Apa khabar semua? Rasanya, lama betul dah tak update blog ni. Sunyi sepi sebab busy. Semua kerja dah bertambah. Amanah semakin berat. Saya semakin dewasa.
Rasanya hidup sudah bertambah baik. Saya sudah boleh cope dengan studies walaupun sem 1 blur sikit. It's okay. Pengalaman.
Sem 1 dah jauh pergi meninggalkan saya. Rindu sangat dengan sem 1. Banyak kenangan. Suka duka. Masa yang dah berlalu tak mungkin dapat kembali lagi. Untuk segala dosa dan kesilapan lalu, saya hanya mampu berdoa agar diampunkan segalanya.
Sem 2 pula menjelma. Masa berlalu menandakan umur sudah bertambah dan semakin dekat dengan maut. Cuma menunggu masa untuk dijemput.
Entah kenapa..Sejak melangkah masuk ke alam yang lebih dewasa, hati ini rasa tak tenang. Macam ada yang tak kena. Bila diselam dan dikenang kembali, rasanya saya gagal mencari punca yang pasti. Di mana kurang dan sudah terlebih apa. Puas berfikir namun tak ketemu sebarang tanda.
Saya ambil masa untuk muhasabah diri dan renung semula. Saya selami semula hati ini. Saya tanyakan padanya apa yang tidak kena. Katanya begini...... " Wahai teman,, kamu terlalu banyak memikirkan perkara yang tidak perlu...Kamu terlalu ingin memiliki sesuatu yang bukan milikmu....Kamu selalu menanti sesuatu yang kamu tahu tidak akan mendatangimu...Kamu terlalu kerap berkecil hati di atas sesuatu yang patut kamu berlapang dada ke atasnya....."
Saya pun mula mencongak kembali. Apakah itu yang tidak perlu? Apakah itu yang saya mahu? Apakah itu yang saya tidak mungkin miliki? Lama berfikir, barulah dapat jawapannya. Kini, saya jadi runsing. Saya tanyakan kepada hati lagi. "Bagaimana bisa saya tenangkan kamu wahai hati?" Jawabnya.....
" Sudah-sudahlah wahai teman...Lupakan semua...Ringankan yang berat itu....Buang jauh-jauh kehendakmu...Perhatikan pula keperluanmu...Itu yang lebih utama....Jangan buang-buang waktu lagi...Masamu semakin singkat..Gunakan masa yang ada itu untuk Dia sepenuhnya....Yang bukan hakmu tidak mungkin akan datang kepadamu malainkan dengan izin-Nya juga...Beranjak perlukan waktu..Namun kamu harus tahu,, malaikat maut tidak mungkin menunggu andai sudah diseru namamu...Tinggalkan yang berat itu,,maka nanti pergilah segala keresahanmu..."
Alhamdulillah...Baiknya Allah yang memberi hati ini untuk terus memandu jasad ini. Kasihnya Allah pada ruh ini dengan mengurniakan hati yang sentiasa membantu. Hati ini kadangkala rasa sakit. Kadangkala rasa senang. Semua kerana perbuatan jasad juga.
Kesimpulannya,, jagalah hati kita. Hati yang memandu jasad. Bersih hati,,,baiklah semua. Gelap hati,,,sukarlah segalanya. Jaga hati ya semua....
Betapa tepat dan bijaksananya Rasulullah SAW. Baginda telah memberikan peringatan kepada kita dengan sabdanya:
“Sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada segumpal daging; apabila segumpal daging itu baik, menjadi baik pulalah seluruh jasad, dan apabila rosak atau kotor, menjadi rosak pula seluruh jasad. Ketahuilah, yaitu hati.”
(Hadits riwayat Imam Bukhori dan Muslim dari Nu’man bin Basyir ra)
segala yg baik itu dtg drpd Allah dan yg buruk itu juga dtg drpd-Nya ttp disandarkan di atas klemahan sy sendri...Semoga kalian semua sentiasa diberkati....InsyaAllah...Wassalam....