andai kau sudi

Monday, February 6, 2012

Patah Tak Tumbuh, Hilang Tak Berganti...

Assalamualaikum W.B.T…..

Haiiiiiii….. Lama cuti! 4 hari! Berkarat saya dalam bilik. Anda semua macam mana? Masih steady? Sihat? Alhamdulillah… Oh ya! Sebelum melangkah lebih jauh lagi, saya ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat semua. Sambutlah kedatangan  bulan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Semoga bertambah kecintaan terhadap Rasulullah S.A.W.  dan memperbanyakkan amalan sunnah baginda Rasulullah S.A.W. dalam kehidupan seharian….

Innalillahiwainnailaihirojiun… Daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya jua kita kembali… Sebenarnya, datok admin baru sahaja kembali ke rahmatullah beberapa hari yang lalu. Tepatnya, 5 haribulan 2, sama seperti tarikh sambutan Maulidur Rasul kita pada kali ini. Dalam kegembiraan admin nak menyambut tarikh besar ni, terkejut pulak di subuh hari tatkala menerima mesej ibunda tercinta mengenai berita pemergian datok tercinta. Mohon sedekahkan al-fatihah ya semua? Moga mudah perjalanan datok hamba di sana….InsyaAllah…

Sedih? Mestilah sedih! Dengan tak dapat baliknya, dengan adik perempuan yang juga tak dapat nak balik, dengan adik lelaki yang PLKN tak dapat balik jugak, tinggallah mak dan ayah serta adik bongsu “menghantar” atok pergi. Entah cucu2 atok yang lain dapat ke tidak balik. Semua study jauh-jauh. Sunyinya atok. Hanya mampu hantar doa je. Huhuhuhuhu. Kesalnya rasa di hati ni. Last time jengok atok masa time cuti akhir tahun ari tu. Tak sempat salam, cium tangan atok pun. Atok tengah tidur. Kita orang semua tak sampai hati nak kejutkan. Lagipun atok memang tak sihat dah time tu. Memang tinggal menanti masa je, bak kata orang.

Tapi, sedih2 pun, saya harus kuat! Kerana ibu dan ayah sudah berpesan! “Jika ingin berjauhan/belajar jauh2/bekerja jauh2/ kena belajar banyak benda. Dan yang paling penting adalah BELAJAR MENANGANI KESEDIHAN MESKIPUN IBU DAN AYAH TAK DAPAT NAK DATANG PUJUK!”  Jangan terlalu lemah dan manja! Jangan pulak masalah kecil sikit nak mengadu! Huuuu…. Itulah yang saya sedang cuba adapt  ke dalam diri sekarang. Bukan mudah nak menangani kesedihan ni sendiri. Tapi bila dah lama2, kita pasti akan biasa. Saya pun tak sanggup nak mengadu. Sebab pernah sekali adek pompuan talipon, cakap sakit perut. Sekali ayah marah! Beliau cakap gini… “Kalau sakit perut tak dapat handle, esok jugak ayah beli tiket pi sana. Kita balik Sarawak semula…”  Huiiii….Ketaq lutut dengaq beliau cakap gitu. Pastu, takda dah adek nak ngadu2 hal simple pimple macam tu lagi. Saya ingat ayah betul2 lah marah. Tapi rupa2nya, satu hari suntuk tu ayah risau pasal adek. Saya faham. Ayah tak mahu anak2 beliau lemah, lembik, manja. Memandangkan sendiri sudah setuju nak pi jauh, kenalah kuat kan?Jadi, sebab tu saya jarang nak cerita yang boleh buat mom and dad susah hati.Yang seronok2 aje saya cerita. Pointer hari tu??! Hohoho..Saya cakap jugak. Ayah diam, mak senyum aje. Kalau diam tu, kira oklah tu. Ayah ni tak kisah sangat. Asal jangan buat hal sampai kena tending sudaaa…. Simple. Tapi, buatlah yang terbaik selagi bisa. Gitu dongg! ^_^

Melarat pi pointer pulak. Saya sebenarnya nak cerita pasal jenis2 lagu feveret saya sebenarnya hari ni. Saya pasti, kita semua ni, mesti ada lagu yang kita suka. As for me, saya peminat tegar lagu2 lama. Yang dalam klasik nasional tu, semua boleh layan. Tapi yang paling minat, mestilah lagu2 P.Ramlee dan Saloma. Apa!! Outdated? Tak stail? Well, inilh kenyataannya.

