andai kau sudi

Friday, June 24, 2011

Kau Istimewa...

   "Terima kasih, Atikah. Esok datang lagi ya. Hati-hati di jalanan."
Tiada kata-kata yang mampu diungkapkan oleh bibir itu. Hanya senyuman manis tanda penyambut kasih saudara semuslim yang telah banyak membantunya mengharungi hari yang sungguh memenatkan. Tangan lembut itu digenggam erat lalu dicium tanda hormat serta kasihnya dia akan insan tersebut. Atikah menganggukkan kepalanya beberapa kali lalu melangkah pergi.


Sekilas dia menoleh semula ke belakang lalu melambai-lambaikan tangan kanannya. Lambaian tersebut disambut mesra oleh Cikgu Zaharah yang masih lagi memerhatikan langkah kaki anak gadis yang baru sahaja bergerak meninggalkan kawasan sekolah. Sesekali jiwa seorang guru diamuk kerisauan apabila mengenangkan nasib yang bakal menimpa anak muda tersebut. Perjalanannya masih panjang. Mampukah dia meneruskan hidup dengan segala keterbatasannya nanti? Cikgu Zaharah hanya mampu memanjatkan doa kepada pencipta seluruh umat manusia. Doanya agar gadis muda itu nanti dilimpahi dengan segala keberkatan dan dipermudahkan segala urusannya menghadapi dunia yang seringkali mengecam insan sepertinya.


**********************************************************************************


Batu-batu kecil di jalanan kini menjadi bahan permainan kepada kedua-dua kaki Atikah yang pantas melangkah, menongkah arus perjalanan. Wang ringgit bernilai RM50 yang baru sahaja diterima daripada Cikgu Zaharah sebentar tadi digenggamnya erat-erat. Sesekali dia tersenyum sendiri. Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya dia pada hari itu. Kuih jualannya yang dihantar ke sekolah pada pagi itu laku semuanya. Sama seperti hari-hari yang lainnya. Cuma sesekali, nasib tidak menyebelahinya. Namun begitu, Atikah tidak pernah patah semangat. Rezeki yang dicurahkan kepadanya kini adalah milik Allah semata-mata. Andai sedikit yang diterimanya pada hari itu, sedikit itu jugalah yang akan dihulurkan ke tangan nenek tercinta. Atikah redha. Segala usaha serta penat lelahnya tidak mungkin mampu tertandingi oleh senyuman indah Nek Jah. Insan yang selama ini telah memberikan nafas baru ke dalam hidupnya yang hampir sahaja musnah suatu ketika dahulu.


**********************************************************************************


Pintu rumah yang sudah agak usang diketuk perlahan. Sedikit demi sedikit, Atikah menolak daun pintu rumah tersebut. Anak matanya melilau-lilau mencari kelibat Nek Jah yang sepatutnya sudah menyambut kepulangannya seperti selalu. Pada waktu-waktu petang seperti itulah, Nek Jah akan menyambut kepulangannya dengan jari jemarinya yang sedang ligat mengasingkan sisik-sisik ikan yang telah dikeringkan. Sisik-sisik tersebut kemudiannya akan dicuci sebersihnya dan dicelup dengan warna yang pelbagai bagi menghasilkan kelopak bunga yang akan digubah seindah mungkin oleh wanita-wanita seusia Nek Jah yang turut menghabiskan masa-masa tua dengan aktiviti kraf tangan bagi menjana pendapatan.


Atikah segera melepaskan bakul di tangan dan melangkah laju ke dalam bilik. Susuk Nek Jah yang dilihatnya sedang berbaring kaku menimbulkan sedikit rasa tidak enak di benaknya. Perlahan-lahan Atikah menuju ke arah Nek Jah. Kepala wanita tua itu diusapnya perlahan. Terasa sedikit hangat daripada biasa. "Pasti tadi Nek Jah diserang pening-pening lagi," hati kecilnya berbisik.


Tatkala itu juga, hati kecil gadis muda itu dilanda sejuta kerisauan. Kebelakangan ini, Nek Jah selalu sahaja diserang pening-pening yang tidak tahu akar puncanya. Pantang berdiri lama sedikit, pasti Nek Jah akan rebah menyembah bumi. Nek Jah juga selalu mengadu bahawa pandangannya semakin hari semakin berpinar. Tidak setajam dahulu lagi. Namun begitu, Nek Jah tidak sedikitpun membenarkan perkara-perkara seperti itu  menghalanganya daripada terus bekerja dan bergerak seperti biasa. Nek Jah tidak betah duduk-duduk sahaja di rumah.


**********************************************************************************


Atikah tidak ke sekolah seperti biasa pada hari itu. Dia merancang untuk membawa Nek Jah ke klinik yang terletak agak jauh di pekan. Sudah agak lama Nek Jah meninggalkan ubat-ubatan yang sepatutnya dicerna oleh tubuh tuanya setiap hari. Ubat-ubatan Nek Jah terlalu mahal. Atikah hanya mampu mengunjungi klinik tersebut setelah sebulan dia berniaga. Itupun jika rezekinya mengizinkan. Jika tidak, Atikah hanya mampu mengalirkan air mata sebak setiap kali Nek Jah rebah menyembah bumi seperti selalu. Hendak dikhabarkan kepada jiran sebelah menyebelah, rumahnya pula terletak jauh di hujung kampung.Terpencil sekali.  Hendak dijerit-jerit meminta pertolongan, dia pula bisu, tidak mungkin mampu mengeluarkan waima sepatah kata sekalipun.


Sesekali, terlihat akan kelibat Atikah berlari-lari dari kejauhan. Terputus-putus nafasnya. Pasti rumah Cikgu Zaharah yang menjadi sasarannya jika Nek Jah tidak sedarkan diri lagi. Jika Cikgu Zaharah tidak ada di rumah, dia akan berpindah pula ke rumah Abang Azam. Jiran yang paling hampir dengannya, meskipun dia terpaksa melalui denai yang agak berbahaya untuk menuju ke rumah tersebut. Abang Azam pula tidak pernah terlalu sibuk atau terlalu kedekut untuk membantunya. Oleh kerana itu, dalam diam Atikah mengagumi insan tersebut yang dianggapnya mulia.


**********************************************************************************


" Mengapa bersedih, Atikah?," Cikgu Zaharah sudah dapat mengesan kecelaruan di wajah gadis muda itu. Ditenungnya dalam-dalam wajah itu. Cuba untuk menangkap anak matanya, meraih sejuta penjelasan. Atikah hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Wajah lembut yang diselubungi kesedihan yang mendalam itu sedikit sebanyak mengganggu tumpuan Cikgu Zaharah terhadap urusannya di kantin sekolah.


" Nek Jah masuk hospital lagi," lontaran suara dari arah belakang Atikah mengejutkan kedua-duanya. Kehadiran keduanya ke sekolah pada pagi tersebut adalah semata-mata untuk mengkhabarkan berita buruk tersebut kepada Cikgu Zaharah yang sudah dianggap sebagai sebahagian daripada ahli keluarga Nek Jah sendiri. Sama seperti Abang Azam.


" Ya Allah! Betul ke, Azam? Nek Jah pengsan lagi?", Cikgu Zaharah semakin tidak keruan. Meskipun dia sudah dapat mengagaknya dari awal lagi, sedikit sebanyak, dia tetap terkejut apabila Azam memberitahukan berita tersebut kepadanya. Atikah yang sedari tadi hanya menundukkan kepalanya mengangguk perlahan. Matanya sudah mula berkaca. Bibirnya diketap menandakan penyesalan yang tidak terhingga kerana meninggalkan Nek Jah sendirian di rumah semalam.


Cikgu Zaharah melepaskan sebuah keluhan berat. Kekerapan Nek Jah pengsan dalam bulan itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan dia semakin risau. Pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan Nek Jah. Namun, mereka sendiri masih tidak dijelaskan mengenai penyakit sebenar yang sedang dihadapi oleh Nek Jah kerana Nek Jah selalu saja menghilangkan diri dari hospital sebaik sahaja matanya celik.


**********************************************************************************


Daun pintu ditutup perlahan-lahan. Cikgu Zaharah segera menghidupkan enjin keretanya. Atikah yang masih lena dibuai mimpi langsung tidak menyedari akan setiap tindak-tanduk Cikgu Zaharah. Perlahan-lahan kereta Zaharah meninggalkan kawasan rumahnya dan meluncur laju di atas jalan raya.


Cikgu Zaharah memang sengaja tidak membangunkan Atikah kerana dia terlalu kasihankan gadis muda itu. Atikah sudah kepenatan sepanjang hari. Malam itu, biarlah dia pula yang mengambil tugas untuk menjaga Nek Jah. Tambahan pula, ada sesuatu yang harus dia selidik sendiri daripada doktor yang menguruskan Nek Jah di hospital tersebut. Dia tidak akan berpuas hati selagi tidak mendengar sendiri segala penjelasan daripada doktor itu sendiri.


**********************************************************************************


Cikgu Zaharah keluar daripada bilik doktor dengan wajah yang masam mencuka. Setiap bait-bait perkataan yang baru sahaja menerobosi ruang telinganya tadi benar-benar membuatkan hati wanitanya berkecamuk. Lemah seluruh langkah kakinya yang kini melangkah dengan segala sisa kekuatan menuju ke wad yang menempatkan Nek Jah. Sungguhpun begitu, Cikgu Zaharah cuba untuk kelihatan sekuat mungkin. Setelah ini, besar kemungkinan, dia yang akan mengambil tanggungjawab untuk menjaga Atikah, gadis muda yang sudah dianggap sebagai adik sendiri.


Segala kekurangan serta keterbatasan insan seperti Atikah tidak pernah membuatkan Cikgu Zaharah terlalu jijik untuk bersamanya walau di manapun dia berada. Sebaliknya, dia semakin mengasihani Atikah serta insan-insan lain yang kurang upaya sepertinya. Melalui insan seperti Atikah, Cikgu Zaharah belajar menghargai setiap anugerah yang telah dikurniakan Allah kepadanya. Di sebalik segala kemampuannya, tidak pernah pula dia mengecam segala kekurangan insan istimewa seperti Atikah. Betapa dia bersyukur kerana dilahirkan di dalam keadaan yang sempurna. Sedaya upaya, Cikgu Zaharah mencuba untuk memahami segala bahasa badan yang dituturkan oleh Atikah. Memahami setiap pergerakan Atikah bukanlah mudah. Namun, setelah hampir 9 tahun mengenali Atikah, Cikgu Zaharah sendiri sudah mampu mengagak setiap kehendak Atikah walaupun dia masih belum menggayakannya.


**********************************************************************************


"Zaharah, Nek Jah ni dah tua. Macam matahari, dah nak ke ufuk barat pun. Tak lama lagi, nak tenggelam dah. Tapi, Nek Jah tak kisah kalau umur Nek Jah tak panjang lagi. Memang dah fitrah hidup. Yang hidup, pasti akan mati juga. Cuma, Nek Jah risaukan Atikah tu. Kalau Nek Jah takda, siapa nak jaga dia nanti? Nek Jah tak rasa tenang nak "pergi" kalau terpaksa tinggalkan Atikah seorang diri," perlahan sekali suara Nek Jah menyusun kata-kata. Ada air mata suci mengalir lewat mata tuanya yang sudah semakin mengecil. Terbayang wajah Atikah lewat mata tersebut. Jiran-jiran di katil sebelah menyebelah turut melahirkan rasa simpati terhadap Nek Jah. Masing-masing mendiamkan diri apabila mendengar cerita Nek Jah.


" Nek Jah, tak baik cakap macam ni. Nek Jah tak usah risau. Walau sampai bila-bila sekalipun, kita tetap satu keluarga. Sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menjaga Atikah." Tangan Nek Jah digenggam erat. Terasa sejuk seluruh anggota badannya.
Cikgu Zaharah sudah tidak mampu menahan air matanya lagi. Dia menangis semahu-mahunya. Di tengah kepekatan malam, tiada satu suara pun yang berbisik, seolah-olah sedang memberi ruang kepada Cikgu Zaharah untuk meluahkan segala kedukaan yang sudah sekian lama terpendam di dalam hati. Sehingga akhirnya, dia tertidur di sisi katil Nek Jah dengan selaut air mata membanjiri jiwanya.


**********************************************************************************


Jenazah Nek Jah baru sahaja selamat dikebumikan. Meskipun sudah banyak kaki melangkah pergi meninggalkan tanah perkuburan Kampung Jerampai, Atikah masih lagi setia menanti di bawah terik mentari. Langsung tidak berganjak walau sedikitpun. Dia kini sudah berada di dalam dunia sendiri. Tenggelam di dalam kesedihan yang hanya Allah mengerti.


Ditatapnya dalam-dalam batu nisan putih yang tertulis nama Nek Jah. Diramas-ramasnya tanah perkuburan yang masih merah menyala. Terasa panas. Seolah-olah Nek Jah masih bernafas di dalamnya. Tiada setitik air mata yang dititiskan. Hanya kesedihan menggunung yang dicurahkan melalui raut wajah yang tidak mungkin mampu ditafsirkan oleh sesiapapun. Dipancarkan melalui sinar mata yang kelihatan sirna cahanya.


**********************************************************************************


" Sudah! Sudah! Pergi sana! Tidak ada kerja kosong di sini! Kalau adapun, bukan untuk orang bisu seperti kau ni!"
Keras sekali kata-kata yang baru sahaja menendang gegendang telinganya. Atikah masih tidak mahu berganjak dari tempat tersebut. Ditarik-tariknya lengan wanita separuh abad yang menjadi "owner" kepada gerai makan di tepi jalan yang begitu sibuk. Kini, seluruh mata melirik tajam ke arah "drama" yang dilakonkan oleh keduanya. Tidak ada sesiapapun yang berani mencampuri urusan pemilik gerai kerana kesemuanya tidak mahu menanggung malu jika harus terlibat di dalam kekecohan tersebut.


" Ish! Pergi sanalah! Rimas aku! Mesti si bisu ni pekak. Sebab tu tak faham-faham bahasa! Bagus sangatlah tu. Sudahlah bisu, pekak pula. Package!" Serentak dengan itu, satu hempasan kuat dilayangkan ke arah Atikah. Tepat mengenai wajahnya. Atikah jatuh terjelepok di atas lantai. Di sebalik segala keriuhan yang sedang berlaku, tidak ada satu jiwa pun di dalam gerai tersebut yang meringankan tangan untuk membantu Atikah. Sebaliknya, lebih ramai yang buat-buat tidak tahu sahaja. Seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Entah ke mana hilangnya rasa belas kesemuanya terhadap makhluk yang turut dilahirkan atas nama cinta dan kasih sayang.


Perlahan-lahan Atikah bangun semula. Pilu sekali hatinya kerana diperlakukan sebegitu rupa. Dia tahu, siapalah dirinya jika hendak dibandingkan dengan insan yang sempurna susuk fizikal serta kemampuannya. Namun, tidak pula dia suka apabila insan-insan istimewa sepertinya diperlekehkan dan diperkotak-katikkan.
Dengan langkah yang lemah longlai, Atikah meninggalkan gerai makan tersebut. Dia menoleh sekilas ke belakang. Tuan punya gerai masih lagi memandang ke arahnya dengan pandangan yang tajam sekali. Sama seperti sorot mata yang diterimanya apabila mencuba nasib di tempat-tempat yang lain.


**********************************************************************************


Suda lewat pukul 12.30 malam. Suami tercinta masih lagi belum pulang ke rumah. Usai solat Isyak lagi Atikah sudah duduk termangu di anjung rumah, menanti kepulangan Azam. Azam yang dengan rela hatinya mengambil dia sebagai isteri setelah Cikgu Zaharah berumahtangga. Betapa Atikah bersyukur kerana masih ada insan yang sanggup mengahwininya walaupun dia tidak sempurna. Langsung tidak ada riak keterpaksaan di wajah Azam tatkala cincin disarungkan di jari manisnya tanda ikatan pernikahan mereka berdua. Setelah selesai segala urusan di kampung, Atikah mengikut Azam berpindah ke bandar. Kata Azam, peluang untuk insan sepertinya meneruskan hidup di bandar lebih cerah. Dia juga boleh menyambung belajar semula. Sudah agak lama Atikah meninggalkan sekolah. Kali terakhir dia ke sekolah adalah sewaktu di Tingkatan 3 dahulu. Itupun hanya buat semntara waktu sahaja. Kesukaran hidup yang menghimpit menyebabkan Atikah terpaksa berhenti sekolah demi untuk menyara Nek Jah dan dirinya sendiri. Di kampung itu pula, tidak ada sekolah untuk insan istimewa sepertinya. Yang ada hanyalah sekolah biasa yang menempatkan pelajar-pelajar yang sempurna pendengaran, pertuturan serta penglihatan. Jadi, tidak mungkin pula untuk Atikah menghabiskan pelajarannya di tempat seperti itu.


"Assalamualaikum..."
Ucapan salam yang diberikan Azam menyentap Atikah daripada lamunannya. Terasa sedikit aneh pula. Jarang sekali Azam pulang pada waktu-waktu sebegitu. Sebagai seorang isteri, timbul sedikit keraguan di hati Atikah terhadap sikap suaminya yang baru-baru ini sudah kelihatan agak berubah daripada yang sebelumnya. Namun begitu, Atikah tidak pula mahu menyatakan rasa tersebut, baik melalui riak wajah mahupun perbuatannya. Jauh sekali kata-kata. Kerana dia sendiri memang tidak pernah bisa mengeluarkan walau sepatah perkataan pun sejak matanya celik melihat dunia.


Azam terus menuju ke arah bilik. Wajahnya kelihatan lemah sekali. Mungkin saja dia kepenatan kerana seperti Atikah, dia juga sudah seharian mencuba nasibnya di mana-mana ceruk di kota besar tersebut. Sudah hampir sebulan agaknya. Namun, kedua-duanya masih belum mampu mencari apa-apa pekerjaan. Melalui air muka Azam sebentar tadi, Atikah sudah dapat mengagak hasilnya. Pasti gagal juga seperti dirinya sebentar tadi. Malah mungkin lebih berat lagi bagi Azam, kerana sebagai seorang suami, dia seharusnya sudah mempunyai status kewangan yang kukuh untuk menyara isterinya.


**********************************************************************************


Atikah hanya tunduk membatukan diri. Sudah hampir 3 hari Azam tidak bertegur sapa dengannya. Apa pula masalah yang dihadapi olehnya sekarang? Atikah sendiri tidak mampu untuk meneka. Hendak ditanyakan kepada tuan punya badan, Atikah pula terlalu takut. Bimbang jika Azam akan naik darah lagi. Kebelakangan ini, Azam sering sahaja naik darah jika pulang ke rumah. Pasu-pasu bunga yang berada di halaman rumah sewanya pasti akan menjadi bahan sepakan kaki lelakinya andai saja dia berasa tidak keruan. Setelah itu, dia akan meninggalkan rumah tanpa sebarang penjelasan.


Jika diikutkan hati, ingin saja Atikah menghubungi Cikgu Zaharah untuk mengkhabarkan masalah yang kini sedang melanda bahteranya. Namun, dia tidak sanggup untuk menggangu Cikgu Zaharah kerana dia tahu bahawa Cikgu Zaharah baru sahaja selamat melahirkan bayi keduanya dan kini sedang berada dalam keadaan berpantang. Pasti badan serta mindanya masih terlau lemah untuk menerima masalah Atikah. Hanya kepada Allah Atikah mengadukan segala masalahnya kini. Hampir setiap malam Atikah menadah tangan memohon doa agar dikembalikan semula ketenangan alam pernikahannya, sama seperti di waktu awalnya dahulu. Puas dia menangis di setiap sujudnya, meminta agar dilembutkan semula hati Azam dan diampunkan segala dosa andainya dia telah gagal menjadi seorang isteri yang baik buat Azam, lantas Azam memperlakukannya sebegitu rupa.


**********************************************************************************


Atikah menggenggam erat tangan suami tercinta. Sejak keduanya melangkah ke alam perkahwinan, itulah kali pertama Azam memandangnya dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang. Itulah kali pertama dia merasakn ketulusan pada cinta Azam dan itulah kali pertama Azam membawanya keluar berjalan-jalan di tepi pantai. Keduanya hanyut dibuai perasaan masing-masing. Perubahan sikap Azam yang agak ketara sebelum ini sedikit sebanyak meninggalkan kotak memori Atikah. Baginya, Azam kini sudah kembali seperti sediakala.


Bayu pantai yang menghembus lembut begitu mengasyikkan. Camar-camar yang berterbangan kelihatan seperti dedaunan yang ditiup angin di kejauhan. Atikah mencapai  sebatang ranting bengkok lalu digoreskan di atas pepasir putih yang halus. Setiap alunan tersebut kemudiannya membentuk dua buah nama.


"ATIKAH CINTA AZAM"


Sebuah pandangan cinta singgah, melewati mata Azam yang kini turut memandang ke arahnya. Seolah-olah sedang mengatakan betapa dia mencintai lelaki yang kini sedang menatapnya itu. Meskipun tiada kata-kata manis sebagai penyambung bicara, namun hati yang saling mencintai pasti boleh membicarakan rasa cintanya sendiri. Bicara dari hati ke hati. Bibir Azam yang mengukir senyuman manis menambah rasa cinta yang kini sedang bergelora di dalam hati wanita muda itu. Tulus buat insan bergelar suami.


Saat Atikah terbuai di dalam anganan, tidak semena-mena, Azam melepaskan genggaman tangannya. Wajahnya berkerut-kerut. Perutnya ditekan-tekan tanda kesakitan yang sudah tidak mampu ditahan lagi.


"Atikah tunggu di sini ya. Abang nak pergi tandas sekejap. Ada "urusan". Azam menjentik lembut hidung Atikah lalu meninggalkan isterinya di tepi pantai tersebut. Laju sekali kakinya melangkah, meredah pepasiran yang menyelimuti pantai tersebut.


**********************************************************************************


Matahari sudah hampir terbenam ke ufuk barat. Atikah ingin sekali menikmati saat itu bersama Azam, namun Azam masih tidak kunjung kembali. Sudah tiga jam agaknya Azam pergi meninggalkannya. Pantai juga sudah menjadi semakin lengang.
" Di mana agaknya Abang Azam?," tanpa sebarang keraguan, Atikah berbisik sendiri di dalam hati.


Sepasang mata sedang galak memerhatikan Atikah dari balik pokok. Bersiap sedia untuk memberikan kejutan terbesar buat gadis muda yang sedang keresahan itu. Perlahan-lahan kakinya melangkah menuju ke arah Atikah. Tidak kedengaran walau sedikit bunyi sekalipun. Persis seorang anggota polis profesional yang sedang menjalankan tugasnya.


Kedua-dua tangan Atikah ditarik dari arah belakang. Atikah terkejut besar. Mulutnya yang sudah dicekup dengan kain putih menghalangnya daripada mengeluarkan walau sedikit bunyi seklaipun. Keadaan yang sudah agak kegelapan menutup segala pergelutan di antara Atikah dan lelaki tersebut. Atikah pula menjadi semakin lemah akibat terhidu cecair "chloroform" di atas kain putih tersebut. Pandangannya berpinar. Beberapa minit kemudian, dia lesap, lesap dari dunia nyata, tidak sedarkan diri.


**********************************************************************************


Berat sekali kelopak matanya. Kepalanya juga terasa agak kepeningan. Kejadian sebentar tadi di pantai masih lagi berada di dalam kotak memorinya. Di manakah Azam? Masakan Azam yang membuat kejutan tersebut? Jika Azam, mengapa kasar sekali genggamannya? Terasa seperti hendak patah tulang-temulangnya apabila harus bergelut dengan lelaki tersebut.


Di dalam keadaan separuh sedar dan mulut terikat dengan kain, Atikah meronta-ronta, cuba untuk melepaskan kedua-dua tangannya dariapada ikatan tali yang membelit.


" Azam tu bodoh. Kalau tahu tak mampu bayar hutang, mengapa nak berhutang? Tengoklah sekarang. Bila dah tak ada duit, si bisu itu dia jual pada kita. Apalah sangat yang dapat dibuat dengan si bisu ni?", kepala yang tidak berambut digaru meskipun tidak ada rasa gatal. Segalanya berlaku secara spontan.


" Engkau pun bodoh macam Azam! Apa guna perempuan bila ada lelaki seperti kita?," keningnya diangkat-angkat. Terpancar kejahatan lewat raut wajahnya yang berparut di sana-sini. Kedua-duanya tersenyum sinis. Tanpa membuang masa, mereka berdua berlari ke arah bilik yang menempatkan Atikah. Merempuh masuk lewat pintu yang tidak berkunci.


Atikah yang sedari tadi asyik meronta tersentak. Tersentak dengan kehadiran lelaki-lelaki asing yang langsung tidak dikenali. Dia menjadi panik. Peluh memercik lewat dahinya yang licin. Kedua-dua lelaki tersebut menghampirinya lalu duduk di sisinya.


" Siapa nama tadi? Atikah? Owh... Atikah... Lawa Atikah ni. Abang berdua, nak "spotcheck" Atikah kejap lagi. Manalah tau, Atikah ada bawa senjata berbahaya ke... Atikah dok diam-diam. Jangan nakal-nakal. Jangan buat bising ya....."


" Oi! Ape bengapnya kau ni? Dia ni bisulah. Pekak. Kalau kau cakap pun, dia faham ke? Lainlah kalau kau guna bahasa isyarat. Alah, sekolah biasa pun tak lepas. Tak payah sebutlah sekolah Atikah ni. Hahahaha.."


Kedua-duanya saling menggayakan bahasa isyarat yang langsung tidak difahami oleh Atikah. Kemudian mereka berdua ketawa sepuas-puasnya. Geli hati dengan tingkah laku sendiri. Kain putih yang mengisi rongga mulut Atikah ditarik keluar. Atikah sudah tahu. Pasti ada sesuatu yang tidak baik akan berlaku ke atas dirinya sebentar lagi. Dia cuba meronta sekuatnya apabila kedua-dua lelaki tersebut bertindak semakin biadap ke atasnya.


Sejenak kemudian, sepasang tangan hinggap di atas bahunya lalu dengan ganasnya mengoyakkan kedua-dua lengan bajunya.


"ALLAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!"


Atikah menjerit sekuat hatinya. Kedua-dua lelaki tersebut tergamam seketika. Serentak dengan itu juga, sekumpulan anggota polis merempuh masuk ke dalam bilik tersebut. Kedua-dua lelaki tersebut segera menarik tangan masing-masing, bersedia untuk membuka langkah seribu. Namun, di saat keduanya sudah bersedia untuk berlari, kedua-dua kaki terasa kebas. Tidak berangkat walau sedikitpun. Kaku. Mereka saling berpandangan. Atikah masih lagi menggigil ketakutan. Kumpulan anggota polis tersebut turut berpandangan sesama sendiri. Masih cuba mentafsir segala kejadian yang baru sahaja dilihat sebentar tadi.


Kedua-dua lelaki asing tersebut masih tidak mahu menyerah kalah. Sedaya-upaya, keduanya cuba untuk turun dari katil tersebut. Masing-masing jatuh terjelepok di atas lantai. Dengan keadaan kaki yang sudah kaku, keduanya cuba mengengsot ke hadapan. Terasa perit sekali. Tidak bergerak walau sedikitpun.


Tanpa membuang masa, kumpulan anggota polis tersebut segera memberkas kedua-dua pemjenayah yang sememangnya selama ini sedang dikejar dan dicari-cari oleh pihak polis. Kedua-duanya cuba untuk meronta dan menjerit-jerit. Namun, dengan kuasa Allah, tidak sebutir pun perkataan keluar daripada mulut mereka berdua. Seolah-olah sudah hilang kotak suaranya. Masing-masing yang berada di dalam bilik tersebut beristighfar panjang. Memohon keampunan di atas segala dosa yang telah dilakukan. Yang sedar mahupun yang tidak diketahui. Kejadian yang baru sahaja dialami sebentar tadi telah menunjukkan kepada kesemuanya. Bagaimana Yang Maha Berkuasa itu mampu untuk menarik segala nikmat yang diberikan oleh-Nya pada bila-bila masa sahaja dan bagaiman pula Dia berkuasa untuk memberikannya kepada sesiapa sahaja. Dengan penuh penyesalan menyelubungi jiwa, mereka semua meninggalkan kawasan tersebut. Betapa besar pengajaran yang diperoleh pada hari iut dan tidak mungkin akan dilupakan oleh sesiapapun.


**********************************************************************************


" Atikah! Atikah!"
Cikgu Zaharah berlari ke arah Atikah di tengah pekat malam. Susuk yang lemah itu kemudian dipeluknya erat-erat.


Dengan segala kudrat yang ada, Atikah cuba mengumpul sisa-sisa suaranya, dibawa ke anak tekak lalu dilontarkan oleh mulut tersebut buat julung kalinya di hadapan Cikgu Zaharah.


"Cik....Cikgu...Cikgu Zaharah!." dia tersenyum mesra. Tergagap-gagap dia menuturkan nama Cikgu Zaharah.


Anak mata cikgu Zaharah semakin membesar. Benarkah apa yang baru sahaja didengarnya sebentar tadi? Atikah sudah boleh berkata-kata? Wajah Atikah diusapnya benar-benar. Bagaikan tidak percaya.


"Subhanallah! Atikah! Kamu sudah punya suara!" di sebalik segala kejadian tersebut, timbul sejuta rasa syukur di hatinya buat Sang Pencipta. Mengalir air mata kesyukuran buat Atikah, insan yang selama ini dirinduinya.


" Allah...ka...si...sua..ra...A..A..ti...kah!" dengan linangan air mata yang mencurah-curah, Atikah memeluk Cikgu Zaharah. Sujud syukurnya tatkala itu di atas segala anugerah yang telah dikurniakan oleh Yang Maha Berkuasa buatnya. Setiap mata yang menjadi saksi kepada kejadian malam itu turut memanjatkan sejuta kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah mengembalikan nikmat-Nya buat wanita muda tersebut. Semoga dengan apa yang telah terjadi pada malam itu, dapatlah dijadikan pedoman dan pengajaran agar semakin dekat pada Allah S.W.T.



Saturday, June 18, 2011

AYAH!

Assalamualaikum W.B.T....

   Auccccaaakkkk! Hihihihi... Baru je jumpa tdi, dah nmpk lgi btg hidung sye. Well, sye nak advance satu hari daripada kalian semua. SeLaMat HaRi AyaH!!!!! Buat ayah tercinta. Abang Mohammad Bin Abang Zaini. Semuga panjang umo, murah rezki, sukses dalam apa jua yang ayah lakukan dan berjaya di dunia juga di akhirat yg pasti .Amin....

   Hmmmmmmm..Ap nak cerita pasal ayah erk? Dari sye kecik, sampaiiiiiii besar. Banyak sekali kenangan dengan insan bernama AYAH ni. Cerita semua? Eh! Mana Boleh! My dad is mine! Tak boleh cerita semua. Cite sikit2 bolehla. (jgn marah...bergurau..)

   Cerita tentang ayah..Hmmm..Nak attach gambar pun payah nih. Sebab, ayah tak suka ambil gambar. Sukar sekali nak jumpa ayah dalam photo. Kecuali family photo. (  Apa? Nak family photo ke? Maaf! Tak boleh! Huhu. Ada banyak wajah di dalam sana. Takut nanti, tuan punya wajah tak redha saya gunakan wajahnya di dalam entry saya. ) Dan mungkin sebab itu, anak2 ayah pun mewarisi sifat ayah yang satu ni. Saya pun dapat jugak. Heheh. Anak ayah...Mesti macam ayah..

   Ayah oh ayah... Kadang2, ayah pun boleh jadi ibu. In fact, selalu! Semua kerja org perempuan, ayah boleh buat. Kalau di dapur, ayahlah NAIB JUARA ( heheh. mana leh menang dgn ibu. but seriously, sye lbih suka masakan ayah. dah dok jauh2 ni, masakan ayah jugak yg sye terkenang-kenang) Dok dapur boleh, BUNGA? Bunga pun boleh. Selain suka kucing dan rabbit (sye ingat lagi ayah peluk anak2 rabbit yg come2 tuh. huhu. ayah pun nmpk cam kte org jugak time tuh. cam budak kecik. heheh. ) Ayah juga suka bunga. Saya ingat lagi suatu hari neh, bunga ros yg ayah tanam depan laman, patah! Domo yg patahkan! (kucing sye yg nakal) Kte org adek badek, sume diam je. Tak brani nk cakap pape. Ayah siap soal siasat lagi. Akhirnya, kte org pun nganku kte org yg tak sengaja patahkan. ( Sal Domo pun buat muka tak tau je pas buat hal. Nak cerita yg betul pun tak sampai hati lak. Naya Domo klo kena penangan ayah. )

   Alhamdulillah.... Time tu, takda pun yang kena. Ayah tak marah pun. Sebab mood ayah tgh baik kot. Nasib... Kalo ayah marah.....huuu...GEGAK GEMPITA! Kalo ayah tgh fokus (selalunya time tgk buku laporan kte orgla..huhu..) keadaan pun akn jadi sesenyap padang di tengah malam. Takde bunyi pun..Bunyi salunye dtg lepas ayah habis observe buku tu la..Heheh.. Kalo ade paper yg terkantoi ke, merah ke, mmg habisla. Saya adalah antara insan2 yg salu terkena. Tapi, itu sume tak pernah buat sye serik nk kasi buku laporan kt ayah. Saya mesti kasi ayah jugk. Mesti nak ayah iktiraf jugak. Kne marah pun takpe. Dup..dap..Dup..Dap...Berpeluh-peluh time tunggu ayah tgk buku laporan. Apa yg special pasal ayah ni ialah, beliau susah nak naik darah. Kalau nak tgk ayah naik darah, ibarat menunggu tahi bintang jatuh dari langit. Dalam setahun, ntahlah. Kadang2, macam tak pernah je. Melainkan, ada org2 yg betul2 hebat. Yang mampu menaikkan temperature ayah. Kalau tak, ayah diam je..

   PENDIAM? Yup. Ayah pendiam. Ayah takkan cakap kalau tak perlu cakap. Kadang2, kalau org buat lawak dalam rumah, paling2 pun, ayah senyum je. Come....Hihihi.. Dan mungkin sebab tu, anak2 ayah pun pendiam jugak. Ayah pernah pesan, " Kalau bercakap, pakai otak, jangan pakai hati. Kalau pakai hati, cenderung buat orang lain sakit hati. Fikir dulu, baru cakap. Kalau rasa nak bercakap, tapi benda2 tak penting dan tak perlu, janganlah cakap. Lebih baik diam." Hmmmm..Saya simpan pesan ni baik2. Walaupun sye ni slalu gak terlepas cakap. Mcm dlm kebanyakan entry. Men lepasss je. Saya minta maaf ea. Kalo sakit hati. Saya ni lagi suka cakap terus terang.

   Lagi pasal ayah. Ayah ni, macam kura2. Kat luar nampak keras, tapi, dalam hati ada taman. Haiwan2 kecik pun suka kat ayah. Tak Caye ke? Saya buktikan. Rabbit2 ayah sume, kalo tgk ayah dtg je, mesti hidung dye org gerak2. Pastu tlinga pun gerak2. Ekor tak dapatlah nak gerak. Sebab pendek. Huhu. Comel sgt. Sbb tu slalu jadi mangsa peluk kte org. Heheh.


  Macam atas tu hah! Dye org cakap, " Weyh! Tuan dah dtg. Makan overtime la ni..Yipppppeeee!!!"
Hahah. Patotla hepy. Ingat nak makan je. Uish. Nak tau tak? Asalnye, ayah bli sepasang je rabbit ne, sbb ayah tgk comel. Sekali, rabbit ni membiak. Daripada bela, jadi ternak. Tapi skrg, ayah dah tak bela rabbit dah. Tak larat kot. Mmg rindu sgt ngan rabbit2 ayah. Takda dah benda nak buat peluk. Huhu

   Lagi bukti? Hmmmm...Flashback....Hah! Dulu, ayah ada bela burung merpati tau. Burung tu, ayah jumpa kat bawah pokok pinang. Sebab tinggi sangat, ayah pun tak dapatlah nak panjat letak lam sarang balik. Jadi, ayah pun bawak blek umah. Ada dua ekor. Dye org kecik2 lagi time tu. Ayah ni, klo bagi makan dye org, slalu ayah suap je. Sabarnye ayah walaupun dye org salu buat kotor. Akibat daripada habit tu, asal ayah balik keje je, mesti anak2 burung tu ekot ayah. Pastu buat bising. Sbb nk makan. Klo ayah letak lam bekas gitu je, dye org tak nak makan. Ayah kne kepal ckit2, kecik2, pastu suap sekor2. Heheh. Sampai dye org besar. Pastu, xdela men suap2 dah. dye org pandai makan sendiri. Ayah pun buat rumah dye org. Mmg satu hari suntuk ayah dok ketak ketuk buat rumah dye org. Sbb ayah tak nak simpan dye org lam sangkar. Biar dye org bebas terbang. Ayah cakap, kalo dye org pergi tak balik2, takpela. Burung kan? Mmg fitrah dye hidup lepas bebas. Kalau dye org balik, kte belalh. Ekot dye. Yang beznye, walo jauh mana pun dye org terbang, kalo tgk muka ayah kt dpn rumah, mesti dye org datang balik. Sygnye dye org kt ayah.

   Ayah pun suka kucing.....Time mama Domo nak beranak dulu, dye buat bising je. Sana sini jalan. Kasi tau kt kte org, Domo dah nak klua. Dye pi kat ayah, pastu, dgn lembutnya, ayah pun usap2 kepala dye. Ayah cakap2 lagi kt dye. "Nak branak dah ye? Meh cni.."  Ayah pun bawak mama Domo pi kat kotak ne. Kte org mmg dh siap2 dah kotak tuh. Ayah dgn sabar tunggu je dpn kotak tu. Bila kte org tinggalkan, mama Domo mesti kluar balik. Sabarnya ayah layan kerenah mama Domo time tu. sampailah Domo lahir. Domo sekor je yg kuar time tu. Takde adek badek lain. Kte org jge elok2. Sampai umo dye setaun gtu, Allah amek Domo. Huhu. Sedihnya time tu. Tragis. Masa tu, the day before raya. Sehari sblum raya. Kte org pun tgh sibuk buat kek. Domo lak asek dtg kacau. Lari sana sini. Abis tumpah itu ini. Jadi, ayah letak lam sangkar. Itupun sekejap je. Saya la time tu. Sye kesian tgk Domo lam sangkar tuh. Jadi, saya pun letak dye kat luar. Bawak dye men kt depan. Supaya tak kacau kte org bwat keje. Bagi makan dye. Sedara mara pun dh siap2 nak datang umah esoknya. Selain dtg ziarah raya, dye org pun nk men2 ngan Domo. Pastu, domo tido bwh keta. Ditakdirkan pula, santan abis lak time tuh. Jadi, ayah dgn penuh rushingnye, idopkan enjin keta dannnnnnnn...huhu...Skejap je, ayah dh terjerit kt depan. Time tu, sye dah agak dah...Mmg Domo yg kne langgar. Sal Domo ni manja. Klo kucing2 len, dye org dgr enjin keta je, trus blah. Tkot. Tapi, Domo tak gtu Dye dh besa dgn org.

   Ayah jerit2. Panggil nama saya. Saya pun, dgn pantasnye, lari lam bilik. Ape jadi pun, SAYA TAK MAU TGK! Adek sye pun nangis2 kat sblah sye. Sye tak nangis pun time tu. Tapi, sye sedih sgt. Ayah pun p dapur, kasi tau kat mak. Mak sedih sgt. Mak pun nangis jugak. Macam ayah. Sye mmg seharian tak cakap time tu. sye bru je ingat nak beraya ngan Domo. bila dh jadi cam tu....Huhuhuhuhu...Tak terkata apa2. Takpela. Mungkin dh ckup lme Domo ngan kte org, jadi sbb tu Allah ambik balik. Takpe. Domo tu, Allah yg punya. Allah kasi pinjam. Bila tiba masa, Allah ambil pulang. samalah macam kita semua nanti. Dari-Nya kte dtg, kepada-Nya jua kita kembali.....

   Ayah Oh Ayah..Kte org adek badek, sume hormatkan ayah. Sentiasa kagum dgn ayah. Ape je yg ayah buat, ayah tak pernah gagal untuk buat kte org ternganga. Hihi. Especially, bila ayah dah mula reka resepi sendiri. Bila ayah mula masak. Mmg kte org sume akan p dapur ekot ayah. Ada2 je yg baru ayah nak buat. Saya pun blaja masak dgn ayah. Tak brani dgn mak ( sbb mak ni perfectionist! kalo salah sikit, habislah) Ayah lain sikit. Ayah akan ajar satu2. Kalo salah, ayah betulkan. Kalo jasilnye x brapa nak betul pun, ayah kata takpe. Bila dah selalu nanti, ok la tu. Time ayah kawenkan bunga, kte org pun ekot blaja jugak. Camne nak potong batangnye, camne nak ikat, pastu nak letak baja banyak mana. Banyak benda, kte org blaja dari ayah. Sbb tu, makin hari, makin tambah hormat kte org pde ayah. Ayah pun mmg rajin layan kte org. Saya blaja moto n kreta pun dgn ayah jugak. Hahah. Tapi, lesen moto sampai skrg x dapat. Asek fail je. Alhamdulillah...lesen kreta sye dapat. First time drive keta ayah, ayah ban sye trus. Dye tak kasi drive lagi. Kalo sye mintak nk drive je, mesti ayah suruh pakai keta mak plak. Huhu. Ayah kte sye laju sgt. Ayah tak yakin. Lesen sye pun, sye x pegang. Ade kot kt rumah tu. Tapi, bila cuti sem hari tu, saya baliklah. ayah kai gak drive, sbb  sye dah awal2 amek kunci. Heheh. Tak dapatla nak buat apa. Tapi, ayah kasi dirve lam area tu je. Tu pun jln lurus je. Aduhhhh...Ayah oh Ayah!

   Hmmmm.....Ini je yg sye nak kongsi hari ne. Cite len, kte simpan tuk len entry lak. Tak boleh ctaw sume. Huhu. Walo apepun, sekali lagi, SELAMAT HARI AYAH BUAT AYAH DAN PARA AYAH SEDUNIA ( bukan para2 sakura ye..) JUGA BUAT BAKAL AYAH...SAYANGI AYAH ANDA....saya yakin, sume pun ada ayah2 yg hebat2 blaka. Baik ke, garang ke, diam ke, pemalu ke, ttp ayah kte. Ayah kte ade satu je. Takda ganti dye. Hargai beliau selagi ada. Doakan beliau ye, walau di mana jua kita berada.

AYAH! RESPECT YOU! YOU"RE MY HERO, PELINDUNG, WALI, BODYGUARD, DRIVER, (heheh) CHEF, AND ALSO MY MOTHER! (sometimes la...tak boleh tandingi MAK sebagai MAK...love u too mum. )



Friday, June 17, 2011

MARI KENALI HARI......

Assalamualaikum W.B.T.....


Alhamdulillah...Syukur kita panjatkan kepada Allah SW.T.....Dengan izin-Nya maish lagi kita diberikan peluang dan kesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu yang diharapkan akan memberi manfaat kepada kita semua. Hari ini, saya nak share something yang saya dapat daripada rakan baik saya. Semoga dengan perkongsian ini, dapat juga kita mengambil manfaat daripadanya...InsyaALLAH....


Oleh : Mohd Nur
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, Sekadar berkongsi pengetahuan yang ada, inipun dapat hasil dari “googling around the net”. Perlu di ketahui setiap kejadian yang Allah S.W.T ciptakan mempunyai kelebihan dan maksud yang tertentu, bukannya sia-sia. Allah menjadikan masa dalam seminggu tu ada 7 hari. Dalam setiap hari tuh, ade peristiwa-peristiwa penting yang tercatat dalam diari islam itu sendiri…menjadi memori sepanjang zaman

Peristiwa-peristiwa yang berlaku mengikut hari ini adalah…

Hari Isnin
1. Naiknya nabi Idris a.s ke langit..
2. Nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan..
4. Malaikat Jibril turun kepada rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia…nabi Muhamad s.a.w
7. Bukti keesaan Alah diturunkan…”Qul huwallahu ahad”

Hari Selasa
1. Wafatnya jurjis
2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
3. Nabi zakaria wafat pada hari ini juga..
4. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa…
5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.
6. Habil terbunuh hari selasa..

Hari Rabu
1. Allah meneggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi.
2. Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya (di laut merah)..
3. Allah menghancurkan Raja Namruz bin Kan’an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.
4. Allah menghancurkan kaum nabi Saleh a.s
5. Allah menghancurkan kaum nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat..



Hari Khamis
1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya.. (masa nih, Yusof jadi raja mesir yang terkenal).
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan nabi yusof..
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga…untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari khamis untuk mengajak firaun menyembah kepada Allah.
6. Rasululllah s.a.w memasuki kota mekah selepas perjanjian hudaibiyah…

Hari Jumaat

1. Pernikahan antara Adam dan hawa
2. Pernikahan antara yusof dan zulaikha
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi syuaib a.s
4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan khadijah khuwailid.
5. Pernikahan antara nabi sulaiman a.s dengan Ratu balqis dari negeri Saba’
6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan fatimah az-zahra

Hari Sabtu
Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya…sebab..

1.Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya.
2. Kaum Nabi Saleh mencabar nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka.
3. Saudara-saudara Nabi yusof mengkhianati nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.
4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa
5. Orang2 yahudi mengkhianati dan menejar nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit.
6. Orang2 Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhamad di Darun Nadwah.
7. kaum yahudi melanggar perintah Allah dengan menagkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian.

Hari Ahad
1. Allah menjadikan neraka.
2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis
3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis
4. Allah menjadikan 7 anggota adam.
5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
6. Allah menjadikan bintang2 yang beredar..



   Diantara hari-hari yang tujuh itu..hari Jumaatlah yang paling mulia..dan digelar penghulu bagi segala hari..Banyak fadhilat yang boleh kita perolehi pada hari Jumaat.                                 (alhamdulillah....tahun ni, genap umur saya 19 tahun dan jatuhnya pula pada hari Jumaat...semoga dengan bertambahnya umur ini, semakin dekat dengan kematian, semakin dekat juga pada Allah S.W.T.....doa buat semua ya....)


 Begitulah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada sekian-sekian hari hanya dengan mengimbas kembali lipatan sirah nabawiyah, barulah kita dapat gambaran sepenuhnya. Alangkah baiknya kalau kita berada di bumi anbiya, bolehlah kita menuruti sejarah-sejarah silam, zaman pemerintahan nabi-nabi.

InsyaAllah moga sama-sama dapat ambil iktibar yang baik dan sempurna itu datang dari Allah jua, dan yang buruk itu juga daripada-Nya, disandarkan pula ke atas kelemahan saya sendiri,  hambaNya yang daif ini… Wassalam.....








Sunday, June 12, 2011

CINTA SEBAGAI SATU PELABURAN..

Assalamualaikum W.B.T.........

   No stress! No homesick! Arggghhhhh...Pejam celik, pejam celik. Jap lagi bulan lapan. Balik umah la......Yeahhhh!!! Raya tidak boleh tidak. Mesti kat rumah jugak. Nak merdeka ke, human graphic ke, I DON'T CARE. Missing my family, my sedara mara n my kucing2 so much...

   Well, ape kabo smue? Lama dah tak update blog. Kalo update pun, copy paste cite orang je (pengakuan ikhlas). Sebenarnya, dah tak tau apa nak cerita kat korang neyh. Tapi kan, tadi, time blogrunning, terpijaklah bumi blog kawan tercintaku (yang tengah tergelak-gelak depan laptop-tak tau nape)

   Nak tau dye cite sal ape? Sal cinta! Perrrrggghhhhh!!!! Sungguh tidak ku percaya. Coz' setahu sye, dye ni la yang paling geli geleman kalau cerita sal cintan-cintun. Kalau sye ne, laenlah. Bak kata orang " macam dah takda cite laen. Asek cinta manjaannnnnnggggg. " (well, do i care? sekati sye la kan? sye tak kacau korg. keh3)

   Jadi, sye pun nak crita pasal cinta jugak. Lagipun, it has been quite some time since sye share sye nye in depth sal cinta ne. (sorry kalo banyak perkataan BM yang dh rosak kat sini. Nak tulis ringkas2 je hari ne. Tak bez lak kalo asek formal je. No stress yar! and mungkin sounds a little bit rough nanti. So, just get ready. Sye tgh menulis dgn penuh perasaan ni. Nak wat post yg serius ckit. Tapi, SMILE! )

   Cinta ya....Hmmmmm......Cinta. Semua orang tau cinta tu macam mana. Macam mana orang yang jatuh cinta (mkn tak lalu, tdur tak lena, mandi tak basah, bla..bla..bla..) sekian..sekian.... Well, kalau sayalah,   tak pernah experience lagi simptom2 di atas. Kalau yg dikatakn jatuh cinta/syok sendiri tu, adelah kot. Sekali dua. Tu pun mak cakap NORMAL. Remaja yang tengah meningkat usia memang macam tu. (hormon berubah-secara saintifiknya. hahah) Tapi, takdela lme mana pon. Sehari dua. Esok lusa, dah tak ingt pun. Time muda2 dlu, sukala tgk cite cinta remaja. Cinta org tua. Cite thai, cite korea, cite industan (guling2 atas rumput. hahah ) cite mlayu nye cinta (bolehlah). Tersengih-sengih dpn TV tak tentu pasal.  (pengakuan ikhlas jugak neyh. ) Tapi, sejak dh jadi tua ne     (tualah sgt) tak bape lyn dh cite2 gtu. Kalau sekali-sekala tgk, adela.

   Next.....ini in depth sye pasal cinta. Senang cite, bagi sye, cinta ni macam matematik la. Ada naek turunnye. Nak buat equation jgak ke? Boleh2...Bagi clear sikit.  

Sebelum becinta
Cinta = 100%

Time becinta
Before nikah = 100% - 50% = 50% (seratus persen cintaku......50% persen bagi sama kamoooo....ni percintaan yang mashuk!! sebahagian diriku sudah menjadi milikmu..)

Dipanjangkan jodoh....sampailah ke jinjang pelamin..
Cinta pas nikah = 50% (ini baki cintanya utk suami or isterinya...banyak ni je ke yang tinggal? errrrr....hmmm)

Itu kalau kawen dgn orang yg kte kapel tdi tu...kalau kawen ngan org len? Nak bagi 50% je? Hmmm.....cukup ke? Alangkah kesiannya kat pasangan baru kite yang dapat separuh je cinta kite tu. Yang len dah kasi kat org sblum kawen lagi. Macam membazir kan? Kalau ekot sye nye cara, kalau dh bagi cinta, dh labur modal, sye mesti nak kawen ngan org tu, mesti dpt pulangan dye. Mana leh bazir2 gitu je. Tapi, modal tak pulang pun. Namun begitu, ini semua tak mungkin terjadi. Unless, kite cinta pas kawen. InsyaALLAH tak rugi. Kita kawen ngan jodoh kte yg Allah dh tentukan. Bukan dgn org yg kte cinta n berikn cinta. Kalau pnjg jodoh, adela. Kalau tak, agak rugi di situ andai dah mati2 bercinta. JIKA DIIZINKAN ALLAH, SAYA NAK KASI SUAMI SAYA CINTA YANG SOLID...AMIN... (usaha bukan mudah. jln yg ade bkn lurus n sentiasa bercahaya. selalu ade liku2 dan kekadang gelap. moga2 Allah terangi jln kte dlm mengejar keredhaan-Nya. Amin...)

   Well, orang slalu tanye kat sye. Kau ni apesal? Ape cer? Ape masalah? Normallah kalau bercinta time umo2 cam kte ne. Takkan sekali pun tak ingin kot? Tipula kalau camtu. Takde perasaan la kau tu. Macam mana kau bleh hidup cam robot gitu? (sampai hati ckp sye xde perasaan.)

   Bukan saye tak ingin.  Sebagai manusia besa, yg punya hati dan jantung, sye pun sesekali rse MACAM dh jtuh cnte pde makhluk Allah yg berlawanan jantina.  Tapi, mcm tadilah. Sye tak nak MEMBAZIR CINTA. Bercinta tak kena time n tpt n org itu adalah satu PEMBAZIRAN! Dan sye tak suka PEMBAZIRAN! 

   Lagipun, sye ni dh kne brainwash la kot. Kat sekolah dlu, (bukan nak cerita buruk sekolah sye. juz buat pedoman kte smua je. inilah hakikat remaja sekarang) kalau bercinta or berkapel je, mesti ade pegang2, mesti ade dating2, mesti duduk dua2, berhadapan, berpandangan, romance2 ------> ini tahap paling parah. (jujur sye ktekan, walopun sye x ske, tp dye org ttp kwn2 sye jugak. bila dh jdi mende2 yg x kne pde tpt n tak patut, sye pun rse sedih jugk..  ;( )

   Nampak tak apa yang sye ckp tu? Rsenye, smua org pun tau kan? Sebab tu la sye tak nak becinta ( cakap selalu sng. tapi, hati ni, kdg2 sukar kte kawal. tapi, kalo kte betul2 usaha, insyaAllah akan dipermudahkan segalanya..yakin pde Allah..) . Bagi sye, kalo becinta, mesti kne buat semua tu. MESTI. Tak sah kalo tak buat.  Oleh sebab itulah, ade baeknye x payah aje. Tak nmpak hala tujunya...Selalu tgk org bercinta gitu,  tengok lam TV or tgk dr jauh beranilah. Kalau nak suruh sye buat, maaf.....sye tak berkekuatan. Nak paksa jugak ke? Boleh! Boleh sangat! JOM PI JUMPA WALI SYE. Then, kte kapellah puas2. Lagi masyhuk! (tdk terlarang. sah di sisi undang2.)

   Itu sye nye pendapat time skolah2 dlu. Alhamdulillah...Setelah masok maktab tercinta, segalanya menjadi lbih bermakna. Kat sini lagi bnyk ujian n dugaan. Mcm2 ade. Tak usah nak cite la. Tapi, ilmu pun bertambah. Kalo dlu, sye elak cinta sbb x nk men pegang2, skrg ne, sye dh tau... Apa bala yg dibawak oleh cinta tak kne tpt ne. Sye dh mengerti cinta mcm mne yg patut kte kejar n cari. Sye dh faham hakikat cinta sbnr ne. Bkn sekadar utk menjauhkn dri drpd pegang2 je, tp, lbih dri itu. Sbb itu kte dituntut utk mengejar ilmu. Supaya kte tahu. Bila dh tahu salah, sedaya upaya kte cbe elak( meskipun kdg2 kte tumpas jugak pde bisikan syaitan. cpt2 taubat n istighfar). Saya tahu tahap mne teguh sye ni. Cinta? Bukan sesuatu yg sye bleh kawal kalau dh terjebak. So, sblum lemas, jgn mandi laut. Ombak kuat. Sedar tak sedar, dah dok lam dasar laut. Tak bernafas. (Lagipun, sye x ingat dh cre nak brenang)

   Takda masalh kalau org nak ajak kapel. Tapi, kne la sah dlu. Dan yang paling tak caye nye ialah, bila sye kemukakan syarat pengesahan tu(akad nikah), pasti org tu akan hilang lepas tu. Ajaib kan? Takpe. Sye paham. Those people are not more than just chickens  ------> coward@ penakut. Berani ajak kte wat dosa. Tapi, kte ajak wat baek, tak brani pulak.   Alasan common :

1. muda lagi.... (kalo dah tau muda lagi, yg memandai nak kapel tu ape cite? dok umah tlong ayah mak buat kje bepaedah kn lgi bagus? keje ke...kumpul duit..esok lusa, kawen, takla susah nak sara pemly..)

2. tak ready....( erkkk? ajak wat mende bek tak ready...ngajak wat dosa ready lak erk? tak paham betol..nk kte takde ilmu, ade. blaja tinggi2 lak tuh..)

3. takut family tak compatible laaaa..... ( family...hmmm....yg ni knela diconsider jugak. bak kte org2 tua, kalo kawen, bukan kwen ngan anknye je, kwen ngan familynye skali. dan pilihan terbaik mestilah yang org tua kte pilih. ----------> andai ditakdirkan sye pilih sendiri, moga direstui la. Begitu juga kalian semua. insyaAllah... moga jadi menantu terbaik buat mertua dan jadi isteri serta suami yg soleh n solehah..amin..)

4. tak kenal sgtla. nak kne kapel dlu. baru bleh kenal. kalo tak nak kapel, paling kurg pun, kenalah TEMAN TAPI MESRA. barulah tak nyesal nanti..(ini ALASAN! bangang nye alasan. klo nak kenal pun, ade cara dye. tak semestinye kapel2 bru leh kenal. itulah gunanye org tgh yg leh dpercayai)

5. tak bolehlah. awal sgt. nanti nmpk cam org desperate je..i'm not a desperado...nt tak pasal2 dicop gatai.     (well, sye dh slalu makan perkataan desperate ni. dah pecah gegendang tlinga kot. tapi, itulah hakikatnye. manusia lbih suka tuduh mcm2 drpd tgk setiap perkara tersirat dlm setiap perbuatan kte. sye paham. mmg kte x sempurna. sbb tu sye x marah kalo ade yg ckp gtu gni. mmg manusia suka bercakap. sbb sye ni jenis yg diam, sye ske dgr org ckp. silakn cakap.heheh)

6. takutlah. takut dye tak ske sye (ini tak bleh buat apela. kte, kalo ske org, tak gtaw, cmne nak jadi? tapi, kalo dh gtaw tu, knelah niat yg betol. bkn gtaw ske, pastu buat ske2 je. tau2 sendri la step2 nye pastu ek..)

   Banyak lagi alasan kaum lelaki sekarang asenye. Yang ni je antara yang terbiasa. Itulah sebab sstgh org lebih selesa single and not available (except to those yg ade guts- yg berani buat dgn cara yang betul- silakan. pintu terbuka luas utk anda-----> siap ade red carpet sekali...respect you all! bkn bnyk yg tau wat cre yg btol tp brani wat cre yg btol...lbh bnyk yg tau cre yg btol, tp buat cre yg paling bodoh sekali (maaf. agak kasar perkataan tu)...sekaligus merendahkan maruah di hadapan perempuan tu. ini bkn opinion sye sorg..ini opinion dr pelbagai perspektif.

   Well, kalau dah berkenan di hati, tapi masih bnyk alasan macam yg diutarakan sebentar tadi, ade beknya, stay away from that girl lah! STAY AWAY! JGN PERNAH TRY TEST AND DTG DKT CKIT PUN.
Even dgn alasan hanya sekadar nak berkawan or kenal2 dlu. Korg tak tau ke, ape yg korg buat ni akan buat pompuan tu berharap pde korg nt? Korg mmg la anggap besa je. Sbb korg mmg layan sume org sme. Tapi, pompuan ni sensitif dan mudah prasan tak tentu pasal (sye tau sbb sye pun pompuan jugak. tapi, takla semudah tu prasan. sbb sye x caye.)  

   Mende yg korg buat ne, smelah seolah-olah korg ingat pompuan tu murah dan mudah nak dapat. Kalo cakap gni, ade lak yg salahkn pompuan nt. " Alah. Mmg padan mke dye. Dye yg mudah tergoda dgn lelaki. Tak tau jge maruah dri. Dye sepatutnye tak layan aku dlu time aku ngayat dye. Aku nak test je tu. Setakat mne ketegasan dye. Rupa2nye, sme je ngan pompuan laen. MURAH " (ayat2 hampeh jantan tak guna. nak test la konon.) 

   Well, korg tau hti pompuan ne lembut. Jgnlh men2kan dye org lgi. Pompuan ni, akal nye 1 je, nafsu 9. So, not impossible la dye org akan jatuh pde kte2 manis or layanan baik korg, biar seteguh apepun dye. Maybe di luar nmpk keras n lgsung x mkn ayt2 korg. Tapi, dlm hati....pasti sedikit sebanyak tergugat jugak) Yg korg tu, akal 9, napsu 1. Yang pegi ngayat pompuan or try test dgn bgi layanan baik2 tu pesal? Kan....tak fahamlah..apela motif sebenar korg buat mcm tu..

    Jgnlah kte membuka lembaran dosa bersama-sama. Kalau tak ready, persiapkan diri. Penuhkan lubang2 yang terkurang tu. InsyaALLAH, yg baik jugak yang kte dpt nanti..(pesanan khusus buat diri sendiri yang compang camping di sana sini. seperti pengemis yg menapak di muka bumi. mencari bekalan dan harta sehingga kte mampu dok di tahap tertinggi di sisi Allah. insyaAllah..doakan bersama )

   " Tapi, kau tak pernah jatuh hati ke? "

Ini soalan yang common. Macam sye ckp kt atas tdila. Sye pun manusia. Ade jantung, dup dap..Mestilah pernah maaa...Kdg2, sye cbe kte SYE TAK SUKA DYE. SYE TAK JATUH CINTA! Tapi, sye x dpt nk tipu perasaan sendiri. Tidak juga sampai sye brani menzahirkan segalanya melalui perbuatan yg tak bermoral. Lagipun, malaslah nak berharap-harap neyh. Diam2 sudaaa.... (doa jugak. ustazah sye salu ckp time sye form 4 dlu. tak salah doa utk jodoh kte walaupun kte msih muda lagi. kalau dia yang terbaik utk sye, moga dibukakan hati dye utk sye. moga andai tiba masanya, disatukan kami dalam keberkatan-Nya. meskipun tiada kata-kata indah sebagai penyambung bicara....huh! apa aku cakap ne? terlebih sudaaa....back to cerita sbnr)

    Lelaki sekarang neyh..Aduyai...Bukan boleh diharap sgt. Nak membongak je kejenye. Bajet baik, gitu gini, pastu len macam pulak yg dibuatnye... Lagipun, bnyk yg menilai pompuan berdasarkan paras rupa je (panahan iblis semata-mata). Percaya atau tidak...Inilah hakikatnya...Silalah mengaku, betol tak ape sye ckp ne? tgk rupa dlu, yg comel2, yg muka bercahaya, yg lawa2, muka dulu...skali terpikat, bru prasan quality2 yg len????? betul tak? ngaku je la..) 

