Assalamualaikum W.B.T......
Apa khabar semuanya? Dalam bulan Ramadhan, harap agar kalian semua tidak ada yang sakit-sakitan...Semoga sihat semuanya....InsyaAllah...
Sensitif ke? Nak cerita pasal sensitif pulak hari ni. Macam mana yang dikatakan perempuan itu sensitif? Adakah kerana mereka mudah mengalirkan air mata? Atau kerana mereka mudah terasa dan marah? Saya sendiri pun kurang pasti.
Dalam menjalani kehidupan seharian, kita jumpa ramai orang. Macam-macam ragam. Di sinilah saya melihat apa yang dikatakan perempuan itu sebenarnya sensitif. Sometimes, untuk simple2 things, perempuan mudah tersentuh, terasa hati. Even untuk perkara yang mereka sendiri tak faham. For example, hari ni, saya tengok satu video. Pasal husband and wife. Dalam bahasa korea sebenarnya. No subtitles, no nothing. Somehow, I felt sad. I don't know why. Just by the way they deliver their lines, background music (yang saya pun tak tahu apa dia nyanyikan). Memang tersentuh. And I wondered....Was that what we call sensitive? Saya pun tak pasti. Cara kita menyampaikan sesuatu mempengaruhi apa yang disampaikan...
Kadangkala, tidak semestinya kerana perkara2 yang besar dan ketara baru boleh jadi sensitif. Simple things, as simple as a touch from our loved ones sudah cukup bermakna bagi seorang perempuan. Mungkin bagi seorang lelaki, a touch means nothing. Tapi, bagi seorang perempuan yang lembut hatinya, they tend to appreciate every single thing that their loved ones do. Kerana sifat menghargai itulah seorang perempuan boleh menjadi sangat sensitif. Bila ayah marah pada saya, saya akan terasa sangat pedih di hati. Mengapa? Itu adalah kerana ayah sangat bermakna bagi saya. Berbeza apabila seseorang yang saya tidak kenali memarahi saya. Di hati, mungkin tidak akan terkesan sedikitpun. Malah masih boleh tersenyum dan seminit dua, pasti sudah tidak akan difikirkan lagi.
Kadangkala, mungkin kita akan merasa sangat hairan atau jadi sangat pening bila berhadapan dengan kerenah kaum perempuan. "I did nothing to offend her. And why is she so mad at me? I was just joking."
Mungkin ada yang pernah terfikir begini. Mengapa? Ketahuilah semua, apabila seseorang perempuan itu marah atau merasa kecil hati dengan setiap kata-kata atau perbuatan kamu, itu bermakna kamu sangat bererti baginya. Jika tidak, masakan dia akan memperdulikan setiap kata-kata kamu? Apabila seorang suami itu sudah mengambil tempat di hati isterinya, setiap kata-kata, setiap perbuatan suaminya pasti akan menyentuh hatinya. Begitu juga dalam situasi bersahabat. Kasih dan sayang itulah yang membezakan segala-galanya. Apabila kita kasih akan seseorang, setiap perbuatan serta kata2nya pasti akan memberi kesan kepada kita. Dan kaum perempuan? Di situlah terserlah sifat sensitif mereka. Maka, janganlah merasa tersinggung andainya seorang isteri itu marah atau bermasam muka pada suatu ketika. Mungkin dia sedang terasa hati dengan kamu. Mengapa begitu mudah dia jadi begitu? Kerana kamu amat bermakna baginya....
Erk? Why all of the sudden nak tulis pasal ni? Well, tiada apa-apa sebenarnya. Saja nak kongsi takrifan diri mengenai sensitif. Macam mana pula menzahirkan sifat sensitif itu? Sesetengah orang tend to marah2, ada pula yang menangis. Ya. Menangis. Itu paling common. Selalu terlihat akan kita, seseorang itu mengalirkan air mata kerana sesuatu perkara. Ada yang sukar sekali untuk menangis, ada pula yang mudah saja menangis. Pernah tak lihat seorang lelaki menangis? Saya pernah tengok. Sekali. Entah mengapa. Bila tengok lelaki tu menangis, saya rasa puas hati. Walaupun saya tak kenal dia. Somehow, terbit perasaan kagum di hati saya buat lelaki itu. Kagum kerana dia mengalirkan air mata. Kagum kerana dia tidak terlalu ego untuk menangis meskipun di hadapan ramai orang. Bukan pula saya melihatnya sebagai seorang yang lemah. Itulah orang yang bagi saya ada jiwa dan perasaan. Bila lagi akan saya jumpa lelaki sebegini? Ada. Banyak! Dalam drama. Ayah pun tak mungkin akan menangis di hadapan saya. Kerana ayah tak mahu kami susah hati.
Perempuan...Bila sudah sensitif, sukar sekali mengembalikan dirinya kepada diri yang asal. Lain pula kisahnya apabila dia marah. Marah dan sensitif adalah dua perkara yang berbeza..Bagi sayalah. Bila marah, itu tandanya hati sedang panas. Bila sudah sejuk, hilanglah marah. Tetapi, bila sensitif/terasa, itu tandanya hati telah disentuh. Pasti tinggal kesannya. Dan kesan itu, tidak akan tahu bila hilangnya. I always try my best not to touch hati sesiapa. Lebih2 lagi ibu bapa sendiri. Juga clazmate2 saya. Kerana saya tahu betapa ngerinya perasaan tersentuh itu. Macam digores2 dengan pisau. Bila sudah jadi begitu, women tend to stay away from everything/everyone. Kerana takut tersentuh lagi, I guess.
Yah! A smile! Sebuah senyuman juga boleh jadi sangat bermakna. Bila jauh, senyuman seorang ibu pasti akan dirindui oleh anaknya. Mengapa? Sekali lagi, kerana insan itu sangat bermakna baginya. Kadangkala, bila sudah jauh, senyuman itu sudah cukup untuk membuatkan kita gembira. So, the moral of the story is, senyumlah selalu! ^__^
Ok2. I guess sampai di sini saja. Pelik2 pulak hari ni. Never mind. Bukan selalu kan? Harap tak tersentuh hati sesiapa. Ini cuma cerita saya. Bila bosan, bila sunyi, I choose to write. Bila tersentuh? I choose to shut up..Keep silent..Stay away from everything. Kadang2, saya rasa, mungkin itu adalah sebabnya mengapa sesetengah orang prefer to be alone. Di tempat yang sunyi, senyap. Mungkin takut tersentuh.......But then, no man is an island......Kita tak mungkin boleh hidup di pulau sorang2. The only way to keep from being touched is to be careful....Sometimes, its good to just leave your surroundings for a while...Make some time for yourself. Time to heal. Time to turn back kepada dirimu pada permulaannya.....Wassalam....