Bila saya pasang, ada yang akan cakap “Adoiiiii…Nak bedarah telinga aku ni dengar lagu tu. Dah zaman ape dah ni????”  Haaaa…. Saya tak kisah orang cakap macam ni. Ingatlah kawan2, kalau tak ada yang dulu, tak ada yang sekarang. Jangan lupa asal usul. Hehehe…

Kenapa saya minat? Well, lagu2 P. Ramlee ni sebenarnya ada banyak pengajaran. Rasanya, tak ada lagu2 beliau yang “kosong” aje. Lagu pasal family, suami isteri, anak2, sahabat, cinta, semua ada pengajaran.  “Suami isteri harus sepakat, rumah tangga mendapat berkat…” Lagu ni?  Sedangkan lidah lagi tergigit tajuk dia. Lagu berirama lembut. Antara feveret saya. Anakku Sazali..  agu dari filem Anakku Sazali. Cerita yang sampai sekarang tengok pun tak bosan2. Lagu2 cinta beliau pun sangat menarik juga. Sangat simple tetapi berisi. Sampai di hati kita. Tenang aje. Saya dengar jugak lagu2 zaman moden nih. Tapi tak faham kekadang.  Dengar gitu2 aje la.

Hail Amir, Jeffridin, dan lagi…Sudirman! Lagu2 beliau saya kirakan semuanya fenomena. Saya suka. Malar segar dan tetap hidup sampai sekarang. Kalau kat rumah, satu family kot kita orang minat lagu2 lama ni. Takda yang tak minat. Kadang2, perkara2 macam nilah yang mengikat kita semua. Bila kita have something in common, kita memang boleh lagi rapat.

Lagu2 zaman ni pulak…Hmmm…Let’s see…. Maher Zain, Sami Yusuf, Irfan Makki. Itu yang saya minat yang asal bukan dari Malaysia lah..Kalau dari Malaysia… Yang nyanyi lagu nasyid ajelah kot. Raihan, Rabbani..dan yang paling minat.. In Team..Lagu2 yang sarat berisi pengajaran dan bersifat ketuhanan serta keagamaan.

Hmmmmm… Dah larut malam. Jauh dah menung. Jauh dah cerita. Yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Bukan semua yang hilang boleh diganti. Atok tetap dah pergi. Takpa. Kematian itu suatu kepastian. Semua kena yakin. Saya pun harus yakin dan kuatkan diri. Dan sebelum terlupa, mohon sedekahkan al-fatihah juga buat atok kepada sahabat saya yang juga telah kembali ke rahmatullah pada hari yang sama atok saya pergi. Samalah kami. Cuma yang berbezanya, beliau berpeluang pulang untuk menemui atok beliau. Saya masih di sini. Taka pa. Saya anggap saya bertuahlah ni. Takkan Allah hantar saya ke sini kalau saya tak mampu nak tanggung kejauhan ni kan? Sebab saya mampu tanggung la saya yang jadi the choosen one ni! Buat sahabt2 perantau semua, yakinlah dengan aturan Allah. Jangan berputus asa bila dugaan datang menimpa. Anda diuji kerana anda mampu. Kerana anda kuat. Ingat! Okeh! Nak mengundur diri dah ni. Tirai ditutup (diiringi lagu dengang perantau…) Adios! Selamat malam. Moga berjumpa lagi di lain waktu. Baca doa sebelum tidur. Semoga diberkati Allah selalu…..Amin…  ^_^ 


No comments: