andai kau sudi

Monday, November 19, 2012

SUPPORT FOR GAZA!

Assalamualaikum W.B.T....

Wahhh.... Dah masuk cuti akhir tahun pun rupanya. Sebelum nak masuk ke topik sebenar post kali ini, saya nak ucapkan tahniah kepada adik-adik yang dapat keputusan cemerlang dalam UPSR tahun ini. Semoga terus sukses ya!



Ok. Saya yakin, walau sedikit dan sekurang apapun, kita semua sedar dan cakna akan isu besar yang melanda Gaza saat ini. Dan saya juga yakin bahawa kita semua turut merasakan apa yang mereka rasa. Jiwa dan batin kita tersiksa melihat angka korban yang semakin hari semakin meningkat, pertumpahan darah yang tak kenal siapa, wanita, warga tua, kanak-kanak, malah bayi yang masih belum sempat kenal dunia, belum sempat merasa sinaran mentari memancarkan cahaya di wajah-wajah suci mereka.


Mungkin kita di Malaysia, tanpa letupan bom, tembakan, peluru bersimpang-siur di sana-sini, kita rasa aman, kita rasa selamat, berlari, berkejar-kejaran di halaman rumah tanpa perlu risau memikirkan peluru yang mungkin datang entah dari mana, menembusi kepala. Atas sebab keselesaan ini, kita jadi lupa pada suadara kita di sana, yang mugkin sukar sekali tersenyum dan bergembira seperti kita.


Bagi kita yang berada di sini, mungkin sedikit sekali yang kita boleh lakukan untuk mereka. Bantuan kita hulurkan, doa kita kirimkan, sokongan padu kita berikan. Admin juga begitu. Kita semua juga begitu. Dan tidak kurang juga yang mula memboikot produk-produk hasilan Israel. Sejujurnya, tatkala dihidangkan dengan list produk hasilan Israel, admin agak terkejut kerana sedikit sekali apa yang admin tahu selama ini. Jadi di sini, admin nak share sedikit sebanyak tentang beberapa produk hasilan Israel.







Ok. Inilah setakat yang admin dapat jumpa. Admin research juga tentang isu boikot ni sebenarnya. Dan ada juga di antara komen-komen yang bagi admin agak cynical. Ada juga yang kata, 'kenapa tak boikot facebook sekali? Mark Zuckerberg kan orang Israel juga?'. Ok. Ini memang cynical. Admin punya pendapat yang lain pula. Usaha boikot ini sebenarnya, bukan kita boleh lakukan secara drastik, bukan boleh mendadak, terutamanya jika kita sudah menjadi penggunanya buat beberapa tempoh yang lama. Perubahan tu makan masa, maka boikot pun makan masa.


Mungkin ada pula waktunya kita terpengaruh dengan kata-kata sesetengah pihak yang menyatakan bahawa usaha boikot ini adalah sia-sia semata. "Yalah! Manakan berhasil jika seorang sahaja  yang boikot dan yang lainnya pula tak boikot?". Ok. Jika pernah hati kita merasa patah, semangat kita menjadi lemah, mari saya kongsikan di sini suatu kisah, yang dikongsikan oleh seorang sahabat. Kisah ini beliau petik dari majalah SOLUSI, berkaitan isu boikot. Berkatalah seorang hamba Allah ni.....

"Boikot produk Yahudi ni satu langkah yang bodoh. 

Ekonomi kita jugak yang terjejas nanti. Anak2 muda negara

kita yang hilang peluang pekerjaan. Lagipun berkesan ke

kat mereka kalau kita yang boikot? Ramai lagi yang still 

pakai produk mereka, satu dunia".


Jika pernah terlintas di minda kita akan fikiran seperti ini,

cuba pula fahami kisah yang seterusnya. Moga memberikan

lebih pencerahan akan mengapa sebenarnya kita selama ini

memboikot produk hasilan Israel ni. 



Maka tersebutlah sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar

didalam api yang amat besar oleh Raja Namrud. Melihatkan

kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil oleh 

isebabkan rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi 

Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan

paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu.

Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung2

yang lain.


"Usahamu itu hanya sia2, api yang besar itu tak mungkin

terpadam dengan setitis air itu", mereka mengejek.

Lalu burung kecil itu membalas, "Aku percaya bahawa Allah 

tidak akan menanyakan kepadaku sama ada api itu berjaya 

dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti akan bertanya apa 

yang telah aku usahakan untuk memadamkannya."


Oleh itu, walaupun kita ini seumpama burung kecil tersebut,

dalam usaha memerangi Yahudi laknatullah ini, 'siramlah 

walau setitis air' untuk memadamkan keganasannya. Carilah 

bukti dan saksi keprihatinan kita terhadap nasib umat Islam

di hadapan Allah nanti. Jika ingin dibandingkan dengan

pengorbanan nyawa oleh saudara kita di Palestine itu,

apalah yang seksanya sangat untuk kita menahan diri kita

daripada godaan seketul ayam goreng dan satu cup pepsi.

Sumber: SOLUSI


Haaaa....! Puas hati tidak dengan hujahnya? Sudah nampak tak kenapa kita kena boikot produk hasilan Israel ni? Tahu tak sebenarnya, Israel dah luluskan satu rang undang-undang anti-boikot? Admin pun ada baca juga pasal undang-undang ni. Antaranya 'gist' nya adalah, untuk menghukum dan menyaman sesiapa sahaja, sama ada individu, organisasi atau mana-mana institusi yang melancarkan boikot terhadap produk Israel atau mana-mana/apa-apa yang berkaitan dengan Israel, sehingga menjejaskan ekonomi dan segenap aspek yang berkaitan dengannya. Yang paling tak bertimbang rasanya adalah, sesiapa yang melakukan "report" (dia rasa dia kena boikot ke, atau menjadi mangsa atas perbuatan boikot) berhak menyaman pihak yang melakukan boikot TANPA PERLU MENGEMUKAKAN BUKTI YANG KUKUH! [Baca sini]

Jadi, jika sampai begitu sekali, nampakkah kalian betapa takut sebenarnya "mereka-mereka" ini akan kita? Sampai siap ada undang-undang lagi. Then again, siapa kata boikot ni tak beri kesan pada mereka? Kalau tak beri kesan, takkan mereka takut diboikot kan? Haaa.... Sebenarnya teman-teman, bukan hasil itu yang kita nak tengok. Jadi ke tak jadi, kecil ke besar kesannya, berjaya atau tidak, kita serahkan pada Allah S.W.T. Yang penting kita usaha. Kita tunjukkan sokongan kita pada saudara-saudara kita. 


Mungkin tak mampu nak secara drastik atau besar-besaran boikot. Tapi, bolehlah bermula dengan langkah mudah. Daripada minum Cola, minum yang lain ke... Anda pun tahu kan Cola tu tak baik untuk kesihatan? Adik admin pun hantu Cola juga dulu. Tapi lepas admin "ajar" dia, Alhamdulillah, tak pandang dah Cola tu. (Kalau minum juga, memang nak kena cili mulut tu. Hoho.) Daripada makan kat McD, makan roti canai mamak ke... Murah pun murah. Rasa pun ok ape! Boikot yang semudah dan sekecil itu, moga Allah S.W.T kira dan bagi "percent" di "sana" nanti. Peace!

Lagi satu admin agak kecewa pasal media kita. Media pun admin rasa kurang sekali pendedahan tentang isu yang melanda Gaza sekarang. Jika kita tak rajin cari, tak rajin baca, kita mungkin tak akan tahu langsung. Kalau tengok berita kan, sedikit sekali pasal isu-isu di Gaza, singkat sekali masa yang diperuntukkan untuk "cover" kisah penderitaan saudara kita di sana. Tak sampai berapa seken! Tup-tup, dah cerita lain pula. Ada juga berita yang petang tadi dah ada, malam nanti diulang lagi. Aik! Pelik juga admin. 

