Assalamualaikum W.B.T.....
Apa khabar duhai makhluk-makhluk Allah S.W.T. sekalian? Sihatkah? Atau sakitkah? Kalau sihat, Alhamdulillah... Kalau sakit pun, Alhamdulillah...Nasib baik hidup lagi..
Marching to the end of semester two...cecece....mulalah nak buat essay. Takpela. Dalam blog, kita guna bahasa ibunda kita.
Uwaaaaaaaa!!!!!! Nak balik!!!!! Huhu... Saya kata dulu, bulan 5 ni, saya akan balik juga. But then, mungkin Allah tak izin. Maka, duduklah saya di sini lagi. Jadi penunggu setia IPG. Luckily, I'm not going to be alone. Ada juga yang kental macam saya ( ea ke? kental ke? hahah ).
Ramai senior tanya. "Kenapa tak balik? BTN? Alah. BTN seminggu je kot. Pastu, ade 2 minggu lagi cuti. Takkan nak dok sini je? "
Soalan ni... Cepu emas! Dan jawapan memang selalu sama jek. " Ala, akak. Bukan tak nak balik. In fact, mak dah cakap nak book tiket pun. Untuk 2nd week of cuti. Balik after BTN. But then, tinggal 2 minggu je kot. Saya rasa, 2 minggu...Hmmm...Tiket 400++..Duduk lam aeroplane x sampai pun 2 jam. Berbaloi ke? Memanglah saya nakkkk sangat jumpa family. Tapi,,,,, hmmmm...heheh...saya ni....kalau cuti kurang 3 minggu, belum tentu nak balik. Macam membazir.. (sambil tersengih-sengih dan menggaru tudung)
Then, akak tu smash balik.. " Amboi. Berkira dengan duit ea. Bukan bleh bawak masuk liang lahad pun. Lagipun, saya bukan tak tahu. Awak tu, mana pernah book tiket sendiri. Semua orang tua yang handle. Awak tukang balik je. Itu pun nak berkira ke? (akak tu pun angkat kening dan senyum sinis)
Saya pun, memang jenis yang tak nak mengalah(dari dulu lagi)...jawab balik. "Sebab guna duit parents la saya berkira ni..Kalau guna duit saya, tak kisahlah. Lagipun, setakat cuti dua minggu, memang rasa rugi sangat kalau balik. Tiket bukan seringgit dua. So, better mak ayah simpan je duit tu. Tak naklah susahkan dye orang. Saya dah besar (ni alasan common)"
"Hmmmm...Bagoz3. Inilah dye anak yang baik. Duit dye berkira. Guna duit orang pun dye berkira. Pendek kata, dye kedekut! Hahaha..."
Saya pun memang dah agak orang akan cakap macam tu. Jadi, tak kisah dah. Huhu. Saya rasa, saya ni taklah kedekut. Cuma, berjimat terlebih lebih je kot.
" By the way.. Dah lama jugak awak tak balik ni. Tak rindu family ke? Setahu akak, awak ni anak "dalam rumah". Sampai sini baru tau istilah asrama. Boleh tahan ke ni? Ke,,, hari-hari tepon mak dan nangis2 dalam bilik tu??? " (akak ni memang kelakar. that's why i like her the most..then, dye pun pasang lagu raya...siap senyum sumbing lagi kat saya..huhu..tersentuh jugakla dalam hati ni..Tapi, macam biasa! Saya tak nak tunjuk saya lemah!)
" Alah, akak..Siapa tak rindu family? Even orang yang rumah dye sebelah maktab ni pun hari2 homesick. Apa lagi saya ni. Tapi, takkan nak nangis kot... Saya dah besar (alasan ni lagi..isk3..) Malu nak nangis. Lagipun, mak pun selalu cakap....
" Masa muda dan sihat ni, pergilah merantau dan menuntut ilmu sejauh dan sebanyak mungkin. Jangan nak dok bawah ketiak mak dan ayah je. Dulu, soh pergi MRSM, awak tak nak. Sekarang ni, jangan pula tolak rezeki awak kt IPG tu. Cukup2lah tu. Awak dah besar. Sampai bila nak dok dgn mak ayah je? Tak berkembang pemikiran nanti. Pergilah. Tengok dunia orang. Bukan terperuk 24 jam dalam bilik tu. Nanti, awak kawen, duduk dgn suami jugak. Mana ada mak ayah teman lagi. Ilmu tu penting. Kalaupun lepas kawen awak jadi surirumah sepenuh masa, jadilah surirumah yang educated. Bukan surirumah yang tak berilmu. Ilmu tu penting. Untuk back up diri awak nanti. (ayat last ni..saya jadi blur ckit..untuk back up?)
" Apa maksud mak back up? Surirumah guna ilmu untuk back up diri???" saya dgn penuh musykil pun tanye. Dan mak pun jawab dgn penuh kesabaran. Owhhh.. Saya pun dah faham. Tapi, tak nak bagitau sini la. Faham2kan sendiri ye.. Para2 wanita dan para2 sakura semua! Surirumah pun, kena ada ilmu! Kena literate! Bukan iiliterate! Back up plan! In case......(fikir-fikirkan)
" Tu la ceritanya akak......"(berbalik pada kisah saya dan akak tadi)
" Hmmm..Betol jugak cakap mak awak tu. Ilmu ni, kena dicarik. Kalau dok lam bilik je, otak pun takkan berkembang. Ok. Akak surrender! Awak ni.....Kalau menjawab, nomo satu! Rasa nak cili2 je mulut tu."
Saya pun tersenyum. Bukan sebab menang. Tapi, sebab saya ada seorang akak yang baik kat sini. Tempat saya berkongsi cerita. Rahsia.....Macam2lah! (demi keselamatan, identiti akak tu dirahsiakan..huhu)
Betul pesan mak. Merantaulah untuk mencari ilmu. Tapi, jangan sekali-kali pernah lupa asal usulmu. Dari rahim ibu! Jangan pernah lupa family walaupun jauh daripada mereka.
" Jangan lupa tanah airmu."
" Yes, Mother!"
" Jangan posting sana pulak. Jangan kawen org sana pulak."
" Erk! No, mother! Jodoh di tangan Allah!" (haha. i like my mom)
" Iya. Mak tau. Mak bergurau."
Mak pun usap rambut saya. Itulah kali terakhir mak usap rambut saya sebelum saya merantau p sini. Dulu, time kecik2, sampai la umo saya tingkatan 1. Ayah selalu tolong sikat dan kemaskan rambut saya ni. Sama macam yang ayah buat pada adek2 yang lain. Ayah ni, dye ade naluri keibuan. Garang memang garang! Macam hidup dalam kem! Tapi, dalam hati ada taman.....Hehehe...Ayah oh ayah..
Satu lagi cerita saya ingat ni. Mak cakap ayah mengigau! Sambil nangis2! Saya pun tanya apa sebabnye. Mak cakap...Ayah mimpi..Kita orang semua hilang. Sebab tu ayah nangis. Carik kte orang, tapi tak jumpa. Then mak cakap...
" Ayah tu, nampak je garang, diam...Tak pandai tunjuk sayang. Tapi, time mimpi tu, penat mak pujuk tau. Dia sayang kamu semua ni. Anak2 dia" (huhu, saya terharu time dgr cerita ni)
Apalah yang ayah tengah buat sekarang ni?? Hmmmm..Mesti tengah siram pokok bunga kat luar rumah kan? Ala, saya tau. Ayah memang macam tu. Suka gardening...Apa tanam pun, semua jadi...Alhamdulillah...
Minta maaf ya...Mak.. Ayah...Selalu je tak balik. Belum dapat izin Allah. Cakap je nak balik. Tapi, bila sampai time tu nanti, mesti ade je halangan. Takpe2. Puteri sulungmu sedang diuji. Doakan dia untuk terus kuat! Heeee....(tadi baru je mintak mak email picture latest family. saje nak tengok. dah gemuk ke, kurus ke, sbb rindu sesangatttttt kat anak yg sorg ne..huhu..perasan!)
Saya pun jadi teringat kat ayah lagi..Sebabnye, baru je tlinga ni kena gosok ayah hari tu. Huhu. Penuh satu bilik dgn suara ayah. Ayah dah marah! Sebab sye kantoi makan maggie! Ayah cakap gni. (lam tepon)
" Adek kau cakap, kau makan maggie? Betol ke? Kalau xde duit, mintak! Jangan makan maggie! Kalau sakit kan susah! Bukan ade ayah nak jaga sana. Budak ni..."
" Alah. Bukan selalu.... Sekali sekala je kot... Mai tu je yang lebih2 cakap. (mai tu adek pompuan sye) Biasala tu. Bila smpai maktab, makan maggie..standard la tdo kol satu...huhu(dgn manjenye sye menjawab)
"ALASAN! Ade2 je jwapan! Bak cni nomo akaun bank. Jgn nk berdolak dalih lagi"
Dan ayah terus2 cakap. Macam2. Seronok jugak kena marah sekali-sekala. Dah jauh2 ni, mmg puas kalau dpt dgr sore ayah. Nasib baik lam tepon. Kalau live kat rumah...mmg gegak gempita rumah tu dgn suara ayah! Mak pun diam dan senyum2 je. Ayah tgh lecture anak2. Cicak kt siling pun bleh jatuh kot..huhu..
Sebab tu la saya tabik springgg dgn ayah. "Orait bos!" Adek2 selalu ckp gni. Itulah ayah. Macam kura2. Keras di luar, tapi lembut di dalam. Mak pula, lambang mesra alam. (Cuma saya jela..Tak semesra mak.)
Taking some time utk belajar menjadi peramah.... ^_^
Wahai kawan2 semua! Kalau tak dapat balik, jgn sedih2. Jgn gundah gulana di jiwa. Inilah sandiwara dunia. Adat belajar. Kena jadi independent. Kita dah besar(ayt ni lagi). Saya pun nak belajar m'independent kan dri. X dapatlah kalau asek nak dok bwh ketiak mak dan ayah je.....huhu...(kang jadi semak pulak..adek2 lain pun nak dok bwh tu jugak..jadi,,sye yang tua ni, kenalah mengalah..haha..)
Ape2pon,,,, kalau mak ayah tak ada di sisi, kte kena ingat..Allah sentiasa ada. Apa nak risau? Doa2kan mak ayah. Moga sampai doa kita pade dye org. Dan yakinlah. Dye org pun doakan kte jugak. Dun worry...Be hepy....Senyum2 selalu...Say cheeseeee KLIK! Dah tangkap gambar! ^___^
Wassalam....
No comments:
Post a Comment