Asaalamualaikum W.B.T.......
Waaaaaaaa.....Dah nak cuti!!!! Oppsss...Tak bolehlah hepy sangat. Kawan-kawan bakal exam jap lagi. So, gud luck to all of you. Semoga pass with flying colours! Bagi kawan-kawan yang tak exam tu, jangan kacau sahabat-sahabat lain yang tengah study! Tak baik macam tu!
" Eleh. Menyombong la tu. Dulu, time satu group, kemain lagi mengikut aku. Kiri kanan. Dah macam belangkas pun ada. Sekarang ni, huiiiiiiiiii.....Kita panggil buat derkkkk jer....Siap tanya lagi. Kita kawan kerrrrrrrrrrrr????? Hampeh! "
Wawawawa!!! Sedih betul!
" Kau ni, memang betullah! Tak tau kenang budi orang langsung! Aku dah tolong kau. Kau tolong la aku pulak. Susah sangat ke? Dulu, aku yang susah-susah untuk kau tau! Sekarang ni, boleh pulak kau tolak permintaan aku ni?
Wawawa!!! Saya ada satu soalan cikgu! " Kita tolong orang untuk mintak dia kenang dan balas pertolongan kita ke????"
" Amboi Din...Bukan main lagi sekarang ek..Mentang-mentang la awek tu dah syioookkkk habis kat kau. Kau pun dah tak nak kawan aku lagi. Macam tu la engkau ea. Time nak usha awek, kenal aku. Time dah dapat awek, buat-buat tak kenal pulak. Takpe...."
Wawawa!!! Ini kes biasaaaaaaa. Kat sekolah saya, melambak kawan yang macam ni. Semua awek punya pasal.
Hmmm.... Inilah dia panorama kehidupan. Manusia rupanya semacam. Tapi perangainya bermacam-macam. Sebab tu kena hati-hati pilih kawan. Oppsss!! Bila hati-hati, orang kata saya cerewet! Sombong! Bongkak! Berlagak! Kera sumbang! Sekian-sekian...Heh! Boleh berdarah telinga ni. Bukan apa. Takut nanti, menyesal pulak. Bila menyesal, macam-macam ayat boleh keluar. Inilah perkara yang kita nak elak.
Kita tak nak dimanipulasi untuk kepentingan orang lain. Kadang-kadang, kita ni naif sangat. Kita ingat orang ikhlas. Tapi, ada udang di sebalik batu je rupanya. Kalau ada udang di sebalik mee, bolehlah buat makan. Tapi, kalau udang dah dok balik batu, nak buat apa? Kita ambil batu, kemudian hempap udang tu dengan batu. Bior padan muka dia. Tak pun, kita tangkap udang tu, pastu bakor je. Hahahahaha!
Boleh ke nak buat macam tu? Sudah tentu tak boleh kawan-kawan. Takkan nak hentak sahabat kita yang "ada niat tersembunyi" tu dengan batu. Nak bakor pun tak boleh. Itu kejam namanya. Ada pula yang cakap...
" Eh! Kau ni memandai je. Mana kau tau dia ada niat tersembunyi? Ada tulis kat muka dia ke? Dia ikhlas nak kawan kau la. Tak baik tau kau anggap macam ni. Bukankah kita dituntut berhusnudzon????"
Ya. Bersangka baik. Semua orang berhak untuk bersangka baik dan mendapat sangkaan baik. Tapi, bagi sesuatu yang sudah jelas dan nyata, terang lagi bersuluhkan cahaya bulan di bawah sinar lampu minyak tanah (terang benderang dah ni), kita tidak boleh duduk diam sahaja. Contoh mudah la. Katakan kita nampak strangers masuk rumah kita malam-malam.
" Ok. Takpe. Aku sangka baik je. Dia orang nak ziarah je tu." (ziarah siapa malam-malam buta ni?)
Kita pun biar je. Strangers tu siap selongkar laci, almari, sampai lubang tandas la! Tip top! (pasni, memang sah kena panggil Eric design balik rumah yang dah kena relandscape tadi tu)
" Ala. Takpe. aku dituntut bersangka baik. Mungkin dia cari mykad dia hilang tu. Erm."
Then, rumah pun kosong. Habuk pun kena sapu sekali.
" Inilah dugaan! Aku harus redha!"
Waaaaaaaa....Sampai macam ni sekali bersangka baik. Ini sudah salah! Bukan macam ni yang dikatakan bersangka baik. Ingat kawan-kawan. Bersangka baik pun mesti ada batas. Kalau dah terang-terang orang cuba nak manipulate kita, takkan nak biar je.
Satu kumpulan kita kerja sama-sama dengan sahabat kita. Habis kerja, masing-masing dapat markah, kita tetap kawan kan? Bukan kawan time kita perlukan dia sahaja. Tolong orang biar ikhlas. Jagan pula nak menuntut itu ini. Kita kena ingat, kalau bukan kerana hidayah dan taufiq dari Allah S.W.T, kita takkan tergerak pun nak tolong orang tu. Sebenarnya, Allah yang tolong orang tu. Kita hanya sebagai perantaraan sahaja. Jadi, berterima kasih pada Allah dan jangan mengharapkan apa-apa balasan darinya. Lagipun, kita menolong orang, bukan kerana nak dikenang atau dibalas kan? Betul tak? Bukan juga kerana ada udang di sebalik batu kan? Saya yakin, kita semua tak bela udang di sebalik batu. Kalau ada, baik berhenti! Tak baik macam tu.
Berkawan biar dengan niat yang betul. Bukan kerana ada objektif tersendiri atau apa-apa sahaja yang tidak berkenaan. Kita mungkin tak rasa apa-apa. Sebab kita yang manipulasi orang. Tapi, cuba bayangkan kalau kita berada di tempat dia. Dengan keadaan diri yang tidak tahu menahu, mengharapkan orang ikhlas bersahabat dengan kita, tapi sebenarnya lain pula yang terjadi. Tidakkah kita nanti terasa seperti orang bodoh? Kalau kita tak mahu jadi kat kita macam ni, kita pun mesti elakkan diri daripada memanipulasi orang lain juga.
Lastly, ingatlah kawan-kawan. Kita ni, di mana-mana pun, perlukan kawan juga. Bukan boleh indie sepanjang masa. Tapi, hati-hatilah memilih kawan. Wangi kawan, wangilah kita. Begitu juga sebaliknya. Dan jangan jadi terlalu naif. Tegaskan diri dalam memilih kawan. Carilah kawan yang kita boleh umpamakan sebagai " KAWAN DUNIA AKHIRAT".
Berkawan macam Barney cakap:
P/S : Post ni, bukan nak menemplak or mengutuk sesape. Bila tulis tak formal macam ni, bukan tanda saya garang, marah, grrrr..Heheh! Saja nak tukar angin bahasa. Bukan selalu kan.. Lagipun,, ok je kot... Senyum sikit. Klik! Dah amek gambar!! ^_^
No comments:
Post a Comment