Memanglah, admin takkan dapat nak "control" media kan, takkan dapat nak jadi pemberita. Paling-paling pun, jadi pemberita buat adik-adik dekat rumah tu. Cerita pada mereka apa sebenarnya yang terjadi di sana. Dunia ini macam mana sebenarnya. Bukan indah-indah selalu. Bukan macam main kejar-kejar dengan kucing dekat laman tu. Saudara mereka bukan setakat yang mereka kenal tu. Tapi yang seIslam seluruh dunia. Jadi abang-abang, kakak-kakak, kita yang tua ni kena "alert" sikit. Yang paling penting, sebarkan YANG BENAR! Apa yang mereka nampak dalam TV tu, banyaknya yang dah BERPUTAR BELIT. 


Jadi, berbalik kepada isu boikot FB tadi, admin rasa melalui media seperti Fb inilah kita dapat info terbanyak, juga dapat sebarkan sebanyak yang kita boleh tentang penderitaan saudara kita di sana. Memandangkan orang Israel yang cipta FB, kita attack dia semula, kita gunakan apa yang dia buat untuk jadi medium sebarkan Islam, jadikan sebagai medium untuk sebarkan kekejaman dia. Dengan itu, masa kita di FB pun tak sia-sia kan? Jangan tutup mata, tutup telinga, tutup mulut.



Usaha boikot kita ni, kita rasa mungkin tak seberapa. Tapi harus kita ingat, jika kita tidak boleh membantu dari dekat, inilah antara usaha yang kita boleh lakukan selain berdoa agar mereka dilindungi Allah, agar dipermudahkan perjuangan mereka. Dengan memboikot produk hasilan Israel ni, kita sebenarnya secara tak langsung, membantu melemahkan mereka. Lemahkan macam mana? Yelah. Bila kita sokong, kita beli, kita guna khidmat mereka, mereka dapat duit, mereka beli senjata, mereka musnahkan saudara-saudara kita di Palestin. Tapi, jika kita boikot, kita berhenti beli, mereka pun tak ada modal untuk hancurkan saudara kita di sana. Seorang boikot mungkin tak cukup, tapi, jika semua boikot, insyaAllah, kesannya akan lebih besar lagi.

Bantulah mereka, doakan mereka. Mungkin kita tak dapat nak mudahkan usaha mereka, ringankan penderitaan mereka, tapi jangan kita sukarkan mereka, jangan kita jadi sebab mereka menderita. Mereka saudara kita, seiman dan seagama. SUPPORT for GAZA and THE PALESTINIANS!


Kredit to Kelab Ikram Mesir

Bak kata LOREAL,
KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA....

Salah tu,
Tapi sebenarnya
KERANA MEREKA BEGITU BERHARGA....

p/s : ni yang sedap-sedap makan burger free McD pagi tadi, tak kesian tengok adik-adik kita ni? setiap suapan McD yang dimakan tu, samalah dengan setiap titisan air mata mereka. hentikan penyiksaan tak langsung kita terhadap mereka.


SEDIH....
Andai saja MEDIA KITA lebih berani dan lebih lantang MENYUARAKAN YANG BENAR....


[ Kelab Ikram Mesir]

Dan lagi, sebelum mengundur diri, andai kata ada yang berhati mulia, dilebihkan sedikit rezekinya oleh Allah S.W.T. dan terasa ingin menderma atau memberi sumbangan bagi membantu mereka yang teraniaya, bolehlah berbuat demikian. Admin sertakan maklumatnya di sini. Ya. Admin ni bukanlah siapa-siapa. Cuma ingin membantu. Semoga Allah S.W.T. melindungi saudara-saudara kita di sana. Semoga usaha kita Dia berkati. InsyaAllah disampaikan doa kita kepada saudara-saudara kita di Palestin. Wassalam.

No comments: