Aiyak!!! (Muka terkejut beruang panda yang matanya bergelelang hulahup hitam, sambil menepuk dahi)
Assalamualaikum W.B.T..... Saudara-saudariku sekalian....
Admin baru tersedar bahawa admin sudahlah sangat-sangat lama mengabaikan blog ini. Ish, ish, ish. "Ape ni? Ape semua ini? Sungguh tidak konsisten anda sebagai seorang penulis! Mana janji-janjimu dahulu? Uhuhuhuhu...." (mesej seorang hamba Allah yang sungguh menyengat dan menjentik, sampai bergoyang-goyang tangkai hati admin).
Ok. Ok. Admin sedar. Admin minta maaf. Admin sedikit sibuk (alasan) dengan beberapa urusan yang menghalang admin daripada menulis. Tapi, hari ini, admin kembali. Kembali untuk bersama anda semua di sini. Tiada cerpen untuk hari ini. Tetapi admin ingin berkongsi sedikit cerita mengenai beberapa cita-cita admin yang mengong (sinonim-bengong) di suatu ketika dahulu, zaman belum akil baligh. Hahaha.
*Sila bersedia untuk tersentak kerana anda mungkin pernah mempunyai cita-cita mengong yang sama.
Cita-cita 1:
Al kisah pada suatu hari, tempat kerja Captain (bapa admin) membuat pameran pertanian yang mempamerkan bunga-bunga, pokok-pokok, segala jenis lada (yang hitam dan yang putih), juga buah-buahan.
Admin sekeluarga pun datanglah ke pameran tersebut pada malam kedua ia dijalankan. Agak besarlah juga kawasannya. Cukup besar untuk menyesatkan segolongan manusia kenit seperti admin dan beberapa orang kanak-kanak yang bawah umur dan bawah ketinggian paras normal pada ketika itu.
Tertariklah juga admin kepada sekumpulan ikan yang dipamerkan sedang berenang kuak lentang dalam kolam kecil dengan air terjun mini yang tersangatlah bising bunyinya. Jadi admin pun, menggatalkan tangan, cuba-cuba menjolok ikan-ikan tersebut dengan tangan. Sehinggalah datang seorang pak cik, menjeling admin dengan wajah "Ada hutang ka?!". Admin pun tanpa membuang masa, terus membuka langkah silat sehingga para ikan ternganga, tak kurang juga yang terkorban dek kehabisan udara, terus tenggelam timbul di permukaan air.
Setelah jauh admin berlari lagak "run for my life" kerana takutkan pak cik bertubuh sasa dan lengan berketul itu, barulah admin tersedar bahawa Captain dan Ma'am sudah hilang! Huh! Atau dalam erti kata lain, admin telah tersesat dan disesatkan!
Admin pun berhentilah berlari. Masuk ke dalam booth yang dipenuhi bunga-bunga dan bersembunyi di belakang pokok kemudian menangis sesenyap hati. Setelah itu, admin keluar dan berjalan selayaknya seorang remaja hebat, seperti tiada apa-apa berlaku. Menghidu bau bunga-bunga dengan ayu layak seorang puteri kayangan, dan kemudian keluar dari booth tersebut.
Dalam perjalanan yang penuh tanda tanya akan langkah seterusnya, admin terlihat akan..... PAK POLISI! Yes! Pak Polisi! Ketika terlihat akan pak polisi berdua yang sedang menghirup kopi panas itulah admin terbayang semula akan cita-cita mengong admin sewaktu masih bayi bergigi dua dahulu.
Admin mula berfikir. Sudah tentu hebat sekali rasanya sekiranya admin mengadu sesat pada pak polisi, kemudian admin dibawa pulang ke rumah dalam kereta polis, lagak seperti seorang penjenayah yang meragut di pasar malam, sambil dilihat dengan penuh cemburu oleh kanak-kanak lain. Jika tidak pun, melambai-lambai pada peminat admin di luar lagak seorang artis yang berkontroversi. Hahah. Alahai admin! Bukan itu sahaja. Admin juga mula terbayang-bayang menaiki motosikal polis yang sangatlah besar itu, dengan gaya hebat sekali sambil bernyanyi lagu Gerak, gerak, gerak, khas!
Lama admin berangan. Tahu-tahu saja, Pak Polisi sudah angkat kaki. Alahai. Melepasss! Jalan punya jalan, dengan hati yang sungguh bergelora, admin pun berkeputusan untuk pergi sahaja ke tempat parking kereta. Sesampainya di sana, admin menepuk kepala sekali lagi.
