. Tenggelam ditelan angin laut yang bertiup kencang. Pepohonan kelapa sudah melambai-lambai. Semakin lama semakin keras. Tompok-tompok awan hitam juga sudah berarak merapati sesama sendiri, menandakan bahawa sebentar lagi hujan lebat akan turun menyimbah bumi. Nur bergerak pantas menongkah angin kencang. Bulu tengkuknya mula merinding seram. Sejuk sekali. Bertindan rasanya dengan kesejukan tiupan angin pantai.


******************************************************

“Weh, Amar! Kau dengan Nur tu ape cerr? Tiap-tiap petang aku tengok duduk bersantai dekat tepi pantai tu. Dah macam pengantin baru pulak. Bak kata orang, merpati putih dua sejoli. Hahahahahaha!!” Gelak tawa Hanif memecah kesunyian perpustakaan sekolah.

Dengan tidak semena-mena, sebutir getah pemadam bulat lantas terbang melayang ke arah dahinya. Hanif segera mencari arah datangnya tembakan tersebut. Matanya dibesarkan, galak memerhatikan keadaan sekeliling.

“Entah mambang manalah yang berani sangat cari gaduh ni?! Lepas tu sembunyi pulak!” omel Hanif sendirian.

Tiba-tiba, matanya tertancap ke arah sosok Cikgu Kamal yang sedang galak memerhatikannya, tak ubah seperti serigala lapar, dengan sorot mata yang tajam lagi menggerunkan. Jari-jemarinya pula masih tidak lelah-lelah menarik getah lastik yang menjadi teman mesranya selama memegang jawatan Guru Disiplin sekolah. Pasti itu senjata yang barusan menembak kepalanya dengan getah pemadam tadi. Cepat-cepat Hanif menundukkan wajahnya semula. Ternyata pandangan tajamnya tidak bisa mengalahkan sorot mata Cikgu Kamal yang jauh lebih mantap daripadanya. Apalagi dengan getah lastik itu. Bisa buta jika anak matanya yang menyambut getah pemadam itu tadi.

Cikgu Kamal memang begitu. Dengan riak wajah garang dan tegas, dia dikirakan cukup pakej untuk memegang jawatan tersebut, ditambah pula dengan sikap tegas dan garangnya, berwibawa, tidak menunjukkan sebarang kompromi terhadap tindakan salah laku yang tidak bersebab. Hanif? Dia pelajar “istimewa” yang sentiasa berjaya meraih perhatiannya dengan segala macam olah dan onar yang tiap-tiap kali dia bangkitkan di sekolah. Pantang mereka berdua bertemu muka, pasti ada sahaja yang tidak kena. Pasti sentiasa tidak tepat waktunya.

Amar pula sudah jauh membuka langkah menjauhi tapak peperangan yang baru sahaja tercetus sebentar tadi. Kakinya pantas melangkah menuruni anak tangga meninggalkan Hanif sendirian berdepan dengan masalahnya. “Padan muka kau, Hanif! Itula, mulut tu bising sangat. Mesti berjuta-juta insuran mulut kau tu. Tu yang kau guna sembarangan aje. Kan dah kena? Hahah!”

Terasa ingin saja dia melontarkan telefon bimbit berisi pesanan ringkas daripada Amar yang baru sahaja dia terima sebentar tadi. Hanif memang panas baran dan nakal orangnya. Pantang ada nama yang mengisi carta “pesalah laku disiplin” minggu itu, pasti namanya akan menduduki carta teratas sekali. Tidak terkalah rasanya kenakalan Hanif. Itu baru di sekolah. Belum lagi “carta jalanan” dan lorong-lorong gelap. Nama Hanif itu pun tak kurang terkenalnya. Cuma tidak diketahui oleh pihak sekolah sahaja. Orang lain, jika popular, semua orang akan tahu. Tetapi Hanif, meskipun popular, tidak ada pula yang mahu mengambil tahu. Bahkan, ibu bapanya sendiri pun tidak tahu. Dia bukan seorang aktor yang kuat berdrama, tetapi dia bijak menyembunyikan kelakuan buruknya di sebalik kesilapan serta gejala sosial yang memuncak naik di bandar itu.


******************************************************


“Weh, Hanif! Kau tadi ape cerr? Berjam-jam dating dengan Cikgu Kamal di perpustakaan tu. Melepas rindu ke?” Amar memulangkan paku buah keras.

Hanif hanya memberikan pandangan menyampah terhadap gurauan Amar yang ternyata sama sekali tidak lawak baginya. Bibir dicebikkan tanda tidak berpuas hati terhadap tindakan Amar yang meninggalkannya sebentar tadi.

“Dah, dah! Tak payah nak buat muka merajuk dengan aku, Hanif oiiii! Bukan aku nak pujuk pun. Geli ada! Dah meremang bulu roma aku ni hah!” Amar ketawa sendiri. Digosok-gosok lengannya.

Meskipun dia kurang menggemari Hanif, namun Hanif tetap dia anggap sebagai sahabatnya. “Berkawan biar dengan semua orang. Tapi, yang tak baik jangan diikut.” Begitulah pendirian Amar. Sesiapa sahaja boleh berada di sisinya kerana dia tidak memilih bulu. Cuma, seperti insan-insan yang lain, Amar juga sentiasa berhati-hati dalam memilih nilai-nilai baik yang boleh dicontohi daripada rakan-rakannya. Apa-apa juga kegiatan yang tidak baik, meskipun dipujuk dan disogok dengan segala bagai ganjaran mahupun bayaran, Amar tidak akan terpengaruh. Dia berpegang teguh pada prinsip hidupnya.


******************************************************

“Eh! Kau masih tak balik-balik lagi ke, Nur? Kan aku suruh jaga sampai petang aje?” Tersentap Amar melihat Nur yang masih berada di rumahnya. Sudah hampir pukul 7 petang. Senja merangkak membuka tirai malam.

“Apa pulak petang? Aku baru aje sampai ni. Bukan semalam kau suruh aku datang jaga Wani malam ke? Tu yang aku datang ni. Nak bawa Wani balik rumah aku. Esok, subuh-subuh aku hantar dia pergi sekolah terus.” Nur juga sedikit terkejut. Ah! Pasti saja dia sudah tersalah dengar semalam. Tidak hairanlah.

Amar hanya mengangguk sahaja. Tidak mahu berbasa-basi lagi. Pada fikirnya, baguslah jika Nur ingin membawa Wani ke rumahnya sahaja. Masakan pula dia ingin menambat Nur di tiang rumahnya semata-mata untuk menjaga Wani? Lagipula, tidak sopan sekali rasanya duduk bersama seorang gadis di rumah yang kosong, meskipun ada Wani bersama. Dia sendiripun bukanlah sebaik mana. Tetapi, dia masih tahu batas-batas pergaulan yang sepatutnya dia patuhi. Sebagai seorang muslim, dia cuba sebaik-baiknya untuk tetap berpegang pada tali syarat agama. Bimbang pula jika difitnah orang nanti. Sebaiknya Wani bermalam di rumah Nur sahaja. Dia sendiri pun belum tentu boleh melelapkan mata Wani malam itu nanti. Tidak bisa tahan rasanya jika Wani sudah mula merengek-rengek mahukan itu dan ini. Kesabarannya melayan kerenah anak kecil tidak setinggi mana.

Telefon bimbit yang berada di atas meja segera dicapai. Ditekan punatnya beberapa kali dan kemudian diletakkan di sisi telinga. Entah siapa pula yang sedang dihubungi oleh anak muda itu malam-malam begitu.

10 minit kemudian, terpacul wajah Hanif di balik pintu, tanpa salam, tanpa kata sapa. Hampir sahaja Nur memukulnya dengan penyapu akibat terkejut dek gerak-gerinya yang tak ubah seperti pencuri yang sedang memecah masuk rumah.

“Eh, Nur! Kau buat apa kat sini?! Malam-malam pulak tu.” Hanif tersenyum meleret. Ala-ala senyum sindiran, sambil keningnya diangkat-angkat.

Belum pun sempat dia menyambung bicaranya, Nur sudah melangkah pergi bersama Wani. Tidak perlu untuk Nur mendengar celotehnya lebih lanjut lagi. Melihat mukanya sahaja, Nur sudah cukup meluat. Dari jauh sudah terbau sindiran dan fitnah yang mungkin dihamburkan oleh Hanif andai dia masih berlama-lama di rumah itu.

“Bajet baik pulak perempuan nih! Cakap aje la nak dating dengan Amar dekat rumah ni. Mentang-mentanglah ibu Amar tak ada. Cehh!” Hati berbicara sendiri. Tidak tegar mulut berkata-kata. Bimbang pula tapak tangan Nur melekat ke pipinya nanti. Silap-silap hari bulan, bisa patah semua gigi. Namun dia tidak mudah menyerah. Dia tidak segera bertemu Amar, tetapi dia terus membuntuti langkah Nur dari belakang. Dia ada agenda menarik buat Nur dan Amar.


******************************************************

Subuh itu, segala-galanya bagaikan sudah berakhir bagi Nur. Dunianya seakan-akan berhenti berputar. Terkunci bibir, kaku segala anggota badan apabila terlihat akan susuk Amar yang sedang lena tidur di sisinya, tanpa seurat benang pun membaluti tubuhnya. Bergegar kakinya menuruni katil. Ke mana hala tuju dan di mana keberadaannya saat itu, dia sendiri sudah tidak mampu untuk memikirkannya lagi. Terasa begitu lemah sehingga untuk memaksa otaknya pantas berfikir pun sudah tidak mampu. Sungguhpun begitu, dia kuatkan dirinya. Satu-persatu helaian pakaian yang sudah tertanggal disarungkan semula. Saat itu juga dia melangkah keluar, meninggalkan neraka dunia yang baru sahaja membakar seluruh jasadnya.

Apa yang telah terjadi? Bagaimana bisa dia menemukan dirinya bersama Amar? Sebilik, sekatil? Garisan putih di tengah jalan terasakan bagai sedang bergerak-gerak. Sekejap dua, sekejap tiga, adakalanya pula tidak ada. Perlahan langkahnya diatur menuju ke rumah. Otaknya masih tidak mampu berfungsi.

“Nur!!” Suara halus itu membisik di telinganya.

Apa cerita semalam? Seronok? Hehehehehehe…” Hanif tergelak sendiri.

Begitupun Nur tidak memberikan sebarang respon, dia tetap membuntuti langkah perlahan gadis itu. Oh, tidak. Patutkah dia digelar “gadis” lagi?

“Kenapa kau diam ni, Nur?! Kau ni, aku susah-susah dapatkan “barang” tu semalam. Kau tahu tak? Kalau bukan kerana jasa baik aku, kau pasti takkan dapat bersama dengan Amar semalam. Aku tahu kau dah lama syok kat dia. Pasal tu aku nak tolong kau. Sekurang-kurangnya, ucaplah terima kasih pada aku. Kau jangan risaulah. Pasal “pil” tu, Amar tak tahu pun.”

Saat itu juga, Nur rebah menyembah bumi. Melutut di hamparan jalan. Air matanya mengalir deras. Hancur luluh hatinya. Pedih batinnya. Terbakar jiwanya. Wajah Hanif yang masih tersenyum dipandangnya sekilas. Saat itu juga, terlihat bagaikan langit semakin dekat dengannya. Berat, menghempap! Nur pengsan, tidak sedarkan diri.

Kelopak mata dibuka terasa berat. Sedikit demi sedikit, Nur meraih kembali kewarasan akal yang barusan meninggalkannya sebentar tadi. Hanif! Wajah itu masih ada di sisinya. Memandangnya dengan sedikit riak kecemasan, memaksa tandan dahi bertingkat, berkerut. Sejenak wajah itu tersenyum tatkala melihat dia sedar semula. Jari telunjuk diletakkan di bibir tanda rahsia masih tersimpan kemas.


******************************************************

“Tak pernah terfikir nak gendong anak tu walau sekalipun ke? Dia tu anak kau, Nur…”

Sepi. Angin malam bertiup sepoi-sepoi bahasa. Asyik bagi yang sedang menikmatinya. Namun, tidak berkesan apa-apa kepada dua hati yang ternyata punya gelojak sendiri. Tidak tersingkirkan dek angin yang tidak berhenti menghembus. Mengikut halatuju sendiri.

“Dia tu bukan anak Nur, Ibu! Dia tu anak setan! Anak luar nikah!!!”

Terkejut dek perkataan ‘setan’ itu. Seakan disentap jantung wanita separuh abad yang sedang bersimpuh, menyandar pada tiang rumah yang rapuh dimamah usia. Hatinya tidak putus-putus beristighfar. Memohon keampunan atas keterlanjuran anak gadis itu dalam menuturkan kata-kata.

“Tak baik cakap macam tu, Nur. Setiap kata-kata kamu tu adalah doa buat anak tu. Macam mana kalau diaminkan malaikat doa kamu tu tadi? Sembilan bulan kau usung dia ke sana, ke sini dalam rahim kau. Takkan tak ada secubit pun perasaan sayang kau untuk anak tu, Nur…?”

Titisan airmata yang mengalir punya erti kesedihan yang tersendiri. Bukan sahaja sedih mengenangkan nasib bayi itu, tetapi juga sedih kerana perubahan yang terjadi ke atas anak sendiri. Anak itu dahulu sangat lembut perilakunya, sayang akan anak kecil. Tetapi kini? Lembut? Tidak lagi! Sayangkan anak kecil? Jauh bara dari api!

Sayup-sayup kedengaran tangisan si bayi memecah kesunyian malam. Kedua-duanya segera menoleh ke arah datangnya bunyi tangisan. Hanya si ibu yang bergegas mengatur langkah mencari punca tangis. Nur masih tidak mahu berganjak. Masih dengan ego dan rasa bencinya. Tidak sedikitpun bunyi tangisan itu menyentuh naluri keibuannya. Dia lebih selesa melayan perasaan, ditemani sahut-menyahut cengkerik malam yang menambahkan lagi rencah sedih, pilu, serta geram yang sudah bercampur baur, mencipta aroma dendam  yang jauh terpendam di lubuk hati paling dalam.

“Masuklah, Nur. Susukan anak kamu tu. Kasihan Mak tengok dia. Dah seharian kamu tak susukan dia…” Si ibu masih tidak putus-putus mengalun kidung pujukan lembut, meskipun dia tahu ia tidak akan disahut.


******************************************************

Pandangan dilemparkan jauh ke tengah lautan yang luas terbentang. Indah sekali bulan malam itu. Terpancar sinarnya menerangi selautan air yang menutup bumi. Nur bagaikan laying-layang terputus tali. Terhuyung-hayang, terkapai-kapai kelemasan di dalam dunianya sendiri. Setiap hari, setiap malam, pasti ada saja susuknya merayau-rayau di tepi pantai, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, lebih menakutkan apabila kakinya sudah mula menjejak ke dalam air laut.

Baru seminggu ibunya meninggal dunia, Nur pula sudah jadi begitu. Malam kelapan, masih serupa. Berjalan sehingga air mencecah paras lututnya, kemudian berhenti pula dengan tidak semena-mena. Ditatapnya dalam-dalam air laut yang kabur-kabur, samar-samar dek simbahan cahaya bulan. Terlihat akannya serpihan-serpihan kenangan lalu yang terus-menerus mencucuk-cucuk matanya. Terasa sakit, lantas ia menangis. Bayangan itu bersimpang-siur berterbangan. Satu-persatu menjelma kembali di hadapannya.


******************************************************

17 tahun berlalu membawa segala pahit maung pergi bersama. Selama 17 tahun ini, rahsia Nur terkubur mati bersama matinya Hanif. Tidak ada seorang pun tahu akan perihal anak tersebut, waima ibunya sekalipun. Nur tidak pernah menceritakan apa-apa kepada ibunya. Pun begitu, arwah ibunya tetap menerima anak tersebut. Tidak pernah mahu bersoal jawab lebih lanjut. Kerana seperti Nur, dia juga hancur luluh tatkala diberitakan kepadanya bahawa Nur mengandung di luar nikah. Ketika itu, seluruh kampung menekan Nur. Segala-galanya menjadi sukar untuk Nur. Dia dibuang dari sekolah. Teman-temannya menaburkan fitnah yang bermaca-macam. Hancur masa depannya sebagai seorang pelajar, apalagi sebagai seorang wanita. Sebagai seorang ibu, tidak pula sampai di hatinya untuk menambah tekanan pada Nur. Apapun yang telah terjadi, di dalam atau di luar pengetahuannya dan bagaimana bisa dia mengandung, biarlah Allah sahaja yang menjadi tempat Nur berkongsi rahsia. Andai Nur tidak mahu berkata apa-apa, dia tidak akan mengorek apa-apa juga daripadanya. Dia berdiam diri, menjaga anak itu ibarat cucu sendiri, sehinggalah maut menjemputnya.

Apa pula perihalnya dengan Hanif? Khabarnya, lelaki itu mati dibunuh para pemiutang yang ke sana ke mari mengejarnya. Akibat tidak dapat membayar hutang yang melilit keliling pinggang, terpisah nyawa dari jasad.


******************************************************

“Kamu nak ke mana lagi malam-malam ni Wani? Dah macam kupu-kupu malam dah abang tengok! Pantang malam aje, mesti kamu nak keluar. Tak boleh ke duduk aje kat rumah ni?” Amar sudah hampir hilang sabar lagi.  Surat khabar yang dibaca dihempaskan ke atas meja.

Jenuh sudah dia mendidik anak gadis tersebut. Jika bukan kerana janjinya terhadap ibu dan bapanya untuk menjaga Wani dengan penuh kasih dan sayang, pasti sudah diajarnya cukup-cukup gadis muda tersebut. Rasanya, jika sampai berbuih sekalipun mulutnya memberi nasihat, Wani tetap tidak akan berubah. Begitulah perihalnya sejak ditinggalkan ayah dan ibu. Semakin meningkat usianya, semakin liar pula sifatnya.

“Abang ni kecohlah! Macam biasalah kalau dah malam-malam macam ni. Mestilah nak pergi KAFE GOYANG! Kalau abang rasa sunyi sorang-sorang dekat rumah ni, jom ikut Wani. Dekat sana, ada banyak awek cun. Abang pun, sampai sekarang tak kahwin-kahwin lagi. Mana tahu ada jodoh di sana. Sambil-sambil cari jodoh, kita ENJOY!!!”

Wani terlompat-lompat kegembiraan, terkial-kial seperti gadis yang sudah hilang kewarasan akal. Amar hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya. Cari jodoh? Di KAFE GOYANG? Apa Wani sudah gila? Gadis seperti itukah yang dia ingin jadikan kakak iparnya? Simpang malaikat empat puluh empat! Dia menahan dirinya daripada berkahwin sekarang pun kerana ingin Wani berkahwin terlebih dahulu. Sebelum dia sendiri mendirikan rumahtangga, biarlah dia menemukan seorang lelaki soleh untuk membimbing Wani terlebih dahulu. Bukan dia sendiri tidak mampu membimbingnya, dia cuma merasakan bahawa ada lelaki yang lebih baik dan lebih berupaya daripadanya. Lelaki yang boleh mengubah serta meleburkan hati Wani yang sekeras batu. Sebelum dia menemukan lelaki itu, biarlah dia membujang dahulu. Tambahan pula, masih tidak ada gadis yang berkenan di hatinya. Puas juga dia mencari, puas juga dia merisik, namun semuanya tidak menjadi. 35 tahun sudah umurnya kini. Mungkin sudah terlalu tua, makanya selalu saja ditolak. Sungguhpun begitu, Amar tidak mudah menyerah. Dia yakin pada aturan Allah. Andai ada jodoh, tidak ke mana-mana.


******************************************************

“Hah! Kenapa lambat nih?! Dah 3 kali patah tumit kasut aku ni menunggu kau. Macam VIP pulak nak ditunggu-tunggu! Huh!”  Farisha mencebikkan bibir.

Jika diikutkan hati, ingin saja dia masuk ke kelab dangdut tersebut tanpa menunggu Wani. Tetapi, pasti sukar baginya mendapat “access”  nanti. Umurnya masih tidak mencukupi. Baru 17 tahun. Sekiranya ada Wani bersama, pandai-pandailah Wani membelit lidah, mengatur langkah, mencari helah. Bukan dia tidak biasa. Hampir setiap malam, pasti ada saja wajah Farishah, “budak tidak cukup umur” melukut di sisi Wani. Semuanya semata-mata untuk mendapatkan pas masuk ke KAFE GOYANG tersebut.

Suasana di dalam kelab tersebut, seperti yang dijangkakan, sudah tentulah bingit sekali. Ditambah pula dengan anak-anak remaja yang asyik berlenggang, menari megikut rentak irama lagu yang mengasyikkan. Simbahan cahaya lampu yang berputar-putar di atas kepala menambahkan lagi keasyikan bagi yang tahu menikmatinya. Gejala sosial. Sentiasa berjaya bergerak seiring dengan pembangunan pesat negara. Pencapaian yang sungguh “membanggakan”. Wani dan Farisha? Mereka berdua hanyalah sebahagian kecil modal pembangunan negara yang ternyata telah terlabur pada jalan yang salah. Kerana itu mereka berada di situ pada malam tersebut, pada pukul 3 pagi, bergembira dan bersuka ria, bukannya bermunajat pada Allah S.W.T., Pemilik Seluruh Alam Semesta.

“Kat rumah siapa pulak kau nak pergi malam ni?” Wani membuka bicara setelah tekaknya dibasahkan. Kepalanya masih terangguk-angguk, bergerak mengikut rentak lagu yang sedang berkumandang.  Lagu “Bulan Cinta” nyanyian Amelina. Lagu lama, namun malar segar. Diingat sentiasa oleh para peminat tegar lagu irama dangdut.

“Hmmm…Pandai-pandailah aku. Tengoklah mamat mana yang sangkut nanti. Kalau jadi, rumah dialah.” Farisha hanya memberikan jawapan pendek. Sambil-sambil itu, matanya melilau-lilau mencari mangsa. 


Dengan wajah yang ayu, hidung kecil yang mancung dan jelingan mata galak yang memikat, tidak hairanlah jika setiap malam dia tidak pernah gagal menjerat. Belum lagi ditambah dengan pakaian menjolok mata yang ternyata mendedahkan bahagian-bahagian yang sememangnya boleh menarik perhatian mata yang memandang. Gadis muda belasan tahun itu memang cantik. Persis Nur! Ibu kandungnya.

“Engkau ni kan, tiap-tiap malam keluar. Tak balik-balik pulak tu. Mak kau tak marah ke? Aku ni, kau nampak aje macam ni. Senang-senang keluar. Tapi, kalau dah balik rumah nanti, hmmmm…. Berdarahlah telinga ni dikorek abang aku tu!”  Wani sudah mula mengadu lagi.

Entah mengapa. Dia selesa bersama gadis muda itu. Walaupun umur mereka jauh berbeza, dia tetap tidak pernah merasa kekok. Ada sesuatu pada diri anak muda itu yang mengingatkannya pada seseorang yang dahulu pernah secara emosi, begitu dekat dengannya.

Mak? Ibu? Rasanya, sepanjang dia wujud di muka bumi ini, belum pernah sekalipun ada wanita yang dia gelarkan dengan panggilan tersebut. Bukan dia tidak punya ibu. Cuma dia sangat bencikannya sehingga terasa akan berdarah mulutnya sekiranya perkataan ibu itu dia sebutkan.


******************************************************

Ibu. Ah! Wanita yang bergelar ibu itu sudah lama dia kuburkan daripada hidupnya. Dalam banyak-banyak wanita di muka bumi ini, mengapa harus Allah memberikannya roh di dalam rahim wanita tersebut? Mengapa tidak wanita lain saja? Wanita itu tidak layak menjadi ibunya. Wanita yang sejak lahirnya dia, tidak pernah sekalipun menyusukan bayinya dengan darah dagingnya sendiri. Sudahlah begitu, dihantar pula dia ke rumah anak yatim dengan sengajanya. Tidak cukup pula dengan itu, dia diambil semula kini untuk bersama wanita itu yang ternyata hari-hari membebankan hidupnya dengan sikapnya yang sentiasa bertindak seolah-olah Farisha tidak wujud. 


Entah pernah atau tidak wanita itu membahagiakannya, Farisha sendiri sudah tidak ingat. Apa yang dia tahu, sejak dia sudah mula kenal dunia, rumah anak yatim adalah tempatnya. Dan tidak semena-mena, hidupnya berubah menjadi jauh lebih siksa semenjak wanita bernama Nur kembali, menuntut semula bayinya yang pernah dihantarkan ke situ suatu ketika dahulu.

Bukan siksa kerana tidak berduit dan, namun siksa kerana setiap kali dia ingin cuba bermesraan dengan wanita tersebut, pasti segala usahanya gagal, sia-sia. Sungguhpun sakit, dendam lama Nur masih tidak pernah luntur. Farisha dia angkat semula darjatnya menjadi anaknya pun bukan kerana dia mahu. Tetapi atas kemahuan suaminya. Suami yang pada mulanya sanggup menerima hakikat bahawa isterinya sudah tidak suci lagi. Suami yang tetap bersabar dengan kerenah seorang isteri yang acapkali membuatkan kemarahannya membuak-buak. Tetapi akhirnya tumpas jua akibat rasa cemburu yang mencengkam diri, terutamanya apabila Nur menyebut-nyebut nama lelaki lain di dalam tidurnya. 


AMAR! AMAR! Bergema nama itu di telinganya, walau sehingga saat talak dia lafazkan terhadap Nur. Dan setelah menjadi janda, Farisha pula harus menanggung segala-galanya. Sungguh Nur tidak pernah berkeras dan berkasar terhadap Farisha, tetapi sikap tidak peduli akan kewujudan Farisha membuatkan anak gadis itu merasa lebih tersiksa. Dia wujud, tetapi tidak diakui kewujudannya oleh ibu sendiri. Wanita yang dia tumpang rahimnya selama sembilan bulan. Dia hidup ibarat bayang-bayang di rumah Nur. Ada atau tiada, tidak memberi kesan yang nyata.

“Weh! Malam ni aku tumpang rumah kau, boleh? Macam tak ada mangsa aje malam ni.. Aku kalau boleh, memang tak nak balik rumah aku tu. Buat sakit hati aje!”

Wani mengerutkan dahinya. Bukan dia tidak mahu. Tetapi dia khuatir jika diketahui abangnya nanti. Pasti huru-hara sepanjang hari. Ah! Persetankan saja lelaki itu!

“Abang mesti dah tidur sekarang. Nanti sebelum Subuh, aku suruhlah budak ni balik.” Wani berbicara sendirian seraya kepalanya diangguk tanda setuju.


******************************************************

Gagang telefon dihempaskan ke tempat letaknya semula. Amar menjadi sebal. Beberapa hari ini, kerap sekali dia menerima panggilan bersuara angin. Apa gunanya membuat panggilan sekiranya tidak mahu bercakap? Entah siapalah yang rajin sekali mengisi masa dengan menguji kesabarannya. Atau… Rindu sekalikah insan itu terhadap suaranya sehingga dia sanggup menelefonnya setiap hari semata-mata untuk mendengar seungkap salam daripadanya? Amar berkira-kira sendiri. Sejenak dia tersenyum nipis. Ah! Perasan!

Daun pintu utama dikuak perlahan. Amar berjalan-jalan di halaman rumah, berteman ambang Subuh yang berjelaga. Sesekali dia menarik nafas panjang. Ah! Segar sekali!

“Alhamdulillah! Hidup lagi aku hari ni. Dapat juga menghirup udara segar di pagi hari..” Sejenak dia mengutus seungkap syukur kepada Allah S.W.T. Sengaja dia mengambil angin di luar rumah. Bukan sifatnya tidur setelah solat Subuh.

“Hey!! Siapa tu?!!!” Terpacul kata-kata tersebut lewat bibir yang bergetar akibat rasa takut. Ketenangan Subuh yang hening bersepai pecah akibat tempikan kuat Amar. Peluh berjejeran keluar meskipun kedinginan menusuk sehingga ke tulang hitam. Sosok berpakaian gelap yang baru sahaja melintasi pagar rumahnya sebentar tadi benar-benar telah menyentap tangkai jantungnya.

Farisha berlari sekuat hati. Tidak sedikitpun dia menoleh semula ke belakang. Jika dia tertangkap, pasti penduduk sekitar kawasan kejiranan tersebut akan membelasahnya dengan teruk. Pakaiannya yang serba gelap menyebabkan dia kelihatan seperti seorang pencuri.

“Abang ni kenapa pulak?! Pagi-pagi dah terpekik terlolong. Macam nampak hantu!” Wani pula bertempik dari balkoni di tingkat dua rumahnya.

Pandangan dikibarkan ke arah Wani yang masih tercegat di ruang balkoni. Amar hanya menggelengkan kepala. Matanya digosok-gosok tanda tidak percaya. Ah! Mungkin hanya perasaannya sahaja! Segera dia masuk semula ke dalam rumah. Pintu ditutup rapat dan dikunci. Bimbang pula jika rumahnya dimasuki perompak. Al maklumlah, dalam zaman yang serba moden ini, manusia yang berperangai seperti syaitan adalah lebih menakutkan daripada syaitan itu sendiri.

“Fuhhh!!! Boleh tahan jugak abang si Wani nih! Padanlah kalau Wani takut sekali dengan abangnya. Aku sendiri pun, dengar suara aje dah terkejut beruk! Apalagi kalau berdepan dengannya. Nasib..nasib…” Farisha bermonolog sendiri. Dadanya diurut-urut perlahan. Semput akibat terlalu laju mengatur langkah seribu.


******************************************************

“Waalaikumsalam….” Salam dijawab di dalam hati.

Tidak tercapai lagi hajatnya kali ini. Terbejat lagi hasratnya. Nur terduduk di tepi telefon. Amar… Hampir setiap hari dia menghubungi lelaki itu, namun tidak pernah sekalipun alun suaranya berani melayang keluar daripada mulutnya. Sentiasa tersekat di anak tekak. Apalagi tatkala mendengar seungkap salam daripada Amar. Lelaki yang telah meragut kesuciaannya.

Ingin sekali dia membenci lelaki tersebut. Namun, dia tidak bisa. Hakikat bahawa Hanif yang telah mejadi dalang kepada segala tragedi yang menimpanya suatu ketika dahulu membuatkan dia teragak-agak untuk membina kubu benci terhadap lelaki itu. Segalanya berlaku secara tidak sengaja. Amar tidak bersalah. Mereka berdua hanyalah mangsa perbuatan terkutuk Hanif! Menjerat anak-anak muda polos sepertinya dan menjadikan mereka bahan eksperimen bagi menguji “barang-barang” baru yang jijik dan kotor.

Ingin sekali dia bertemu semula dengan lelaki tersebut. Ingin sekali dia mengatakan kepadanya bahawa anak yang sembilan dia kandung adalah milik lelaki tersebut. Ingin sekali dia membongkar segala rahsia yang selama ini membebaninya. Namun, dia tidak yakin. Amar langsung tidak tahu menahu akan kejadian yang telah berlaku di antara mereka berdua. Segala-galanya tersimpan rapi sehinggalah dia dan ibunya terpaksa meninggalkan kampung tersebut bersama anak yang telah dilahirkan.

“Peminat misteri abang lagi ke?” Wani tersenyum meleret.

Amar hanya menganggukkan kepala. Bukan tanda bersetuju terhadap istilah peminat misteri itu, tetapi mengiyakan panggilan bersuara angin yang sekali lagi berdering, mengisi kesepian ruang tamu yang kosong.


Timbul juga tanda tanya di hatinya. Bagaimana pula orang itu bisa memperoleh nombor telefon rumahnya? Serasanya, tidak pernah lagi dia memberikannya kepada sesiapa. Atau mungkinkah Wani yang sudah terberi kepada para sahabatnya? Sejenak wajah Wani ditatap. Ah! Biarlah sahaja. Perkara yang kecil, tidak elok pula rasanya diluak menjadi besar.


******************************************************

“Assalamualaikum!!” Salam diucap dari luar pintu pagar rumah. Seisi rumah kelihatan sedikit kaget. Jarang sekali rumah itu dikunjungi tetamu. Inilah julung-julung kalinya.

Amar mengatur langkah ke arah pintu rumah yang sememangnya sudah terbuka. Tersentap jiwanya tatkala terlihat akan sosok seorang wanita yang lengkap berbaju kurung, bertudung litup, manis sekali, sedang berdiri di hadapannya, sambil wajahnya menarik otot senyum yang menghiasi bibir yang elok tercalit gincu berwarna merah lembut.

Amar beristighfar panjang. Nakal sekali matanya meneliti wajah wanita tersebut. Pipinya merona merah, kepanasan. Malu agaknya menerima senyuman manis daripada seorang wanita yang ternyata sejuk mata memandang. Ingin saja saat itu dia menyunting wanita tersebut menjadi isterinya. Namun masakan secepat itu pula.

“Waalaikumsalam… Cik cari siapa, ya?” Sopan bicara menyambut tetamu.

“Farisha!!!!” Wani terjerit dari dalam rumah. Terkejut beruk melihat penampilan Farisha yang jauh berbeza. Mulutnya melopong tanda tidak percaya. Baharu saja dua hari lepas dia bertemu dengan gadis tersebut di kelab dangdut. Masakan pula hari ini sudah menjadi ustazah pula?

Segera dia berlari ke arah Farisha yang masih tercegat di luar pintu. Tersipu malu menghadap abangnya yang ternyata menunjukkan riak yang sama.

“Abang. Inilah Farisha! Kawan Wani yang sama-sama Wani… Eh! Haha… Kawan Wani!”  

Ungkapannya terbejat pada sekadar “kawan” sahaja. Tidak terluncur lewat mulutnya “kawan yang sama-sama pergi kelab dangdut.” Pasti Farisha ada agenda tersendiri. Jika tidak masakan dia ke rumahnya dengan berpakaian sebegitu. Sebagai seorang wanita yang lebih licik dan lebih berpengalaman, Wani sudah mampu menghidu akan kewujudan niat tersembunyi Farisha. Namun, dia masih tidak mampu meneka. Lantas, dia segera menarik lengan Farisha. Dibawa gadis itu ke dalam biliknya. Amar hanya mengangguk tanda hormat.

“Wani…Wani….Perempuan macam inilah baru sesuai dijadikan isteri!” Amar ditinggalkan bermonolong sendirian di depan pintu.


******************************************************

“Hoiiii!!! Farisha!! Kau dah kena rasuk ke apa ni?! Tiba-tiba datang rumah aku. Pakai macam ni pulak tu. Tekezut aku tadi tau! Aku ingatkan siapalah tadi. Hahahahaha.”  Wani masih ketawa tergolek-golek di atas katil . Sakit  sekali perutnya menahan tawa yang sedari tadi tidak kunjung berhenti.Geli hatinya mengenangkan Farisha yang tiba-tiba berubah.

“Sebab aku nak datang rumah kaulah aku pakai macam ni! Kau ingat, kalau aku pakai macam minah dangdut, abang kau kasi aku masuk rumah kau ni ke? Hari tu pun, susah payah aku curi-curi keluar. Itupun nyaris aje nak kena tangkap dengan abang kau. Ish. Seram jugak aku dengan abang kau tu…”

Sejenak mereka berdua saling berpandangan. Kemudian pecah derai tawa keduanya. Farisha sendiri pun tidak sangka dia sanggup berpakaian sebegitu semata-mata untuk melawat sahabatnya itu.

