"Dah ke belum???!!! Aku datang ni!!!"
Tettt!!!! Jumpa! (Dengan gelak jahat. Padahal orang tak sempat sembunyi lagi pun..)
Assalamualaikum W.B.T.... Salam sejahtera, Salam Ramadhan, Salam 1 Malaysia! (Ceh, dah macam TPM masa perhimpunan pula... T.T)
Melalui sneak peak 3 baris sebentar tadi, sudahkah dapat kalian mengagak topik celoreng hamba kali ini? "Saya putar Halim!!" Hoyyeah! Topik yang terkena pada hari ini adalah.... "TERSEBUTLAH KISAH-ZAMAN KANAK-KANAKKU"
Zaman kanak-kanak kita, rasanya semua memang berwarna-warni kan? Macam-macam kita buat, macam-macam ulah! Macam-macam onar! Jangan menipu! Saya tahu. (Sebab saya pun sama. Wink.. Wink..) Sampai pening kepala mak ayah. Tapi, itulah seronoknya jadi budak-budak. Main redah je. Heheh. Jadi, sukacitnya di sini, akan saya kongsikan permainan tradisional bagi budak-budak Malaysia tipikal. (bukan yang tak tipikal ya?) Apa yang spesel sangat pasal permainan tradisional ni sebenarnya? FOC! Free of Charge! Tak perlu duit, tak bazir elektrik. Itu yang mahal tu..
1) Hide and Seek/Sembunyi-Sembunyi (ke, ada sebutan lain?)
Kalau dulu, permainan inilah antara yang paling femes sekali di tempat saya. Pantang dengar kereta mak ayah meninggalkan tempat parking je, mulalah roger2 kawan/anak jiran/anak kak jah sebelah menyebelah. Plannya kawan-kawan, "Hari ni, kita main sembunyi-sembunyi!" Biasanya, dengan kawan-kawan la. Semua pun yang berhingus lagi, under aged lah katakan.
Main ni memang seronok. Area sembunyi kadang-kadang boleh jadi cukup terhad, ada waktunya pula cukup luas! Masa tinggal dalam maktab, area sembunyi boleh jadi satu maktab tu. Tukang cari pun, kadang-kadang termengah-mengah kayuh basikal satu maktab cari yang bersembunyi. Kalau tak jumpa juga, memang menangislah. (Yang tengah sembunyi, dok gelak dari jauh tengok. Kohkoh)
Satu pengalaman saya yang paling kelakar sekali masa main ni adalah time main sembunyi dalam rumah. Waktu tu, ada saya, adik-beradik, dengan anak jiran sebelah saja. Area sembunyi, dalam rumah. Dapat je yang jadi, kami pun berlari-lari anaklah (dengan ibu jari kaki) dalam kawasan rumah. Sebab dah selalu sangat main dalam rumah, jadi, tempat sembunyinya pun, pasti dah diketahui awal-awal lagi.
Otak ligat berfikir ni. Mana nak sembunyi? Tiba-tiba, mata terperasankan akan almari besar dalam bilik tidur. Almari tu memang sangat besar. Dalamnya pun bertingkat. Tempat mak simpan baju-baju lama. Kami pun sorang-sorang naik satu tingkat. Ada 4 tingkat, cukup untuk 4 orang. Baju semua habis dibongkar, buat tutup badan. Jadi, kompem ajelah tak nampak. (Nasib baik tubuh kecik-kecik semua)
Lepas sembunyi, semua pun diam-diam saja. Adik lelaki pun mulalah pencarian human hunt dia. Masa dengar kaki dia masuk bilik, kami semua memang dah nervous pun. Mana taknya? Semput! Tak ada udara! Terpaksalah bertahan juga. Adik pun buka almari tu. Tapi, ajaibnya, dia tak nampak pun kami yang tengah sembunyi kat dalam longgokan baju tu. Setengah jam dia cari, sampai menangis sebab tak jumpa. Last2 kami pun surrender, kesian pula adik menangis macam tu. Hahah. Kalau sekarang cerita balik, memang adik mengamuklah. Malu kena gelak dengan akak-akak dia. Tengok macam dalam gambar tu. Ada kawan hamba yang sorang ni, pandai benar bersembunyi. Sekali terjumpa dia melekat kat siling tu. Pandai betul memanjatnya. Patutlah tak jumpa di darat, dah jadi spiderman rupanya. Hahah.
Tempat feveret sembunyi : bawah katil, dalam almari, belakang kerusi, dalam bakul baju (untuk yang saiz S saja ya?), dalam tempayan (kalau kat kampung)
2. Teng-teng (bukan lompat katak!)
Ini pun boleh tahan femesnya. Dekat sekolah ada, dekat taman ada, dalam rumah pun boleh main. (tapi, jangan suka-suka conteng lantai ya? Mak ayah marah, saya tak tanggung taw)
Permainan ini pun tak perlu modal. Cuma yang perlu cari adalah buahnya. Batang kayu boleh, batu boleh, getah pemadam pun ok. (patutlah hari-hari minta duit beli getah pemadam. kehkeh)
Settingnya (rumah) macam-macam. Ikut tempatlah. Kalau tempat saya, biasa dari nombor satu sampai nombor sembilan. Peraturannya pun sama, tak boleh jatuh! Kalau jatuh, dikira mati.
3. Galah Panjang (ada tempat panggil belon acah)
Hoyyeah! Saya paling suka permainan ini. Setting biasa, gelanggang tenis. Kalau kena hempuk bola tenis sekali dua tu, biasalah. Orang main tenis, kita main galah panjang. Sebab apa pilih gelanggang tenis? Sebab dah ada garisan, tak perlu bazir nak curi kapur sekolah dah. ( Erk?? Hehehehehehehehe.. Kantoi pula..)
Main ni kadang-kadang boleh buat merajuk tau! Mana taknya? Kejar-kejar tak dapat. Asyik lepas saja. Last2, yang jadi galah pun surrender. Tak nak main dah. Main lain pula. Hai... Susah betul!
(Tengok tu! Upin Ipin pun tahu main. Kalau tak tahu, rugilah anda semua..)
4. Batu Seremban (ada yang panggil sembat)
Yes! Batu Seremban. Saya pun tak tahu kenapa panggil batu seremban. Adakah permainan ini berasal dari Seremban? Wallahualam.. Dulu-dulu, pantang cikgu masuk kelas lambat, semua pun sibuk tertonggek-tonggek kat luar kelas. Hai... Cari cacing ke dik? Bukan! Cari batu! Batu dia macam-macam ghope ada. Saya lagi suka batu yang keras dan kecil. Almaklumlah, tak tercekup tangan kalau batu besar. Batu bulat-bulat pun ada yang pandai main taw! Entah macam mana tu. Dengan batu yang tergolek-golek. Guna guli je yang saya tak pernah tengok lagi. Hahah!
(Haih! Ada juga rupanya guna guli? Baru je tertanya-tanya tadi..)
(Suka tengok gambar ni. Terasa atmosphere kampung tu.
Ayah dulu pun, kalau ada masa, main juga batu seremban dengan kitaorang. Mak lah paling best! Macam-macam version beliau tahu. Batu lima, batu tujuh, semua ada)
(Guna pundi kencing, eh??!! Pundi kacang pun boleh.. Tangan pun tak sakit)
5. Congkak
Asalnya dulu, tempat saya tak ada permainan congkak ni. Tetapi, bila datang sorang budak baru ni, dia pun ajak kita main congkak. Masa tu tak tahu, terkulat-kulat ajelah. Tapi lama-lama, seronok pula kan? Lepas tu, semua pun nak suruh mak ayah dia beli papan congkak.
Tapi sekarang, manalah ada lagi yang nak main. Semua dah ngadap PS je. Betul tak? Jangan hairan kalau ada yang tak tahu main congkak ni. Main isi jela jawabnya. Kata orang, kalau main congkak jangan tamak, nanti rugi. Sampai sekarang saya tak dapat maksudnya. Sesiapa tahu, sharelah ea? Sama-sama mengimbau kenangan lalu. ^_^
(Congkak, EPICLY TRADITIONAL!)
6. Tikam Selipar/ Selipar Tiga
Ini adalah permainan yang saya tak main sangat. Budak-budak lelaki suka. Budak perempuan tengok aje. Kena tikam dengan selipar macam sakit aje? Huhu. Itu sebab tak berani nak main. Tapi seronoklah tengok. Berebut-rebut nak bina balik lepas kena roboh selipar tu. Macam-macam selipar ada. Selipar Jepun, selipar Made in China, selipar tandas, kasut pun ada! Crocs je yang tak sempat jumpa tikam selipar. Hahah.
(Bukan senang nak kasi berdiri macam tu, dengan kena baling lagi. Isk.. Isk.. Isk...)
7. Ceper
Perghhh!!! Ini permainan yang dah lama giler. Tapi saya baru tahu hari tu. Semasa demo dalam kelas oleh budak-budak lelaki. Selalu je dengar orang sebut, tapi tak pernah main. Nampak simple aje, tapi tak senang. Tapi paling bestnya, permainan ini pun tak perlu modal. Asal rajin cari tudung botol je. Tu pun bukan senang nak jumpa sekarang.
Jadi, inilah serba sedikit tentang permainan tradisional ni. Ada banyak lagi sebenarnya, gasing, layang-layang dan apa saja yang anda tahu. Tapi, tak dapat nak cerita semua kat sini.
Banyak dah tinggal kenangan saja sekarang ni. Semua dah main online. Tak ada dah nak main yang tradisional ni. Tak style katanya. Staillah sangat kot, kalau kecik-kecik dah pakai spec. Isk..Isk... Baik sebenarnya biar anak-anak kecil bergerak. Jangan dibiar menghadap komputer 24 jam. Nanti bila besar, semua jadi tak betul. Rabunlah. Bila berlari, koordinasi semua salah. Macam robot pun ada. Inilah kesan kalau terlalu banyak menghadap komputer. Nak-nak lagi yang dibiar sejak kecil.
Jadi, mari kita hidupkan semula aura permainan tradisional yang semakin hilang ditelan Angry Bird dan Counter Strike! Kita main "permainan kita", bukan "permainan orang". Membangun itu perlu, tetapi yang lama jangan hilang kerana itu yang membentuk jati diri dan menjadi identiti kita!
Banyak dah tinggal kenangan saja sekarang ni. Semua dah main online. Tak ada dah nak main yang tradisional ni. Tak style katanya. Staillah sangat kot, kalau kecik-kecik dah pakai spec. Isk..Isk... Baik sebenarnya biar anak-anak kecil bergerak. Jangan dibiar menghadap komputer 24 jam. Nanti bila besar, semua jadi tak betul. Rabunlah. Bila berlari, koordinasi semua salah. Macam robot pun ada. Inilah kesan kalau terlalu banyak menghadap komputer. Nak-nak lagi yang dibiar sejak kecil.
Jadi, mari kita hidupkan semula aura permainan tradisional yang semakin hilang ditelan Angry Bird dan Counter Strike! Kita main "permainan kita", bukan "permainan orang". Membangun itu perlu, tetapi yang lama jangan hilang kerana itu yang membentuk jati diri dan menjadi identiti kita!
No comments:
Post a Comment