"Alah! Mana satu kereta Captain ni?!" Waktu-waktu begini, semua admin tak ingat. Hahah. Admin teliti satu persatu kereta yang ada dan..... Jeng, jeng, jeng! Ternampak sticker yang Ma'am pernah tampal kat cermin belakang. Jadi, dengan yakin, admin menyandar di kereta tersebut. (Sambil menyilang kaki dan berpeluk tubuh. Lagak Kak Yong yang akan menagih hutang kawasan).
Tiba-tiba, datang satu pasangan menghampiri kereta tersebut. Ketika encik abang itu mengeluarkan kunci kereta, ok fine! Admin tersalah kereta. Jadi, untuk menutup malu kerana telah menyandar pada kereta itu "like a boss" dan buat muka tak tahu ketika beliau datang, admin pun berkata....
"Surat RO dah keluar. Kereta ni 24 bulan dah tak bayar!" (Eheh! Terkeluar pula ayat Mael Lambong)
Giler ko?! Tak mungkin sekalilah admin akan berkata begitu. Admin hanya berlalu sahaja seperti biasa, layaknya kebanyakan kanak-kanak yang terlepas daripada pegangan ibu bapa di pasar-pasar malam dan shopping mall.
Nak tahu macam mana admin berjejak kasih semula dengan Captain dan Ma'am pada malam itu? Hahah. Admin ditemui merayau-rayau oleh boss Captain dan ditangkap masuk ke dalam guni baja sebelum diserahkan kepada bapa admin dengan wang tebusan sebanyak sepuluh ringgit setengah, harga sepohon anak pokok ciku. Hahah. Mengong, bukan? (Tersipu, malu-malu miaw seperti anak dara sunti yang dipinang teruna idaman, dari taman bunga tahi ayam yang harum semerbak layak bunga mawar depan rumah admin).
Didrebar oleh pak polisi dalam kereta polis dengan penuh bangga dan hormat sambil melambai-lambai dengan hidung kembang setaman. Itulah salah satu cita-cita admin yang mengong suatu ketika dahulu.
Cita-cita 2:
Satu lagi? Okeh. Okeh. Admin nak jadi renjer hutan. Seriesli. Tidak menipunye pun adui terber. Untuk merealisasikan cita-cita ini, dengan langkah sekangkang baboon, admin pun menyertai Jambori SLAD (Skim Lencana Anti Dadah) Peringkat Kebangsaan Tahun 2008 di Kuantan, Pahang. (Mungkin ada antara kalian yang ada sekali pada masa itu. Selamat berjejak kasihlah kita di sini. Laga-laga pipi, dan muah-muah. Erk? Perempuan sahaja ya?)
Kenapa admin join? Sebab tidak ada orang lain yang mahu join! Hahah. Admin join pun dengan harapan akan bertemu hutan dan bukit-bukau. Bolehlah berlagak gaya renjer hutan perempuan yang sangatlah hebat, mengalahkan Tarzan.
Antara aktiviti yang buat admin terasa amatlah seperti renjer hutan pada waktu itu adalah ketika admin dibawa jungle trekking. Mandi dalam kubang dinasour yang lumpurnya sangatlah coklat. Terjun ke dalam longkang besar beramai-ramai. Dan paling tidak tahan sekali, merangkak di bawah kasa dawai yang berduri-duri dengan permukaan tanah yang berlongkang-longkang. Habislah scratch dan berdarah lengan admin pada ketika itu.
Paling seronok adalah bergayut dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. Teramatlah sakit rasanya menggenggam tali guni yang sebesar genggam itu. Kaki sudah shaking bergayut, pandangan pula sudah berpinar akibat gayutan terbalik gaya spiderman, akhirnya, tidak sampai ke penghujung, admin jatuh bergolek gaya cekodok ke dalam minyak masak. Kedebush!!! Bergelak tawalah rakan-rakan admin yang lain kepada admin dan ahli kumpulan yang jatuh ke dalam lubang lumpur itu sampai kering air lumpur. Hahah.
Selain itu, ada juga aktviti berakit. Bersedialah admin dengan jaket keselamatan dan wajah penuh semangat dibasahi peluh. Dengan tangan bersedia mengayuh. Tiba-tiba, entah datang dari mana suara sumbang itu sambil berkata, "Lintah! Lintah hisap darah aku!"
Oh tidak! Oh tidak! Not lintah! Kami semua pun bertunggang-tonggek memeriksa kaki sehingga terbalik rakit. Hahah. Jurulatih naik bengang dengan telinga berasap dan muka berubah hijau sepeti incredible hulk. Cuba bersabar dengan kerenah anak-anak dara sunti yang rajin membuat kontroversi dan gossip lintah bila berhadapan dengan sungai. Admin pula cuba kekal macho dengan membuat muka tak takut lintah. (padahal dalam hati.... huiiii....please not lintah..pacat pun jangan...cacing pun tak mo..)
Cacing pun takut? Hahah. Yes! Tak boleh. Admin pernah memberanikan diri memegang cacing yang sudah mati ditetak cangkul. Admin balut elok-elok jari-jemari ini dengan plastik. Still, admin masih geli-geleman bila tersentuh akan cacing yang tidak berslaah dan tidak bernyawa itu. Terbang semangat admin sekejap.
Adik-adik pun, tahu admin tak berani, bukan mainlah syoknya ketika sama-sama merumput di luar rumah. Pantang jumpa cacing yang kegilaan meliuk lentok, dengan pantas dicabut dari tanah dan terus dilempar ke arah admin. Admin pun terlompat-lompat dan berlari seakan-akan run for my life lagi sehingga terlanggar tingkap yang ternganga dan terperosok ke dalam longkang. Berdarah kepala admin. Terpleser lagi. Diketawakan oleh kucen-kucen yang sedang bermain kejar-kejar dengan anak ayam. Tidak kurang juga yang sedang berak secara private di belakang pokok pisang, tidak mahu diganggu.
Setelah hampir seminggu admin berekstrem di Pahang, bangun 3-4 pagi dengan jurulatih yang sedang-sedang nakal melempar mercun ke dalam tandas, admin pun tersedar. Ini bukan renjer hutan! Ini orang utan! Ini askar! Latihan tentera! Hahah. Tapi oklah kan? At least dalam hutan. Dan semasa jambori inilah admin belajar banyak tentang dadah, memandangkan jambori ini juga dikendalikan oleh Agensi AntiDadah Kebangsaan.
Dan percaya atau tidak, admin ini yang datang tanpa apa-apa harapan selain untuk bermain di hutan, telah berjaya menjadi antara 20 orang peserta terbaik daripada lebih 300 orang peserta. Specifically, peserta terbaik bagi negeri Sarawak. Dengan bangganya admin balik ke rumah dan menunjukkan pingat emas dan sijil itu kepada Captain yang agak selalu melihat admin sebagai wanita lemah dan tak berdaya. Cehhh... Hahah. (Sambil mengangkat kening)
Sejak daripada hari itu, admin telah menjadi penggemar sukan dan aktiviti ekstrem. Admin tak kisah kotor atau dipanah sinaran UV (asalnya admin memang tak cerah pun. opps! ini rahasia zaman silam). Sebab itulah admin sangat gembira semasa BIG (Bina Insan Guru) yang lalu. Tersangatlah seronok jungle trekking dengan ular hijau atas kepala, dengan hujan yang lebat, licin dan berlumpur dan berenang di laut lalu memanjat batu-batu besar di tepi laut sambil memikirkan kemungkinan tergelincir dan terhantuk di batu. Huish.
Sangat mencabar! Dan seronok! InsyaAllah, jika ada peluang lagi, admin pasti tak lepaskan. Admin ni, bukan jenis yang suka duduk ayu di meja belajarku, sambil membaca novel. Jangan tertipu dan jangan terkejut kalau tengok admin berenang dalam lumpur, memanjat pokok atau merempit. Kalau ada peluang, admin memang ingin buat. Cuma kadang-kadang tu, malu-malu miawlah sedikit. (Eheh, gedik ja aku ni. Lempang kang!)
Itulah barang sedikit cita-cita admin yang kurang siuman. Seriusly, cita-cita nak naik kereta polis tu ada lagi. Cuma masih berfikir bagaimana caranya untuk masuk ke dalam kereta itu tanpa perlu melakukan apa-apa jenayah atau muka admin ditayang di muka depan tabliod dan surat khabar seringgit dua di pasaran. Renjer hutan will always be my ambition. Okeh. Okeh. Dakwat laptop dah nak habis. Admin nak layan adik admin pula. Dari tadi dah menelepon tak henti-henti. Komplen pasal pelekat toksik yang beliau beli beratus keping dan diragui keberkesanannya setelah beliau bereksperimen sendiri. Entah apa beliau cakap, admin pun tak tahu. Dengar ajela. (Sambil berkata aha. ehem. iye. ohyeke? tangan di bahu, mata pandang ke atas). Hahah. Itulah hang! Len kali, sebelum beli, tanyala aku dulu. Kalau tak pun, dah kaya sangat tu, hulur-hulurlah dekat kita sini. (Wink,wink)
Semoga bertemu lagi di lain hari. Dipermudahkan urusan buat hari ini dan hari-hari mendatang. Dan semoga diberkati Allah kehidupan dan dilimpahi rahmat serta perlindungan-Nya. Jangan nakal-nakal taw! Adieu! Adios!
No comments:
Post a Comment