“Weyh! Alang-alang dah tanya pasal abang kau ni.. Dia tu dah kahwin ke belum? Boleh tahan hensem.. Bergetar jugaklah hati “wanita solehah” aku ni bila tengok wajah abang kau tu. Hihihihi..” Farisha tersengih-sengih bagai kerang busuk.

Saat itu juga Wani menepuk kepalanya.

“Kau mimpi ke apa? Abang aku tu dah 35 tahun, kau tahu tak? Dah boleh jadi bapak kau pun. Boleh pulak kau terfikir nak ada hati kat dia? Ish kau ni! Memang tak pilih mangsa, kan? Sampai abang aku pun kau nak kebas.”  Wani masih lagi dengan tawanya. Semakin geli pula hatinya apabila Farisha membuat lawak yang tidak logik di akal.

“Tapi apa-apapun, abang aku tu single lagi. Masih belum berpunya. Kalau kau nak cuba, aku sebagai adik dia, memberi keizinan.”

Kemudian keduanya tergelak lagi.


******************************************************

Sejak dari hari itu, semakin kerap pula Farisha ke rumah Wani. Jika Amar sibuk di tapak pembinaan sehingga tidak sempat pulang ke rumah, Farishalah yang akan menjadi peneman tidurnya di rumah tersebut.

Begitulah hidup Amar dan Wani sehari-hari. Amar sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang arkitek, Wani pula sibuk dengan kuliah. Pabila malam melabuh tirai, Amar akan memenuhi tuntutan mata yang mahukan tidur, manakala Wani pula memenuhi tuntutan jiwa yang mahukan hiburan.


******************************************************

“Wani… Kau duduk sini sekejap. Abang ada benda nak cakap dengan kau.” Amar membetulkan kaca matanya.

Langkah Wani terbejat. Terbantut hasratnya untuk tidur awal pada malam itu. Segera dia mengambil tempat di sisi abangnya. Dia menatap wajah abangnya dalam-dalam. Anak mata dibesarkan tanda sudah tidak sabar ingin tahu akan perkara yang ingin dibicarakan. Pasti serius sekali. Kerana nadanya agak mendatar dan ada riak serius di wajahnya.

“Abang…….”  Amar terdiam sebentar. Masih menyusun kata-kata.

“Abang nak jadikan Farisha isteri abang……………. Huh!” 


Nafas lega dihembuskan. Terlepas sudah beban yang menindih dadanya selama 3 tahun mengenali Farisha.

Wani melopong. Mulutnya ternganga. Terkejut. Seakan-akan tidak percaya dengan kata-kata abangya yang baru sahaja tadi menerobosi ruang telinganya. Dahinya berkerut-kerut.

“Abang…. Wani bukan tak suka dengan pilihan abang ni. Farisha tu..baik sangat. Wani suka. Tapi kan..abang tahu kan…Farisha tu muda lagi. Baru 20 tahun, bang. Abang pulak…hmmm…” Kata-katanya terhenti di situ. Dia yakin Amar mengerti akan maksudnya.

Wani sebenarnya tidak akan membantah sekiranya abangnya berkeras mahukan Farisha sebagai isterinya. Farisha itu sahabatnya. Tambahan pula, Farisha sudah jauh berubah dalam tempoh 3 tahun dia mengenali abangnya. Pakaiannya kini bukan lagi lakonan. Tidak lagi sandiwara. Secara jujurnya, Wani turut tumpang gembira di atas perubahan Farisha. Sepertinya, Farisha sudah menemui lelaki yang boleh melenturkan sisi liarnya. Dia pasti segala-galanya akan menjadi lebih baik sekiranya Farisha menikah saja dengan abangnya. Setelah menikah, tidak akan ada lagi pandangan serong jiran tetangga terhadap Farisha yang sentiasa datang ke rumahnya. Begitulah tanggapan Wani yang kini ternyata lebih matang, seiring usia yang sudah mencecah 25 tahun. Tidak lagi liar semenjak menemui cahaya bersama Farisha.


******************************************************

“Abang serius ke ni?” Farisha seakan tidak percaya. Jantungnya berdegup kencang saat Amar melafazkan kata cinta kepadanya dan seterusnya melamarnya di hadapan Wani. Wani hanya tersenyum lebar sambil mengangguk tanda mengharap agar lamaran abangya diterima. Dia tidak kisah jika sekalipun kakak iparnya muda daripadanya.

Secara jujurnya, dia tidak pernah mengharapkan apa-apa daripada Amar. Benar, dia cinta pada lelaki itu. Tetapi tidak pernah pula dia menyangka bahawa lelaki itu punya perasaan yang sama. Perasaan hormat yang pada mulanya hadir dalam hati buat lelaki itu, bertukar menjadi benih-benih cinta yang semakin lama semakin mekar, menghidupkan taman bunga di dalam jiwa.

Dia jatuh cinta pada peribadinya. Dia jatuh cinta pada sifat hormatnya terhadap kaum wanita. Dia jatuh cinta pada keteguhan dia berpegang pada tali syariat agamanya. Lelaki itu, meskipun 24 jam sibuk memanjang, tidak pernah pula dia lupa akan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Jika ada kesempatan, pasti dia akan mengimami adiknya di rumah. Dan ada pula waktu-waktunya, Farisha sendiri berpeluang menjadi makmumnya. Dan sejak dari saat itulah, Farisha menanam azam untuk mengubah diri. Mengubah jalan hidup. Kehadiran Amar menjadikan dia sedar akan keindahan Islam yang selama ini tidak menyinar di pandangannya.


******************************************************

Dengan kelajuan 50 kilometer sejam, perjalanan ke rumahnya memang terasa agak jauh. Sepanjang perjalanan, mereka bertiga tidak banyak bercakap, lebih-lebih lagi Farisha sendiri. Lamaran Amar sudah dia terima dan sudah tiba masanya dia mendedahkan kisah kehidupannya yang sebenar pula.

Jika diikutkan hati, ingin sahaja dia terus menikahi lelaki itu tanpa perlu memaklumkan kepada ibunya terlebih dahulu. Namun, sejak hatinya menjadi lembut, perasaan dendam dan benci terhadap ibunya sedikit sebanyak telah luntur. Namun, tidak pernah terpadam. Sentiasa membara apinya. Cuma tidak semarak dulu.

Amar juga tidak banyak bercakap. Dia senang. Kini dia lebih tenang. Meskipun hasratnya untuk melihat Wani menikah terlebih dahulu tidak tercapai. Dia redha. Mungkin saja jodohnya sampai dahulu. Dia dikhabarkan bahawa usia ibu Farisha tidak jauh darinya. Hampir sebaya. Mungkin saja wanita itu menikah pada usia yang muda dan beranak pula pada usia yang masih muda. Begitulah fikirnya. Cemas juga rasanya ingin menemui ibu mertua yang hampir sebaya dengannya. Entah apa pula tanggapannya nanti. Rasa tidak padan pula 38 tahun jika hendak digandingkan dengan 20 tahun. Tapi itulah kata orang, cinta tidak mengenal usia. Meskipun situasinya kini kelihatan seperti sedikit tidak logik. Tetapi dia tidak mungkin akan berundur lagi. Dia sudah terlalu berharap agar hubungan ini akan menjadi. Tidak mungkin baginya menunggu lagi. Usianya juga sudah terlalu lanjut. Jangan sampai dia jadi bujang terlajak pula! Justeru, setiap malam dia meminta dan memohon kepada Allah S.W.T. agar dipermudahkan urusannya kali ini, agar dibukakan pintu jodoh itu buatnya. Dia sudah terlalu sayang akan Farisha. Tidak mungkin rasanya akan beralih arah.


******************************************************

Nur pula sudah bersiap sedia menyambut tetamu. Meskipun rumahnya tidaklah sebesar mana, namun dia tidak mahu memalukan anak gadisnya di hadapan bakal suami. Sedaya upayanya, dia cuba untuk memperindahkan rumah tersebut pada hari itu, khas pada hari dia bertemu bakal menantunya.

Nur sudah tidak seperti dahulu lagi. Sejak Farisha berubah menjadi wanita muda yang lebih baik, dia tidak lagi membencinya. Hampir setiap malam, lebur benih-benih dendamnya terhadap Farisha tatkala alunan suara Farisha melaungkan ayat-ayat suci Al-Quran menyapa cuping telinganya. Ayat-ayat suci Al-Quran yang bagaikan telah membersihkan hatinya daripada segala rasa benci yang kotor dan menggelapkan hati. Sedikit demi sedikit, dia mula menerima Farisha sebagai anak yang pernah dia kandung di dalam rahimnya. Meskipun Farisha tidak lagi mahu bermanja dan bermesra dengannya. Mungkin kerana serik dengan sikapnya yang selalu sahaja tidak mengendahkan Farisha dahulu.

Nur tidak ambil hati terhadap sikap acuh tidak acuh Farisha terhadapnya. Nur mengaku, sebagai seorang ibu, dia gagal memberikan kasih sayang kepada Farisha. Dia gagal membesarkan Farisha dengan sempurna. Sehingga tidak pernah sekalipun Farisha dia susukan dengan darah dagingnya sendiri. Seumur hidup dia menyesal kerana dia tidak pernah mengubati tangis bayi Farisha dengan susunya. Saat jari jemarinya sibuk menyusun kuih-muih di dalam pinggan, berjejeran air matanya menangisi kekesalannya. Kini, Farisha sudah dewasa. Sudah ingin menikah. Sudah tiba masa pergi meninggalkannya.

Hari ini, dia akan melakukan yang terbaik buat Farisha. Mungkin saja bakti terakhirnya sebagai seorang ibu. Hari ini, dia akan membelai Farisha dengan penuh kasih sayang. Hari ini, dia akan merelakan Farisha merasakan kebahagiaan bersama lelaki pilihannya. Moga dengan kerelaan itu, dapat dia menebus segala kebahagiaan yang tidak pernah dia berikan kepada Farisha sepanjang dia bergelar ibunya. Bercucuran lagi air matanya apabila mengenangkan masa-masa singkat yang tidak pernah dia isi dengan kasih sayang bersama Farisha.


******************************************************

Dulang berisi cawan yang ditatang jatuh terhempas. Pecah berderai di atas lantai. Bergetar seluruh tubuhnya apabila terlihat wajah Amar yang berdiri di sisi Farisha. Amar juga sama. Sungguhpun Nur sudah jauh berubah, dia masih mampu mengecamnya. Mereka berdua saling berpandangan. Nur masih tidak berganjak dari posisinya. Dengan serta merta, serpihan kenangan lalu kembali terpancar pada kaca-kaca yang sudah berderaian di atas lantai. Nur menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia semakin hilang kawalan.

“Tidak, Farisha! Kamu tak boleh berkahwin dengan lelaki ni! 
Bergema seluruh ruang tamu dengan tempikan suara Nur.

Amar masih lagi dalam kekeliruan. Farisha anak Nur? Bila Nur berkahwin? Jika melihat kepada usia Farisha sekarang, pasti Nur masih sangat muda sewaktu dia melahirkan Farisha. Tetapi, mengapa dia tidak pernah tahu akan kisah tersebut? Padahal dia dan Nur boleh dikatakan kawan rapat sewaktu usia muda dahulu. Amar semakin keliru.

“Tapi, kenapa?! Kenapa pula Farisha tak boleh berkahwin dengan Abang Amar?! Kenapa?!” Farisha sudah ikut bertempik sama.

Sungguh tidak disangka. Dia datang dengan niat yang baik, ingin memohon restu daripada seorang wanita yang selama ini tidak pernah dia anggap sebagai ibunya. Namun, itu pula balasannya. Dengan tidak semena-mena, marak semula api kebenciannya terhadap wanita tersebut.

“Jangan kamu panggil dia tu ABANG, Farisha! Jangan sekali-kali! Nur semakin cemas.

Musibah seperti apakah yang sedang terjadi pada saat itu? Anak gadisnya ingin menikahi ayahnya sendiri?! Wajah Amar ditatapnya berkali-kali. Siapakah yang harus dipersalahkan kini? Adakah dia? Kerana tidak memberitahukan kepada Amar sejak dari awal lagi? Atau Amar? Kerana tidak berhati-hati? Segala-galanya seakan-akan sudah terlambat! Mereka sudah saling mencintai. Terlalu cinta sehingga tidak mungkin terhalang oleh apa-apa lagi.

Amar dan Wani hanya mendiamkan diri. Amar tidak berani pula untuk menegur Nur pada saat itu. Benarlah tanggapannya! Nur tidak mungkin akan setuju sekiranya anaknya menikahi lelaki yang jauh lebih tua daripadanya. Makanya, Amar hanya mampu redha. Redha menanti keputusan daripada Nur. Kedua-dua anak-beranak itu dibiarkan sahaja berbincang sesama sendiri. Wani pula semakin tidak mengerti. Sepertinya dia tidak dapat mencerna situasi saat itu. Oleh kerana itu, dia tidak dapat mengerti apa-apa.

“Diaaaa…Dia……..” Nur terketar-ketar sambil jari telunjuknya dihalakan ke arah Amar.

“Dia ayah kamu!!!!!!!!”

Bagaikan dipanah petir kenyataan, kedua-dua seakan-akan jatuh terhumban ke dalam gaung yang dalamnya tidak berpenghujung. Kilat sabung menyabung di luar rumah seakan-akan telah memanah jasad Amar dan Farisha. Kedua-duanya saling berpandangan. Farisha menggelengkan kepala tanda tidak percaya. Wajah Amar ditatapnya puas-puas. Memohon penjelasan. Amar juga sama. Kedua-duanya tidak mengerti. Masakan lelaki itu ayahnya! Dia tidak pernah ada ayah!

“Kau tipu! Kau tipu! Aku tahu kau sengaja cakap macam ni sebab kau cemburukan aku! Kau tak mahu lihat aku bahagia! Kau hidup tak bersuami, jadi kau pun tak nak aku bersuami jugakkk!!! Kau tipu!!!” Farisha cuba menafikan kenyataan.

“Nur! Betul ke ni, Nur?! Bila? Macam mana?! Kenapa aku tak pernah tahu?! Apa semua ni?!”

Amar menggoncang-goncang bahu Nur memohon penjelasan. Kali ini, dia sudah tidak bisa berfikir secara waras lagi. Runtuh segala batas kehormatannya terhadap wanita pada saat itu. Meskipun tidak mudah dia percaya, namun dia tidak bisa menyangkalnya. Kerana dia tahu Nur tidak akan pernah menipu. Apalagi mengenai perkara-perkara yang serius. Pemergian Nur dan ibunya secara mendadak juga tambah meyakinkan dia. Dia juga pernah terdengar khabar bahawa Nur mengandung anak luar nikah, cuma saat itu dia tidak percaya. Sikap Nur yang dahulu tiba-tiba berubah tambah menyakinkan dia bahawa Nur tidak menipu.

“Abang! Abang kenal ke perempuan ni?!” Farisha tambah terkejut.  Rasanya kini, dia tidak mungkin mampu mempertahankna penafiaannya tadi. Abang Amar sudah lama mengenali, Nur, ibunya!


Dia jatuh terduduk di atas lantai. Segera jasad lemahnya disambut Wani yang masih keliru. Namun kini dia sudah ingat segalanya. Itulah Nur! Wanita yang dahulu menjaganya di saat dia masih kecil. Tidak hairanlah jika dia senang sekali bersama Farisha. Nur itu ada pada Farisha.

“Abang..Ah! Ayah! Abaa….ng…Ah!!!!!” Suara Amar tersekat-sekat. Tidak tahu lagi bagaimana dia harus membahasakan dirinya kini. Mukanya diraup berkali-kali. Terasa kepanasan yang membuak-buak. Kopiah putih yang dia kenakan sudah terbang melayang entah ke mana.

Malunya dia pada Allah kerana menyimpan hasrat menikahi anak sendiri. Malunya dia kerana berangan-angan membina rumah tangga bersama anak sendiri. Malunya dia sehingga dia rasa tidak ingin hidup lagi. Jika hidup sekalipun, ada baiknya dia buta sahaja. Tidak sanggup rasanya menatap wajah Farisha. Wanita yang dia cintai separuh mati! Anaknya yang dia cintai separuh mati!

“Ya Allahhhhh!!! Musibah apakah yang Kau timpakan ke atas hamba-Mu ini?!!!!  Ya Allahhh!! Hamba malu Ya Allah!!!....” 

Amar merayu, merintih memohon keampunan Allah di atas keterlanjurannya mencintai gadis itu. Berjejeran air matanya mengalir ke pipi. Membuku rasa malunya terhadap Nur, Wani, dan Farisha terutamanya.

Wani hanya mampu beristighfar panjang. Dia turut merasa bersalah kerana membawa Farisha ke dalam hidup abangnya. Jika bukan kerananya, pasti tidak akan terjadi kesilapan besar ini. Ketiga-tiganya sudah melutut di atas lantai. Tidak berkudrat lagi. Farisha pula sudah terbaring lemah di pangkuan Wani. Sesak nafasnya. Berombak dadanya menahan tangis.

Nur mengumpul semula segala kudrat. Setelah keadaan menjadi sedikit tenang, dia mula mengatur bicara. Membuka rahsia yang selama ini dia simpan sendiri. Yang berbicara meneruskan bicara, yang mendengar hanya mampu mendengar dan beristighfar panjang. Dari mula lagi, segala-galanya adalah satu kesilapan besar. Cinta itu suatu kesilapan besar!

Semakin banyak yang dibongkarkan, semakin pedih batin Farisha mendengarnya. Semakin membukit rasa benci terhadap wanita bernama Nur tersebut. Baginya, tidak ada lagi Nur! Tidak ada lagi ibu yang sememangnya tidak pernah ada! Yang berbiacara pada saat itu hanyalah seorang wanita tidak siuman yang sedang mencipta reka cerita yang karut-marut! Cerita yang tidak masuk akal!

Dengan tidak semena-mena, Farisha membuka langkah, berlari ke luar rumah di dalam kehujanan. Pada saat itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa pedih hatinya. Bagai disiat-siat kulitnya. Bagai ditusuk-tusuk jantungnya.

“Zapppp!!!!!”

Terpelanting jasad kurus tersebut beberapa kilometer di tengah jalan. Nur, Amar serta Wani segera keluar daripada rumah apabila terdengar akan bunyi geseran tayar dengan jalan akibat brek yang mendadak. Tidak lain tidak bukan! Jasad Farisha terkulai lemah di tengah jalan.

Ketiga-tiganya berlari sekuat hati ke arah jasad  lemah Farisha. Darah yang mengalir deras terus memenuhi jalan. Terlarut bersama air hujan yang sedang hebat menyimbah bumi. Nur memangku jasad lemah itu dalam ribaannya.

Farisha membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Tidak terasa apa-apa baginya sakit dilanggar kereta sebentar tadi. Menatap wajah wanita yang sedang memangkunya itu justeru lebih menyakitkan.  Jika dia mampu berdiri, sudah pasti saja dia tidak merelakan diri di dalam pangkuan itu. Wajah mereka bertiga ditatapnya satu-persatu, kemudian terbejat pada wajah Nur, ibunya. Dia mengukir senyuman nipis berbau sinis. Dia masih mampu tersenyum di sebalik kesakitan yang sedang menyelubungi seluruh jasadnya.

“Hahahha…" Tergelak perlahan, sambil matanya menatap ke langit. Kemudian dikembalikan pandangannya ke arah Nur. Geli hati agaknya. Atau sakit hati. Atau mungkin juga masih keliru dan tidak percaya. 


"Aku betul-betul tak sangka..Cerita pendek kita berakhir di sini. Aku ingat aku akan kuburkan perasaan benci aku pada kau hari ni. Tapi rasanya, lepas apa yang kau dah buat pada aku……” Terhenti seketika. Menarik nafas sedalam-dalamnya. Nafas terakhir untuk mengungkap sepatah ucapan terakhir buat Nur. Ucapan yang pastinya akan menjadi mimpi ngeri Nur selagi hayat dikandung badan.

Farisha terbatuk-batuk. Darah memercik keluar lewat mulutnya. Nur hanya mampu mendengar sahaja. Mulutnya ditutup dengan tapak tangan. Tangisannya malah lebih hebat daripada hujan yang sedang membasahi bumi. Amar dan Wani masing-masing terkedu. Membisu seribu bahasa. 

“Ni aku nak bagitau kau…Sebelum malaikat maut cabut nyawa aku ni…Aku nak kau tau.. Sepanjang hidup aku ni, tak pernah seharipun aku tak bencikan kau! AKU TAK MENYESAL HABISKAN SELURUH WAKTU KEWUJUDAN AKU NI MEMBENCI KAU! WALAUPUN KAU IBU KANDUNG AKU SENDIRI…AKU BENCI KAU…SAMPAI AKU MATI….

Tidak berombak lagi dadanya. Terhenti hembusan nafasnya. Tiada lagi suaranya. Ya! Segalanya berakhir di situ. Segalanya berakhir begitu sahaja. Nur yang sedari tadi menangis tidak lagi berair mata. Dia hanya tergamam. Terasa bagaikan telah disumpah. Anak itu…..Anak yang dia kandungkan di dalam rahimnya selama sembilan bulan membencinya. Membencinya sehingga ke hujung nyawa….

Mata Farisha yang masih terbuka ditutupnya perlahan. Dicium kening anak gadis itu. Di dalam hati, tidak putus-putus dia memohon dan meminta pada Allah. Pintanya agar anak itu nanti tidak dipertanggungjawabkan di atas kata-katanya sebelum mati. Pintanya agar anak itu dilepaskan dari azab kubur di atas kata-katanya sebentar tadi. Sesungguhnya, dengan seikhlas hati seorang ibu, dia mengampunkan anak itu di atas segala dosa-dosanya. Meskipun anak itu membencinya sampai mati...

******************************************************

Kata akhir penulis: 

Astargfirullahala'zim....Astarghfirullahal'zim...Astargfirullahala'zim... Sedikit ekstrem akhirnya. Moga dibaca dengan mata hati. InsyaAllah, bisa jadi pedoman sepanjang hidup, bisa membuat kita sedar... Kasih ibu hingga ke syurga....


Wednesday, December 21, 2011

Mahu, Tapi Bukan Betul-Betul Mahu

Assalamualaikum W.B.T…..

   Wait…wait…wait!!!  Jangan tengok tajuk tu!  Jangan mula sendiri dahulu!  Get back on the track… and Hello semua!  Saya di sini sihat sejahtera .  Anda bagaimana?  Pastinya sihat juga kan? Alhamdulillah… Tapi, kalau tak sihat, jangan paksa diri bangun dan buat kerja-kerja berat tau!  Makan ubat dan kemudian berehat dan berdoalah agar diberikan kesembuhan… InsyaAllah…

   Dah kosongkan  fikiran? Okeh! Let’s get back on the topic. MAHU TAPI TAK BETUL-BETUL MAHU. Pasal cinta? Oh tidak. Bukan pasal cinta. Tapi pasal hidup dan pilihan dalam menentukan apa yang anda mahu buat dan apa yang anda betul-betul mahu buat.

   Dalam hidup ni, pasti semua orang ada dilemma kan? But mostly, kerana what you want to do VS what you do not want to do. Yep. Solusi? Banyak yang akan ikut kati hati and that’s where you choose to do what you want to do. Takda masalah. Selagi ia baik dan bermanfaat. Tapi, bukan semua yang kita nak buat, kita dapat buat. Mungkin apa yang kita nak buat tu baik dan bermanfaat, tapi maybe there’s something better than that and you can’t afford to lose it. Dan akhirnya, you end up doing something you do not want to do. But it’s okay. Perasaan suka tu boleh dipupuk. Lambat laun akan menjadi suka juga, especially when you see something special in it. Percayalah!



   Tapi, macam mana kalau anda berhadapan dengan situasi what you want to do VS what you really want to do? Yup. Itu pasti sangat sukar kerana dua-dua pun anda mahu. Dan, there’s a big difference between both. If you want to do something, you will just do it. But, if you really want to do something,you will put your all into it. Bersungguh-sungguh. Saya tak payah cari contoh yang payah-payahlah ek. Bila saya dengar orang sebut pasal apa yang kita nak buat dan apa yang kita betul-betul nak buat, saya mula terfikir. Pasal apa? Pasal diri sendiri.

   Being a teacher (one day, InsyaAllah). It’s what I want to do. Ini sekarang. Dulu, bila cikgu tanya , Nisa besar nanti nak jadi apa? Saya pun akan cakap saya nak jadi lawyer dan jawapan ni tak pernah berubah. Sekarang? Maybe dah ada something else in mind. Alhamdulillah… Lepas SPM, dapat LAW and at the same time dapat maktab and at the same time jugak dapat nursing. Ada 3, dan pilihan di sini jelas dan nyata kan? Of course, whether you want it or not, sama ada anda pilih atau tidak, maktab lah jawapannya. Menyesal? Sudah tentu tidak. Tidak sama sekali. Once I entered the IPG gate, I realized that this has been written. Allah yang hantar saya ke sini. And for that, I try to be grateful for what I have now. Dan saya harap anda semua juga begitu. Kadang-kadang tak pernah terlintas di fikiran kita pun kan? Tapi, bersyukurlah. Kerana jika Allah sudah aturkan, pasti tidak akan sia-sia. Bukan untuk suka-suka. Apalagi untuk menyusahkan kita. Pasti sekali untuk kebaikan kita, di masa hadapan, dunia dan akhirat.

   Itu apa yang saya nak buat. But there’s something I REALLY want to do. Dari dulu, kini, dan I don’t think it’s gonna change kerana semakin hari, ia dirasakan seperti semakin kuat dan semakin sebati dalam diri. Nak tau apa? Jangan gelak dan sila tahan jika nak gelak sekalipun. SAYA NAK MANDIKAN PANDA! Hahah.  And not just that! Macam-macam lagi.

   Saya nak masuk hutan, tengok orang utan, rawat dia orang kalau sakit, kaji pasal ular, tolong kucing yang tersepit, susukan anak harimau, ajar burung kakak tua bercakap, menyelam tengok ikan, obor-obor, dolphins dan macam-macam lagi! Banyaklah! Tak habis kalau nak disebut. Nak masuk hutan dan jumpa apa saja yang boleh jumpa kat dalam tu. But, be careful with snakes! Bukan semua berbisa and saya yakin anda semua pasti tahu juga. How to differentiate? Dari apa yang saya tengok (dalam national geographic kalau tak silap) yang berbisa tu biasanya berkepala leper dan sisiknya keras dan kering. Macam rattle snake yang boleh jumpa kat padang pasir tu. Dan yang tak berbisa, mostly, yang berkepala bujur, agak biasa dan bersisik licin. Macam ular sawa. Ingat ya! And be careful! Tapi ini MOSTLY aje lah. Bukan semua. Tapi bukan pulak saya nak suruh anda semua main dengan ular. Haha. Just for info sahaja.

   Ok. Back to panda and baby tigers. My mom  once said, “ You don’t really want to do that, I know. You are just influenced by what you watch from the TV.” Gitulah kata beliau. Tapi kan.. saya tak rasa macam tu. Bulan-bulan dok maktab, tak tengok TV pun and still, saya masih mahu buat benda-benda tu. Bukan kerana terpengaruh semata-mata. You know what, bila saya masuk hutan and be with the nature, I can feel that, it’s where I belong. Along with the animals. Hahaha. Macam tipu neh. Tapi ini betul. Bukan tipu dan saya tak bergurau ni. Kalau nak describe perasaan dan cinta saya terhadap perkara ni, come and see me eye to eye, and you’ll know what I mean. Dengan ayat dan madah sekalipun, tak cukup untuk describe neh.


   But then, harus diingat, apapun yang kita nak buat, apapun kerjaya yang kita pilih, sebagai seorang muslim, ada larangan-larangan dalam agama yang kita wajib patuhi. Namun begitu, jangan lihat larangan2 tersebut sebagai penghalang bagi kita untuk terus kejar cita2 kita. Tapi, lihatlah ia sebagai peraturan yang bersifat melindungi kita daripada perkara2 yang tak sepatutnya. Siapa cakap bila jadi animal activist tak boleh menutup aurat dengan sempurna? Siapa cakap bila jadi cikgu kena dedah sana sini? Siapa cakap bila masuk hutan hanya boleh pakai yang nipis2 aje? Bukan anda? Mungkin juga. Tapi ada. Dan mereka in adalah tergolong dalam orang2 yang berfikiran sempit. Bukan pula maksud saya jumud, lesu, extreme atau apa2 juga yang mungkin sedang bermain di fikiran sesiapa juga yang sedang membaca kenyataan ini sekarang. Tak berniat pun. Malah, saya sangat hormat akan wanita2 Islam di luar sana yang berani berpegang teguh pada tuntutan agama meskipun orang anggap macam2. Saya malah bersyukur kerana dalam dunia akhir zaman ni, masih ada lagi wanita2 kita yang boleh dijadikan sumber inspirasi untuk kita terus menuju ke arah kebaikan. InsyaAllah. Dan ini juga tidak bermaksud saya ni open-minded sangat sampai semua perkara tak peduli.


   Cuma bagi saya, kalau kita nak maju, walau macam mana pun, kita kena cari jalan juga, cari alternative juga. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kalau kita pilih nak dedah2, macam2 alasan kita boleh cipta. Tak terjawab dan tak terlawan. Tapi, bila kita pilih nak bekerja dan buat sesuatu mengikut landasan agama, macam manapun, kita tetap akan jumpa jalan macam mana nak terus teguh pada pegangan agama kita walau apapun kita buat. Pilihan di tangan kita. Bila cakap macam ni, bukan pulak nak tunjuk macam saya ni baik sangat, kerek ke, apa ke. Tapi, sebagai manusia biasa, kita semua pasti ingin jadi yang terbaik dan sentiasa memperbaiki diri, kan? Dengan niat baik kita, InsyaAllah, jalan tu, Allah S.W.T. akan buka dan tunjukkan pada kita. Yakinlah! ^_^



    Itulah ceritanya. Pasal cita-cita, harapan dan pilihan yang perlu dilakukan. Untuk masa depan dan untuk kebaikan. But for now, I’m gonna go with TEACHER. Hahah. About being with the animals tu, InsyaAllah akan di’pursue suatu hari nanti. Mungkin bukan really being with all of them, getting into real nature, real seas and real forests, but still, I believe that there’s something I can do about it. And that starts with feeding my own cats here.


    Joe nih, orang makan cokelat dia pun nak, orang makan kacang dia pun nak, semua dia nak. Asal tengok orang makan aje, adalah muka dia. Haih! Dan anda semua juga. Andai kata belum rezeki kita nak capai apa yang kita betul-betul nak buat sekarang, mungkin di  masa hadapan boleh. Siapa tahu? Mulalah sedikit demi sedikit. Kalau tak boleh buat semua dan sebiji macam yang diharapkan, at least there’s something yang kita boleh buat. Sikit pun takpa. Slow-slow kata orang. Jangan menyerah tau! Kerana kejayaan itu datang dari usaha kita, meskipun kita bermula dengan hanya usaha sebesar zarah sahaja. And a word of wisdom, saving one animal won't change the world, but it will change the world for that one animal atau simple nya, membantu dan menyelamatkan seekor binatang tidak akan mengubah dunia ini, tetapi hidup binatang itu sendiri pasti akan berubah. ^_^


   Dan hendaklah diingat, apa sahaja yang kita buat, pastikan ia bukan benda yang buruk dan yang dilarang agama. Bila saya cakap jangan menyerah tadi, saya bukan galakkan kalau anda ada terfikir nak buat benda tak baik. Tak sekali-sekali! Dua kali pun tak! Yang saya maksudkan di sini adalah yang baik-baik. Yang bantu diri, bantu family, bantu orang lain, martabatkan agama Islam, juga tak lupa, makhluk2 Allah yang juga berkongsi satu bumi dengan kita. 


   Dan sekali lagi pesanan penaja, jangan tinggal solat, sibuk sekalipun, tingkatkan amal, sayangi diri, jaga family, jangan buang sampah merata, jangan seksa binatang, apa juga yang kita buat, berusahalah sehabis baik dan berdoalah pada Allah Yang Maha Mendengar. Selebihnya? Berserahlah. Yakinlah pada apa yang Allah S.W.T. dah aturkan untuk kita. Apa yang kita dapat, bersyukur, kerana mungkin kita fikir kita takkan senyum pun bila buat benda yang kita tak mahu, tapi ingatlah kawan2, dekat luar sana, ada saudara2 kita yang tak dapat nak senyum pun, dan mungkin dah lupa macam mana nak senyum kerana diseksa seharian, di tanah berdarah, Palestin.  Doakan mereka semua ya. Jangan lupa tu. Oklah.  Lain waktu jumpa lagi. Dah agak lewat nih. Wassalam…(Jangan lupa senyum..  ^_^)

Monday, December 19, 2011

Kisah Makhluk Allah Yang Bergelar Haiwan...

Assalamualaikum W.B.T.....

   Apa khabar semua? Sihat? Alhamdulillah..  Ada rezeki lagi berjumpa hari ni.. Hari ni kan, saya nak macam2 pasal binatang. Firstly, maybe agak terlambat,  sebuah cerita sedih tentang kucing bernama 'Hero'. Saya yakin anda semua pernah membaca atau melihat video klip tentang HERO ini di facebook atau blog or terbaca di mana2 (Mastika, contohnya) dan kalau tak silap hari tu, ada keluar kat TV pasal HERO and PAPA HERO.



   So, as you can see, yang berwarna oren putih itulah Hero. Hero adalah mangsa kekejaman manusia yang tiada sifat kemanusian dalam dirinya. Kisah ini berlaku pada Mei 2005, di mana kedua-dua kaki hadapanya telah dipotong oleh 'seekor..eh! eh! eh! seorang yee.. manusia yang tidak berperikemanusiaan hanya kerana mencuri seekor ikan di sebuah restoran. (betul atau tidak,, wallahualam...tapi inilah cerita yang dikumpul dari pelbagai sumber).

   Kerana kasihankan Hero, seorang lelaki yang mengelarkan dirinya 'Papa Hero' mengambil kucing ini untuk dibawa ke rumah. Hanya berbekalkan minyak gamat sahaja ketika itu untuk menyapu pada lukanya yang parah. Syukur kepada Allah S.W.T., sebulan selepas kekejaman itu, lukanya semakin sembuh.

   Dan sekarang Hero sudah berjaya mengharungi hidupnya yang penuh dengan cabaran dan dugaan.  Hero is indeed a strong cat, kan? Respect Papa Hero! Hero sekarang sudah mempunyai anak-anak yang comel. Ini adalah gambar anak-anak Hero.
   So, inilah kisah Hero.. Sedih kan? Respon admin terhadap perkara ni? Well, nak sumpah2 orang tu pun takda hasil jugak kan? Just hope that orang yang buat kekejaman ni akan sedar akan kesilapannya. Kalau potong tangan dan kakilah cara menghukum kucing yang suka mencuri, rasanya, dah lama kucing2 kat rumah den ni tak bertangan tak berkaki. But then, I don't think I should do that. Nak tau kenapa? Well, kucing curi ikan, itu silap saya la kan? Tak simpan ikan tu baik2. Cuai. Betul tak? Just let it go lah... Maksudnya tu, memang dah rezeki kucing tu la. Dia pun nak cari makan. Takkan nak suruh dia kerja dan cari duit, then beli ikan tu. Itulah beza kita dengan haiwan. Binatang tak dikurniakan akal macam manusia. Sebab tu hidup mereka bukan macam kita.. Makanya, gunakanlah akal tu dengan baik. ^_^

    Apa2pun, ambillah pengajaran dari kisah ni teman2. Maksud saya di sini ialah, walaupun kita ditimpa musibah, janganlah kita mudah berputus asa. Tengok macam Hero nih. Masih berjuang untuk hidup and dah ada anak pun. Thanks to Allah kerana hantarkan orang yang baik macam Papa Hero. Dan ucapan untuk Hero, GOOD LUCK! Dunia ini penuh dengan kekejaman dan sesuatu yang tidak pasti. Tapi apa yang pasti, Allah S.W.T. sentiasa ada di sisi kita tak kira tempat tak kira masa. Yakinlah! Di saat susah dan senang, jangan lupa pada Allah kerana Dia tak pernah lupa pada kita. Dan...masih ada lagi orang baik dan orang yang bersedia membantu kita tak kira di mana pun kita berada. Itupun, dengan izin Allah juga. Jadi, jangan menyerah dan berusahalah! Berdoa dan..... the rest? Biar Allah S.W.T. yang tentukan....

SUMBER : http://pangkahbulat.blogspot.com/2010/12/kucing-bernama-hero.html

   Oh ya! Alang2 dah cerita pasal binatang, there's something I wanna share with you all. Tadi saya tengok some kind of show dekat TV. Pasal cold-blooded animal. Dan... binatang yang bertuah hari ini adalah...... Crocodiles! (bukan selipar crocs tu yee..) Dan bukan juga buaya darat.. Buaya air ni..Ni ghope dye...Haaaa..


   Buaya ni ada macam2 jenis. Tapi hari ni, kita story mory pasal crocodiles spesies Caiman. Tengok gambar atas tu. Itulah selebriti kita hari ini. Heheh. Like any other crocs, Caiman juga bertelur. It takes almost 3 months for the eggs to hatch. Dan apa yang menarik perhatian saya adalah, anak2 buaya ni sudah berkomunikasi dengan ibunya sejak dari dalam telur lagi. Walaupun belum menetas, anak2nya boleh hasilkan bunyi dari dalam telur tu. Macam babies in mother's womb. Tendang2 perut and sometimes, kita boleh lihat perut ibu kita gerak2. (Although I don't remember seeing it. Sebab saya pun kecik lagi time tu. Huhu.)

   Back to the Caiman. Setelah menetas, anak2 Caiman akan hasilkan bunyi halus dan ibu Caiman akan segera menuju ke arah sarangnya. Sarangnya kira macam busut la. Tertutup di luar, tapi ada ruang di dalam. Dan di situlah telur2nya disimpan hingga menetas. Bunyi anak2 Caiman ni, walaupun halus, ibunya boleh dengar dari jauh lagi tau! Dan inilah salah satu cara crocodiles berkomunikasi. Dan lagi pasal komunikasi, belakang buaya tu, kalau perasan, ada macam sisik yang keras2 tu. Macam duri2. Bahagian tu akan vibrate kalau buaya tu keluarkan bunyi. Dan getaran tu, cukup kuat sampai air pun boleh berkocak. Hebat tak? Well, itulah makhluk ciptaan Allah S.W.T...

   Back to Caiman tadi. Ibu Caiman akan segera mengorek semula sarangnya untuk memastikan anak2nya boleh keluar dengan mudah dari situ. Tapi, bukan semua anak2 Caiman akan tunggu mak dia untuk ambil dia. He or she will start it's on journey to their new world, but they will constantly produce the sound. So sebab itu, mudah untuk ibu Caiman track di mana anak2 dia.

   Walaupun begitu, not all of the eggs get to hatch. Ada yang tak menetas. Tapi makhluk Allah ni takkan tinggalkan telur tu macam tu je. Ia akan ambil telur tu, letak dalam mulutnya dan bawa ke dalam air. Selembutnya, ibu Caiman akan gigit2 dan pecah2kan telur tu, supaya anaknya boleh menetas. So sweet, isn't it? (Jangan tertelan sudaa..Huhu...) Tengoklah kawan2. Usaha jugak bantu anak2 dia keluar dari cangkerang. Kalau ibu Caiman tak tolong, telur tu mungkin takkan menetas langsung tau! Walaupun ada yang bernyawa dalam telur tu. Itulah kata orang dalam TV tu.. Heheh.. Sangat2 touching!

   Mengikut kajian, gigi rahang Caiman ni adalah tergolong dalam salah satu gigi rahang or dia punya cengkaman mulut tu adalah antara yang terkuat dalam geng2 buaya ni. Tapi, apa yang amazing ialah, ibu Caiman akan gunakan force yang paling minimum ketika membawa anaknya di dalam mulut. Supaya anak2nya tak cedera. Time ibu Caiman nak masukkan anaknya dalam mulut tu, memang nampak macam ganas tau, tapi tak cedera pun anak dia. Kalau time makan, kemain ganas lagi. Seram den. Tapi, inilah istimewanya makhluk Allah ni... That bond between mom and their children. Segarang dan seganas apapun seorang wanita itu, dengan anak2, dia akan menjadi lembut.. Ye tak? Heheh.

   Setelah semua telur menetas, ibu Caiman akan bawa anak2nya ke dalam kolam kecil yang ia pilih sendiri. Tempat ibu Caiman membesarkan anak2nya yang masih very2 fragile. It's called their 'nursery pond'. Tapi, tugasnya belum selesai setakat itu. Ibu Caiman akan guard anak2nya dari ancaman buat tempoh beberapa bulan lagi setelah itu.

   Dan kisah tumbesaran anak2 Caiman ni akan berterusan di kolam yang lebih besar, a.k.a. tempat buaya2 semua tinggal. Big and small. Tapi, tempat ni jauh tau! Jauh dari tempat mereka menetas. So, ibu Caiman akan guide anak2nya sepanjang perjalanan menuju ke sungai. Semua ikut je. Tapi tak dok dalam mulut maknye. Dan yang paling remarkable adalah... bukan semua anak2 Caiman tadi adalah anak2nya sendiri. On the way, mungkin akan ada anak2 ibu Caiman yang lain yang tersesat. Sungguhpun begitu, ibu Caiman tak pilih anaknya. Ia akan tetap bawa semua anak2 buaya yang mengikutnya ke sungai dan melindungi mereka macam lindungi anak2nya sendiri. Semua! Walaupun itu anak Caiman lain. Andai ada yang terpesong dari landasan, ibu Caiman tetap akan tunggu sehingga anak2nya sempat mengekorinya... SubhanAllah!!

   Well, itulah cerita pasal dua animals yang totally berbeza. Kucing, yang manja, yang hidup di sekeliling kita. Dan seekor lagi, buaya, yang kita kenali sebagai binatang yang ganas dan buas. But in real life, kalau kita betul2 selami kehidupan mereka2 ni semua, kita pasti akan ubah fikiran. But frankly speaking, I don't really like crocodiles. Tapi, saya tak lah benci... Apa yang kita boleh dapat dari kisah Caiman ni tadi? Well, ibu Caiman tak pilih anak. Begitulah sepatutnya kita juga. Jaga dan lindungilah sesama kita, tak kira miskin kaya, saudara ataupun tidak, kerana kita seagama. Zaman sekarang ni, budaya pilih2 bulu ni.. Adoi... Tak dapat nak cakap. Tapi kan, sebaiknya, jangan jadikan amalan ea..

   Allah dah tunjukkan bukti2 kekuasaan-Nya pada kita dalam macam2 bentuk. Langit, laut, awan, binatang, even darah yang mengalir dalam badan kita ni. Semua tu bukti kekuasaan Allah S.W.T..... Takda alasan untuk kita butakan mata dan refuse untuk percaya. Bukalah mata. Lihatlah di sekeliling kita ni. Ada macam2 yang kita boleh ambil buat pengajaran. Even semut yang berjalan in line tu pun ada kisah disebaliknya. I often stumble upon this group of ants. Semut2 halus ni. Interestingly, mereka ni punya sense of cooperation yang tinggi tau. Saya selalu distract line tu. Kalau time tu tengah makan bread ke, saya akan koyakkan sikit, letak dalam line dia orang. Tau apa dia orang buat? Dia orang akan sama2 angkat halangan tu dan bawa sama2. Tak sikit pun roti tu ganggu perjalanan dia orang. They'll get in line walau apapun. Dan yang touchingnya ialah, kalau ada geng2 dia orang yang mati, dia orang takkan tinggalkan je. Dia orang angkat jugak. Bawak sekali dengan dia orang. Lepas tu buat apa? Wallahualam..


   Sebab itu saya suka observe makhluk2 yang halus ni. Angkut2 yang bawa larva dia... Terbang ulang-alik. Punya lama! (nak observe punya pasal, sanggup tunggu dia datang dari mana tah.. hahah) Lepas angkut sekor, sekor lagi... Ibu ayam yang lindungi anak2 dia (in which I once kena kejar by one because I try to get near.. Dengan harapan dapatla pegang anak ayam.. Sekali... Kena kejar... Ganas owww.. Seram! Ketak2.. Kata mak ayam. Haha) Dan angsa2 atok yang sangat friendly.. Suka datang dekat orang. Tapi saya takuttt!! Dulu ada dua ekor. Sekarang takda dah. Macam2 kan?

   Hmmmm.... Rajin2lah tengok sekeliling kita. Banyak rahsia alam yang kita boleh teroka. Kadang2, kejadian2 alam macam ni lah yang buka hati kita. Sedarkan kita tentang kekuasaan Allah. Walaupun mungkin nampak kecil dan simple pada kita, tapi kompleks sebenarnya. Pesan saya, kita ada akal, gunakan dengan baik. Jangan suka2 seksa binatang. Macam kisah Hero tadi. Tak luak rezeki kita kalau kucing ambil ikan sekor. Allah dah aturkan awal2 lagi. Andai memang dah kita punya, macam mana pun tetap kita punya. Ingat ya semua. Dan.... Jangan kotorkan alam sekitar! Kasian dong nelayan2 di laut. Nggak bisa dapat ikannya jika laut sudah tercemar. Tau tak betapa frustratednye keluar ke laut berjam-jam tapi tak ada ikan? Mesti sedih kan? Hargailah nelayan2 kita. Kalau kita rosakkan laut, dia orang keluar ke laut, ikan tak dapat, nak makan pun susah tau. Kita ni, senang2 aje. Pegi pasar, dah nampak ikan. Cuba bayangkan, kalau suatu hari, pergi pasar, tapi takda ikan? Hah! Semua dah mati sebab laut dah tercemar. Masa tu, nak buat apa? Allah kasi laut. Laut beri kita kehidupan. It's time for us to give it back. Jaga alam, jaga apa yang Allah bagi pada kita. InsyaAllah...tak sia2 apa yang kita buat tu. Nak2 lagi time cuti ni... Berkebun ke.. Berbudi pada tanah..  Heheh.. Dah2!! Melarat2 pulak.. Lastly,, semoga dapat manfaat dari coretan hari ini.. Lain waktu kita jumpa lagi.. Say Cheeseeee...Eeee... Nampak gigi!! Haha... Klik3.. Takda gambar!!! Filem dah abis.. Nanti beli eh! Selamat bercuti.. Wassalam..


Sunday, December 18, 2011

Diari Buat Ayah

"Assalamualaikum W.B.T......
  
   Dear Ayah.....
Hari ni, Aisyah kena marah Abah lagi. Hmmmm... Tak tahulah kenapa dengan Abah tu. Hari-hari nak marah. Pantang Aisyah salah cakap sikit, pasti Abah nak marah. Sebiji macam Ayah. Tapi tak boleh nak salahkan Abah juga. Memang salah Aisyah pun. Aisyah sendiri suka sangat cari pasal. 


Sampai sini saja ya Ayah. Abah dah panggil Aisyah tu. Tak tahulah kenapa. Tapi, Ayah doakan Aisyah ya. Jangan Aisyah salah tekan butang bom lagi kali ni. Ok. Wassalam..."


**********************************************************************************
   Aisyah menuju ke bilik bacaan Abah dengan menatang dulang berisi segelas susu. Salam diucap dan pintu diketuk perlahan. Bimbang akan mengejutkan Abah.


"Masuk!" Terdengar suara garau Abah dari dalam bilik.


   Tombol pintu dipulas seraya hati kecilnya berdoa agar kali ini dia tidak tersilap langkah mahupun terlepas cakap lagi. Helaian surat khabar dilipat kemas dan diletakkan di atas meja. Lelaki separuh abad itu membetulkan kaca matanya. Dia senyap seketika.


"Kamu buat apa berlama-lama dalam bilik tu? Dah naik serak suara Abah panggil kamu. Kamu tak dengar ke?"  Sedikit keras nadanya. Kedengaran seperti Aisyah akan kena lagi kali ini.


"Eh, ya ke? Aisyah tak dengar pun? Kalau tak silap dengar Aisyah, Abah panggil Aisyah sekali aje."  Ah! Terlalu polos anak itu. Jujur sekali jawapannya. Dan mengapa harus mulut lancangnya itu menjawab? Aduh! Pasti saja dia akan kena lagi!


   Tuan Faizul hanya mendiamkan diri. Gelas susu di hadapannya langsung tidak disentuh. Panas hatinya apabila Aisyah menjawab lagi. Namun kali ini, dia cuba untuk tidak memarahi anak itu. Bilik Aisyah di tingkat tiga. Pantas saja dia tidak mendengar sekiranya dia memanggilnya. Lagipun, bukan dia tidak tahu apa yang dilakukan oleh Aisyah sekiranya dia sehingga tidak mengendahkan yang lain. Pasti saja dia sedang menulis diari buat Ayahnya. Tuan Faizul cuba untuk mengerti dan memahami.


"Yelah tu. Kamu ni, kalau tidak menjawab, memang tak sah. Pergilah naik atas balik. Sambung kerja kamu tu. Jangan sampai lewat tidur pula. Selepas solat Subuh esok, tolong Abah kemas-kemas pakaian sikit. Abah ada mesyuarat dekat Singapura. 3 hari. Flight Abah petang esok. sebelum tu, Abah akan hantar kamu ke rumah nenek. Taklah kamu duduk sorang-sorang dekat rumah ni."


   Aisyah mengangguk perlahan. Seperti biasa, Abah akan pergi lagi. Tiap-tiap minggu Abah mesyuarat. Ke sini, ke sana. Selalu saja Aisyah dihantar ke rumah nenek. Tetapi lebih kerap lagi Aisyah ditinggalkan berseorangan di rumah agam milik Abah. Aisyah sunyi.


**********************************************************************************
"Alah... Aisyah nak pergi sekejap je. Lagipun, Aisyah nak jumpa kawan-kawan dekat kampung juga. Bukan selalu. Boleh kan?"  Aisyah menggenggam erat lengan Ayah yang sedang menumpukan perhatian terhadap bacaannya.


"Ayah cakap tak payah, tak payahlah. Jangan ke kampung tu kalau Ayah tak bawa kamu. Ayah tak suka kamu bercampur dengan budak-budak yang tak tentu hala tu. Entah apa yang kamu buat kalau Ayah tak ada kat sana." Ayah masih meneruskan bacaannya. Rengekan Aisyah sebentar tadi langsung tidak dia pedulikan.


"Ayah ni kan.. Suka fikir yang bukan -bukan. Tak baik Ayah cakap macam tu tau. Nanti, kalau Aisyah betul-betul buat benda tak baik baru Ayah tau!"  


   Zapppp!!! Sebuah tamparan singgah di pipi kanannya. Aisyah terjelepok di atas lantai. Genggamannya tadi terlepas juga. Dia tertunduk-tunduk menahan sakit.


"Hey! Aku tak pernah ajar kau jadi jahat1 Sejahat-jahat aku dulu, tak pernah sekalipun aku cakap dengan Mak aku macam tu. Kau jangan nak cabar aku. Aku beri amaran pada kau ni! Kalau kau berani, kau cubalah cabar aku! Kalau nanti kau kena tahan polis sebab buat benda-benda yang tak elok, aku biar kau mati busuk dekat dalam penjara tu! Kalau polis lambat tangkap kau, aku sendiri yang akan hantar kau ke penjara! Jangan kau berani-berani nak cabar aku.!!"


   Dengan tidak semena-mena, lengannya ditarik keras. Dia diseret ke luar pintu. Batang tubuhnya yang kurus melidi dihempukkan ke dalam kereta sebaik saja pintu kereta dibuka. Pak Seman menghidupkan enjin kereta.  Aisyah yang masih terpinga-pinga hanya mendiamkan diri. Baru sahaja sebentar tadi dia ditampar. Hampir hilang seluruh ingatannya. Terasa bagaikan terburai seluruh isi kepalanya. Itulah padahnya jika berani mencabar kesabaran Ayah. Bukan Aisyah tidak pernah kena. Cuma dia tidak kenal erti serik. Tetapi kali ini, lain pula rupa hukumannya. Aisyah sendiri tidak tahu apa yang bakal terjadi sebentar sahaja lagi. Adakah Ayah akan memandu kereta selaju-lajunya kemudian membiarkan kereta itu menjuna  ke dalam gaung, biar mereka sama-sama mati terbunuh? Aisyah sendiri tidak tahu.


**********************************************************************************
"Maafkan Aisyah, Ayah! Aisyah tak sedar! Aisyah tertidur! Maafkan Aisyah!"  Bibirnya tidak putus-putus mengucap kata maaf. Berharap agar kesilapannya kali itu  mendapat keampunan si Ayah.


"Kamu dah gila ke apa, hah?! Aku suruh kamu masak air! Bukan suruh kamu bakar dapur aku ni! Kecik-kecik tak nak mati! Dah besar-besar ni, rumah aku pulak yang kau nak bakar?!"  Herdikan demi herdikan dilemparkan terhadap Aisyah, manakala tangannya masih sibuk memadamkan api yang sudah hampir memusnahkan separuh bahagian dapurnya. Sudah hampir habis terbakar segala perkakasan dapur.


   Untung saja bukan Aisyah yang mati rentung dibakar api. Hanya Allah saja yang tahu betapa gelabahnya dia apabila dikhabarkan kepadanya asap berkepul-kepul keluar dari bahagian belakang rumahnya. Teringat dia bahawa Aisyah masih berada di rumah itu. Bagaimana saja keadaannya? Bergegas dia meninggalkan masjid. Sehingga tidak sempat berselipar. Berkaki ayam, berlari selaju-lajunya menuju ke rumah. Begitu dia sayang akan anak itu meskipun pada hakikatnya, lain yang dia paparkan pada papan dunia sebenar.


   Sampai saja dia ke rumah, lega hatinya melihat anak itu baik-baik saja. Tidak tercalar sedikitpun. Jauh sekali terbakar. Namun, sebaik saja Aisyah mengakui akan kesilapan serta kecuaiannya, serta-merta hatinya menjadi panas. Sepanas api yang membakar. Semakin marak apabila mengenangkan kecuaian yang dia kira tidak patut berlaku. Baru sahaja sekejap dia meninggalkannya di rumah sendirian. Lain pula yang terjadi. Seperti tidak boleh diharapkan langsung!


**********************************************************************************
"Sudah! Kamu keluar dari kereta ni sekarang! Tadi kamu berani sangat mencabar aku. Makan minum pun aku yang tanggung! Sekarang ni aku nak tengok sendiri. Kalau aku biarkan kamu dekat sini, dapat ke tidak kamu hidup lagi. Keluar sekarang!!!!"


   Aisyah tersentak dari lamunan. Jauh sekali dia kembali ke masa lampau sehingga tidak sedar akan hala tuju dia dan ayahnya. Tahu-tahu saja sudah sampai entah di mana dan dihalau keluar.


"Ayah! Kita kat mana ni? Takkan Ayah nak tinggalkan Aisyah sorang-sorang kat sini? Aisyah tak nak! Ayah!!"  Aisyah tersedu-sedu menahan tangis. Tidak pula dia sangka sehingga begitu sekali dia dihukum kali ini. Begitu besarkah permintaannya untuk ke rumah nenek sebentar tadi? Dan begitu besarkah kesilapannya kerana menjawab sebentar tadi?


"Aik?! Tadi aku ingat kamu dah besar sangat sampai berani nak melawan cakap aku?! Sekarang ni, aku nak tinggalkan dekat sini sorang-sorang, tahu pulak kamu takut?! Sekarang ni, aku tak kira. Kamu takut ke, apa ke, kamu keluar!! Anak tak tahu diuntung macam kamu ni memang patut kena ajar!"   Pak Seman masih mengeraskan suaranya meskipun dia tidak benar-benar memaksudkan kata-katanya sebentar tadi. Dia hanya sekadar ingin menakutkannya sajaha. Biar dia sedar akan kesilapannya.


   Kadangkala Pak Seman sendiri tidak habis fikir. Mengapa anak itu sukar sekali mengalah. Ada-ada sahaja yang ingin dibantahnya. Tidakkah dia tahu bahawa ayahnya itu sangat mengasihinya? Dan oleh kerana itu dia tegas sekali menjaganya. Dia mahu Aisyah menjadi MANUSIA. Aisyah membesar di dalam dakapannya sendiri. Tanpa ibu dan siapa-siapa juga yang menyerupai ibu. Sedaya upaya Pak Seman melengkapinya dengan kasih sayang kedua-duanya. Dialah ayah, dialah ibu. Dia menyayangi anak itu lebih daripada dia menyayangi dirinya sendiri. Mengapa Aisyah tidak mahu mengerti?


   Sewaktu kecilnya, Aisyah dimanjakan selayaknya seorang bayi yang perlukan kasih sayang serta perhatian. Tidak pernaha sekalipun Pak Seman berjauhan darinya. Cuma, masa berlalu dan Aisyah menjadi dewasa. Sudah pasti cara mendidik anak gadis yang berusia 16 tahun tidak akan sama dengan cara memanjakan anak yang berusia 5 tahun. Atau, adakah dia yang sudah tersilap mendidik Aisyah? Terlalu kasarkah dia selama ini? Atau terlalu lembutkah dia dahulu?


**********************************************************************************
   Aisyah melangkah keluar dari kereta perlahan-lahan. Jika itu hukuman bagi kesilapannya kali ini, dia akan menurut. Hatinya sudah hancur luluh. Tidak pernah dia menyangka bahawa sampai begitu sekali Ayah membencinya. Sehingga sanggup membiarkan dia sendiri entah di mana-mana. Bagaimana jika dia diganggu orang asing di jalanan? Bagaimana jika dia diculik? Tidakkah Ayah terfikirkan itu? Atau Ayah sememangnya menginginkan perkara seperti itu terjadi kepadanya? Supaya Ayah tidak perlu lagi menjaga anak yang degil sepertinya?


   Pak Seman tersentak apabila mendengar pintu kereta ditutup. Dipandangnya ke tempat duduk belakang, anak gadisnya itu sudah tiada. KELUAR seperti yang dikehendakinya sebentar tadi. Sejujurnya, dia tidak pernah berniat untuk meninggalkannya di situ. Namun bila difikirkan semula, itu sahaja cara yang terlintas di fikirannya. Dia sendiri sudah tidak tahu lagi bagaimana seharusnya dia melenturkan kedegilan Aisyah. Namun, terfikir juga dia. Betulkah tindakannya itu? Patutkah dia meninggalkannya sendirian di situ? Bagaimana jika dia diganggu orang asing di jalanan? Bagaimana jika dia diculik?


   Tidak! Dia harus kuat! Dia harus mendidik anak itu. Kerana seringkali Aisyah mengaku bahawa dirinya sudah cukup dewasa untuk melakukan itu dan ini. Dirinya sudah cukup dewasa untuk bergerak sendiri. Dirinya sudah cukup dewasa untuk membuat keputusan sendiri. Tapi baginya, dewasa bukan bererti bebas keluar ke sana sini. Dewasa bukan bererti bebas melakukan itu dan ini. Dan kali ini, Pak Seman akan membiarkan dia menikmati kedewasaan itu sendiri. Nikmatilah kedewasaan dan kebebasan yang dia sebut-sebutkan selama ini. Dia ingin melihat sendiri sejauh mana kedewasaan itu akan melindunginya nanti. Hanya pada Allah S.W.T. doa dipanjatkan agar anak itu sentiasa dilindungi.


**********************************************************************************
   Setengah jam Aisyah termangu-mangu di tepi jalan. Dia hanya duduk sahaja di atas penghadang jalan. Dia mati akal. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Sesekali kelihatan beberapa buah kereta berhenti di tepi jalanan. Mungkin sahaja membetulkan enjin atau apa-apa sahaja yang membuatkan mereka terhenti di situ.


   Dan pada masa yang sama, akan ada beberapa orang lelaki muda datang menghampirinya. Tersenyum-senyum dengan sorot mata yang begitu menjengkelkan. Entah apa yang sedang bermain di fikiran mereka. Untung saja jalan sibuk hari itu. Makanya, dia tidak berasa sunyi. Terasa sedikit terlindung di sebalik keriuhan. Satu jam berlalu dan Aisyah sudah kebasahan di tepi jalan. Puas juga dia cuba mencari tempat berlindung daripada hujan lebat yang seakan-akan mengerti akan kesedihannya kerana ditinggalkan seorang diri di situ.


"Andai saja Ayah ada.... Pasti tidak akan ada yang berani mengganggunya tadi. Andai saja Ayah ada.... Pasti Ayah sudah terkocoh-kocoh berlari semata-mata untuk mendapatkan payung untuknya. Andai saja Ayah ada di sini.... Di mana Ayah? Mengapa Ayah masih tidak mengambilnya. Masih marahkah Ayah padanya?"  hati kecilnya sudah mula berbisik. Menangis sendiri di dalam kebasahan hujan. Nah! Lihatlah! Baru dia tahu mengapa Allah memberikannya seorang Ayah di sisi. Tidak dilahirkan ke dunia terkontang-kanting seorang diri.


**********************************************************************************
"Macam mana kamu boleh tersadai dekat tepi jalan ni? Dalam hujan-hujan macam ni... Hish kamu ni.."  Cikgu Zaleha mengeluh panjang. Terkejut apabila menemukan Aisyah kehujanan di tepi jalan.


"Cikgu....."  Lega apabila mendengarkan anak itu bersuara. Dia kira sudah bisu dek kesejukan.


"Cikgu sayang tak dengan ayah Cikgu?"  Aisyah sekadar berbasa-basi.


"Eh! Sudah tentu-tentulah sayang! Siapa tak sayang Ayah sendiri?"  Cikgu Zaleha hanya tersenyum sumbing apabila soalan itu ditujukan kepadanya. Soalan yang dia kira jawapannya sudah sangat pasti dan jelas.


"Selalu, cikgu rasa rindu. Bila balik kampung, jumpa ibu, memang gembira. Tapi, lain rasanya kalau ada ayah. Memang tak meriah. Tapi cikgu rasa selamat. Rasa lega. Bila buka mata aje, lepas tidur, tengok ayah masih ada. Memang lain sangat dari sekarang. Sekarang ni, ayah dah tak ada. Bila balik kampung, tak nampak ayah. Ada gambar ayah aje. Kadang-kadang rasa nak pegang ayah. Tapi dah tak ada kan? Nak pegang, nak salam, nak hidangkan air, nak dengar suara, semua tak dapat. Jiwa tak tenang. Pasal ayah dah tak ada..."  Cikgu Zaleha cuba menahan sebak di dada. Namun dia tidak bisa. Dadanya terasa sesak. Lantas dibiarkan sahaja air matanya mengalir. Itulah perasaannya bila menatap gambar ayahnya. Hanya ada gambar sahaja. Orangnya sudah tiada. Ingin berjumpa, ingin berbicara, tetapi sudah tiada. Terasa siksa.


"Sebab itulah cikgu selalu pesan pada kamu semua. Sayangilah ibu dan ayah kamu dan hargailah mereka ketika mereka masih ada di depan mata. Biarlah seburuk dan sejahat apapun mereka, mereka tetap ayah dan ibu kamu. Darah daging kamu. Mereka yang melahir dan membesarkan kamu. Susah payah mereka, kamu tak pernah tahu. Kadang-kadang sampai tersungkur, berjaga siang malam untuk mengisi perut kamu. Supaya kamu mampu tersenyum macam sekarang. Sihat, DEWASA. Usia muda mereka dihabiskan untuk memastikan kamu membesar. Sehingga tahu0tahu aje, mereka dah tua. Kadang-kadang, kita ni tak sedar semua tu sebab kita tak nampak. Mereka korbankan usia muda mereka untuk kita menikmati usia muda kita. Bila kita dah senang, kita lupakan mereka. Kita nak hidup BEBAS, dengan alasan kita dah DEWASA. Tak perlu dikongkong macam budak-budak. Padahal mereka hanya berniat melindungi kita. Cikgu dulu pun macam tu jugak. Kadang-kadang terasa diri dah dewasa sangat. Cikgu nak buat ikut suka cikgu aje. Cikgu tengok kawan-kawan keluar ramai-ramai, cikgu pun nak ikut. Sampai cikgu bantah cakap ayah cikgu. Dengan alasan cikgu dah 17 tahun. Dah dewasa."


   Aisyah tergamam seketika. Apa yang baru sahaja melepasi corong telinganya tadi begitu persis akan dirinya sendiri. Ingin bebas dan menikmati usia remaja.


"Sekarang ni, bila dah dewasa, baru Cikgu sedar. Cikgu masih perlukan ayah cikgu. Ayah buat cikgu bahagia walau dengan hanya menatap wajah ayah. Tapi apa lagi yang cikgu boleh buat sekarang? Ayah dah tak ada. Cikgu kena terima walaupun kadang-kadang Cikgu rasa macam nak simpan je Ayah dekat rumah. Biar tak bernyawa sekalipun. Asalkan ayah ada depan mata cikgu. Tapi Aisyah, kita tak boleh buat macam tu. Apa yang sudah tidak ada, kita terima ketiadaannya. Apa yang masih ada, kita jaga, kita sayang, kita hargai, supaya kita tak menyesal di kemudian hari..."


    Aisyah tersedu-sedan dengan tangisnya di sebelah Cikgu Zaleha. Wanita berusia 30-an itu mengusap lembut bahu anak muridnya itu. Dia tahu Aisyah sedih. Dia tahu siapa Aisyah. Dia mengerti benar akan masalah dan dilema gadis muda itu. Dia kenal siapa ayahnya. Dan dia juga tahu mengapa Aisyah berhujanan di tepi jalan.


   Baru kini Aisyah melihat bukti kasih sayang ayahnya. Meskipun tidak indah caranya, namun begitu bereti dan dalam maksudnya. Semuanya untuk memastikan dia menjadi anak yang berguna. Semuanya untuk kebahagiaan dia sendiri. Kini, dia ingin sekali bertemu ayahnya. Ingin meminta maaf di atas segala kekasaran dan kedegilannya selama ini.


*********************************************************************************
   Pak Seman masih mencari-cari kelibat anaknya di tepi jalan. Penglihatannya terganggu dek hujan lebat yang tak ubah seperti jarum-jarum halus menikam cermin keretanya. Ke mana agaknya Aisyah? Adakah sesuatu yang buruk telah berlaku kepadanya? Menyesal rasanya kerana menghukum Aisyah sebentar tadi. Kini dia pula yang tidak senang hati.


   Hujan pula semakin lebat. Jalan yang semakin licin menambah kesukaran Cikgu Zaleha untuk mengawal stereng keretanya. Dia baru sahaja lulus ujian memandu. Masih baru lagi. Kilat sabung menyabung sedikit sebanyak membuatkan dia terkejut. Bergetar jari jemarinya menahan kesejukan. Kakinya pula semakin lemah. Rasanya dia diserang kekebasan lagi. Pada Allah dia meminta agar sempat tiba ke rumah Aisyah sebelum sesuatu yang buruk terjadi. Aisyah yang sudah tidur di dalam kebasahan dibiarkan begitu sahaja. Tidak sampai di hatinya membangunkan anak muda itu.


**********************************************************************************
   Kereta Wira Aeroback merah yang tersadai di tepi jalan menarik perhatian seluruh mata yang memandang. Orang ramai sudah mula berkumpul di tapak kemalangan. Pemandunya hilang entah ke mana. Penumpangnya juga langsung tidak kelihatan.


   Pihak polis berjaya menemukan maklumat mengenai mangsa kemalangan dari dalam kereta. Kelihatan sekeping kad pengenalan biru terletak kemas di dalam sehelai bungkusan lutsinar. Tertera nama yang tidak jelas kelihatan. Namun terlihat wajah pemiliknya. Seorang wanita. Masih muda. Usia belasan tahun. Dan di dalam kereta yang sama, ditemukan satu lagi kad pengenalan yang sama warnanya. Biru. Pasti milik mangsa kedua. Begitulah fikir orang ramai yang menyaksikan kemalangan tragis tersebut.


*********************************************************************************
   Jasad kaku itu ditatapnya puas-puas. Ubun-ubunnya dicium buat kali terakhir. Dengan tidak semena-mena, dadanya berombak. Terasa sesak sekali. Sesak dengan lava penyesalan. Terasa seperti ingin meletup! Saat itu juga tangisannya tumpah. Dia menangis semahu-mahunya.


"Ayahhhhh!!!!! Ampunkan Aisyah Ayah!!! Aisyah berdosa!! Bangunlah Ayah!! Ampunkan Aisyah...!!! "


   Aisyah terus-menerus meratapi jasad kaku yang sudah tidak bernyawa itu. Baru kini dia mengerti akan maksud Cikgu Zaleha. Baru kini dia tahu akan rasa sesak yang dia maksudkan. Baru kini dia tahu rasa sakitnya untuk menatap wajah yang sudah tidak mampu lagi tersenyum kepadanya, apalagi untuk memarahinya. Baru kini dia tersedar. Namun segala-galanya sudah terlambat. Jasad itu akan dikuburkan sebentar sahaja lagi. Tidak akan ada lagi jasad itu bersamanya.


   Dahulu, setiap kali tangan Ayah menghingapi tubuhnya, setiap kali itu jugalah dia berharap alangkah indahnya dunia jika dia tidak tinggal bersama ayahnya. Alangkah seronoknya andai ayah tiada. Tidak akan ada yang memukul dan memarahinya. Allah S.W.T. sudahpun mengabulkan doanya. Namun, kini dia berasa sesak. Dia ingin Ayah hidup kembali! Biarlah jika Ayah memukulnya sehingga patah riuk sekalipun, dia ingin melihat Ayah sekali lagi! Ayah belum sempat melihatnya bahagia! Dia juga belum sempat membahagiaan Ayah! Dia belum sempat itu dan ini! Saat itu juga, dia rebah di sisi jasad kaku Ayah.


**********************************************************************************
"Dear Ayah....


   Maafkan Aisyah sebab tinggalkan Ayah sebentar tadi. Abah panggil. Katanya, esok nak ke Singapura. Mesyuarat lagi. Macam tulah hidup Aisyah sejak tinggal dengan Tuan Faizul, ayah kandung Aisyah. Selalu aje sorang-sorang. Tapi, Abah tak pernah tangankan Aisyah. 


   Ayah ingat tak dulu? Ayah tampar Aisyah sebab Aisyah melawan? Aisyah tak kisah pun Ayah. Sebab Ayah tak pernah tinggalkan Aisyah macam Abah selalu buat. Sunyi tau. Sorang-sorang dalam rumah besar macam ni. Terasa macam rumah ni angker aje kadang-kadang. Rumah Ayah dulu lain. Kecil aje. Tapi tak sunyi sebab Ayah selalu ada.


   Tapi, tak kisahlah. Mungkin Allah nak hukum Aisyah. Dulu bila Ayah ada, Aisyah harapkan Ayah tak ada. Sekarang, bila Abah selalu tak ada, Aisyah pula yang sunyi. Maafkan Aisyah, Ayah. Aisyah tak sempat nak minta ampun dengan Ayah. Tapi, Aisyah tetap bersyukur. Allah masih kasi Aisyah peluang kedua. Kali ni kan Ayah, Aisyah janji takkan ingkar dekat Abah macam Aisyah buat pada Ayah dulu. Aisyah akan jaga Abah baik-baik. Aisyah takkan sia-siakan Abah. 


   Tapi Ayah jangan risau. Tempat Ayah dia hati Aisyah, takkan ada yang dapat ganti. Terima kasih kerana terima budak yang degil macam Aisyah ni jadi anak Ayah sewaktu Abah berikan Aisyah pada Ayah dulu. Terima kasih kerana besarkan Aisyah. Aisyah tetap sayang Ayah walaupun Ayah bukan ayah kandung Aisyah. Terima kasih pada Allah. 


   Nanti kita jumpa lagi ya, Ayah. Aisyah kena masuk tidur dah ni. Esok nak kena tolong Abah. Aisyah nak jadi anak yang lebih baik. Jumpa lagi, Ayah. Sayangggg Ayah!!  Wassalam."


   Diari ditutup dan diletakkan kemas di atas meja. Hari ini sudah hampir berlalu pergi dan InsyaAllah hari esok... Aisyah akan cuba jadi anak Abah yang lebih baik lagi! Kerana Allah S.W.T.... Kerana Ayah....






P/S: SEMOGA BEROLEH PENGAJARAN YA SEMUA.... INSYAALLAH....



 

 





Saturday, December 17, 2011

Cuti Cuti

Assalamualaikum W.B.T.....

   Selamat pagi dan salam ukhwah semua! Huh! Lama dah tak update blog. Just got back from "mental" holiday(bukan sakit jiwa atau tanjung rambutan yaa) dan kini, SAYA KEMBALI LAGI!.

   Cuti tinggal separuh2 je lagi. So, sebagai teman anda semua, ingin juga nak tahu. Apakah yang sudah dilakukan dan adakah yang masih belum terlaksana buat tahun ini? Ada? Takpe. Andai ada rezeki, kita sambung tahun hadapan. InsyaAllah.

   Actually, there's something I wanna show you all. Cuma tak dapat nak upload gambar nak attach sini. Ada masalah technical sikit with my devices ni. Haih. Sebenarnya, nak share gambar teman2 saya aje. Teman yang menemani time2 cuti ni.

   I don't have many friends dekat kawasan tempat saya tinggal ni. Don't know why lah. Kinda lazy to go out and socialize. But then, I've got my own, special friends at home. They are Boyot (nama IC Joe) and the gang. Hahah. My beloved cats. Really wanna share with you all. (Still trying to fix my problems here. Mintak2 boleh lah ea..Taking a few minutes...Tet...Tet...Engage...)

   Oklah. Huhu..Den surrender. Tak tau macam mana dah nak fix benda nih. Never mind. Nanti, kalau dah fix, I'll share with you all ok? (Macam lah korang nak tengok sangat pun. Heheh. Takdelah. Just wanna share.)

   Cerpen macam biasalah. Update yang dulu2. Ada yang tergantung tu, nantikanlah sambungannya. Sekarang ni, rasa macam nak tulis cerita yang panjang2 sikit. Sebab tu asyik to be continued aje. (Melatih diri menulis novel. Ade rezeki, publish buku sendiri. InsyaAllah. Doakan ya.) Rasa teringin juga nak ada buku sendiri kadang2. Cuma itulah. Tak cukup courage nak hantar proposal dekat mana2 syarikat penulisan. Takut kena reject!!! Uwaaa...Huhu..Inilah orang kita. Takut tak habis2. Sebab tu susah nak maju. (Teguran khas buat diri sendiri)

   Tapi takpe! As the time goes by, kedewasaan akan mengajar erti keberanian dan keperluan ke arah perubahan untuk kebaikan. Bukan untuk diri sendiri sahaja, malah buat semua saudara seIslam sedunia. Ye tak? Begitulah hendaknya. Bukan apa. Benda yang baik, kalau boleh share untuk semua orang dapat manfaatnya, bukankah lebih baik? Jangan takut berkongsi. Tak luak pun. Takkan  rugi juga. ^_^

   Ok. Rasanya sampai di sini sahaja. Cuti2 yang singkat ni, wanna spend more time with family. Dan tahniah kepada saudara2 dan saudari2 yang lulus exam dan pass with flying colours. Kalau reslut tak seperti yang diharapkan, jangan putus asa. Apa yang kita usaha, itulah yang kita dapat kan? Nak menyesal pun takkan jadi apa2. Nasi dah jadi bubur orang kata. Tapi jangan menyerah! Nasi, kalau dah jadi bubur pun masih boleh makan kan? Lainlah kalau dah hangit, hitam legam. Baru tak boleh makan. Tapi itu pun bukan bermakna harus menyerah. Belajar masak nasi lagi. Sampai pandai! Macam tu juga bila kita study. No regrets, no turning back.

   Dan kata2 akhir, semua orang ada sejarahnya sendiri...Dalam usaha melangkah ke hadapan, jangan sekali2 lupa pandang ke belakang. Supaya kita tak lupa diri, lupa asal usul, lupa siapa kita dahulu dan kenal siapa kita sekarang. Tapi, bukan bermakna kita perlu berlama-lama di sana. Hanya singgah untuk dapat pedoman sahaja. Kalau berlama-lama, susah nak maju. And....you can only fish for a period of time before you throw a stick of dynamite into the water. (quote) Maksudnya? Fikirkanlah sendiri....(Leaving you all with something to think about. Something related to kesabaran...  ^_^)

   Ok. Done with kata2 semangat buat pengisi hari2 anda. Hendak memikirkan idea buat cepren yang masih tergantung tu. Kaca Dibalik Permata. Tunggu ya.. Senyum sikit! Klik! Dah amek gambar! Hahah. Wassalam...  ^_^  Dan jangan lupa! Manfaatkan cuti anda!

p/s: maaf semua. tunggang terbalik post kali ni..nampak bbenor rushing nye..padahal bukan nak ke mana2 pun. hahah! dan cuti2 mcm ni, jangan hairan kalau mana2 status or post tu kekadang macam orang mabuk bermadah. Saya ni memang suka bermadah. Terasa macam orang zaman dulu2. Saya belajar TESL, tapi Bahasa Melayu, saya sangat minat juga! ^_^

Tuesday, November 15, 2011

Alissa dan Atok

   Galak matanya bertentang dengan jelingan anak kecil tersebut. Bola kecil berwarna kuning yang baru sahaja menghempas pipinya sebentar sahaja tadi digenggamnya erat. Anak kecil itu masih lagi memandangnya dengan pandangan tidak bersalah. Seolah-olah tidak ada apa-apa yang telah berlaku. Padahal baru sahaja sebentar tadi dia mengejutkan wanita muda itu dengan sepakan keras mengenai bola tersebut yang kemudiannya terus singgah menampar pipi wanita muda yang sedang asyik melayan perasaan.

    Alissa memang pantang sekali jika berhadapan dengan anak-anak kecil yang nakal dan berani. Jika diikutkan hati, ingin sahaja dia melempar bola tersebut sejauh-jauhnya ke dalam laut yang terbentang luas di hadapannya. Tetapi, apabila melihat wajah ibu serta bapa anak kecil tersebut yang sudah mula merenung ke arahnya dari kejauhan, segera Alissa membatalkan niatnya "mengajar" anak kecil tersebut. 

    Dengan senyuman manis yang sengaja dibuat-buat, Alissa menghampiri anak kecil tersebut. Bola kuning yang sudah kebasahan dek peluh dari tangannya yang kehangatan menahan amarah diserahkan semula kepada anak kecil tersebut. Kemudian, diusapya lembut wajah anak kecil yang sudah mula tersenyum-senyum setelah mendapat semula apa yang dihajati. 

"Ah! Akulah manusia yang paling hipokrit sekali dalam bumi ni." Alissa mengomel sendrian di dalam hati.

**********************************************************************************

    Langkahnya perlahan menuju ke arah chalet yang menempatkan dia dan ibunya. Pipinya yang sudah kemerahan dan sedikit membengkak diusap perlahan-lahan. Keinginannya untuk berlama-lama di tepi laut terkubur semula setelah kejadian tersebut. "Terbang" menghilang ke tengah-tengah lautan yang tidak berpenghujung.

    Daun pintu dikuak perlahan. Selangkah demi selangkah, dia masuk ke dalam bilik. Seperti pencuri lagaknya. Hatinya masih lagi panas. Jika diikutkan hati, dia tidak mahu bertembung muka dengan ibunya saat ini. Khuatir jika terucap pula perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya lewat bibir yang sedang dikawal oleh hati yang sedang marah. Dia tidak mahu menambah luka di hati ibu yang baru sahaja dia calarkan tadi. Dia calarkan dengan kata-kata tajam ibarat pisau yang baru sahaja bertemu batu asah.

"Dia kan ayah ibu? Kenapa pulak Alissa yang nak kena jaga? Owhhh... Waktu atok sihat dulu, elok je ibu layan atok. Sekarang ni, atok dah nyanyuk, ibu "pass-pass" lagi dengan pak cik dan mak cik. Sekarang ni, Alissa pulak yang kena."

"Aduh! Kenapalah aku kena cakap macam tu tadi?," getus hati kecilnya.

   Meskipun hatinya kuat tidak mahu menafikan akan kebenaran kata-katanya sebentar tadi, dia tetap rasa bersalah kerana telah mengucapkannya. Sepatutnya dia simpan sahaja segalanya. Dia anak ibu. Sudah sepantasnya dia mentaati ibu dan menurut segala perintah ibu. Jika sekalipun ibu tidak mentaati atok, bukan urusannya untuk menghukum ibu. Urusannya adalah mentaati ibu. Itu yang paling penting sekali.

**********************************************************************************

    Wajah ibu ditatapnya dalam-dalam. Meskipun ibu tidak memberikan sebarang respon terhadap tatapannya, Alissa tetap ingin menatap wajah itu. Cuba mencari segala perhatian yang ibu tumpukan kepada lingkaran jalan yang terhampar di hadapan mata. Ibu masih tidak memberikan sebarang respon. Alissa ingin meminta maaf di atas keterlanjurannya sebentar tadi. Namun bibirnya berat menutur kata maaf.
berat dek ego darah muda. Akhirnya Alissa menyerah dengan ketegasan ibu. 

    Ya! Dia sudah dewasa kini. Maka, tidak mungkin bisa dimanja-manjakan seperti dahulu lagi. Walaupun sejujurnya dia masih sedikit keanak-anakan. Angka 18 itu langsung tidak mengubah sikapnya yang manja dan suka meminta-minta. Alissa anak tunggal. Dilahirkan pula dalam keluarga kaya yang serba serbi ada. Tidak pernah merasa susah dan terbeban dengan perkara yang bernama duit. Walaupun ayahnya langsung tidak dia kenali, Alissa tidak pernah pula tertanya-tanya akan siapa ayahnya. Di mana keberadaannya dan apakah masih hidup ataupun sudah meninggal dunia. Kemewahan serta kasih sayang insan bernama ibu membuatkan Alissa tidak pernah ketandusan segala rasa sehingga dia ingin kasih sayang daripada seorang ayah. Apa yang penting ialah, di dalam kad pengenalannya, tertera nama Alissa Suraya binti Muhammad Syukri Ardimansyah. Itulah sahaja yang dia tahu tentang ayahnya. Ardimansyah. Itu nama keluarga, kata ibu.

**********************************************************************************

    Alissa masih lagi asyik mengelamun. Jari kelingking ibunya digenggam erat. Bimbang tersesat pula. Begitulah kerenah Alissa setiap kali berjalan bersama ibu. Dia rajin sekali mengelamun. Ada kalanya dia akan "tersangkut" di mana-mana. Sibuk melihat apa sahaja yang menangkap perhatiannya. Sehingga pernah suatu saat dia terlepas daripadanya pandangan ibunya dan tersesat di dalam pasar raya. Cemas sudah semestinya! Namun begitu, Alissa bijak dan tenang orangnya. Apabila sudah mati jalan dan mati akal, resolusi terakhir adalah untuk terus menuju ke tempat parkir kereta. Dua jam dia termangu sendirian, menanti kedatangan ibunya. Untung ibunya masih belum selesai membeli-belah. Jika tidak, pasti dia kepayahan seorang diri.

    Bau ubat-ubatan dan bahan kimia mula menerobosi lubang hidungnya. Alissa cukup tidak suka akan bau-bau tersebut. Bau hospital. Rimas dan menyesakkan. Di sana sini, hanya dinding putih sahaja. Memang padan jika dikaitkan dengan bilik mayat dan kisah-kisah seram.

    Puan Rozita pula masih mendiamkan diri. Masih tercari-cari akan bilik yang menempatkan ayahnya. Sejujurnya, dia sendiri suda lupa akan nombor bilik tersebut. Terlalu banyak wad VIP dan sudah terlalu lama dia tidak melawat ayahnya. Sehingga dia terlupa pula akan keberadaannya. Dia juga masih berfikir-fikir sebenarnya. Bolehkah Alissa menerima datuknya nanti? Seingatnya, Alissa tidak pernah sekalipun melihat akan keadaan datuknya setelah beliau sakit dan hilang kewarasan. Bimbang pula jika dia akan terkejut nanti.

**********************************************************************************

"Dah sampai, Alissa. Atok kat dalam. Masuklah dahulu. Ibu ada urusan dengan doktor sekejap. Nak bawa atok balik rumah terus."

     Alissa hanya mengangguk perlahan. Anak matanya dilarikan daripada panahan mata ibu tanda tidak bersetuju dengan arahan yang diberikan sebentar tadi. Walau bagaimanapun, dia tetap menguatkan hati untuk mematuhi ibunya.

    Tanpa mengucap salam, Alissa segera masuk ke dalam bilik tersebut. Dilihatnya susuk tua yang sedang duduk membatukan diri di atas kerusi roda. Pandangannya dilemparkan ke luar tingkap. 

"Entah apalah yang orang tua nyanyuk ni sedang fikir.." hati kecil Alissa sudah mula membisikkan suara-suara sumbang mengenai datuknya sendiri.

   Hendak ditegur, bimbang akan "naik gila" pula datuknya nanti. Alissa sebenarnya cukup paranoid dengan istilah nyanyuk. Baginya, nyanyuk itu samalah dengan gila. Dan orang gila memang selalu akan "naik gila" jika diganggu. Ya! Segala ilmu sesat yang telah merasuk ke dalam fikirannya. Terima kasih kepada para sahabat yang "rajin" mengisi kenaifannya dengan perkara-perkara yang menakutkan. Lebih-lebih lagi setelah mereka mengetahui bahawa Alissa akan menjaga seorang datuk yang nyanyuk.

"Pasti seru dehhh!!" sorak rakan-rakan sekolah yang mula menggunakan bahasa Indonesia, pengaruh sinetron yang sememangnya menjadi "pop culture" pada ketika itu.

**********************************************************************************

"Atok!!!! Hish! Kenapa kencing dekat sini! Kalau nak kencing, panggillah Alissa tadi. Atok ni!! Macam budak-budaklah!" 

    Alissa bertempik geram apabila melihat akan air kencing yang sudah mula meleleh membasahi tangga rumah yang menyambung tingkat satu dengan tingkat dua rumahnya. Sehari suntuk Alissa mengemop tangga tersebut. Dari atas sampailah ke bawah. Tidak cukup dengan itu, setelah dimop, dilapnya lagi dengan tangan satu-persatu anak-anak tangga tersebut. Cukup Alissa tidak tahan dengan bau hancing akibat kerenah atok. Sejenak Alissa terlupa akan datuknya yang sudah mula menghilangkan diri daripada pandangan mata.

    Setelah terpandang akan kerusi roda yang kosong, barulah Alissa teringat akan datuknya. Datuknya sudah boleh berjalan. Jalannya pun tidak terhencut-hencut seperti dahulu lagi. Namun begitu, Alissa lebih suka jika datuknya duduk sahaja di atas kerusi roda tersebut. Lebih senang diurus. Tidak banyak membuat masalah. Begitulah fikirnya.

    Langkahnya dilajukan mencari kelibat atok yang sudah mula menghilangkan diri lagi. Apalagi masalahnya kali ini? Alissa sudah mula mengeluh lagi. Turun naik nafasnya menahan marah tadi yang masih bersisa. Pandangannya tiba-tiba tertancap ke arah sekujur tubuh yang sedang bersujud di atas sejadah. Susuk itu kemudiannya berdiri semula. Untuk rakaat yang ke berapa kalinya, Alissa sendiri juga tidak pasti. Bukan pertama kali dia melihat datuknya menunaikan solat seperti ini. Dia tidak akan berhenti selagi tidak penat. Sudahnya, Alissa akan melihat sahaja. Hendak dihentikan tidak sampai pula di hatinya. Jika dihentikan sekalipun, atok tetap akan terus solat. Langsung tidak terganggu oleh Alissa. Kadang-kadang, sampai tertidur-tidur atok di atas sejadah. Kepenatan.

    Ada pula waktu-waktunya, atok akan ditemukan memotong rumput di luar rumah. Rumput buatan yang dibeli ibu untuk menghias rumah. Namun tidak pernah pula ibu marah. Ibu terlalu sibuk sehingga bila ibu pulang ke rumah pun Alissa tidak perasan. Terasa seperti Alissa dan atok sahaja yang menghuni rumah tersebut.

    Pada suatu malam, atok jatuh pengsan. Pada ketika itu, Alissa betul-betul mati akal. Nombor telefon ambulans, nombor telefon ibu, baik nombor telefon polis, semua tidak terlintas di fikiran Alissa. Bersusah payah Alissa membaringkan atok di atas lantai. Hendak diangkat, tidak pula termampu kudrat wanita Alissa. Sedar-sedar sahaja, atok terus minta air. Terkapai-kapai tangan atok mahukan air. Ternganga-nganga mulutnya. Pada waktu-waktu seperti itu, tumpah juga air mata Alissa melihat akan keadaan atok yang sangat menyedihkan. Pilu hati Alissa mengenangkan atok yang telah disisihkan anak sendiri. Ibu jarang-jarang sekali meluangkan masa untuk atok. Pak cik dan mak cik jauh sekali. Batang hidung pun tak pernah nampak. Terfikir Alissa jika suatu hari nanti, dia juga akan menjadi tua. Mungkinkah dia juga akan menjadi "budak-budak" seperti atok? Apa yang paling menakutkan ialah, mungkinkah dia juga akan bersendiri seperti atok? Hidup mati tidak ada yang mahu ambil peduli. Alissa tidak tahu. 

    Dengan tidak semena-mena, atok tersedak akibat terlalu gelojoh menghirup air. Dadanya mula turun naik. Nafasnya tersekat-sekat. Puas Alissa mengurut-urut dada atok. Namun, atok masih juga seperti itu. Seperti ikan yang dipisahkan dari air. Tercungap-cungap. Sehingga tiba suatu saat, dada atok berhenti berombak. Mulutnya ternganga luas. Cuma matanya yang pejam celik. Merah berair. Pada ketika itu, Alissa semakin cemas. Alissa banyak menonton drama. Jika sudah begitu keadaannya, pasti sekejap lagi akan dijemput "pulang". Segera Alissa mengenakan telekung dan membaca Yasin di sisi atok. Tidak terlintas langsung di fikiran Alissa untuk meminta pertolongan daripada jiran sebelah menyebelah. Alissa seperti sudah merelakan sekiranya atok dijemput pulang saat itu. Jika atok ingin pergi, biarlah wajahnya yang atok tatap buat kali terakhir. Biarlah wajahnya yang menjadi peneman saat-saat akhir atok. Begitu Alissa sayang pada atok walaupun ada waktu-waktunya atok sangat menjengkelkan dengan sifatnya yang suka membuat masalah. Atok pula tidak bergerak-gerak. Dari keadaan yang paginya sihat dan segar-bugar, atok bertukar menjadi seperti mayat hidup pada malam itu.

    Puas Alissa cuba menghubungi ibunya. Namun, satupun paggilannya tidak berjawab. Mesej-mesejnya pula tidak berbalas. Alissa terus-terusan membaca Yasin sehingga akhirnya dia kepenatan dan tertidur di atas lantai di sisi atok. Esok paginya, tempat atok kosong. Dilihatnya atok sudah mula memotong rumput di luar rumah.

"Astargfirullahala'zim!"  Alissa beristighfar panjang. Dia kira atoknya akan "pergi" pada malam itu. Namun, lain pula jadinya. Atok sihat seperti sediakala. Tidak nampak seperti orang yang sakit. Bukan Alissa tidak gembira, dia cuma terkejut. Entah bagaimana dia boleh terfikir sejauh itu sehingga berkali-kali dia membaca Yasin untuk atok seolah-olah atok sedang menghadap sakaratul maut. Entah apa yang merasuk fikirannya malam itu. Dia sendiri pun tidak pasti.

    Segera Alissa berlari ke arah atok yang tertunduk-tunduk memotong rumput dengan memggunakan pemotong kuku. Pelik. Tapi Alissa sudah biasa melihatnya. Alissa berteleku di sisi atok. Atok masih tidak memperdulikan akan kehadiran Alissa di sisinya. Dia sedang "sibuk". Tidak mahu diganggu.

"Atok...Atok dah sihat ke ni? Lapar tak? Jom kita makan dulu. Dari semalam atok tak makan apa-apa...." lembut sekali bicara Alissa pada atok. Sudah tidak sekasar dahulu lagi. Atok memandang Alissa sambil tersenyum. Kemudian atok menyambung semula "kerjanya".

    Hidup menjaga atok mengajar Alissa untuk menjadi lebih dewasa dan matang. Jika dahulu, menjaga diri sendiri pun Alissa tidak mampu. Kini, Alissa sudah boleh menjaga atok. Meskipun dirinya sendiri kadangkala tidak terurus. Tidak mengapa. Yang penting atok terurus. Begitulah matangnya Alissa kini. Tidak lagi mementingkan diri dan manja seperti dahulu. Tidak lagi pemarah, tapi penyabar. Terima kasih kepada Allah kerana mendatangkan atok ke dalam hidup Alissa. Atas sebab dan alasan yang tidak sia-sia.

    Solat pun Alissa tak pernah tinggal sejak atok ada. Kerana, bila melihat atok solat, Alissa akan turut segera solat bila masuk waktu. Atok buat Alissa sedar. Sedangkan atok yang sakit pun boleh solat, kenapa Alissa tak boleh? Solat itu kewajipan. Tidak ada alasan untuk tidak solat. Sejak kedatangan atok juga, Alissa sudah pandai memasak. Hari-hari Alissa masak untuk atok. Bukan ibunya tidak cukup kaya untuk mengupah orang gaji untuk menjaga dia dan atok di rumah, ibunya cuma terlalu takut dan tidak percayakan orang luar. Lagipula, Alissa kan ada? Kebetulan pula Alissa baru sahaja selesai mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sedang bercuti. Jadi, ada baiknya jika Alissa sahaja yang menjaga atok. Sekurang-kurangnya, masa Alissa terisi. Begitulah pesan ibu selalu. Isilah masa untuk aktiviti yang berfaedah dan produktif. Walaupun ibu sendiri tidak pernah meluangkan masa bersama Alissa dan atok. 

**********************************************************************************

   Sebulan berlalu begitu sahaja. Atok sudah pulih seperti biasa. Sudah bisa bercakap dan memahami kata-kata Alissa. Alissa sudah jauh berubah. Atok juga sudah jauh berubah. Namun ibu langsung tidak berubah. Tetapi Alissa tidak kisah. Jika ibu sibuk, tidak ada masa untuk diluangkan bersama atok, Alissa yang akan menjaga atok. Biar sampai bila-bila.

   Petang itu, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Alissa dan atok duduk di balkoni. Menikmati minum petang. Atok pandang Alissa dengan sekuntum senyuman manis mula menghiasi bibir tuanya. Diusap kepala Alissa. Alissa hanya tersenyum sahaja. Sudah lama tidak ada yang mengusap kepalanya seperti itu.


"Alissa.....
Maafkan atok kerana datang ke dalam hidup Alissa dan ibu. Atok tak berniat nak menyusahkan Alissa dan ibu. Tapi, atok dah tak ada siapa-siapa lagi di dunia ni selain Alissa dan ibu Alissa. Anak-anak atok yang lain semua dah tinggalkan atok." Tiba-tiba atok bersuara. Alissa mengatur kedudukan kerusi menghadap atok. 

"Atok tahu. Alissa pasti tak suka atok, kan? Atok selalu kencing merata-rata. Berak pun tak tentu hala. Maafkan atok kerana selalu buat Alissa susah. Kadang-kadang, atok rasa kasihan bila lihat Alissa bersusah-payah urus atok. Terima kasih, Alissa. Terima kasih kerana tak tinggalkan atok. Atok tak minta Alissa susah payah untuk atok. Alissa ada di sisi atok pun atok dah cukup bersukur. Atok dah tak ada sesiapa lagi, nak. Mungkin sebab atok jahat, Allah hukum atok. Semua orang tak suka atok. Dulu ayah Alissa, atok yang halau dia. Atok marah dia sampai dia lari tinggalkan Alissa dan ibu Alissa. Sekali lagi, maafkan atok. Kerana perbuatan atok, Alissa membesar tanpa ayah. Atok faham jika sekarang Alissa dan ibu Alissa marahkan atok. Atok terima. Memang salah atok."  Alissa mendengar sahaja. Tidak mahu menjawab. Segala kisah silam yang atok rungkaikan, Alissa sudah lama tahu. Ibu yang sampaikan kepada Alissa. Dan kerana itu juga, ibu kata, ibu masih tak dapat terima atok. 

"Atok dah tua, Alissa. Dah senja. Tunggu masa nak dijemput pulang. Atok tak ada apa-apa nak tinggalkan pada Alissa. Cuma atok harap, Alissa maafkan atok. Jangan lupakan atok. Terima kasih kerana jaga atok. Dulu, atok teringin sangat nak cakap dengan Alissa macam sekarang. Tapi,  atok malu. Atok malu sebab atok rasa bersalah. Dulu atok senang, atok sisihkan orang. Sekarang, bila atok susah, orang sisihkan atok. Mungkin ini balasan Allah pada atok. Ingat Alissa. Kesilapan atok, Alissa jangan ulang. Jangan sekali-kali sisihkan insan-insan terdekat dalam hidup kita. Kalau bukan keluarga, kita tak ada sesiapa lagi selain Allah. Jangan pernah marah dan benci ibu. Mungkin ibu jarang dengan Alissa, tapi ibu sayangkan Alissa lebih daripada ibu sayangkan benda-benda lain dalam dunia ni. Ingat pesan atok Alissa. Syurga Alissa, bawah telapak kaki ibu..."


   Alissa hanya mengangguk tanda mengerti. Ibu pun selalu pesan macam atok. Jangan sisihkan saudara. Susah senang, tetap saudara. Tinggi rendah, kaya hina, tetap saudara. Harta kekayaan tak mampu beli pertalian darah. Itulah pesan ibu. 

**********************************************************************************

   Sudah setahun atok pergi meninggalkan Alissa dan ibunya. Atok pergi tanpa mewariskan apa-apa kepada Alissa dan ibunya. Atok bukan orang berada. Yang berada adalah ibunya. Satu-satunya warisan yang ditinggalkan oleh atok adalah segala kenangan manis, suka dan duka sewaktu Alissa menjaganya dahulu. Segala sifat-sifat mahmudah yang atok tanamkan di dalam jiwa Alissa sewaktu menjaganya dahulu. Harta berharga yang pada Alissa tidak diwariskan kepada ibunya. Kenangan indah yang ibu tidak ada kerana ibu tidak ada bersama atok.

     Mengalir air mata kasih Alissa buat atok yang kesekian kalinya. dulu, sewaktu atok pergi, Alissa tidak dapat menangis. Alissa jadi kaku dan lesu. Tenggelam dalam kesedihan yang tidak terluah. Kini, segala-galanya tidak dpaat ditahan lagi. Alissa menangis semahu-mahunya. Sedih hatinya mengenangkan atok yang tetap bersusah payah membersihkan halaman rumah, sedangkan untuk memegang sudu pun atok tidak mampu pada ketika itu. Sampai tumpah-tumpah makanan atok. Sampai marah-marah Alissa kerana atok makannya menceceh-ceceh. Tumpah sana, tumpah sini. Sampai Alissa nak makan pun tak selera bila nampak air liur atok atas meja. Alissa geli.

"Ya Allah!!" Alissa merayu perlahan. Air mata penyesalannya mencurah-curah.

"Ampunkan dosa-dosa atok, Ya Allah. Kau tempatkanlah dia bersama-sama insan-insan yang Kau redhai Ya Allah. Ampunkan hamba Ya Allah...."

    Bunyi enjin kereta ibu di luar rumah mengejutkan Alissa. Segera Alissa berlari menuju ke pintu. Alissa ingin memeluk ibu. Sudah lama Alissa tidak memeluk ibu. Surat atok masih Alissa genggam erat.


    

     
    



    


   

Monday, November 14, 2011

Akhir Saat Ini....

Assalamualaikum W.B.T…..
   Selamat petang semua! Bagaimanakah kesihatan anda semua hari ini? Baik? Alhamdulillah…Syukur kepada Allah yang masih mengurniakan kesihatan kepada kita. Dan oleh sebab itu, kita masih dipertemukan hari ini.
   Semester 3 has come to an end. Sudah hampir berakhir. Tinggal beberapa hari sahaja lagi, kembalilah saya ke tanah air tercinta, Sarawak, The Land of the Hornbills. Wahhhh… Lama tak sebut penuh nama Sarawak tu. Speaking about the hornbills, pernah nampak tak seumur hidup anda? Burung Kenyalang? Saya pernah nampak. Tapi dah lama la. In front of my eyes. Time tu  dekat rumah nenek. Burung  ni, dengan paruhnya yang agak panjang berwarna kuning, terbang then singgah dekat tangga rumah nenek. Then, my grandma fed it dengan buah pisang kalau tak silap. Ke,, buah betik…Something la. Yang penting buah. And I was not mistaken. Walaupun masa tu saya masih sangat muda, saya yakin bahawa burung yang saya nampak time tu adalah burung kenyalang.  Tapi sekarang, dah susah nak nampak burung ni. I was just lucky, I guess. Let me show you the picture of it. Walaupun maybe semua dah tau macam mana rupanya...


   SubhanAllah! Cantik kan? Unik sekali...Well, itulah makhluk ciptaan Allah. Setiap satunya mempunyai ciri-ciri istimewa yng tersendiri. Oklah. Cukup pasal burung kenyalang. Let's move on to plan time cuti. Well, it's been quite some time now, since my last visit to my former secondary school, SMK MERADONG. Lama dah tak pergi sana. Time balik cuti raya hari tu pun tak sempat nak jenguk-jenguk cikgu-cikgu semua. So, I'm planning on paying a visit to that school this holiday. Rasanya buka lagi kot. Balik Sarawak Sabtu ni, so, harap sempat lagi sebelum budak2 semua habis SPM. And that budak2 includes my brother. Abg Zulfikar bin Abg Mohammad. Wonder how he's doing. Entah cukup belajar ke tak (tak cukup nasibla....hahahha) Lagipun, sijil SPM hari tu pun tak ambil lagi neh. Dapat jugak curi-curi peluang jumpa cikgu-cikgu semua (walaupun sedikit segan sebenarnya..heheh).

   And cerita pasal hari ni. Paper hari ni adalah English Studies. Secara mudahnya, literature lah. And seriously, segala yang diulangkaji tak keluar pun. Allah! Memang terkejut la jugak. Yelaa.. 3 sem study segala macam poem and short stories, but turned out that not even one keluar. But then, apa boleh buat? Like it or not, jawablah jugak. Time tu memang dah berserah jelah. Berserah pada Allah dan berserah pada kreativiti memasak dan menggoreng jawapan yang ada dalam kepala otak ni. Sedap tak sedap, wallahualam. Pada waktu-waktu seperti itulah saya teringat something. Expect the unexpected! Ya! Kita sebenarnya tak boleh terlalu berharap dengan apa yang kita study. Sebab belum tentu akan keluar exam. So, be prepared and be ready for the unexpected.

   Right now, I am actually thinking about rumah je. I've told my mom that InsyaAllah, hari Sabtu ni baliklah. I can imagine the room being empty without me and my younger sister. She's no longer at home. She's here with me, in Klang. To be specific, studying in a college. Untunglaaaa...Of course she gets it when she wants it and I don't even get mine, which WAS actually going to UiTM for the course I've applied, LAW. But then, I'm glad that my dad and my mom sent me here. And I believe that Allah has choosen me to be here. Segala-galanya sudah tertulis. Sekiranya tak sampai ke IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM, mungkin saya bukan siapa saya sekarang. Ye tak? Yes, indeed! 

    Dan lagi, saya dipilih untuk berada di sini. Jauh daripada keluarga tercinta. And this is actually very2 new to me. Sebab tak pernah duduk luar sebelum ni. But then, setelah 3 sem berdikari, hidup membawa diri di tempat orang, I actually feel that I'm doing quite well here. Tak adalah teruk sangat pun. Everything happens for a reason kan? Saya di sini pun for a reason juga. Yelah, kalau tak keluar dari rumah tu, saya mungkin tak akan matang. Saya mungkin tak kenal dunia. Saya mungkin tak kenal orang-orang di sekeliling saya. Semua tu penting sebenarnya. 

   Esok paper last. Social Studies. Lebih kepada sedikit sejarah dan pengetahuan2 am. Moga dipermudahkan bagi kami semua. InsyaAllah. Nak study extensively pun macam dah tak larat dah ni. Nak2 lagi time2 cuaca sejuk macam ni. Hujan aje 2 hari ni. Guruh, petir, kilat sabung menyabung. Takut pulak rasanya. Apa2pun, moga kita semua terlindung di bawah rahmat dan kasih sayang-Nya. 

   Berakhirnya paper esok pada pukul 530, maka berakhirlah sudah semester 3 ni pada saya. Moga dipertemukan semula tahun hadapan. InsyaAllah. Bukan mudah nak menamatkan 3 sem ni. Berguling-guling, berhempas-pulas, bersengkang mata, sampai timbul lingkaran gelap bawah mata ni haa..Tahun depan, genap 20 tahun umur saya. And I still can't believe that saya masih macam budak-budak lagi. Takde soul orang nak umo 20 tahun. Ceeee..Hahaha..Soul...Tak kisahlah..Perangai macam budak2 ke apa ke, yang penting tanggungjawab jangan lupa. Makin dewasa, makin bertambah tanggungjawab. Nak2 lagi anak sulong macam saya ni. Perempuan lah pula tu. Memang struggle sangat2 la. Struggle mendewasakan diri. Makanya, kelihatan tegang selalu. Kakak lah katakan. (Werkkk,,perasan lebey..)

   Balik rumah ni nanti, harap2 dapat share2 ilmu yang dah dapat dari sini. InsyaAllah...Moga cuti dan peluang cuti ni terisi dengan perkara-perkara yang berfaedah..Buat anda semua juga ya. Sampai di sini saja tahun ini. Ada jodoh kita jumpa lagi. InsyaAllah....