andai kau sudi

Thursday, August 18, 2011

Kucing! Kitty! Cat!

Kucing Menempuh 3200 KM temui tuan rumah


Seekor kucing berjalan 3.218 kilometer untuk mencari tuannya setelah tuannya berpindah rumah tanpa si kucing dari Uzbekistan ke Russia. Dua tahun kemudian, kucing tersebut berjaya menemukan rumah majikannya di Russia.




Ravila Hairova, 52 tahun, memutuskan meninggalkan kucing hitam peliharaannya bernama Karim kepada jirannya di Gulistan, Uzbekistan. Keputusan tersebut diambil kerana Hairova khuatir perubahan keadaan bakal membuat Karim berasa tidak selesa.


Hairova meninggalkan kerusi kesayangan Karim dan piring makanan Karim agar Karim merasa selesa. Akan tetapi, dua tahun kemudian, Hairova menemukan Karim di pintu rumahnya di Liska, Russia.


“Saya tahu dia hilang dari rumah jiran saya beberapa hari setelah kami pergi. Dan itu sangat menyedihkan. Tetapi, setelah itu kami tidak pernah mendengar khabar mengenainya lagi,” ujar Hairova.


“Kemudian ketika saya berjalan di jalan, saya melihat kucing yang sepertinya menunggu saya. Ketika saya mendekatinya, ternyata kucing itu adalah Karim yang berada dalam keadaan kurus. Tetapi itu memang benar dia,” ujar Hairova.


“Dia saat ini sangat senang, begitu juga dengan kami. Saya tidak tahu bagaimana ia menemukan kami. Tetapi saya gembira ia berjaya menemukan kami,” tambahnya.
Suami Hairova, Lev Kondratyev, 46 tahun, mengatakan,
“Ia nampaknya menggunakan sembilan nyawanya untuk menemukan kami. Tetapi yang pasti itu memang dia.”

“Ada beberapa tanda di tubuhnya, termasuk luka di ekornya, yang menunjukkan memang 100 peratus Karim ketika ia berada di depan pintu. Dan ia pun mengenali kami,” aku Kondratyev.


Awwwwww......Terharu sangat...I miss my cats so much! Mungkinkah mereka akan berenang merentas laut cina selatan semata-mata untuk menemui saya? If they do, huhu...I don't know what to say lah. Memang kita family lah. Ape2pun, the moral of the story is, jangan pernah tinggalkan binatang kesayangan kita. Mesti dia sedih. Sebab tu dia cari tuannya balik. 


To Domo tersayang yang telah "pergi" dalam kemalangan jalan raya yang tragis, I always love you. Never forget you. Glad that I have your pictures. Just terkilan sedikit kerana tak sempat sambut raya sama2 last year. Never regret of having you walaupun Domo pernah letak tikus on my tilam. Just wanted to show to me that you are great. You always wanted to share everything with us. Share our food, share our bed, and even share your tikus! I know that you are always great! Terima kasih Allah untuk hadiah yang satu ini. Terima kasih, Domo atas jasa bakti terhadap kami sekeluarga. Terima kasih kerana tak pernah "telan" anak ayam ayah walaupun Domo suka kacau mereka semua. Terima kasih kerana tidak pernah menggunakan kukumu walaupun bermain dengan saya. Terima kasih kerana tidak pernah menggunakan gigimu walaupun menggigit saya. Terima kasih kerana m'beri saya peluang untuk menjadi doktor gigimu. Terima kasih kerana tak pernah cerewet dalam memilih makanan. Terima kasih kerana menemani tidurku di waktu malam. Terima kasih kerana hadir menggantikan Domo yang juga "pergi" meninggalkan kami sebelummu. You two looked alike! Saling tak tumpah. Pada waktu itu, kurasakan seperti Domo hidup semula. Tapi, I know itu tak mungkin. Engkau yang pada ketika itu bersembunyi di bawah pohon bunga ku ambil. Saya kasi makan. Kau malu2 kucing plak. Esoknya, kau masih di situ. Warna, saiz, sama macam Domo dulu. Bezanya, ekormu panjang dan kau betina. Domo senior jantan dan ekornya pendek. Terima kasih kerana melahirkan anak2 yang comel2 belaka.  Anak2mu....Don't worry. I'll take care of them and generasimu akan terus berkembang. InsyaAllah....Terima kasih Allah for giving us such an extraordinary present, a cat, a member of the family. Domo......