andai kau sudi

Saturday, December 25, 2010

LAMBAIAN PINTU RAUDHAH

   Assalamualaikum W.B.T..


   Kali ni sye x nk ckp bnyk..hri ni sye nk cerita pasal 1 dosa besar yg x mungkin dapat pengampunan andainya kta x bertaubat dgn taubat yang sebenar-benarnya....nauzubillah....semoga kita semua dijauhkn drpd dosa besar ini.....ambillah pengajaran drpd cerita yang bakal anda bca ni...maafkan sya andai ada sbarang kelemahan.....


Bismillahirrahmanirrahim......


   Seorang jejaka. Muda dan bergaya. Tampan dan sasa. Kehadirannya di lapangan terbang yang paling berprestij sekali di Malaysia menarik perhatian seluruh mata yang memandang. Setiap derap langkah kakinya menjadi perhatian seluruh telinga yang mendengar.


"Sungguh hebat jejaka itu. Beruntung sekali wanita yang dapat berjalan di sisinya. Andai saja dia menjadi milikku...." Itulah kata-kata yang kini membisik di hati setiap wanita yang telah terpandang akan susuk yang gagahlagi bergaya itu.


   Namun, di sebalik segala kemewahan yang ditonjolkan oleh jejaka tersebut, tersimpan sejuta rahsia yang tidak mungkin terungkai oleh siapapun. Begitu hebat sekali "topeng" yang dia kenakan. "Topeng" yang telah membutakan seluruh mata yang memandang.


   Azam. Dahulunya dia hanya seorang pemuda kampung. Pemuda kampung yang bekerja keras membanting tulang di bawah terik mentari. Pemuda kampung yang sering memecahkan keheningan subuh dengan laungan azan yang sungguh merdu. Laungan azan yang mengusik setiap jiwa yang merindukan kasih Allah. Laungan azan yang menyedarkan setiap manusia akan kewajipannya terhadap Yang Maha Esa. Betapa dirinya dahulu menjadi sanjungan kepada pemuda-pemuda yang lain di atas segala kelebihan dan ilmu yang ada padanya. Tidak kurang juga para Ustaz yang sering menjadikan Azam sebagai tempat rujukan. Azam. Pemuda soleh yang berilmu dan berwibawa.


   Pemergian Azam memberikan kesan yang besar kepada Kampung Seri Pinang serta seluruh jiwa yang bernafas di dalamnya. Tidak ada lagi suara merdu yang memecahkan keheningan pagi, tidak ada lagi bicara agama buat santapan rohani. Pemergian Azam menjadikan kampung yang dahulunya berseri sunyi sepi.


   Kini, setelah hampir lima tahun menuntut di luar negara, Azam kembali sebagai seorang insan yang serba baru. Kepulangannya sudah lama ditunggu-tunggu. Betapa penduduk di kampung tersebut rindu akan Azam. Rindu akan suaranya. Rindu akan bicaranya. Rindu akan wajahnya yang sentiasa tenang dan bercahaya.


   Azam tersenyum puas. Sudah lima tahun dia menahan gelodak jiwa yang ingin sekali bertemu keluarga tercinta. Kampungnya masih seperti dahulu. Tidak berubah walau sedikitpun. Cuma kini, ada sedikit kesunyian terasa. Mungkin kerana anak-anak muda yang lain sudah berpindah ke kota besar untuk mencari kerja dan meneruskan pelajaran. Azam merupakan salah seorang darinya.


   Rumah besar yang beratap biru tersebut ditenungnya lama-lama. Warnanya sudah semakin pudar. Sunyi. Langsung tidak ada seri lagi pada pandangannya.


" Mak, Ayah! Azam dah sampai!", nyaring sekali suara tersebut. Mak Kiah yang baru saja selesai menunaikan solat Zuhur cepat-cepat melipat sejadahnya.


" Azam! Azam anak Mak!", bercucuran air mata Mak Kiah apabila terlihat akan susuk yang cukup dikenalinya itu. Air mata rindu itu tidak berhenti-henti mengalir lewat matanya yang sudah agak cengkung dimamah usia. Susuk itu didakapnya erat-erat. Tidak akan dia lepaskan lagi. Rindunya dia pada Azam sehingga hampir sebulan dia terlantar sakit di hospital.


   Azam segera melepaskan diri daripada dakapan erat tersebut. Dia kelemasan. Ada sedikit ketidakselesaan di wajah tampan itu. Namun, dia cuba untuk tidak menunjukkannya.


" Ayah mana, Mak? Mak sihat? Dah lama Azam tak tengok Mak. Semakin cantik pulak Mak Azam ni", Azam cuba untuk bergurau. Mak Kiah tersenyum senang. Azam masih tidak  berubah di matanya. Masih seperti Azam yang dahulu. Masih pandai bergurau dan mengambil hatinya. Betapa dia kasih akan Azam. Anak kecil yang ditinggalkan di depan rumahnya. Anak kecil yang diasuhnya dengan penuh cinta dan kasih sayang. Anak kecil yang dia sendiri tidak tahu siapa ibu serta bapa kandungnya.


   Namun, semua itu tidak pernah dia jadikan sebagai alasan untuk tidak memberikan Azam kasih sayang serta seluruh perhatiannya. Naluri keibuannya yang begitu kuat menjadikan Azam seorang manusia yang berjaya hari ini. Begitu dia kasihkan Azam meskipun keputusannya untuk menjadikan Azam sebagai anak angkat mendapat tentangan hebat daripada suami tercinta suatu ketika dahulu.


" Ayah mana, Mak?", sekali lagi pertanyaan itu diajukan kepada ibunya. Mak Kiah tersenyum lagi.


" Ayah kat rumah Ustaz Kassim. Ada hal kat sana. Kejap lagi dia baliklah. Dia pun dah tak sabar nak jumpa kau, nak. Semalaman dia tak tidur sebab tunggu kau. Dia dah berubah , nak. Dia tak macam dulu lagi. Dia dah boleh terima kau", panjang sekali jawapan yang diberikan oleh Mak Kiah. Sesekali dia terbatuk kecil.


"  Baguslah kalau macam tu", pendek saja jawapan Azam. Sebenarnya dia agak kepenatan. Berjam-jam berada di dalam kapal terbang menjadikan tulang belakangnya sedikit kaku. Dia segera menuju ke biliknya. Mak Kiah hanya mampu tersenyum. Azam memang selalu begitu. Kadangkala dia periang. Ada pula waktu-waktunya dia boleh menjadi seperti tadi. Acuh tidak acuh saja. Namun, Mak Kiah tidak pernah sedikitpun berkecil hati dengan sikap Azam yang sentiasa berubah-ubah dan terkadang sukar difahami. Baginya, Azam anak yang soleh dan taat. Apa jua kesalahan Azam sentiasa mendapat keampunannya. Tidak dia sanggup melihat Azam menderita hanya kerana dosa-dosanya terhadap seorang ibu sepertinya. Sungguh kasihnya dia pada Azam sehingga dia sanggup berkorban nyawa untuknya.


   Malam itu, Ustaz Akhil bersiap sedia untuk ke masjid seperti biasa. Dia menjadi agak terkilan kerana ajakannya ke masjid tadi petang ditolak bulat-bulat oleh Azam. Namun begitu, dia tidak semudah-mudahnya menyerahkan emosinya kepada syaitan yang sentiasa bersedia untuk menjalankan tugasnya. Dia cuba untuk menjadi seorang ayah yang memahami. " Mungkin Azam masih kepenatan", begitulah fikirnya.


   Perut yang sudah berkeroncong memaksa Azam keluar dari biliknya. Mak Kiah sudah lama duduk di dapur menunggu Azam.


" Makanlah, nak. Ayah kau baru je ke masjid tadi. Duduk sini. Biar Mak yang teman kau malam ni", lembut sekali bicara Mak Kiah. Sepertimana dia sering menemani Azam makan di waktu-waktu kecilnya dahulu, seperti itu jugalah dia akan terus menemaninya sehingga ke hari ini.


   Azam duduk di sisi ibunya. Perlahan-lahan dia mengunyah lauk yang masih bersisa di dalam mulutnya. Mak Kiah hanya mendiamkan diri. Dia masih berkira-kira sebenarnya. Bagaimana harus dia mengkhabarkan berita itu nanti. Dan, bagaimana pula penerimaan Azam nanti?


" Azam, Mak ada sesuatu nak bagitahu kau ni", perlahan-lahan Mak Kiah mengatur kata-katanya. Azam masih menumpukan perhatian terhadap santapannya malam itu. Dia merenung Mak Kiah sejenak.


" Tadi pagi, Ayah kau pergi jumpa Ustaz Kassim. Dia.....Dia pergi pinangkan Laila buat kau. Kau...",


   Belum pun sempat Mak Kiah menyambung bicaranya, Azam sudah tersedak di sisinya. Mak Kiah sedikit terkejut. Reaksi seperti itu memang sudah dia jangkakan.


" Mak! Kenapa tak bagitahu Azam dulu? Macam mana Mak ni? Janganlah buat Azam macam ni. Tak boleh! Azam tak setuju!"


   Mak Kiah sedikit terkejut. Memang selama ini Azam pernah memberontak, tetapi tidak pernah sekalipun Azam meninggikan suara terhadap dirinya. Mak Kiah sedikit tersentak. Tersentak dengan perubahan Azam yang agak mendadak. Sebenarnya, sejak Azam sampai petang tadi lagi Mak Kiah sudah musykil. Musykil terhadap sikapnya yang aneh dan agak pemarah. Sikap Azam terhadap ayahnya tadi petang juga sudah agak kasar.


" Kenapa, nak? Kau tak suka ke? Laila tu baik orangnya. Sopan pulak tu. Tak macam kebanyakan budak perempuan kat dalam kampung ni. Beruntung kau kalau dia jadi isteri kau nak", Mak Kiah masih cuba untuk meyakinkan Azam untuk menerima keputusan yang telah dibuat oleh suaminya seminggu sebelum kepulangan Azam.


" Azam tak nak. Mungkin Azam tak pernah bagitahu Mak lagi sebelum ni. Mak, Azam dah kahwin. Azam kahwin kat sana. Dengan perempuan yang study satu kolej dengan Azam. Dah 2 tahun kita orang kahwin".


   Mak Kiah terkejut besar. Matanya  yang sedari tadi kuyu kini besar dan bulat. Azam ditatapnya lama-lama. Di sebalik kesedihan yang sedang berkubu di hatinya kini, ada sedikit kegembiraan yang sedikit sebanyak menenggelamkan kesedihan itu. Kegembiraan untuk mengetahui bahawa ada menantu yang akan Azam bawa ke rumahnya nanti. Mak Kiah memaniskan mukanya. Dia tidak mahu kelihatan terkejut di depan Azam. Mak Kiah menguatkan dirinya untuk terus bersuara.


" Siapa menantu Mak ni? Macam mana orangnya, nak? Dan yang paling penting, sudahkah kau Islamkan dia sebelum kau mengahwininya?


   Soalan terakhir itu sebenarnya tidak perlu untuk ditanyakan lagi kerana Mak Kiah pasti bahawa wanita tersebut sudahpun diislamkan sebelum Azam mengahwininya lagi.


" Tak. Maksud Azam, dia bukan Islam", selamba Azam menjawab pertanyaan ibunya.


   Mak Kiah menjadi sedikit hairan. Bagaimana bisa Azam mengahwini seorang wanita bukan Islam? Dia menjadi bertambah musykil. Namun, Mak Kiah tidak sewenang-wenagnya menyrang Azam dengan seribu pertanyaan yang mungkin akan merunsingkan anak itu. Betapa besarnya kasih Mak Kiah terhadap Azam. Mak Kiah masih memberi ruang kepada Azam untuk sebarang penjelasan.


" Sebenarnya........Azam "convert", Mak".


   Sebaik sahaja Azam menghabiskan kata-katanya, satu tamparan hebat singgah di pipi kanannya. Azam terjelepok di atas lantai. Tanpa disedari, Ustaz Akhil sudah lama mencuri dengar akan perbualan kedua-duanya. Sudah setengah jam Ustaz Akhil berdiri di sisi pintu rumah sambil menahan kemarahannya. Begitu dia hampir hilang sabar saat Azam mengatakan bahawa dia sudahpun berkahwin di sana. Ustaz Akhil langsung tidak menyangka bahawa anak yang selama ini taat dan patuh terhadapnya akan membelakangkan dirinya sebagai seorang ayah. Dan yang paling memedihkan hatinya adalah untuk menerima hakikat bahawa anak yang selama ini dia didik dengan segala ilmu ukhrawi yang ada pada dirinya kini sudah berani membelakangkan Allah. Penciptanya sendiri. Anak itu kini sudah selayaknya dia bunuh sahaja.


   Ustaz Akhil sudah tidak boleh bersabar lagi. Lengan Azam ditariknya keras. Diseretnya Azam ke luar pintu lalu ditolaknya ke luar rumah. Mak Kiah sudah tidak berdaya lagi. Sungguh dia ingin sekali membantu anak kesayangannya itu. Namun, untuk berdiri saja dia sudah tidak mampu. Hakikat itu terlalu berat untuk dia terima. Dari tadi, dia hanya mampu berdoa agar kesilapan terbesar Azam itu diampunkan. Agar dibukakan hati Azam untuk kembali ke pangkal jalan.


" Kau keluar dari rumah aku ni! Mulai dari hari ni, jangan kau berani jejakkan kaki ke tanah ni lagi. Jangan kau berani lagi datang ke kampung ni! Kau pergi sekarang! Sekali lagi aku nampak kau datang ke kampung ni, akan ku pancung kepala kau dengan parang besar aku kat belakang rumah tu! Anak tak mengenang budi! Kalau tak kerana takdir Allah kau dibuang kat depan rumah aku ni, dah lama kau mati agaknya. Bila dah besar macam ni, kau murtad pulak! Ingat pesan aku ni! Selagi kau tak bertaubat, selagi kau tak kembali pada agama kau, selagi kau tak mintak keampunan Pencipta kau, jangan kau mengaku pernah jadi anak aku! Sekarang kau pergi! Kau pergi!!!!!!!!!!!"


   Bergema kampung itu dengan suara Ustaz Akhil yang gegak gempita kuatnya. Hampir terangkat atap rumahnya yang sudah rapuh itu. Kini, satu kampung sudah tahu bahawa pemuda yang dahulunya sering menjadi penyeri kepada surau-surau serta masjid seluruh kampung sudah tidak lagi boleh diharapkan. Dia sudah MURTAD. Dosa besar yang sukar sekali mendapat keampunan Allah andainya dia tidak bertaubat tepat pada waktunya. Bertaubat dengan taubat nasuha. Taubat yang sebenar-benarnya.


   Menyirap darah muda Azam apabila menerima tamparan daripada bapanya tadi. Kata-kata yang diucapkan oleh Ustaz Akhil sebentar tadi langsung tidak masuk di kepalanya. Dia terlalu marah. Marah kerana ayahnya sudah berani menamparnya. Selama ini, tidak ada satu insan pun yang berani menyentuhnya, apalagi untuk menamparnya. Dia dibesarkan dengan penuh cinta dan kasih sayang. Kasih sayang daripada seorang ibu mulia seperti Mak Kiah. Namun, ternyata kasih sayang itu langsung tidak dihargainya. Dia kini sudah menjadi anak yang biadab serta kurang ajar.


    Betapa Azam kini sudah jauh berubah. Dia kini sudah berani berfikiran seperti itu. Tinggal jauh daripada pengawasan kedua-duanya orang tuanya menjadikan Azam seorang pemuda yang liar. Pemikirannya kini sudah dijajah oleh bahana yang datang dari dunia Barat. Azam sudah lama mati. Yang ada kini hanyalah seorang jejaka yang mati hatinya. Seorang jejaka yang sudah lupa siapa dirinya sehingga dia lupa akan Penciptanya.


   Azam sudah tidak peduli lagi. Dia segera lari meninggalkan rumah usang tersebut. Langkahnya dilajukan kerana dirinya kini sudah menjadi tumpuan penduduk kampung. Dia malu. Bukan malu kerana dosanya kepada Allah, tetapi malu kerana maruahnya tercalar dek kerana ditampar oleh ayahnya sendiri. Betapa tingginya ego anak muda itu.


   Mak Kiah yang sedari tadi kaku di sisi suaminya terus berlari ke luar rumah. Dilihatnya Azam sudah jauh sekali. Dia cuba berlari sepantas mungkin. Setelah 5 tahun Azam pergi, tidak mungkin dia boleh kehilangan Azam sekali lagi.


" Azam! Azam anak Mak! Jangan pergi, nak. Jangan tinggalkan Mak. Mak sayangkan kau. Kau tetap anak Mak!", laungan tersebut kedengaran sayup-sayup dari kejauhan. Azam yang sedang dikuasai  kemarahan langsung tidak memperdulikan ibunya lagi. Ibu yang dahulu bersusah payah membesarkannya. Ibu yang dahulu seringkali mempertahankannya sewaktu dia pernah dihina kerana statusnya sebagai "anak kutip". Ibu yang kini sudah tidak wujud lagi di hatinya.


   Azam segera masuk ke dalam teksi yang berhenti betul-betul di hadapannya. Mak Kiah cuba menahan anaknya. Ditariknya tangan Azam. Kuat sekali. Namun, dengan penuh rasa marah, Azam menendang ibunya. Tendangan yang sungguh kuat. Cukup kuat sehingga jasad tua itu tergolek ke tengah jalan lalu....


   Zappppppp!!!!! Jasad tua itu terpelanting beberapa meter jauhnya. Azam tergamam. Perlahan-lahan dia keluar dari teksi. Perlahan- lahan dia menuju ke arah jasad yang sudah berlumuran darah itu. Jasad itu masih bernyawa lagi. Masih bergetar-getar.


   Azam mula tersedar. Tersedar dari amuknya sebentar tadi. Dia sudah dapat melihat wajah ibunya kini. Ibu yang sebentar tadi dia anggap sudah mati akibat terlalu marah dan terlalu ikutkan hati yang sudah dikuasai syaitan. Jasad lemah itu dirangkulnya perlahan-lahan.


" Mak! Bangun, Mak! Jangan tinggalkan Azam! Azam dah takda sesiapa lagi selain Mak. Ampunkan Azam, Mak. Ampunkan Azam....",   Azam merintih tidak berhenti-henti. Digoncang-goncangnya jasad lemah itu. Mak Kiah masih cuba untuk mengumpul tenaganya yang masih bersisa. Ingin sekali dia meninggalkan sedikit pesa buat anak itu. Pesan buat yang terakhir kalinya. Dengan segala kudrat yang masih ada, Mak Kiah pun bersuara.




" Azam....Tolonglah dengar dan ingat pesan Mak yang terakhir ni, nak. Bertaubatlah, nak. Kembali pada Allah. Kembali pada agamamu. Mak tak mahu kau tersiksa kelak, nak. Mak sembah kaki kau, nak. Tolonglah bertaubat. Sebelum mak pergi...Janji dengan Mak, nak....Jangan kau risau. Dosa kau, dari kecik sampailah sekarang, Mak ampunkan semuanya, nak...Syurga Mak masih buat kau, nak...Sekarang ni, kau mintak ampun pada Allah...mintak ampun pada Dia......."


" Mak.......masihkah ada syurga untuk Azam? Masihkah ada ruang di sisi Allah untuk orang yang berdosa besar seperti Azam?"  Azam terus merintih sedih. Sungguh dia kini menyesal di atas segala perbuatannya. Allah telah menunjukkan balasan kepada dosanya dengan mengambil nyawa insan yang paling dia sayang. Andai saja waktu bisa diundurkan semula. Pasti dia tidak akan membiarkan dirinya jatuh di dalam jurang itu. Jurang yang dipenuhi syaitan laknatullah.


" Kau bertaubatlah, nak.....Jangan kau ulang lagi perbuatan kau ni....sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun..sebesar apapun dosa kau, andai kau benar-benar bertaubat, percayalah nak.....masih ada syurga buat kau...."


   Azam mendengar syahadat terakhir yang diucapkan oleh ibunya. Dia sudah tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan. Jasad ibunya masih lagi erat di dalam pelukannya. Pandangannya berpinar. Tatkala itu juga, dia rebah di sisi jasad yang sudah tidak bernyawa itu.........




Alhamdulillah...selesai jugak akhirnya...besar pengajaran dlm cerita kali ni..tidak ada manusia yang terlepas dari  melakukan dosa. Tetepai, segeralah kembali ke jalan Allah. Ingatlah siapa diri kita. Ingatlah siapa Pencipta kita..ingat teman2...jgn sampai kita membelakangkan Allah...berdosa besar! buruk azabnya di akhirat kelak....jgn sampai kta menderhaka kpd ibu bapa....siksanya nanti...hanya Allah yang tahu.....


Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengampun....bertaubatlah selagi ada masa....percayalah bahawa masih ada peluang buat kita andainya kita bertaubat...bertaubat dengan taubat nasuha..pintu taubat itu sentiasa terbuka utnuk hamba2-Nya yang benar2 ingin bertaubat......


Akhir kalam.......maafkan sya andai ada kelemahan dlm penulisan kali ini...sebarang komen utk penambahbaikan amatlah dialu-alukan....laz skali..doakan sye menjadi mukmin sejati...syukran..barakallah...wassalam...


oleh: khairunnisa' mohammad



Friday, December 24, 2010

"PERMATA" BUAT SUAMIKU

Assalamualaikum W.B.T.....


    Hmmmm.....rasa suka pulak menulis ni....hari ni, Alhamdulillah, ada lagi cerita untuk dikongsikan bersama. Cerita cinta kita hari ni berkisar tentang cerita cinta suami dan isteri...di sini akan saya gambarkan betapa agungnya cinta seorang isteri terhadap suaminya sehingga dia sanggup.........................................bacalah sendiri!


*p/s: sesetengah scene mungkin agak lemah. sebab sebagai orang yang masih bujang agak sukar untuk saya tangkap feel tu. walau apapun, inilah hasilnya dan harap anda semua berpuas hati.......


Bismillahirrahmanirrahim......






" Dah 5 tahun, Man. 5 tahun! Dah 5 tahun kau kahwin dengan perempuan tu! Jangankan tiga, seorang cucu pun Mak tak dapat lagi!"


   Datin Syuhada sudah tidak boleh bersabar lagi. Sikap acuh tidak acuh Azman benar-benar membuatkan dia naik darah. Ini bukan kali pertama Datin Syuhada naik berang. Sudah hampir seratus kali agaknya Azman mendengar bebelan yang sama setiap kali dia datang menemui ibunya.


"Dulu Mak dah cakap. Jangan kahwin dengan perempuan tu. Dia tu MANDUL. Tengok muka dia pun Mak dah tahu dia tu tak sihat. Tapi kau tak pernah nak dengar cakap Mak. Kau kahwin jugak dengan dia. Sekarang kau terimalah padah akibat ingkar kata Mak. Orang lain baru dua tahun kahwin dah ada dua orang anak, engkau dah lima tahun kahwin, seorang anak pun tak ada!"


   Datin Syuhada terus-menerus melayan amarahnya. Betapa emosinya pada waktu itu dikuasai oleh syaitan laknatullah yang ligat menghembuskan nafas busuk ke dalam hati wanita separuh abad itu.


" Rezeki tu di tangan Allah, Mak. Mungkin belum sampai waktunya lagi. Kalau Man sebagai suami boleh bersabar, mengapa Mak tak boleh? Susah sangat ke, Mak?", sedih Azman apabila terpaksa bertelagah dengan ibunya setiap kali mereka bersua muka. Bukan senang untuknya "mencuri" masa bertemu ibunya. Namun, setiap kali ada peluang bertemu, pasti isu zuriat yang akan dibangkitkan. Kadangkala Azman terfikir. Andai saja ayahnya masih ada, pasti ibunya tidak akan bersikap begini.


   Pemergian Datuk Rosmi telah membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka. Terutama sekali terhadap ibunya. Ibunya kini bukan lagi seorang insan penyayang, bukan lagi seorang insan yang lembut dan sopan, bukan lagi seorang insan yang halus bicaranya. Secara jujurnya, perubahan pada sikap Datin Syuhada benar-benar menyiksa batin Azman. Ayahnya pergi dengan membawa bersama sinar cahaya yang dahulunya menjadi penerang di kala siang, pelita di kala kelam.


   Kewibawaan dan kehebatan Datuk Rosmi sebagai nakhoda kepada bahtera yang mereka layarkan ke laut Ilahi benar-benar menjadikan beliau sanjungan isteri serta waris tunggalnya. Azman, satu-satunya permata yang mampu diberikan oleh Datin Syuhada dibentuk dan diasuh dengan penuh kasih sayang serta perhatian.Sungguhpun sibuk dengan pelbagai urusan di luar kota, Datuk Rosmi dan Datin Syuhada sentiasa memastikan waris tunggal mereka mendapat segala yang dia perlukan bagi mendepani dunia yang penuh fatamorgana yang mampu menyesatkan jiwa-jiwa yang kosong. Sedari kecil lagi, Azman dibentengi dengan ilmu serta pengetahuan dalam bidang agama. Tidak lupa juga pengetahuan duniawi yang membantunya berjaya di dunia ini. Sungguh kiamat itu benar dan atas kepercayaan itulah Datuk Rosmi tidak pernah leka dalam memastikan ahli keluarganya bersedia untuk menerima kedatangan hari itu nanti. Dia tidak mahu keluarganya tergolong dalam kalangan manusia-manusia yang rugi.


   Namun, sejak beliau pergi "menemui" Ilahi, segala-galanya berubah. Rumah besar yang dahulunya terang menjadi gelap-gelita. Sunyi dan sepi tanpa cahaya Ilahi. Tidak ada lagi kehangatan serta kasih sayang di dalam rumah itu. Pernah suatu ketika dahulu Azman tersesat dari jalan yang dahulunya pernah dia lalui bersama arwah ayah tercinta. Imannya cukup rapuh ketika itu. Serapuh besi berkarat yang yang boleh hancur dengan hanya sekali jentik sahaja. Namun, cepat-cepat dia tersedar lalu membetulkan landasannya.


   Alhamdulillah...Kehadiran Syakila ke dalam hidupnya memudahkan lagi usahanya kembali ke jalan Allah. Syakila... Sekuntum bunga indah yang dia temui di "rumah Allah" terus dia angkat menjadi zaujahnya sebaik sahaja dia mengenalinya melalui seorang Ustaz. Syakila hidup sebatang kara. Hidupnya di bumi ini menumpang kasih Allah yang disalurkan melalui seorang insan mulia seperti Ustaz Hasan. Dengan keyakinan bahawa Azman akan membimbing Syakila ke jalan syurga, Ustaz Hasan dengan rela hatinya menyerahkan Syakila kepada Azman. Tidak ada sedikitpun rasa ragu di hatinya terhadap jejaka soleh seperti Azman. Doanya agar mereka berjaya di akhirat kelak.


   Panggilan tersebut hampir saja membuatkan Syakila rebah menyembah bumi. Berkecamuk hati wanitanya apabila kata-kata keras seperti itu dituturkan kepadanya. Hati wanita mana tidak berkecai jika menerima panggilan seperti itu.


" Ila, Mak dah tak boleh sabar lagi! Mak dah ada calon untuk Azman. Dah lima tahun kau kahwin dengan Azman, tapi kau tak mampu nak berikan Mak walau seorang cucu pun. Mak dah tak tahan bermenantukan perempuan "cacat" macam kau. Sekarang kau pilih sendiri. Sama ada kau beri Mak cucu dalam masa tiga bulan ni, atau kau biar Azman kahwin lagi. Ingat, Ila! Azman tu satu-satunya anak Mak. Mak tak boleh terus berdiam diri andai keturunan Mak dibiarkan tak bersambung begini. Lagi satu! Kalau sampai Man tahu hal ni, kau tahulah nasib kau nanti!"




"Astarghfirullahalazim....."
   Beristirghfar panjang Syakila sebaik saja menerima amaran keras tersebut. Sungguh tidak dia sangka, ibu mertua yang selama ini disanjungnya bagai ibu kandung sendiri sanggup menuturkan kata-kata tersebut terhadapnya. Syakila sedar siapa dirinya. Wanita yang serba kekurangan. Wanita yang tidak sempurna. Bukan dia tidak pernah berusaha. Sudah bermacam -macam ikhtiarnya dengan Azman. Namun, tidak satu pun usahanya menunjukkan hasil yang memberansangkan. Syakila redha. Mungkin Allah masih ingin mengujinya. Ujian ini adalah suatu tarbiah buatnya. Bibirnya tidak pernah putus mengirim doa kepada Allah. Doanya agar suatu hari nanti Allah tetap mengurniakannya seorang permata yang bakal mendoakan dia dan suaminya di saat mereka sudah tidak ada lagi di dunia ini.


   Nabi Ibrahim a.s. yang mendapat tempat khusus di sisi Allah pun tidak pernah mengeluh walaupun dikurniakan dengan cahaya mata hanya ketika usianya sudah lanjut. Inikan pula dirinya. Dirinya yang hanya merupakan makhluk yang lemah lagi hina di sisi Allah. Syakila yakin. Dia yakin bahawa ujian yang didatangkan kepadanya tidak sia-sia. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Sama seperti pelangi indah yang muncul setelah hujan di siang hari.


   Syakila menyambut kepulangan cintanya dengan senyuman yang paling manis. Dia tidak mahu bermuram durja apabila sedang bersama suaminya. Syakila cuba memaniskan wajahnya semanis mungkin.
   Walaupun begitu, ada kesedihan di mata beningnya yang terkesan oleh Azman. Segera Azman mencari puncanya.


" Ila, kenapa ni? Kenapa sedih isteri Abang hari ni? Patutlah air sejuk yang Abang minum ni pun terasa panas je. Rupa-rupanya, ada orang tengah berduka ni....", lembut sekali bicara Azman terhadap ratunya itu. Diselitkan sedikit jenaka dalam kata-katanya tadi. Dia cuba memancing tawa Syakila.


   Syakila menjadi sedikit gugup. Sungguh dia gagal sebagai "aktres" terbaik setiap kali berdepan dengan suami tercinta. Walaupun begitu, dia tidak semudah-mudahnya meluahkan segala rasa pahit yang sedari tadi dipendamnya jauh di lubuk hati yang paling dalam. Biarlah hempedu itu dia telan sendiri.
   Dengan suara yang manja, Syakila membalas gurauan suaminya.


" Abang tu laa... Keluar tak ajak Ila pun. Lepas tu, tinggalkan Ila lama-lama kat sini. Sorang-sorang pula tu. Ila rindu tau...."


   Azman ketawa besar. Sikap manja yang ditunjukkan oleh isterinya yang terkadang tegas itu benar-benar mencuit hatinya. Dia merangkul erat permaisurinya itu. Sungguh dia kasih akannya. Tidak pernah sekalipun dia menyesali pernikahannya dengan Syakila. Menghadirkan sekuntum bunga indah ke dalam hidupnya sudah cukup untuk membuatkan Azman mengucap syukur kepada Allah di setiap hembus nafasnya. Mereka bahagia walaupun setelah lima tahun, rumah itu masih tidak dihiasi dengan tawa riang anak kecil.


   Tidur Syakila malam itu ditemani air mata duka. Ditatapnya puas-puas wajah tenang yang sedang lena diulit mimpi di sebelahnya. Bila difikirkan semula, ada betulnya juga kata-kata ibu mertuanya tadi petang. Azman perlu meneruskan keturunannya. Syakila mula menimbang-nimbang akan keputusan besar yang harus dia hadapi nanti.


   Lama dia beristikharah malam itu. Pintanya agar dia diberi kekuatan dan kebijaksanaan dalam membuat keputusan yang sebaiknya. Kasihnya pada Azman terlalu tinggi. Andai seorang zuriat mampu menyerikan lagi hidup Azman, Syakila rela. Dia rela berkongsi kasih meskipun hatinya bakal terluka. Apa yang penting baginya adalah kebahagiaan Azman.


"Ya Allah... Berikanlah hamba-Mu ini kekuatan dalam mengharungi cabaran dari-Mu.....", rintih hati kecil Syakila. Air matanya bercucuran mengenangkan suami yang mungkin akan dikongsikan bersama wanita lain nanti.


   Andai saja dia bisa menjadi sekuat Sarah. Sarah, isteri milik Nabi Ibrahim a.s. Wanita mulia yang cukup kuat untuk berkongsi kasih sayang suami tercinta bersama seorang wanita lain bernama Hajar. Wanita mulia yang akhirnya dikurniakan Allah seorang zuriat atas kesabaran serta keteguhannya.


   Dua bulan berlalu. Pertemuan Azman dan ibunya tidak lagi diisi pertelingkahan apabila Azman membawa Syakila dengan "sebutir permata" yang sedang membesar di dalam rahimnya. Sejak dari hari itu, sikap Datin Syuhada terhadap Syakila serta-merta berubah. Rajin sekali dia menjaga Syakila. Sungguh dia kini kasih pada menantunya itu. Menantu yang dahulu dia caci maki dek kerana kekurangannya sebagai seorang wanita. Sungguh Allah itu Maha Mendengar. Doa Syakila serta Azman yang bertahun-tahun lamanya termakbul jua.


"Ila, Abang redha Ila jadi isteri Abang selama ini. Abang halalkan makan minum Ila. Abang ampunkan segala dosa-dosa Ila. Abang tunggu Ila kat sini. Abang tunggu Ila datang dengan "permata" kita. Abang sayangkan Ila."
   Azman mengucup lembut dahi isterinya yang bakal dibawa masuk ke wad bersalin sebentar saja lagi. Syakila tetap tersenyum manis walaupun kesakitan yang dia tanggung hanya Allah sahaja yang tahu.


   Tempoh sembilan bulan menunggu kehadiran sang "permata" cukup membahagiakan buat Azman. Kasihnya pada Syakila semakin mekar sepanjang tempoh itu. Anak yang mereka gelarkan "permata" itu seringkali mereka perdengarkan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran setiap malam. Sungguh kasihnya mereka pada "permata" yang bakal lahir itu.


   3 jam berlalu begitu sahaja. Tangisan bayi perempuan yang memenuhi ruang tersebut cukup menggembirakan Azman. Namun, hatinya tidak keruan kerana tangisan itu tidak datang sendirian. Ada tangisan lain yang mengiringinya. Azman kenal suara itu. Cukup kenal.


   Dia segera merempuh ke dalam wad tanpa menghiraukan para jururawat yang sedang bertugas.Dilihatnya Syakila sedang tidur. Dia tersenyum senang. Dihampirinya jasad lemah itu. Dikucupnya dahi itu dalam-dalam. Namun, saat dia memberikan kucupan tersebut, dia tidak dapat mengesan hembusan nafas Syakila. Ditatapnya wajah itu puas-puas. Jasad itu sudah kaku. Tidak bergerak-gerak lagi.


   Azman tersungkur di hadapan jasad kaku tersebut. Sesungguhnya, Syakila telah syahid dalam pertarungan agung itu...


   Uwaaaaaaaaaa.....sedihnya......lihatlah wahai teman ku sekalian....betapa besar pengorbanan seorang isteri buat suaminya. betapa agungnya pengorbanan seorang ibu buat anaknya....bertarung dengan maut untuk memastikan kita selamat lahir lalu melihat dunia......bagi para pembaca yang bakal menjadi suami, hargailah isteri anda walau apapun kurangnya dia. tidak lupa juga buat para pembaca yang bakal menjadi isteri. patuhilah suami anda. jadilah isteri yang taat.....sungguhpun kita masih belum bertemu suami serta isteri masing-masing, jangan pernah terlalu kedekut untuk mendoakan kesejahteraan mereka kerana mereka mungkin sedang menunggu kita di mana-mana....dan yang paling penting, hargailah ibu anda....besar pengorbanan mereka sejak anda dilahirkan lagi.....hargailah seluruh ahli keluarga anda...semoga para pembaca semua tergolong dalam kalangan manusia yang berjaya di akhirat kelak...amin...


  Akhir kalam, saya mohon seribu kemaafan andai ada terkasar bahasa tersilap bicara.....selagi jasad ini masih bernyawa....selagi kudrat ini masih ada....saya akan terus menulis buat renungan dan pedoman hidup kita semua....InsyaAllah....doakan saya menjadi mukmin sejati....syukran....


  Barakallah....Wassalam....


oleh: khairunnisa' mohammad   PPISMP 09...

Thursday, December 23, 2010

SETULUS KASIH DHIA

Assalamualaikum W.B.T.......


   Buka blog sye, jumpalah sye kn? mne de jumpe org len...maybe ade post yg sblum ni sdikit menyakitkn hti...bagi sye, sye hanya menulis sebuah kebenaran...tp, andai para pembaca semua kurang suka, sye mungkin x tulis lagi...jadi, sye akn teruskan dgn cerpen sye....dan seperti biasa, temanya ialah CINTA....cinta....semua org suka kalau kita ckp pasal cinta....saya tahu..sbb tu, sye selalu gne tema ni dlm penulisan sye..tp, harus diingat, CINTA yg sye nk sampaikan ni, bkn sebarang cinta...moga2, drpdnya, kita dpt ambil pengajaran.....nak2 lagi, menulis malam2 jumaat gini, semoga kita semua mendapat barakah dari-Nya....


Bismillahirrahmanirrahim.....


   " Dhia, petang ni kita jumpa kat kelas macam biasa. Ada discussions sikit nak buat tentang subjek Mathematics ni..."


     Gadis Melayu berdarah Cina yang sedari tadi asyik membaca buku rujukan Sainsnya mengangguk perlahan. Begitu khusyu' sekali dia membaca sehingga dia tidak menyedari bahawa sudah hampir 3 jam dia duduk di dalam perpustakaan sekolah. Angin dingin yang "dihembuskan" oleh penghawa dingin dari segenap arah langsung tidak mengganggu tumpuannya.


   "Assalamualaikum..."
   Suara yang datang dari luar perpustakaan sedikit sebanyak membuatkan gadis berwajah lembut itu terganggu. Dia mengeluh di dalam hati. Salam yang diberikan dijawab perlahan. Dhia masih tidak mengangkat kepalanya. Tumpuannya kini diberikan sepenuhnya kepada buku yang ada di depannya.


   Siapa tidak kenal Dhia Syarafana? Gadis yang mendapat gelaran "ulat buku" itu sukar sekali didekati kerana sikapnya yang sangat pemalu dan pendiam. Kulitnya yang putih dan mulus langsung tidak pernah dicemari oleh terangnya sinar mentari kerana pakaiannya yang sentiasa dilabuhkan. "Ustazah". Itulah gelaran yang turut menjadi milik gadis lembut yang kini sedang belajar di Sekolah Menengah Sultan Idris itu. Menjadi seorang pelajar Tingkatan Dua yang sentiasa mendapat keputusan cemerlang tidak pernah memberikan dirinya sebarang ruang untuk kegagalan.


   Hidup di dalam keluarga yang mengutamakan disiplin menjadikan Dhia seorang gadis yang pendiam di sekolah. Dia ada nama yang harus dijaga. Tidak seperti pelajar perempuan lain sebayanya yang sedang asyik bercinta dan membuang masa berpeleseran di bandar-bandar besar di hujung minggu, Dhia lebih senang duduk di rumah sambil membaca buku dan menelaah pelajaran. Jika dia hendak keluar pun ,pasti ada yang akan mengiringinya. Sebagai satu-satunya pewaris harta yang tujuh keturunan banyaknya, Dhia sentiasa dijaga dengan baik dan sempurna. Datuk Hafiz sentiasa memastikan puteri tunggalnya itu mendapat didikan sempurna dari segenap aspek, ukhrawi mahupun duniawi. Kesibukan menguruskan harta yang berbilion-bilion banyaknya tidak pernah menjadikan Datuk Hafiz terlalu sibuk sehingga tidak mampu meluangkan masa untuk solat berjemaah bersama ahli keluarga di rumah. Agama tetap menjadi tonggak utama kepada "masjid" yang dia bina bertahun yang lalu.


   " Dah berapa lama adik duduk kat dalam ni? Tak sejuk ke? Seorang diri pulak tu..."
    Dhia tersentak. "Seorang diri?!" bisik keras hati kecilnya. Dhia mengangkat kepalanya perlahan-lahan.
   "Lelaki!" Dhia terkejut besar apabila mendapati sudah hampir setengah jam dia berdua-duaan bersama lelaki tersebut di dalam bilik perpustakaan yang sememangnya dari tadi lagi sudah kosong. Cepat-cepat dia mengemas buku kemudian berlalu pergi. Langsung tidak memperdulikan Hakim. Dia tidak mahu berlamaan-lamaan di dalam bilik itu lagi. Apa pula kata orang nanti andainya terlihat dia berduaan- duaan bersama lelaki tersebut di dalam sebuah bilik yang sejuk lagi sunyi? Dhia tidak mahu meletakkan dirinya di dalam situasi yang memudahkan dia difitnah oleh orang-orang di sekelilingnya.


   Hakim hanya tersenyum sendiri. Sudah lama dia memerhatikan gadis tersebut. Perilakunya yang kelihatan seperti "jual mahal" pada kebanyakan pelajar lelaki sangat menarik hati Hakim. Hakim kagum akan sifatnya yang begitu mulia. Sangat menjaga diri dan maruahnya. Pasti sangat bertuah lelaki yang dapat menjadi pendampingnya nanti.


   "Ah! Aku datang sini nak pinjam buku. Tak sangka pulak boleh terserempak dengan budak ni. Kalau baca buku sekarang pun tentu tak dapat tumpukan perhatian. Hehe..."


   Hakim memang begitu. Suka bercakap sendirian. Rakan-rakan yang lain sudah lali dengan sikap anehnya itu. Tidak kurang juga yang menggelarkannya gila kerana terlalu tekun belajar. Al maklumlah, SPM dah dekat. Kalau ada cita-cita yang setinggi langit, mestilah "struggle". Itulah kata-kata yang "famous" dalam kalangan pelajar Tingkatan 5 pada waktu itu. Hakim segera mencapai buku yang memang sudah di"reserve"nya beberapa hari yang lalu. Sengaja dia meletakkan buku tersebut di tempat yang agak tersembunyi supaya tiada sesiapa dapat menemuinya.


   Dhia....Sekali lagi wajah manis itu muncul di ruang fikirannya. Hakim sudah tidak boleh menangguhkan lagi keinginannya untuk mengenali Dhia. Hakim segera mengeluarkan telefon bimbit yang disimpan di dalam poket lalu menekan kekuncinya. Hanya Allah yang tahu apa yang sedang dirancang oleh otaknya yang sedang ligat berfikir itu.


   Dhia merenung jam yang melingkar di pergelangan tangannya. " Janji pukul 3. Sekarang dah pukul 3.10. Ni yang aku tak suka..."  keluh hati kecil Dhia. Dhia memang tidak suka menunggu. Memang Dhia seorang yang penyabar, tetapi tidak ada sebarang toleransi yang boleh diberikan terhadap orang yang tidak menepati masa. Masa sangat penting buat Dhia. Sepertimana dia tidak pernah melewatkan waktu solatnya, seperti itu jugalah dia tidak akan melewat-lewatkan urusan yang lain. "Masa itu emas".


   " Sorry, Dhia. Sorry sebab lambat. Aku jumpa senior Form 5 tadi. Sebab tu lah lambat. Jangan marah ya...Please......" pujuk Nina apabila terkesan olehnya kemarahan di wajah Dhia. Ngeri. Tidak ada siapapun yang akan senang hati kalau Dhia sudah mula menunjukkan muka masamnya.


   Walaupun sedikit marah, Dhia cuba memaniskan muka di hadapan sahabat karibnya itu. Ukhwah yang telah terbina sekian lamanya menjadikan Dhia begitu sukar untuk memarahi sahabatnya itu.Pahit. Itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan senyuman yang sengaja dibuat-buatnya. Tidak padan langsung dengan wajahnya yang manis itu. Nina segera melabuhkan punggung di sisi Dhia. Kemudian dia pun mengeluarkan sepucuk surat dari dalam beg kecilnya. Dihulurkan surat itu kepada Dhia. Dhia hanya membuat muka selamba. Surat itu dibuka dan dibacanya teliti.


   Setelah selesai membaca surat tersebut, Dhia segera menatap wajah yang ada di depannya.


   "Hakim? Siapa Hakim ni? Aku tak pernah dengar pun?" soalnya agak laju. Mungkin sudah tidak sabar untuk mendengar cerita selanjutnya daripada Nina yang sudah tersengih-sengih di situ. Entah mengapa, isi surat tersebut sangat menarik perhatiannya untuk mengenali Hakim lebih lanjut. Sopan sekali isi surat tersebut. Walaupun begitu, Dhia sentiasa berhati-hati. Itu bukan surat pertama yang dia terima daripada seorang lelaki. Semuanya pandai bermain kata, pandai bermadah, pandai berpujangga. Tetapi, surat daripada Hakim sangat berbeza. Langsung tidak ada kata madah mahupun kata-kata manis yang bisa mencairkan hati lembut seorang perempuan sepertinya.


  "Hakim tu senior kita. Dia pelajar Tingkatan 5. Ala...Anak Ustaz Kamal tu..Takkan kau tak kenal? Kau kan selalu jumpa Ustaz?  Tak pernah nampak dia ke? Dia cakap tadi, dia nak kenal dengan engkau. Dah lama dia simpan hasrat dia tu..." panjang sekali penerangan yang Nina berikan.


   " Nina, aku pergi jumpa Ustaz. Bukan jumpa anaknya. Nak apa tadi? Nak kenal?Aku tak naklah! Mesti lepas tu nak ajak couple kan? Cinta-cinta. Gelilah aku." agak keras nada suara Dhia apabila menuturkan kata-kata tersebut.


   "Kau jangan salah faham. Kau ingat kau ni lawa sangat ke yang dia tu nak ajak kau couple? Hehe. Jangan marah. Aku bergurau. Bukanlah. Dia nak berkawan je. Bukan nak bercouple. Dia tu anak Ustaz. Dia tahulah apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Kau ni pun...Sempit sangat pemikiran.." Nina membantah hujah-hujah Najwa kemudian dia ketawa kecil.


   " Anak Ustaz pun manusia jugak, Nina. Jangan kau sempitkan pemikiran kau dengan anggapan bahawa anak Ustaz tu semuanya bagus. Bukan aku nak mengata. Tapi, itulah hakikatnya sekarang. Lelaki tetap lelaki. Bab-bab menanam tebu di tepi bibir ni serahkan saja pada lelaki. Memang takda lawannya." Itulah anggapan Dhia terhadap kebanyakan lelaki dek kerana terlalu kerap menerima surat-surat yang berisi kata-kata cinta daripada kaum rijal. Kadangkala, itu yang membuatkan Dhia semakin membenci lelaki. Macam mana hendak menjadi pemimpin kepada keluarga andai nafsu sendiri pun tidak terlawan? Lelaki seperti itu langsung tidak menarik perhatian Dhia.


   Diskusi pada hari itu berjalan dengan lancar walaupun sesekali Dhia masih teringat akan isi surat yang begitu menyentuh hatinya itu. Teringin juga rasanya mengenali Hakim lebih lanjut kerana kali in dia yakin bahawa Hakim bukan lelaki biasa.


   Usai solat Isya' malam itu, Dhia segera meneruskan pembacaannya sama seperti malam-malam yang lain. Hari itu, dia seorang diri di rumah. Datuk Hafiz dan Datin Sarah sudah berjam-jam meninggalkan rumah agam tersebut. Kedua-duanya ada urusan di luar kota. Yang ada di rumah pada waktu itu hanyalah tukang kebun dan Nek Mah yang lebih selesa dengan panggilan "bibik".


    Langsir bilik sengaja tidak ditariknya. Dhia lebih selesa membiarkan angin malam menderu masuk ke dalam biliknya. Lebih senang dan lebih menenangkan. Suasana yang cukup bagus sekali jika hendak menelaah.


   Dhia yang sedang asyik membaca dikejutkan oleh bunyi yang datang dari telefon bimbitnya yang sengaja disembunyikan di bawah bantal. Bunyi halus itu tetap mengganggu tumpuannya.
   Nombor yang tidak dikenali tertera di skrin telefon bimbitnya. Ada mesej buatnya.


  "Assalamualaikum, Dhia. Saya Hakim. Saya yang bagi surat pada Dhia tadi petang."
   Dhia terkejut besar. Dhia menjadi gugup. Entah mengapa tiba-tiba saja jari-jemarinya menjadi kaku dan peluh mula membasahi wajahnya. Dhia menekan kekuncinya perlahan-lahan.


   "Waalaikumsalam. Saya tahu. Maafkan saya. Saya sedang belajar. Harap saudara Hakim mengerti". begitu sopan sekali isi mesej tersebut. Kalau boleh, Dhia tidak mahu menyakitkan hati sesiapa. Tidak ada ruang di hatinya untuk insan yang bergelar lelaki. Dia tidak percaya kepada lelaki! Itulah masalah terbesar Dhia. Dia tidak percaya kepada lelaki. Baginya, semua sama sahaja. Semua pandai bermain kata. Tanggapannya terhadap Hakim tadi siang mula berubah. Sangkaannya Hakim lelaki yang baik. Tetapi hati kecilnya kuat mengatakan bahawa Hakim tidak jauh bezanya berbanding lelaki-lelaki yang lain. Lihatlah sahaja bagaimana Hakim "mencuri" nombor telefonnya tanpa pengetahuan dan keizinannya. Dan tanggapan buruknya terhadap Hakim semakin bertambah apabila Hakim berani menghubunginya sedangkan jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Lelaki seperti itu langsung tidak tahu menghormati wanita. Itulah tanggapan Dhia terhadap Hakim.


   3 bulan berlalu. Cuti akhir tahun semakin hampir. Dhia yang dahulunya keras menentang gelodak jiwa yang ingin dicintai dan disayangi kini sudah tumpas pada hawa nafsu sendiri.Sikap kerasnya terhadap makhluk yang bergelar lelaki mula luntur. Sifat Hakim yang begitu prihatin terhadapnya menjadikan dia mabuk cinta. Mesej-mesej berisi peringatan yang dikirim oleh Hakim seringkali disalahtafsirkan oleh hati wanitanya. Lebih-lebih lagi apabila peringatan-peringtan tersebut mengandungi unsur-unsur cinta. Dhia kini sudah tidak kuat lagi. Kerapkali dia terkenangkan Hakim. Di dalam solat sekalipun dia sempat teringatkan Hakim. Lihatlah betapa parahnya penangan cinta lelaki buat seorang wanita yang lembut hatinya. Sungguhpun begitu, Dhia masih ingat siapa dirinya. Dhia dan Hakim langsung tidak pernah bertemu muka sepanjang perkenalan mereka. Hakim juga tidak pernah mengajaknya bertemu. Jangankan hendak duduk bersama, mendengar suara Hakim saja Dhia tidak pernah. Hakim lelaki yang baik dan berwibawa. Kerapkali sifat mulia Hakim menjadi topik perbualan dalam kalangan pelajar perempuan. "Memang padanlah jadi anak Ustaz"..itulah ayat-ayat yang sering menjadi tuturan para pelajar lain.


   Kata orang, lelaki dan perempuan yang berkawan baik tidak mungkin akan berakhir sebagai kawan baik kerana pasti ada perasaan yang sewaktu dengannya. CINTA. Itulah perasaan yang mungkin berputik di hati masing-masing dan Hakim sendiri tidak mampu untuk menafikan rasa cintanya yang kini semakin mekar buat Dhia. Baginya, Dhia begitu mulia. Dhia wanita yang mempunyai maruah serta harga diri yang tinggi. Jika diizinkan Allah, akan dia angkat Dhia menjadi bidadarinya andai tiba masanya nanti. InsyaAllah.


   Cuti akhir tahun berlalu tanpa disedari. Hakim kini meneruskan pelajarannya di Tingkatan 6. Kembali ke sekolah sudah lama menghiasi mimpi malamnya kerana dia ingin sekali menatap wajah kesayangannya itu. Wajah lembut lagi manis itu. Biar walau hanya sesaat, dia tetap rasa bahagia. Namun begitu, wajah itu langsung tidak ditemuinya di mana-mana hari itu. Puas sudah dia mengelilingi sekolah tersebut, namun kelibat Dhia masih tidak kelihatan. Hakim mula merasa resah. Mungkinkah Dhia sudah berpindah sekolah?


   "Ah! Tidak mungkin! Kalau ada, sudah pasti dia akan memberitahu aku terlebih dahulu." itulah tanggapan Hakim. Andaian yang sengaja dibuat-buat untuk menenangkan hatinya.


   Sementara itu pula, Dhia kini sudah berada jauh sekali. Jauh yang langsung menghalangnya untuk bertemu semula dengan Hakim. Dia kini meneruskan perjuangannya di Tingkatan 3 di sebuah sekolah yang lain. Sebuah sekolah elit yang terletak jauh di kota besar. Sebagai seorang anak yang patuh dan taat terhadap orang tuanya, Dhia tidak mampu menghalang perintah ayahnya untuk berpindah setelah perniagaannya kini berkembang maju. Hampir setiap malam Dhia menangisi keputusan ayahnya itu. Dhia terlalu sedih kerana terpaksa berjauhan dari Hakim. Solatnya kini pun sudah tidak terjaga lagi. Bagaikan orang putus cinta, Dhia kini sudah hilang semangat untuk hidup. Cintanya kepada Hakim terlalu tinggi.


   Sudah hampir 6 bulan Hakim tidak menghubungi Dhia. Dhia juga tidak mengambil apa-apa inisiatif untuk menghubungi Hakim. CINTA dan PELAJARAN. Kedua-duanya tidak boleh bergerak seiring. Itulah prinsip baru dalam hidup Dhia kini. Dhia melihat sendiri bagaimana pelajarannya mula merosot pada bulan-bulan pertama kerana terlalu asyik memikirkan Hakim yang kini sudah tidak ada lagi di depan mata. Dhia sangat benci akan dirinya yang menjadi hamba cinta insan yang belum tentu menjadi miliknya.  Dalam tempoh 6 bulan tersebut, Dhia kerap bermuhasabah diri. Dikenangnya kembali saat-saat dia mula membuka batas-batas yang tidak sepatutnya dia buka buat lelaki. Bertahun-tahun dia membina batas yang akhirnya runtuh apabila dia mengenali Hakim. Meskipun begitu, dia tidak pernah sekalipun menyalahkan Hakim. Masalahnya ada pada dirinya sendiri. Dia yang lemah. Dia yang berdosa kerana membiarkan dirinya hanyut dalam mimpi cinta yang dia ciptakan sendiri. Baginya, Hakim seorang jejaka yang terlalu baik. Sepanjang tempoh mengenali Hakim, tidak pernah sekalipun Hakim mengucapkan kata-kata cinta kepadanya. Hakim seringkali mengingatkannya supaya hidup dan mati hanya untuk Ilahi. Kemuliaan Hakim menjadi sanjungannya dan dia dahulu pernah rasa seperti hendak hidup dan mati hanya untuk Hakim. "Ya Allah..Betapa besarnya dosaku terhadap-Mu.." keluh Dhia hampir setiap malam. Sepanjang tempoh itu jugalah hidupnya tidak pernah keruan. Memang benar dia bahagia. Tetapi, hatinya rasa bagai dibelenggu. Dibelenggu oleh rasa berdosanya terhadap Allah kerana telah merendahkan martabatnya sebagai seorang wanita di hadapan seorang lelaki yang tidak sepatutnya. Sepanjang tempoh itu juga, dia sering berfikir.


   " Layakkah dirinya buat seorang lelaki mulia seperti Hakim? Hakim tidak pernah putus-putus memberikan peringatan kepadanya. Niat suci Hakim itu sering disalahertikan.Peringatan yang diberikan kerapkali disalahtafsirkan sehingga akhirnya dia jatuh ke dalam jurang cinta yang paling dalam. Jurang yang dia sendiri terjun ke dalamnya. Hakim tidak bersalah. Niatnya suci. Dia yang terlalu lemah. Lemah dalam menangkis godaan serta bisikan syaitan untuk terus hanyut di dalam ruang cinta yang dipenuhi pintu-pintu zina."


   Pemikiran seperti itu kerapkali menyerang kotak fikirannya. Masih dia teringat betapa dia dahulu pernah mabuk cinta sehingga solat pun tidak sempurna. Sehingga dia membelakangkan cintanya terhadap Sang Pencipta. Sang Pencipta yang telah meniupkan roh ke dalam jasadnya sehingga dia kenal apa itu cinta. Namun begitu, tidak pula dia pernah bersyukur terhadap anugerah yang bernama CINTA itu. Sebaliknya, dia mencabulinya dengan memberikan hatinya kepada syaitan untuk dimanipulasikan. Dia merasa malu. Malu pada Allah kerana telah melanggar prinsip hidup yang pernah dia pegang teguh suatu masa dahulu. CINTANYA HANYA BUAT INSAN YANG BERGELAR SUAMI.


   Kini, Dhia sudah berubah. Dhia tidak mahu mabuk cinta lagi. Perjalanannya masih jauh. Hakim? Bagaimana dengan Hakim? Hakim terlalu sempurna. Perempuan yang lemah sepertinya tidak sesuai bergandingan dengan Hakim. Dengan linangan air mata, dia menulis sepucuk surat.


   " Assalamualaikum W.B.T...
Buat Abang Hakim yang kukasihi....
Maafkan Dhia kerana tidak pernah mengirim berita kepada Abang selama ini. Dhia terlalu sibuk. Kini, Dhia sudah jauh. Jauh yang tidak memungkinkan kita untuk bertemu. Abang, selama ini, Abang cukup baik kepada Dhia. Segala peringatan dan ilmu yang pernah kita kongsikan bersama tidak  pernah Dhia lupakan. Begitu Dhia menghargainya sehingga mesej-mesej Abang yang berisi peringatan yang baik masih Dhia simpan sehingga ke hari ini buat tatapan dan pedoman hidup Dhia. Abang cukup sempurna di mata Dhia. Selama kita bersahabat, Dhia tidak pernah tahu apa perasaan Abang terhadap Dhia. Tetapi, jujur Dhia katakan, Dhia sangat kasihkan Abang. Dhia tidak pernah menyatakan perasaan Dhia kepada Abang kerana Dhia takut hubungan persahabatan kita akan terjejas. Biarlah perasaan itu Dhia simpan andai meluahkannya memungkinkan Dhia kehilangan Abang. Biarlah kita terus menjadi sahabat. Abang, Dhia sentiasa mendoakan kesejahteraan Abang di sini. Tidak pernah sesaatpun Dhia meninggalkan Abang di dalam setiap doa Dhia. Tetapi, Dhia rasa Dhia tidak padan dengan Abang. Abang sangat sempurna. Lupakanlah Dhia. Lupakanlah segala-galanya tentang kita. Dhia takkan lupakan jasa baik Abang. Peringatan daripada Abang akan Dhia simpan seumur hidup Dhia. Doa Dhia agar Abang menemui seorang wanita yang luar biasa dan pada saat itu nanti Dhia lah insan yang paling bahagia andainya Abang sudah menemui kebahagiaan Abang...
Wassalam....."


    Tersentap hati lelaki Hakim apabila membaca surat tersebut. Sungguh dia tidak pernah menyangka bahawa Dhia juga punya perasaan yang sama sepertinya. Sesalnya dia kerana tidak pernah menyatakan hasratnya untuk menikahi Dhia sesuai masa di saat mereka masih dekat dahulu. Hancur luluh hatinya. Pengakhiran yang perit itu begitu menyakitkan. Terasa mencucuk-cucuk sehingga ke ulu hati. Pedih sekali. Dia tidak mampu menahan perasaannya. Dia menangis semahu-mahunya. Namun, andai itu pinta Dhia, tidak ada apa-apa lagi yang mampu dia lakukan. Dengan kudrat yang sudah banyak terbuang akibat banyak menangis sebentar tadi, Hakim mencapai sebatang pen dan sehelai kertas. Dia termenung seketika. Hatinya masih terasa pedih.


   " Assalamualaikum, Dhia..
Harapan Abang agar Dhia bahagia di samping keluarga tercinta. Abang hargai hubungan kita selama ini, Dhia. Abang tak mungkin dapat lupakan Dhia kerana Dhia punya tempat yang istimewa di hati Abang. Ini mungkin pesanan terakhir Abang buat Dhia. Kata orang, "tuntutlah ilmu sampai ke negeri China"....tapi, Dhia jangan tuntut ilmu sampai ke negeri China je. Pergilah jauh dalam mengejar cita-cita Dhia.  Bumi Allah ni luas, Dhia. Ilmu-Nya ada di mana-mana. Jangan pernah lupakan Allah kerana setiap hembusan nafas Dhia sehingga ke hari ini adalah milik Allah satu-satunya...Hiasi bibir Dhia dengan zikrullah...tangisilah sepertiga malam Dhia kerana mengenang Allah..jangan pernah lupakan Dia ketika bahagia dan ingatlah bahawa Dia sentiasa ada di sisi Dhia di kala duka..mintalah pada-Nya kerana Dia Maha Pemurah lagi Maha Pengasih terhadap makhluk-Nya....Akhir kata, andai ada jodoh daripada Allah kita pasti akan disatukan semula dalam ikatan yang sah dan diredhai-Nya....InsyaAllah.......


Menggenggam janji cinta ini...
Bertemu kasih tanpa jasad...
Bicara tanpa suara...
Hanya tulisan bahasa indah...
Mengeratkan antara kita...
Hinggalah ke akhirnya.....


 Yang sentiasa mendoakanmu....Hakim...




    Mengalir air mata kasih Dhia apabila menerima surat tersebut tersebut. Di dalam hati kecilnya berdoa agar mereka berdua akan disatukan suatu hari nanti.


    Berita mengenai kejayaan cemerlang Dhia sebagai pelajar terbaik PMR pada tahun itu kini sudah heboh serata Malaysia. Hakim turut merasa gembira di atas kejayaan sahabat istimewanya itu. Walaupun mereka tidak lagi berhubung setelah itu, jauh di sudut hati, Hakim berdoa agar masih ada ruang untuk dirinya di hati Dhia. Sesungguhnya, dia tidak pernah melupakan Dhia, gadis luar biasa yang sehingga kini masih memiliki hatinya.


   Sudah 15 tahun berlalu. Hakim merantau jauh dalam usahanya menyebarkan dakwah, sesuai pesanan arwah ayahnya sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya dalam pangkuan Hakim sendiri. Pesanan tersebut sentiasa disematkan di dalam hati agar perjuangannya tidak menjadi kosong tanpa haluan. Ayahnya pergi menyahut seruan Ilahi dan sebagai seorang muslim sejati, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk terus menyebarkan Islam di bumi Allah yang luas ini. Dia kini sudah menjadi seorang lelaki muda yang dikagumi dalam kalangan para sahabat yang seangkatan dengannya. Jauh dia merantau mencari serta menyebarkan ilmu. Umurnya juga semakin meningkat. Namun begitu, dia masih menyendiri. Hatinya masih buat Dhia. Tidak pernah berubah.


   Dhia pula tidak pernah putus-putus mencuba untuk menghubungi Hakim. Namun, usahanya tidak pernah berhasil.
" Mungkin sudah tidak ada jodoh di antara kita..." itulah kata-kata yang sering diucapkan oleh Dhia.


   Dhia tersedar dari lamunannya. Hakim...Hakim...Hakim....Bila lagi baru dia bisa melupakan Hakim....
Jam di tangan direnung lagi. Dia segera berlalu. Dia tidak mahu lagi ditinggalkan oleh kumpulannya seperti semalam. Hari ini, dia akan ke Masjidil Haram. Dia seringkali tersesat kerana selalu saja mengelamun ketika bergerak bersama kumpulannya.


   "Assalamualaikum....."
Suara itu! Suara itu yang pernah menegurnya 15 tahun yang lalu. Dia masih ingat lagi.
Hakim tersenyum mesra. Meskipun wajah mulus itu ditutupi purdah berwarna gelap, dia tidak akan pernah melupakan sinar mata yang penuh cahaya itu. Sinar mata yang lembut namun penuh ketegasan. Ada butir-butir suci mengalir lewat mata itu.


   "Bangun sayang...dah masuk waktu subuh.." Hakim berbisik lembut di telinga wanita yang masih lena dibuai mimpi itu. Wanita tersebut membuka matanya perlahan-lahan dan segera menyiapkan diri dalam keadaan kelam kabut. Hakim hanya tersenyum manja memerhatikan keletah wanita muda itu.


   Usai solat subuh bersama, tangan yang panas itu disalami dan dikucup lama. Sungguh kasih Dhia akan lelaki yang kini menjadi imamnya. Lelaki yang dahulu dia sebutkan namanya setiap kali dia "menemui" Allah. Lelaki yang dahulunya tidak pernah lupa untuk mengisi hari-harinya dengan peringatan yang penuh makna. Kini, lelaki itu sudah menjadi miliknya. Pertemuan agung di hadapan pintu Masjidil Haram telah mengakhiri segala-galanya. Dia pulang semula ke Malaysia dengan Hakim sah sebagai suaminya. Kini, mereka bersama-sama hanyut di dalam laut cinta yang tidak terenang lagi. Hanyut di dalam laut cinta Ilahi.......


    Alhamdulillah....selesai juga cerpen kali ni...puas memerah otak..rsenya sesetgh scene mcm kurg emosi(sbb adik2 ku sdg tgk org wrestling, jd, nk emo pun susah..aishhhh)......


   Dah dpt sesuatu tak? sya ada!  kata org " kalau sudah jodoh, takkan ke mana".....haaa....cinta itu indah...kasihilah seseorang insan itu kerana Allah, nescaya kamu akan bahagia...sentiasa ada harapan buat yang masih percaya...jika sudah jatuh cinta pada seseorang, mintalah hatinya dari Allah terlebih dahulu....setelah itu, serahkanlah segala-galanya kpd Allah..andai dia sudah ditentukan buat kamu, pasti akan bersatu juga biarpun berapa jauh jarak memisahkan......insyaAllah...


   Akhir kalam......saya ucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana diberi kekuatan sehingga ke hari ini untuk terus menulis buat tatapan dan pedoman kita semua.....dan buat seorang teman yang memberikan sumbangan terbesar dalam penulisan kali ini....terima kasih yang tidak terhingga buatnya...moga beliau sentiasa di bwh perlindungan Allah selalu....dan buat kalian semua, moga sentiasa diberkati Allah...minta maaf di atas segala kekurangan dlm cerpen ini...sentiasa ada ruang untuk penambahbaikan....


Barakallah...wassalam....




Wednesday, December 22, 2010

LAYAKKAH AKU MENJADI PERMAISURINYA...

Assalamualaikum W.B.T......


    Para pembaca yg dikasihi sekalian....semoga berada di bawah perlindungan Allah dan barakah-Nya sentiasa...ntah mengapa...baru-baru ni, rasa macam nak menulis cerpen je...temanya pulak balik-balik sama jugak....tapi, takpe kot.....biarlah saya berkongsi hasil nukilan yang lemah ni buat tatapan dan semoga kita semua dapat muhasabah diri melalui kisah yang bakal kita baca seketika nanti.........(menulis sambil mendengar lagu dari Secret Garden yg menyentuh jiwa...ditambah dgn mata yg mengantuk)


Bismillahirrahmanirrahim.....


   Dia Batrisya.Gadis pujaan para teruna. Jika ada kata-kata untuk menggambarkan kecantikan dan keayuannya, pasti bait-bait ini menjadi pilihan..."wajahnya sebujur sirih, alis matanya lentik, pipinya bak pauh dilayang, bibirnya merah delima, rambutnya hitam ikal mayang.."


   Siapa tidak kenal Batrisya? Pujaan jejaka dari kampung hulu hinggalah ke kampung seberang.Ada yang sanggup merantau dari bandar ke pekan hanya semata-mata untuk menyaksikan sendiri keindahan dan kecantikan Batrisya yang sering menjadi topik perbualan hangat setiap jejaka yang telah terkena panahan matanya.Mata yang sering kali melemparkan kerlingan manja sehingga mamak yang tengah buat roti canai pun boleh tersalah menu.


   " Assalamualaikum...."
   Lontaran suara yang matang tersebut segera menarik perhatian Batrisya untuk melihat pemiliknya. Dia segera membetulkan rambutnya yang dibiarkan lepas separas bahu.
   "Waalaikumsalam..."
   Jawapan yang sememangnya ditantikan oleh jejaka yang sedari tadi tercegat di atas tangga rumahnya. Tersentak jejaka tersebut apabila terlihat olehnya akan susuk yang begitu indah lagi menawan. Di dalam hati kecilnya berbisik....." Alangkah manisnya jika susuk yang indah ini dipelihara daripada pandangan ajnabinya.."
   " Astarghfirullahalazim....apa yang aku fikir ni?"
Jejaka tersebut beristighfar panjang. Betapa dia tadi telah tergoda oleh jelingan mata tersebut yang hanya merupakan panahan syaitan semata-mata. Dia segera menundukkan pandangannya. Dengan nada yang agak tegas dia pun bersuara.
   " Ustaz Jamil ada?"
Dengan suara yang sengaja dilembutkan, Batrisya menjawab persoalan tersebut sambil matanya cuba menangkap pandangan jejaka tampan yang sedang berdiri di hadapannya.
   " Ayah tidak ada di rumah. Dia baru saja ke masjid. Ada urusan di sana. Masuklah dahulu..."
Urusan yang sememangnya dia sendiri tidak pasti kerana dia sendiri pun sudah tidak ingat bila kali terakhir dia menjejakkan kaki ke masjid yang hanya beberapa minit sahaja jauhnya dari rumahnya..
    " Masuk? Ah! Tidak mungkinlah! Tidak mungkin aku menceroboh masuk ke dalam rumah seorang wanita yang haram bagiku..." bisik hati kecilnya dengan penuh ketegasan.
     " Tidak mengapa. Kalau sudah begitu, saya akan ke masjid sahaja. Terima kasih.."
Dia segera berlalu pergi tanpa menghiraukan Batrisya yang masih memerhatikan setiap langkah kakinya..




   Selama ini, tidak ada satu jejaka di kampung tersebut pun yang mampu memiliki cinta Batrisya. Biar diberikan tanah sedunia dan selautan emas sekalipun, Batrisya tidak mudah menyerahkan cintanya kepada mana-mana jejaka yang cuba memilikinya. Sudah hampir sekampung pinangan datang kepadanya, namun tidak ada satu pun yang menarik perhatiannya. Dia lebih selesa hidup membujang dan membuat lelaki-lelaki tersebut mabuk kepayang dan sakit rindu kerana terlalu ingin memilikinya. Dia berasa bangga apabila dipuja sebegitu.


   Tetapi, sejak kemunculan jejaka tersebut yang tiba bagai angin lalu pada hari itu, Batrisya menjadi tidak keruan. Tidurnya sekejap ke kiri,sekejap ke kanan. Makannya tidak pernah kenyang dan perubahan pada puteri tunggal kesayangannya itu memang ketara sekali pada mata Ustaz Jamil.


   Pada suatu malam yang sepi, setelah selesai solat berjemaah di masjid,  Ustaz Jamil segera pulang ke rumah. Pada kebiasaannya, dia akan terus duduk di masjid sehingga larut malam sambil membincangkan urusan-urusan di kampung yang sudah sememangnya menjadi tanggungjawabnya sebagai ketua kampung. Tidak lupa juga dia memberi tazkirah pendek buat santapan rohani setiap jiwa yang hadir untuk solat berjemaah. Tetapi, perasaannya kali ini tidak enak. Perubahan sikap Batrisya sangat merisaukan baginya. Dia melangkah pantas meredah angin malam.


   Setibanya di rumah, dilihatnya Batrisya duduk termenung di tepi tangga. Hampir setiap malam Batrisya duduk di situ sambil memerhatikan bulan yang sememangnya pada waktu itu sedang mengambang penuh. Perlahan-lahan Ustaz Jamil menghampiri puteri kesayangannya itu.


   Sejak pemergian isteri tercinta, Batrisya lah yang selalu menjadi peneman dan penghibur Ustaz Kamil. Sungguh kasihnya dia pada Batrisya sehingga dia tidak pernah sanggup untuk menjentik anak itu walau sekalipun. Kedegilan Batrisya ketika diajak menunaikan solat juga tidak mampu ditanganinya. Ustaz Jamil sedar, sebagai seorang bapa, betapa dia telah gagal mendidik anaknya menjadi wanita solehah sesuai pesanan arwah isterinya, dan kerana itulah dia menangis dan meratap sedih setiap kali dirinya datang "mengahadap" Allah. Bukan dia tidak mahu anaknya menjadi seorang mujahidah, dia cuma terlalu sayangkan
Batrisya sehingga sebesar apapun kesalahannya, Ustaz Jamil tidak sedikitpun memarahi Batrisya. Walaupun begitu, setiap malam, Ustaz Jamil akan memberikan peringatan dan menceritakan pelbagai kisah Ummul Mukminin buat Batrisya kerana Batrisya sangat suka akannya.


   Dan seperti biasa, pada malam itu, Ustaz Jamil berhajat untuk meneruskan ceritanya yang masih bersisa semalam. Dia duduk di sisi Batrisya kemudian menatap wajah ayu persis isterinya itu. Dia tersenyum sendiri terkenangkan saat dia dan isterinya duduk di tangga itu 10 tahun yang lalu. Tidak ubah seperti hari ini. Sungguhpun bertahun dia menanggung derita atas pemergian ratunya, dia tetap bersyukur kerana Allah masih menyayanginya dengan mengurniakan sebutir permata yang baginya begitu indah dan berharga.


   " Abah.....bulan tu cantik kan? " bisik Batrisya perlahan sambil matanya masih memerhatikan bulan yang nun jauh di sana. Tidak berkelip sedikitpun.


   Ustaz Jamil segera mengalihkan pandangannya ke arah bulan tersebut. Lama dia berfikir sambil menatap bulan tersebut. Setelah hampir sepuluh minit, Ustaz Jamil pun bersuara.


   "Cantik, nak. Bila bulan mengambang penuh macam ni, lagi cantik. Cuba lihat pula pada bintang-bintang yang mengelilingi bulan itu. Bbintang pun tak kurang cantiknya. Tanpa bintang-bintang tu, bulan takkan tampak secantik dan semegah itu..."


   Ustaz Jamil mengatur ayat-ayatnya lagi. Malam ini, dia berhasrat untuk menyampaikan sebuah berita besar buat Batrisya. Berita yang dia sendiri pun tidak tahu akan penerimaannya nanti. Dia bersuara lagi.


    "Batrisya...Bulan yang mengambang penuh dan cantik tu samalah seperti kaum wanita yang telah diciptakan oleh Allah di muka bumi ni. Diciptakan dengan fizikalnya yang menarik dan memang indah pada pandangan lelaki. Tetapi, setakat itu sajalah cantiknya. Sama seperti bulan tanpa cahaya bintang. Tidak akan jadi seindah bulan pada malam ini. Tapi, bulan pada malam ni, dipagari dan dikelilingi oleh bintang-bintang yang gemerlapan sinarnya, tidak ubah seperti wanita-wanita yang menutup segala anugerah Allah itu dengan pakaian yang sepatutnya, yakni pakaian yang menutup aurat. Tidak ketat, tidak nipis, tidak jarang, tidak pula terlalu terang sehingga menarik perhatian mata-mata yang memandang. Wanita-wanita seperti itulah yang paling cantik Batrisya. Seperti cantiknya bulan yang dipagari bintang...."
   
   Hati kecil Batrisya tiba-tiba tersentuh apabila mendengarkan kata-kata ayahnya yang penuh bermakna itu. Dia cuba mencernanya perlahan-lahan dan kemudian menatap mata ayahnya dalam-dalam. Kemudian merenung semula ke arah bulan tersebut.


   "Batrisya, abah ada sesuatu nak kasi tau ni. Hari tu, waktu abah masih di masjid, ada pemuda datang jumpa abah. Taufik namanya. Budak tu baik orangnya, nak. Dari gaya dan cara dia membawa diri, abah tau dia seorang pemuda yang soleh. Dah beberapa hari ni abah perhatikan dia. Solat jemaah di masjid tak pernah tinggal. Rajin pulak membantu orang-orang kampung membersihkan masjid tu. Hari tu, ayah terdengar dia bertarannum di masjid. Bagus sekali, nak. Orangnya sopan dan lemah lembut. Kalau boleh...."


   Belum sempat pun Ustaz Jamil menghabiskan ayatnya, Batrisya sudah mula memotong.


"Apa dia abah? Abah nak jadikan dia menantu abah ke? Abah, cuba abah fikir baik-baik. Layak ke perempuan macam Batrisya ni jadi pendamping lelaki soleh macam dia, abah? Solat pun sekali-sekala. Al-quran? Tak usahlah abah cerita. Dah bertahun agaknya Batrisya tak tengok. Dah tak tau kat mana Batrisya simpan. Pakai tudung pun tidak. Menutup aurat? Jauh sekali. Layak ke Batrisya untuk org mcm tu, abah?"


   Dengan nada keras dan linangan air mata, Batrisya mengucapkan kata-kata tersebut. Dia sedih apabila mengenangkan segala kelemahan dan keburukan dirinya. Sedih apabila mengenangkan dirinya yang tidak pernah sekalipun "bertemu" Allah dalam tahun itu. Sedih apabila mengenangkan segala-galanya tentang dirinya. Sungguh telah lama dia tersesat dan menjadi seorang pendosa. Cerita ayahnya mengenai bulan dan wanita menambahkan lagi kesedihannya. Sungguh selama ini dia telah membiarkan dirinya menjadi mangsa pandangan mata2-mata yang dipenuhi penyakit zina itu. Sungguh dia selama ini membiarkan susuknya yang menawan menjadi santapan bagi penagih-penagih cintanya. Sungguh dia itu....sungguh dia ini....Terlalu banyak dosanya sehingga tidak terhitung lagi. Bukan dia tidak mahu berubah. Dia cuma takut akan pandangan orang-orang kampung terhadapnya nanti. Apa kata orang kampung andainya Batrisya yang selama ini dipuja-puja atas kecantikan dan keayuannya menutup semua anugerah itu  dengan pakaian yang akan menghalang setiap mata yang cuba menembusinya? Dia cuma terlalu malu dan takut untuk berubah.


    Taufik pula.....Jejaka yang jauh sekali tinggi darjatnya berbanding dirinya yang lemas dibelenggu kesesatan yang dia ciptakan sendiri. Tidak perlu baginya untuk menemui dan mengenali Taufik sendiri. Dari cerita ayahnya sahaja dia sudah tahu betapa berbezanya dia dengan Taufik. Bagai langit dan bumi. Jejaka yang soleh seperti Taufik sesuaikah menjadi teman hidup seorang pendosa sepertinya?Dia tidak pernah lupa akan janji Allah buat seluruh umat manusia yang selalu disebut-sebutkan oleh ayahnya.


"Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik(pula)"  -(an-Nur 24:26)


   Taufik sudah pastinya seorang lelaki yang baik. Tapi, dirinya? Siapa dirinya? Dia hanya seorang perempuan yang dia kira selayaknya menjadi milik lelaki-lelaki yang seringkali memuja dirinya kerana kecantikan yang dia tonjolkan Jauh panggang dari api! Tidak mungkin lelaki seperti itu mahu andainya wanita sepertinya menjadi suri hidup mereka. Hanya akan memburukkan nama dan menjatuhkan maruah sahaja. Batrisya masih mendiamkan diri dengan deraian air mata. Menyesali segala kesilapan dan dosanya terhadap Yang Maha Esa. Dosanya terhadap Sang Pencipta yang telah mengurniakan dirinya dengan anugerah yang menjadi igauan wanita-wanita lain di kampung itu. KECANTIKAN. Itulah anugerah milik Allah yang selama ini telah dia cabuli dengan menonjolkannya buat tatapan lelaki lain selain lelaki yang selayaknya. Tidak lain tidak bukan, SUAMINYA.


"Ya Allah. Hamba berdosa pada-Mu. Masihkah lagi ada ruang di sisi-Mu buat hamba yang hina dan jijik ini?"  ratap Batrisya tanpa menyedari bahawa Ustaz Jamil masih lagi ada di sisinya.


   Batrisya sudah tidak kuasa untuk menatap bulan itu lagi. Setiap kali memandang bulan tersebut, dia akan merasa betapa ruginya dia sebagai seorang wanita yang telah menjual harga dirinya. Dia bangun perlahan-lahan lalu menaiki tangga rumahnya satu-persatu. Tiba-tiba, langkah lemahnya terhenti. Ustaz Jamil menarik lembut tangan mulus anaknya itu.




   " Duduk sekejap,nak. Abah belum habis cerita lagi...."  lembut tuturan Ustaz Jamil.


Batrisya segera melabuhkan punggungnya di atas tangga itu semula. Dia masih mendiamkan diri.


   " Batrisya...Semalam Taufik datang jumpa Abah. Dia cakap.........."  kata-kata Ustaz Jamil terhenti di situ seketika. Gugup juga untuk meneruskan ayatnya.


    "Dia nak ambil Batrisya menjadi isterinya....."


Batrisya yang sedari tadi mendiamkan diri terkejut. Mungkinkah dia tersalah dengar? Ah! Tak mungkin!


   " Dia nak Batrisya menjadi suri hidupnya. Dia nak Batrisya jadi makmum yang akan dia imamkan di setiap solatnya. Dia nak Batrisya menjadi ibu kepada anak-anak yang bakal dia azankan nanti. Dia nak Batrisya jadi isteri yang akan dia bimbing dalam mengejar redha Ilahi....."


Mengalir deras air mata Batrisya mendengar kata-kata lelaki separuh abad yang berada di depannya itu. Sungguh tidak  pernah dia menyangka bahawa jejaka seperti itu akan memilih wanita sepertinya.


   "Tapi, Abah, Batrisya tak...."


Dia tidak segera menghabiskan kata-katanya. Pasti ayahnya sudah tahu apa yang bakal dia katakan.


   " Jangan begitu, nak....Dia ikhlas. Dia terima Batrisya seadanya. Abah tahu dia akan pimpin kau dengan baik, nak. Abah yakin pada dia. Jangan kau tolak lamarannya hanya kerana kau fikir kau tidak layak buatnya. Kerana kelemahanmu itulah kau perlukan pemimpin sepertinya. Percaya cakap abah, nak. Jangan sampai kau menyesal di kemudian hari."


   Ustaz Jamil mematikan kata-katanyanya di situ. Kini,segalanya ada di tangan Batrisya. Tidak pula dia ingin memaksa Batrisya. Dia ingin Batrisya bahagia.


   Merah pipi mulus Batrisya apabila Taufik memberikan kucupan hangat di dahinya pada hari mereka diijabkabulkan. Sungguh tidak dia sangka lelaki yg baru dia temui sekali, kini sudah sah menjadi suaminya. Pada saat itu juga, Batrisya merasakan cinta yang begitu besar lahir dari hatinya. Tulus dan suci buat Taufik satu-satunya. Di dalam hati dia mengucapkan syukur yang tidak terkira tingginya ke hadrat Ilahi kerana menghadirkan seorang insan mulia dalam kehidupannya. Semoga dengan kehadiran lelaki mulia yang kini bergelar suaminya, mereka sama-sama dapat menjejak dan mencari cinta yang paling agung itu. Cinta yang tidak ada tandingnya. Cinta Ilahi..InsyaAllah....
Di dalam hati kecilnya berbisik.


"Kaulah kebahagiaanku ketika di dunia. Kau jugalah kebahagiaanku nanti di sana. Redhakanlah aku menjadi isterimu...Agar kita dapat bertemu dan bercinta semula di syurga...." Mengalir air mata kasihnya tatkala merenung cincin di jari manis yang menjadi tanda ikatan cinta mereka berdua.


Subhanallah......lihatlah hai teman...begitu besar cinta Allah pada makhluk-Nya meskipun dia telah bnyk berbuat dosa....sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun terhadap hamba-Nya yg benar2 ingin bertaubat...lihat saja bagaimana kasihnya Dia pada Batrisya hingga Dia menghadirkan seorang lelaki untuk membawa Batrisya kembali ke jalan-Nya meskipun Batrisya dan Taufik  jauh berbeza....Allahuakbar...Allah Maha Besar...sesungguhnya, Dia Maha Mengetahui atas segala sesuatu....


Alhamdulillah....selesai juga akhirnya cerpen ni.....pukul 230 sudaaaaa....apa2pun....thanks 4 reading n minta maaf di atas segala kekurangan saya....jadikanlah kisah ini sbg 1 pedoman besar dlm hidup kita....sesungguhnya SEBAIK-BAIK PERHIASAN ITU ADALAH WANITA SOLEHAH......


Akhir kalam, andai ada kesilapan dlm penulisan ini, harap boleh beri komen agar dpt dibuat penambahbaikan...Barakallah....wassalam....


oleh: khairunnisa' mohammad




  

  

   "

Monday, December 20, 2010

ASAS-ASAS PERCINTAAN REMAJA

Assalamualaikum W.B.T...

Bismillahirrahmanirrahim...

   buat pembaca2 yg dirahmati Allah semua..in my third post ni sye akn kupas bbrp isu yg sye kira agak menarik dan kebanyakan kisahnya sye  adaptasi drpd kisah sbnr yg sye lihat sendiri berlaku dlm masyarakat kita hri ini..sblum tu,sye nak minta maaf bnyk2 andai ada yg bakal tersinggung dan frust menonggeng stelah membce post yg agak kejam dan sadis neyh..(p/s: kalau x kental n mudah emosi,,ade beknya jgn truskan bacaan..sblum tu, sye nk minta maaf kpd yg bakal tersinggung..ini hanya pendedahan secara umum sahaja...bkn semua remaja mcm ni..n yg paling pntg,,sye bukan nk point kepada sesape or mengutuk sesape..bleh je anggap xde remaja gni kalau x puas hati..)

    Shbt: Nisa, kau rse bercinta ni seronok tak?
    Nisa: x kot..aku tgk korg couple pun besa2 je..ntah pape je yg korg buat tu..x mcm bez pun..
   Shbt: ala..kau mmgla ckp gtu..sume ni sbb kau xde boyfren..kau x bercinta..mnelah kau tau..17 is the sweetest age u know..bak kte om puteh.." life begins at 17.."

    Inilah dye sedutan drpd kisah sye mse form 5 dulu..sye ingat bulat2 conversation sye dgn seorg shbt sye neyh..hmmmm...maybe btol kte dia..sye tak tau..al maklumlah..sye ni dulu bknlah menonjol sgt pun..silent mode je 24 jam..mnelah nk laku..(bak kte dye org)..tp, bkn itu yg sye nk cte skrg ni..

   Hari ni, sye nak cite sal ASAS-ASAS PERCINTAAN REMAJA...wah! bila tgk The Arrival, sye ingat ketibaan Dajjal je ada asasnya..rupa2nye percintaan remaja pun ade asas jugak erk? interesting....come on! let's check this out!


1. KEPERCAYAAN
    nilai yg plg sweet skali dlm percintaan..bsr maknanye tu..bg sye ,inilah cre sye melihat nilai kepercayaan dlm sesebuah percintaan remaja skrg ni..(tp, x sume org yg couple akn wat cmni erk..jgn kte sye menuduh anda sume..sye xde niat pown..demi Allah..)

   A: baby syg kat abg tak?
   B: sayang...
   A: baby percaya kat abg tak?
   B: percaya...
   A: ape buktinya baby sayang n percaya kat abg?
   B: baby sanggup serahkn segala galanya pada abg..baby bersumpah disaksikan bulan dan bintang..
       (bulan dan bintang sebagai pemegang watak saksi bisu..wakaka kru!  -sje nk buat lawak ckit..xla bosan bce..)


   Kemudian, terbuktilah sdh cinta kasih kedua merpati  sejoli apabila saling beradu kasih di bwh bulan purnama dgn dtemani nyamuk2 di dlm semak samun..lps tu, ade PERCAYA lagi tak? ni yg sye nk kasi tau korg..PERCAYA?? ade...ade percaya...especially yg jantannya lah..PERCAYA bhw intan berlian yg bakal lahir hasil peraduan kasih td akn menyukarkan hidupnya sbg bujang trang tang2 a.k.a buaya darat..PERCAYA kan? lps tu, jdlah gejala buang anak,gugurkan anak, kebumikan anak dan mcm2 lagi..nauzubillah...semoga para pembaca yg diberkati Allah dijauhkn dari semua ini..(mmg kes ni ade berlaku.bnyk lgi tu..jadi jgn marah..sye x buat tuduhan palsu. kalau xde lah berlaku, xdela kes buang baby..)


2. KASIH SAYANG
    Mcm2 cara membuktikan kasih sayang ni..fizikal ade, mental pun ade..last2, ade jugk yg end up kt hospital sakit mental sbb cinta remaja ni..sye ingat lagi kisah ni..mse sye dlm kereta ngan kawan2 sye..nak pergi rumah org kenduri kawen ni..sye tgk couple atas moto ni, punyelah masyuk berkasih syg smpai kepit atas moto tu..angin pun, mintak maap mintak ampun jelah nak lalu celah perut tu dek kerana rapatnye kepit tu..nilah bukti kasih syg remaja kita skrg..peluk mak ayah berat sekali..peluk gf dan bf boleh pulak erk? sye paham..jiwa remaja lah katakn..dahagakan cinta dan kasih syg..dgn suara sinisnya, sye pun berkata..(sekali lg diingatkn x sume couple cmni erk..jgn trase..niat sye time tu nk nasihat..sye pun blom blaja lagi time tu..so, crenye mmg salah ckit kot...kasar lah sng cite.....jgn marah...ni cume 1 kes yg sye tgk..bkn berpuluh-puluh mcm ni..sye pun bkn kutuk dye org..juz buat pedoman kte je..)

   " Tgk couple kt luar tu..awwww...so sweeeeetttttt...se'sweet gula2 HACKS seposen kat pasar tu..ade seringgit, dptlh sepuluh..MURAH kan?" (jgn marah aaaa...sye muda lgi time tu...x pk btol2 sblum ckp..)

   Time tu kwn sye yg asek bermsj(dgn bf nya sye kira) memberikan pandangan yg paling manja sekali..yelah, manja..smpai nk terkeluar bijik mata dia..Ya Allah..apelah nk jadi dgn remaja skrg ni...(skali lgi diingatkan, bkn sume org mcm ni..)

* COUPLE DLM ISLAM: HARAM
*SEBAB: PEMBUKA KPD PINTU ZINA YG BAKAL MENDTGKN MSLH2 BSR YG LAIN
(p/s: jgn ingat yg romance dlm semak samun tu je dikira zina...sedang hati  yg jauh kt dlm bdn ni pun bleh berbuat zina..inikan pulak anggota zahir yg dgunakan utk berkasih sayang...nilah yg sye blaja melalui pembacaan sye n ini mmg betul..kte sume pun tahu..harap bleh trima ni dgn baik...)

    Kasih syg dan kepercayaan nilah merupakan 2 asas yg tlah bnyk menjadikan remaja kita hancur skrg ni..di saat2 mcm nilah sye mula terfikir akn 1 ayat ni...

                                " NIKAH GANTUNG SATU SOLUSI"

   Ya..Khitbah..bagi yg pernah dgr pasal khitbah mesti tau..yg x taw lgi bleh je check out kat ILUV ISLAM.. bila cite sal ni sye ingat seorg kwn pernah ckp.."ramai mak ayah skrg x paham pasal ni.."  sye pun jd musyskil ckit..x paham? x mungkinlah...dye org kn dh bnyk mkn garam, dh bnyk pengalaman..x mungkin x paham..oleh itu sye pun buat keputusan utk jalankan 1 ujikaji pasal ni..dgn berbekalkan hipotesis dr kwn sye ni td, sye  pun masuk lab..(rumah sendiri..)

   SUBJEK: sye dan ibu sye sendiri..
   Nisa: Mak, mak kawen dulu time mak umo bape?
   Ibu: 21 thun kalau x silap..kenapa?
   Nisa: (dgn niat bergurau sye menjawab) owh..kalau maknye kawen umo 21 thun, anaknye mesti lgi hebat! i'll get married at 20..(haha..dgn nada bergurau..)

  Haaa..sye pilih conversation ni sbb subjek nya adalah family sendiri...jadi xde alasan utk pembaca kte sye tuduh sesape ea..



Mak sye yg tgh minum wktu tu nyaris je nak tersembur..kalau tersembur, mmg sah bsh kuyup adek sye yg kt dpn dye time tu..moving on..

  Nisa: pernah tak mak dgr pasal nikah gantung?
  Ibu: pernah..mak tau..kenapa? kau dah nak kawen sgt ke? jgnlh pk pasal tu dulu..blajolah dulu..kau kn muda lagi..(malaulah jugk time mk ckp mcm ni..)

Tiba2, nth dr mana adek sye yg memegang watak x diundang bersuara..

   Adik: Mak! Nisa dh nk kawen dh tu..dh gatal sgt..grenti dh ade bf kt sne..sbb tu ckp sal kawen ni...

sye pun jd merah padam..malu giler...dgn berbekalkn result tu, maka terbuktilah hipotesis kwn sye ni tadi..hipotesis is accepted..tp, harus diingat, x sume ibu bapa berfikiran cmni ..jgn salah paham pula..(inilah sbb mengapa kdg2 khitbah ni dikatakn sbg solusi yg gagal..sbbnya, ibu bapa x mengerti dan mslh rmj sendiri yg hanya niat nk njoy sje hingga lpe btsn..maybe kte x sedia lgi..sbb nikah tu bsr..bkn main2..tp, kne ingat kwn2 yg dikasihi, kalau belum bersedia, sebaiknya xde couple sebelum nikah..sbb couple itu HARAM dlm Islam..bnyk org Islam pun tau ni..trimalah dgn fikiran terbuka..ini sye ckp pun dri ape yg sye blaja..bkn sebarang ckp je..)

    Kalau nikah gantung ni satu solusi, mcm mne pulak dgn pendidikan seks? bagi syelah(ini pendapat sye..bkn nk pandai2 kte ini pendpt semua org..), pendidikan seks ni bukan satu solusi.. maybe, ade kebaikannya bagi mrk yg melihat pada sisi kebaikan..but then, cbe lihat yg tersirat..kalau pelajar kte dah diajar mcm mne cre nk cegah kehamilan, ape akn terjadi? maybe gejala buang ank berkurang kerana remaja kita semuanya dh pandai cegah kehamilan...(ini yg baiknya..jadi, xde la baby2 yg comel2 tu kne buang..kesian tau..sedih tgk bila jd mcm tu..) Alhamdulillah...tapi, mcm mne pulak dgn isu seks bebas? zina? BERTAMBAH? sudah tentulah! nauzubillah...

   couple? itu BIASA....terlanjur? itu PUN BIASA...bertanggungjwb stlh terlanjur? itu LUAR BIASA..knp luar biasa? yelah..dlm seribu kes, blum tentu ade 1 kes pun yg kte dgr ade yg sanggup bertanggungjawab stlh terlanjur..(p/s: x sume yg couple akn t'lanjur n wat mende2 gni..ade yg  couple cre Islam n skali lagi sye ingatkan , couple tu haram dlm Islam...)

   Hmmmm...inilah senarionya skrg..solusi ada..bkn xde..tp, solusinye kdg2 x jd sbb xde support drpd masyarakat kita...tgklah td,, bila sye ckp pasal nikah gntung, mak sye kte sye muda lagi..maybe ade couple2 muda yg nk kawen dgn cre ni, tp maybe respon org tua pun mcm ni..tp, x semualah...)well, yg bakal jadi guru tu, sdh bersediakah anda utk memikul tanggungjawab sbg pendidik? besar tanggungjwab kita ni..semoga dpermudahkan Allah..insyaAllah...tp, ni bkn tanggungjawab para guru je..ini tanggungjawab semua...paling pntg,kte harus kembali pada quran dan sunnah, baru hdp x terpesong dan gejala2 yg berbahaya ni boleh dibanteras...

 So cmne? dh jelas n terang x? couple ni, mne hala tujunye? walaupun x sume berakhir dlm semak samun n hotel2...ade jugk yg smpai ke jinjang pelamin...tp ingatlah bhw perkahwinan yg berkat n berkekalan itu selalunya tidak didasari dgn maksiat pada awalnya...nak couple? bkn x boleh....BOLEH SGT..tp,LEPAS NIKAH la....bru korg akn tau btp luar biasanya cinta tu bila disalurkan dgn cre yg dihalalkn oleh Islam..disalurkn pd wktu yg betul, pd org yg betul.....bagi yg pompuan tu, jgnlah semudah-mudahnya menyerahkn segala-galanya pd bf korg...nmpk x ape akibat serah segala-galanya td?( x sume akan berakhir mcm tu..sye pun bkn nk mendiskriminasi kaum lelaki) yg lelaki x rugi pape tau..ckit pun x..paling2 pun dpt nme buruk n maybe kwn2 dye yg seangkatan dgnnye akn anggap dye HEBAT! tp, kne ingat jugak, sme2 buat, sme2 dpt saham...andai dh terlanjur, jgnlah pulak menambah saham yg dh dilabur tu dgn gugur n buang baby tu...(kesian kwn2..bnyk org yg x dpt branak nk baby tu..ade 1 artikel sye bce, klu x mampu nk jge lagi, bgi kt org..jgn buang..ade yg nak..)


     Bapak penguin pun sanggup ni, 4 BULAN X MKN demi utk peram telur n tunggu ank dye menetas..kuar2 je ank dye trus mntk mkn dr bpknye..bygkn jela btp laparnye dye...tp, knp kita manusia, yg pegang title SEBAIK-BAIK CIPTAAN ALLAH sanggup buang ank walau hanya slps 4 minit ank tu dilahirkan?? aiii.....teruk sgt ke kta ni??? di mana kurangnye kita???? (ini betul tau..sye tgk dlm video..sweet betul...) mak sye ckp, penat n susah peram sye lam perut dye 9 bulan...seksa n xde sape tau btp sakit time nk bior sye kuar tgk dunia ni...tp, itulah kngn manis dye....tgk ank dye yg bru lahir nangis n bukak mte..jgn tgk ank nangis n bukak mte je trus humban lam longkang n lubang tandas ea....(sye x tuduh..tp, ade jd ni..n bkn sume jd mcm ni jugk...)so, jln dh dibuka..solusi dh ade..x lain x bukan...NIKAH or kalau x nk nikah lagi, jgn la couple...( sye pun x dptlah nk kte couple tu bleh asalkan berhati-hati, sbb sye pun tau couple tu haram dlm Islam..n sbg org Islam sye x dpt nk membelakangkn agama sye dgn support org2 yg kapel..maaf kwn2...)bnyk bahaya, bnyk derita, dari bahgia.....( yg ni kita pun nmpk kan? maybe time kapel bahagia..tp, cube ingat balik time putus cinta..mesti x bez kn? sye x la tau..tp, dlm tv mcm x bez je..ade yg bunuh diri taw sbb ptus cinta..sye dh tgk video tu..tgklh btp bhye cinta ni kalau slh crenya..)


  Akhir kalam..minta maaf sekali lagi atas kisah yg berbau sindiran dan kekasaran bhse drpd amatur mcm sye ni.....sye pun bknnya spt malaikat yg suci n x pnh wat dosa..tp, bak kte kwn sye neyh, klu dh x mampu nk jadi bek sgt...jgnlah tunjukkan yg kite ni buruk...cukupla skadar jauhi couple utk jge diri...(tp, kalau nk kapel jugk, risiko nya kne ingat..ade yg bahgia, x kurg jugk yg duka..apepun, sye doakan keselamatan n kebahagiaan korg...)  nt, klu bercinta dgn suami2 n isteri2 korg, lagi MASYHUK taw...pegang2 dpt pahala,rindu2 dpt pahala,kenang2 dpt pahala, kalau terlanjur pun x dpt dosa...dpt pahala lagi sbb berkasih syg dgn org yg halal buat kita....(ade pahala free taw...sape nak? marilah rebut sme2...dpt xtra lagi tu..KAWEN..kawen dgn org yg kita ske)sye hanya berniat menulis dan bkn nk menemplak sesapa...ini hanya pendedahan....sbg org dewasa, be open-minded....jgn saman sye pulak erk? i dun want 2 see u in court! (gurau je..)


   Ambillah pengajaran drpd kisah ni...dialog2 atas tu sume pun sye ckp time sye muda lagi..tau jela bdk2..bkn pkai otak sgt time ckp..mmg mcm tula..nakal cket...jgn amek hati..ade org kte sye ni ngutuk org kt cni..Demi Allah, bkn tu niat sye kwn2..bkn jugk sye nk tunjuk suci n pandai..sye juz nk share ilmu yg ciput ni je..sme2 kte dpt manfaat...ingat ea, Allah syg kt kte sume..Dia bkn x kasi kte bercinta, tp knelah halal dulu..kte sume pun dh bsr n paham hakikat ni...owh ya...cuba bce buku ni...PEMILIK CINTAKU STLH ALLAH N RASUL....bez tau..bnyk pengajaran..dlm ni kasi taw btp manisnya cinta pas kawen ngan suami kte..sye pun jd jelez dgn org dh kawen...hehe...)  Barakallah...chow chinchau... Wassalam....(minta maaf skali lagi ea...x berniat sakitkn hti korg..)