andai kau sudi

Saturday, October 27, 2012

Face Your Fear!

Assalamualaikum W.B.T........

Ahah! Apa khabar semua? Sihatkah? Ataukah terlalu stress belajar? Al maklumlah, exam dah dekat. Just around the corner gitu. Tapi tak apa! Jangan stress terlampau kerana hari ini, kita akan sama-sama mengimbau kenangan lalu. (tak adalah lalu sangat pun. baru-baru saja berlalu. hahah)

Admin baru saja selesai menjalani BIG kedua untuk semester kedua tahun ini. Untuk pengetahuan anda (bagi readers yang bukan pelajar IPG), BIG stands for BINA INSAN GURU. So, dari titlenya sahaja, mesti dah dapat agak motif atau objektif wujudnya BIG. Tapi, bukan itu yang admin nak cakap sebenarnya. Hari ini admin nak cakap apa yang dilakukan semasa BIG baru-baru ini. (ceeee.... apahal skema dan formal sangat ni? hahah. entahlah. admin pun tak pasti. agaknya, inilah pengaruh menulis refleksi BIG yang bermuka-muka dan bertalam dua muka tu....ish, ish...)

Oh ya! Buat apa? Surprise! KHIDMAT MASYARAKAT (tett! mana ada! admin saja yang syok sampai herot mulut senyum-senyum sebab ingatkan bahagian DERMA DARAH akan buat untuk next BIG. sekali......)

Ketika sedang berjalan gaya itik pulang sekolah bersama-sama itik gemo-gemo yang lain, admin pun bertanyalah lagi, sekadar untuk conformation. 

"Alo, Mek Sennah! (nama manja)  Esok BIG bukan khidmat masyarakat eh? Memang sure, confirm dan pasti lagi yakin derma darah ke?"

Mek Sennah pun menjawab dengan muka terkejut. 

"Aik kau ne. Sudah juak di'post di FB tu berkali-kali. Derma darah kan? Mana ada khidmat masyarakat... Kau takut bha kan, kan, kan? Kihkihkih....."

"Ai... Manada takut. Saya ni cuma bersemangat nak berkhidmat untuk masyarakat jak bha. Orang rajin la katakan. Hahahahaha." (jawapan nak ngelat la ni...)

"Derma darah bukan khidmat masyarakat meh?"  

Ok, fine. Soalan ini membuatkan admin terus tersekat. Macam kereta yang jammed di tengah highway, tidak ada jalan keluar. Admin sebenarnya, teramatlah sangat tak suka bila perlu menghadapi apa-apa juga aktiviti yang berkaitan dengan JARUM SUNTIK! Ya! Jarum suntik  is one of my fear factors! (bukan kena makan cacing ke, kena minum air durian blender campur belacan dan budu ke.. tapi JARUM SUNTIK!) 

Kalau dulu, datang saja doktor nak bagi suntikan (tak ingat dah suntikan apa, Rubela lah, itulah, inilah), mesti admin akan segera melarikan diri dari tempat kejadian. Tapi akhirnya, kena tangkap juga. Kalau disuruh berbaris pun, admin akan pilih tempat belakang sekali. (jangan diamal dik. lagi belakang, lagi takut. lagi banyak tengok yang menangis dan merengek lepas kena TEBUK di lengan. ada juga kes jarum suntik patah, melekat dekat lengan. muahahahaha - gelak kejam)

Itu dulu. Sekarang? Sama saja! Masih tidak gemarkan jarum. Tapi, apa-apapun, masa BIG tu, bila tengok rakan-rakan yang lain bersemangat nak derma darah, admin pun cepat-cepat pergi mendaftar. Datang kaunter pertama dengan wajah berani buat gaya orang selalu derma darah, admin pun duduklah sana. Isi-isi borang sikit, check berat badan, tinggi dan semua yang berkaitan dengannya. Itu kaunter satu. Still doing good, eh? Of course la. Belum ada rasa nak buat drama muntah hijau, pengsan dan sawan lagi time tu.

Next, pergi kaunter dua. BLOOD GROUPING. Ok. Di sini, admin dah nampak jarum. Kecil saja jarumnya. Pendek je. Kiut miut je gitu. Tapi admin takut juga. Datanglah duduk depan akak ni....Beliau pun bertanya...

"Pernah derma darah ke sebelum ni? Tau darah jenis apa?"

Admin buat muka kerang busuk saja. Tak pernah lagi derma darah, confirmlah tak tahu darah jenis apa kan? Hahah. Ok. Beliau pun keluarkan satu alat ni, tak besar pun. Beliau tarik jari tengah admin dan tettt! Fuiyooo... Ditebuknya jari admin ni. Berdarah terus. Pekat pula tu. Lepas tu, ditekan-tekan pula. Mencurah-curah darah admin, admin pun pengsan atas kerusi tu. Disaksikan oleh orang ramai. Oh! Malunya admin. (Eh, Eh, Eh! Salah ni. Dah masuk cerita lain ni! Back to the true story) Time tu, admin rasa macam nak pengsan dah. Tak sakit pun sebenarnya. Cuma admin time tu tak bisa memerima hakikat jari admin ditebuk jarum.. (aku tak bisaaa... aku tak biasaaaa... terus bernyanyi admin di dalam hati.) Tiba-tiba, admin rasa menyesal pula sebab mendaftar tadi. Tapi nak lari tak boleh dah! Sebab admin cukup syarat untuk menderma. Antara syarat-syaratnya, cukup tidur, cukup makan (jangan lebih-lebih), cukup darah, cukup zat besi (ini admin kompius sikit. ada juga rupanya yang tak cukup zat besi.)

Next! Kaunter tiga. Dalam penyesalan yang mula menapak itu, admin pun pergi ke kaunter tiga. KAUNSELING namanya. Admin rasa, time tu, macam mana di'kaunseling pun, tak dapat nak bantu admin. Hahah. Kalau dah takut tu, memang takutlah juga. Oh ya! Lupa pasal jenis darah. Admin berdarah panas! Kohkohkoh! Tak adalah. Jenis darah admin RAHSIA! Kohkohkoh (sekali lagi). Kira admin ni, bukanlah dalam kategori pemurah macam orang O tu, tapi bukanlah kategori kedekut macam orang AB. Aaaa.... Lu pikirlah sendiri!

FAST FORWARD.....................................................................................................................................

Ok. Sekarang, admin dah terbaring dekat kerusi maut tu. Bila dah baring-baring ni, admin rasa tenanglah sikit, kan? Tapi, dalam tenang-tenang tu, tiba-tiba saja kawan admin yang kat sebelah ni berkata. 

"Dayang..... Suda ku tengok tadi. Besar betul jarumnya tu. Menyesal tengok... Huhuhu...." (dengan muka macam nak menangis)

Naaaaaaaa.... Memang spoil mood la, kan? Apalagi, admin pun pandang nurse yang tegak berdiri dekat depan admin tu. Siap tekan-tekan, ketuk-ketuk lagi jarum tu. Percik-percik air dia. Admin time tu, tak dapat nak cakap apa-apa dah. Rasanya, kalau check tekanan darah time tu, mesti masuk kategori darah tinggi! Tensyen dan tertekan melampau! Hahah. Admin pun terus pejam mata. Tutuplah mata dengan tisu muka. (transparent, nampak juga!)

Biasanya, apa yang admin nampak masa itu la, sebelum suntik jarum untuk derma darah tu, dia akan bius dulu. Supaya tak sakitlah. Ok. Part bius ni funny. Masa nurse tu nak bius kawan admin yang kat sebelah, nurse tu suruh dia gerak-gerakkan dulu lengan tu. Alaaa... Supaya nampak urat yang nak suntik. Admin pun legalah sikit. Tak adalah main tebuk aje kan? Jadi admin pun teruslah pejam mata. Siap nyanyi lagi. Admin tak nampak pun nurse tu buat apa. Tapi time nurse tu pegang lengan admin, admin pun sedia-sedialh nak exercise kan..... Tak sempat pun admin nak gerak-gerak lengan, dia tebuk terus lengan admin. Pergghhh... Abah ai!!! Tanjat tite. Respon admin yang paling nurse tu tekezut adalah.... "AWWWWWW...." Hahah. ak sangka pula nurse tu admin akan merespon begitu. Admin pun tak sangka. Tau-tau aje, itu yang keluar dari mulut admin. Nasib baik tak cakap yang bukan-bukan atau ada sambungan. Contoh "Awwwww... pelan-pelan la sikit kak oi!"   (kalau cakap macam ni, kompem kena suntik kat bibir. terus jadi macam anjelina jolie. hahah)

Admin dapat rasa jarum itu menembusi kulit admin, terus menebuk ke isi, terus ke saluran darah. Aduh! Sakitlah yang teramat sangat. Itu baru bius! Belumpun jarum yang satu lagi. Itu lagi besar! Ok. Selesai bius, teruslah masuk jarum yang lagi satu tu. Tak ada pun rasa apa-apa sebenarnya. Cuma rasa macam kena siat-siat lah sikit. (hahaha. gurau saja.)

Kira dalam setengah jam la juga, bergantung pada banyak mana darah yang nak diderma. Single bag, double bag, triple bag. Admin hari tu buat double bag je. Itu pun, bukan sendirian berhad pilih tau. Kena tengok berat, darah dan apa-apa yang berkaitanlah. Selesai saja derma darah, admin terus pergi meninggalkan dewan. Sebab berkejar nak siapkan assignment sebenarnya. 

Itulah dia sedikit sebanyak cerita derma darah ni. Bila difikirkan semula, dimuhasabah dan munasarawak, admin pun terasa, betapa mementingkan diri admin selama ini. Sikit pun tak nak derma darah semata-mata kerana takutkan jarum. Malah siap buat alasan lagi. Tak cukup tidurlah, tak cukup makanlah.Cuma selepas kejadian hari itu, admin mula terfikir, andaikata tiba-tiba seseorang memerlukan  darah kita dan kita saja yang satu type darah dengan dia pada waktu itu, adakah admin masih nak mengelak lagi dengan alasan takut jarum? Memang teruklah admin kalau begitu. Kita mungkin tak tahu. Mungkin di mana-mana, sekarang ni, seorang ibu melahirkan anak, seorang lelaki kemalangan teruk, seorang bayi yang kena operate, mungkin memerlukan darah kita untuk menyelamatkan nyawa mereka. 

Jadi kawan- kawan, kesimpulannya di sini adalah, jangan jadikan ketakutan kita itu sebagai satu alasan untuk mengelak daripada melakukan kebaikan. Jarum tetap jarum. Tajam tetap tajam. Tirus tetap tirus. Sakit tetap sakit. Tapi derma pun tetap derma. Even lepas derma darah pun, admin masih takut jarum. Tapi jarum suntiklah. Jarum lain tu taklah. Darah pun tak. Jarum suntik tu saja. Heheh. Dermalah darah dan buat perubahan. Anda mampu mengubahnya. (tetibe..hahah)  Ini saja untuk hari ini. Hadapi ketakutan anda! Jangan cuba-cuba lari kerana cikgu-cikgu sentiasa tahu di mana anda bersembunyi. Adios!  Wassalam.



No comments: