andai kau sudi

Sunday, August 5, 2012

MATAHARI TERBIT

 Eh! Eh! Apa semua ni? Shuh! Shuh! Fuhh! Fuhh! (Sambil jari-jemari membersihkan skrin komputer. Ada sarang labah-labah!!!)

   Alamak! Dah berhabuk rupanya?! Dah bertelur pun labah-labah dekat blog ni rupanya. Allahu Robbi... Berkurun sudah lamanya hamba tidak menjejakkan kaki ke sini. Agak-agak, ada ke lagi yang ingat akan hamba di sini? Mohon maaf rakan-rakan pembaca, dari hujung rambut sehinggalah ke hujung langsir rumah jiran sebelah. Bizi bebenorlah nampaknya hamba ini sehingga tidak menyempat-nyempat nak melawat dan update blog hamba ni. (Alasan la tu. Orang rajin mencari jalan, orang malas mencari alasan. Adik-adik pembaca blog, inilah aplikasi pepatah ni. Kakak bloggermu yang seorang ni.. Huhu)

   Jadi, sebagai pembuka kalam pada bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan dan barakah ini, hamba buka semula kalam maya ini dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim dan Assalamualaikum W.B.T.... (Ini bukan ucapan pengetua sekolah. Jangan angkat kaki blah!)

   Sebelum itu, Salam Ramadhan Kareem hamba ucapkan dan persembahkan buat kalian semua, sahabat seiman, seaqidah dan seagama. Ramadhan ke berapa dah ni? Ayok!! Tahu ke tak ni? (Senyum sinis, kening diangkat, sambil tengok kalendar. Aduh! Jangan hamba pun tak tahu!)

   Apakah gerangan cerita hamba bersembunyi selama ini agaknya? Sebenarnya, hamba kekeringan. Bukan kering apa, kering air liur, kering dakwat, kering idea. Senang kata, habis modal! (Eh?! Penulis pun kehabisan modal ke? Tak boleh jadi ni!) Ya, teman-teman. Jujur saja ya pada kalian. Sungguh benar ilham itu milik Allah S.W.T. dan bila kata-Nya belum ada ilham untuk kita hari ini, atau hari itu, maka belumlah. Baru hari ini sahaja yang hamba terniat, digerakkan hati dan anggota badan untuk menulis semula. Minta maaf sekali lagi, bagi penunggu-penunggu (Erk?!) setia cerpen yang saban hari bertanyakan perihal cerpen yang terbengkalai di sini dan di sana. Maaf yang tidak terhingga. 

   Bukan tidak ada, ada cerpen, Cuma jalan ceritanya masih dalam construction gitu. Bukan mudah teman-teman nak menulis ni. Bukan menulis gitu-gitu saja, kemudian siap, dan publish. Tidak... Menulis, samalah seperti memulakan sesuatu perhubungan. Bila ada permulaan kena difikirkan noktahnya. Jika tergantung, tidak sempurnalah ia. Yang menulis susah hati, yang membaca tak puas hati. Nak juga tanya ni. Teman-teman semua suka ending yang macam mana? Yang sedih-sedih (faham-faham sendirilah ea..) atau yang "they lived happily ever after" tu? Kalau hambalah, hamba suka yang sedih-sedih sikit. Supaya menyengat di hati gitu. Bila menyengat, baru mudah kita ingat dan ambil pengajarannya. Tak gitu? Ini preference hambalah. Tak tahulah kalian semua. Apa-apapun, jika ada idea, jangan segan silu, blushing2, malu-malu kucing komen untuk sebarang perkongsian. InsyaAllah, hamba akan cuba sesuaikan dengan kehendak anda semua. Bukan pula maknanya hamba hilang identiti sendiri, cuma sekali-sekala ikut arus. Tak salah kan? (Senyum sendiri, pandang luar tingkap, langit membiru. Allah... Indahnya alam, besar kuasa-Mu tidak terjangkau akal pemikiran manusia kerdil sepertiku... Insaf.. Sob, sob)

   Dan lagi, untuk pengetahuan follower semua, bagi yang cuba menjejaki saya di akaun FB yang lama, dukacitanya dimaklumkan di sini bahawa akaun itu sudah ditutup. Admin dah lama juga tukar ke akaun baru, cuma tidak tahu bagaimana caranya nak sampaikan kepada anda semua. Maafkan hamba, tak umumkan terlebih dahulu. Berat hati juga sebenarnya nak tutup akaun tersebut, sebab dah menjalin silaturrahim dengan follower semua. Terasa seperti hamba memutuskan silaturrahim pula (Tak baik sungguh!) Minta maaf sekali lagi, ya? Sekarang, boleh cari hamba di akaun baru. Admin dah attach kat sebelah tu. (Untuk tujuan yang perlu-perlu sahaja ya? Hamba takut t'fire pula jika tujuannya lain nanti. Maaf)

   Hamba sendiri pun sebenarnya kini sedang agak keserabutan di kepala, tidak terurus. Hamba terfikirkan ayahanda dan ibunda di rumah tu haaa. Terkejut beruang hamba pabila ibu menyampaikan bahawa beliau terpaksa meninggalkan rumah. (Eh? Stop! Jangan fikir yang bukan-bukan dulu!) Beliau "kenaikan" pangkat, jadi, terpaksalah bertransfer ke Bintulu (Dalam Sarawak juga. Tapi jauhnya, abah I !!) Sewaktu masih terkejut beruang itu, hamba memang sangat tidak bisa menerima hakikat gitu. " Pindah? Habis tu, ayah macam mana? Adik-adik macam mana?" Jadi, dengan tenang, ibu berkata, "Adik kecik ikut ibulah. Zul dengan ayah di rumah. Nanti bila-bila balik Sarawak, datanglah melawat ibu di sana, ya?" Tenangnya ibu. Tapi saya? Perghh... Degupan jantung melebihi paras normal, perasaan tidak dikawal. Akibatnya, hamek kau! Tak pasal sakit. ( Admin ni tak sedar yang dia tu tak boleh tensen, 20sen, sangat. Mengundang sakit namanya tu) Ok, ok. Hamba pun tarik nafas dalam-dalam. 1, 2, 3, fuh! fuh! Buang fikiran yang tidak-tidak tu. 
    
    Setelah bertenang sedikit, hamba pun kata pada diri.. "Tak apalah kalau pindah pun. Boleh hamba jalan-jalan jauh sikit. Meneroka bumi Allah..." Tak gitu? Apapun, setiap perkara yang terjadi, mesti ada hikmah dia. Bukan Allah suka-suka nak pisahkan hamba dengan ibu hamba, dengan adik hamba. Adalah sebab dia tu. Mungkin sekarang tak nampak. Tapi bila-bila nanti, InsyaAllah diperlihatkan kepada hamba sekeluarga. Dulu, ibu tolak banyak sangat offer sebab anak-anak beliau semua masih perlukan beliau untuk berada di rumah. Tapi sekarang, saya dah study sini, adik pun ada di sini. Jadi, rasanya inilah waktu yang sesuai untuk ibu melonjakkan dirinya selangkah lebih tinggi lagi dalam kerjaya. Lagipun, jika ibu tak naik, macam mana orang di bawah nak naik, kan? Dalam hidp bermasyarakat, kita tidak boleh pentingkan diri. Ibu sangat faham akan hakikat itu. Jika dulu, ibu berkorban, kini biar kami pula yang berkorban. Sampai bila nak menutup peluang ibu? Tak gitu? Bukan macam tak boleh jumpa langsung. Boleh saja. (8 jam driving, bengkok tulang belakan ayah den).

    Ramadhan pun, tinggal dalam 2 minggu lagi. Sudah hampir masuk fasa terakhirnya, pelepasan daripada api neraka. Walaupun begitu, jangan disiakan baki-baki fasa kedua ni. Berlumba-lumbalah kita semua mendapatkan maghfirah dan keampunan-Nya. Banyakkan zikir dan memohon agar diampunkan dosa-dosa lalu. Sungguh Allah S.W.T. adalah yang paling luas pengampunan-Nya, apalagi buat hamba-hamba yang benar-benar bertaubat, dan menginsafi dosa-dosanya. Amin, InsyaAllah..

   Rasanya, setakat ini saja celoteh, celoreng, cekodok (oit!) hamba buat kali ini. Hamba pun nak rehat sekejap. Tak sedap badan (bukan pembawakan anak sulung ya? ketuk kepala nanti. kohkoh) Doakan hamba pantas, laju dan lantas menyiapkan kerja-kerja terbengkalai di construction area tuh. Dan janganlah hairan jika blog ni ada lain sikit rupanya. Hamba dah ubah-ubah sikit tadi. Suka tak? Kalau tak, suka-sukakanlah. Tajuk tu? Matahari terbit? Owh... Itu bagi menyimbolkan hamba sendiri ni la. Yang macam matahari lama benar tidurnya. Baru nak menampakkan wajah setelah berbulan-bulan. Heheh. Sekali lagi, hamba minta maaf, lama tak datang sini. Semoga kalian semua memdapat keberkatan Ramadhan yang paling maksima sekali dan amalan diterima Allah S.W.T. tidak sia-sia. Dengan ini, hamba akhiri kalam ini dengan lafaz, Wassalam.... (len kali jumpa lagi..)


No comments: