Assalamualaikum W.B.T.....
I prefer to be myself for as long as i do not do bad and prohibited things and encourage other people to do so.
Eh? Salah ke bila saya guna Bahasa Inggeris? Salah ke bila gambar FB saya tak islamik enough? Ada masalah ke kalau status FB saya tak selalunya berbentuk Islamik?
Well, there's quite a number of issue raising up. Kalau bagi sayalah, saya rasa tak salah selagi apa yang ditulis tidak bertentangan dengan syara' atau dalam erti kata lain, tidak bermaksud membawa kepada sebarang kejahatan dan tidak pula sia-sia atau kosong.
Isu gambar? Cerita gambar ni cerita lama. Orang kata, gambar melambangkan siapa kita. Well, here I'm telling you that this is not totally right kerana gambar could be deceptive. Pembayangan, penipuan, disguise, penyamaran. Sama macam kita beli buku. Kadang-kadang, COVER NAMPAK CANTIK, TITLE NAMPAK MENARIK, tapi bila baca, isi tidak seperti yang dijangkakan. Even buku yang covernya biasa-biasa saja isinya lebih berkualiti. Hard to read between the lines isn't it? Maksud saya di sini ialah, tak usahlah menilai seseorng daripada luaran kerana mata itu selalu tertipu. Apa yang diluar itu tidak semestinya sama dengan apa yang di dalam. Kenapa? Adakah bila saya guna gambar anime sebagai profile picture, itu melambangkan saya tidak Islamik? Adakah itu bermaksud bahawa saya mengagungkan budaya Jepun dan sudah lupa diri? Tidak bukan? Bagi sayalah, selagi gambar itu tidak bersifat "mendedahkan", bukan berbentuk terlarang, mungkin tidak bermasalah.
Bahasa? Kenapa jadi isu? Adakah bila saya guna bahasa Inggeris, saya sudah di"westernize"? Saya sudah menjadi seperti orang-orang Barat? No! Western is Western! English is a LANGUAGE! Memang itu bahasa yang mereka gunakan, but that's it! Itu sahaja. Bukan bermakna, bila saya guna bahasa itu, saya adalah mereka atau seperti mereka. I study English language, so that's why I have to use it. How else can I improve if I do not practice? Jangan sempitkan pemikiran. Jumud, lesu dan beku. Sometimes saya rasa benda ni betul sebab perkara-perkara macam nilah. Pemikiran terlalu sempit sehingga menyekat perkembangan diri ke arah kebaikan.
Kadangkala, kita rasa selamat untuk buat salah kerana TITLE, COURSE. Yelah, orang takkan perasan atau takkan nampak kerana kita course yang baik-baik. Eh? Ada pulak course yang baik-baik dan course yang tak baik? I'm going to be direct lah. Dan bila seseorang itu berada under title yang berlainan dengan kita, kita sentiasa berusaha sehingga ke titisan peluh terakhir untuk mencari kesalahannya. All we see are their mistakes! Ni ada yang dah scan, skim, analyze apa yang saya tulis ni. Nak cari salah dan kekurangan. Bila seorang buat salah, semua orang under title itu akan kena. Saya takkan put the blame on orang yang buat salah, kerana apa yang salah ialah sikap kita ni. Kita selalu generalize, membuat kesimpulan berdasarkan satu-satu perkara sahaja. Kadang-kadang, bila jadi budak TESL, saya rasa macam dah kena sumpahan. Curse. Semua yang obvious yang tak baik aje. Yang salah aje yang nampak. Padahal semua pun manusia biasa. If you are only going to talk bad about other people and at the same time, you do bad things because you feel safe to do so, you are no good either. You are worst than that.
Kesimpulannya, jangan guna mata menilai. Guna otak yang ada dalam tengkorak dalam kepala tu. Guna akal. Seriously, mata selalu tertipu. Penampilan selalu menipu. Saya pun malas lah nak jadi hipokrit neh. Nak susah payah jadi hipokrit ni untuk siapa? Untuk puaskan hati korang? Huiiii...Takda masa kawan. Lagipun, tak pandai nak berlakon baik, sok suci kata orang Indon. Mesti tersiksa jiwa merana kan? Kesian pulak. Jadi nasihat saya, jadilah diri sendiri. Maksudnya di sini, jadilah manusia yang baik. Merendah dan mencari salah orang lain tidak pernah akan menjadikan kamu lebih baik daripada itu. Manusia sentiasa buat silap. Itu sebab kita saling memerlukan. Untuk saling menasihati.
P/S : kenapa tetibe nak cakap pasal ni? heheh. Takda papepun. Cuma ternampak sesuatu dalam FB yang bikin panassss....memang bukan masalah saya, tapi saya rasa keperluan untuk speak out. So, saya ceritalah. Tak attack sesiapa ya. Tak usahlah nak susah2 carik salah orang. Perbetulkn diri. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Ini betul tapi saya tak pakai peribahasa ni. Yang setitik tu, biar kekal setitik. Takkan nak buang sebelanga kerana setitik itu? Heh! berkias lagi! Semoga takda yang terasa dan sakit hati ya. Saya menulis je pun. Luahan hati seorang TESLIAN. Ambil yang baik. Andai ada yang buruk, buang jauh2 dlm tong sampah. Wassalam...