   Ini pendapat org mcm sye la. Yang dipengaruhi oleh drama2 lam TV dan kisah2 percintaan shbt2 yg bnyk keciwa jiwa merana. Sye yg tengok pun merana. Sedikit sebanyak, sye belajar jugak. cinta itu begitu rupanya. Bila sakit, kita nangis. Org bersedih, kite pujuk. (walaupun tak tau cmne nak pujuk. Mcm biasa..buat lawak bodoh yg tak jadik. pastu bertambah-tambah menangis kwn sye. laz sekali, bagi tisu je la. itu je yg mampu sye buat.)

  Akhir sekali, harus diingat teman2 ku semua, cinta Allah juga yang paling besar dan abadi. Yang kekal dan hakiki. Jgn pernah lupa itu. Biar hilang cinta lain. Jgn hilang kasih Allah pada kita. Dan pesanan sye. Wahai kaum wanita. Jgn mudah percaya pada kaum lelaki. 

   Ayah pun ckp mcm tu. " Jgn percaya ckp2 lelaki kalau dh smpai tpt org. Cinta lelaki ni fleksibel. Hari ni dye ckp dye ske kamu, esok lusa dia mesti dah xde lagi. Pompuan len plak dye cari."

   Dlu sye ingat ayah tipu. Sal ayah pun lelaki. Takkan ayah nak ckp gitu lak sal lelaki? ( sye pk, ayah sje je gertak sye supaya sye x bercinta time skolah n fokus more on pelajaran. sye pun ekot jugak time tu. sal sye caye 100% cakap ayah sye. even until now) Tapi, skrg, bila dh dok jauh dr ayah, bru sye tau ayah cakap betul. Sye nampak sendiri. Dan jujur sye cakap, TERUKNYE lah lelaki tu. Gi usha sorg pompuan ne, ngintai dye sne cni, ekot dye sne cni (mcm seyes la sgt nk buat bini) pastu at the same time, gi usha sorg pompuan yg len lak. Apakah tujuan perbuatan ini? Tak tahu. Nak menambah calon dlm list kot..leps tu, tinggal pilih2 je la..Gitu? Sendiri mau tau...
 
   Dan lagi satu, jgn berharap sgt lah. Kalau cakap cinta di mulut, sye pun boleh jual2 pantun n kte2 manis macam tu je(it's just that i don't have time to do that. bek jual pantun lam pertandingan. dpt hadiah. tulis puisi cinta. hantar lam majalah. ok la jugak). Alahai, murahnya kata2 cinta org skrg neyh. Sekati2 je kasi kt sembarangan org.  Mmglah sronok kot, org lyn mcm princess, disaji dgn madu..Tapi, lelaki mcm tu, awal2 lagi dh spoil. Awal2 lagi dh tunjukkan kelemahan dye org. Layak ke utk dibuat suami? Maybe ade yg ckp..."Ala, pompuan tu pun bkn bek mana. Ade hti nak ngate org. Dye sendiri pun bengkok, ade hati nak yg bgus2. Cehhh!!" 

   Well, krn seseorang perempuan itu bengkok n tak cukup bgusla dye perlukan seseorang yg bgus utk membimbing dye. ( Tapi, jgn lpe juga. Kte pun kne usaha jugak utk jadi yg terbaik utk ayah kpd anak2 kte...)  Kalo semudah tu dye org ayt korg, semudah tu jugaklah dye jual gula kt pompuan len nanti. Wahai kaum adam semua! Sila buktikan CINTAMU DENGAN CARA SEBENAR! IJAB DAN KABUL! BUKTI KATA2 SEBENAR DARIPADA LELAKI SEJATI...HAHAHA..(gelak2 jugak. tapi ini serius! sye serius! kening berkerut...tet!!!)

   Laz skali (dr tdi dh ckp gni. tak abis2 jugak.) sye nak mintak maaf ea. Andai ada kaum rijal or kaum nisa' yang rse terpukul. Sye ni nk memukul dri sendiri sbnrnye. Alang2 nak sedarkn diri, baek sedarkan semua org skali. Kdg2, sye slalu berharap yg tak mungkin terjadi. Bila tulis gni, biar sye sedar diri sikit! Hidup di dunia nyata. Lelaki, tidak boleh percaya! Jgn percaya sehingga dia berani membuktikan diri dgn cara yg paling terhormat sekali.  Bnyk yg pandai membongak je. Penuh trick di sana sini. Ade ke yg jujur? Ade! Sye yakin ade. Tapi, mcm mne membuktikan kejujuran? Itulah yg jadi penanda arasnye nanti. 

   Minta maaf sekali lagi. Ape2pon yg kte lakukan, lakukanlah dgn cre yg terbaik dan diredhai. Jgn mencari kemungkaran Allah. Jgn ajak org buat dosa. Cukuplah sendiri buat. Muhasabah diri. Cinta manusia ni, haiiii....susah nak cakap. Semua dh besar. Sye pun dh besar. Makin besar ne, patut makin matang la. Bukan belajar tinggi2, tapi bodo pun bertingkat-tingkat. Ilmu mengayat pun bertambah-tambah. Teknik2 memikat pun semakin hebat. (paling menyampah dgn lelaki2 gni.) FIkir-fikirkanlah sendiri. (mcm org frust lak. tak pasal2..padahal bkn de pape pon. cme sedikit kecewa dgn org lelaki skrg ne...sikit je. dan susahnye sye rse bila sye ckit pun tak percaya kt korg ne. smua jadi susah. tapi, mmg sye tak boleh percaya jugak. huhu.) Well, kte smua tak sempurna. Apa lagi sye ne. Mcm2 kurang. Nak jugak nasihat org. Tapi, takpela. Amar makruf nahi munkar. 

   TANGGUNGJAWAB SEORANG MUSLIM. Perubahan tu makan masa. Kalau suruh rimau tukar belang dye semalam je pun tak dapat. Inikan pulak manusia. Semoga perjuangan kite sbg khalifah di muka bumi ni dapat keredhaan dari Allah S.W.T. Kdg2, kalo brani sgt pun susah jugak. Tapi, sye nk share jugak. Tak boleh dok diam je.  Fikir ea....FIKIR.......readykan diri utk PEMILIK CINTA SEBENAR...dan yg paling penting....JGN MEMBAZIR CINTA...JGN MELABUR PDA PELABURAN YG MERUGIKAN...CINTA ITU SUATU PELABURAN. SALAH TPT MELABUR, RUGILA JWBNYE...(bercinta mmg kne kedekut. tak boleh bazir2..) 

DOA SAYA AGAR KTE SMUA MAMPU MENJGE CINTA...JGE HTI..BERI PDE ORG YG SPATUTNYE...MELABUR, TETAPI TIDAK RUGI...USAHA SME2 YA..

WEL, ADAKAH SANGAT KASAR KATA2 DI ATAS? TAK BOLEH DITERIMA? TAK PERCAYA? SAYA TAK TAHU. LAIN ORG, LAIN CARA, LAIN JUGA PENERIMAANNYA. 

JGN AMEK ATI CKP2 SYE KT ATS NE. TAKDE NIAT NAK NGATE ORG. CME MENULIS DGN PNUH PRASAAN JE. MAAFKAN SEGALA SILAP DAN SALAH. SYE MANUSIA BIASA. TERKADANG TERASA JUGA SEPERTI NAK MENGEKSPRESI  DIRI. KALAU TERSALAH CAKAP, OR CKP BENDA BETUL TAPI KORG TAK DPT TERIMA, SYE PUN X DPTLA NAK BUAT PAPE SELAIN MEMINTA MAAF SAHAJA. KORG NK CKP APEPON PASNE, SKATI LE. SYE DH READYKN TLINGA UTK SAVE MNDE2 YG BEK DAN DELETE MENDE2 YG X BEPAEDAH N X BLEH PKAI OR SYE X SKE NK DGR. ONCE AGAIN, IT'S MY BLOG. NOTHING U ALL CAN DO TO STOP ME FROM SHARING MY THOUGHTS. PEACE. TAKMO GADO2, NGAROT2 NTH PAPE KT BLAKANG EA..NGEEEE...  ^_^

WASSALAM...


CINTA ITU SUCI SIFATNYA...
TIDAK BOLEH DIKOTORI DENGAN KEMAKSIATAN...
TETAPI PERLU DIRAIKAN DALAM REDHA-NYA...
YAKNI PENGHORMATAN DARI PERNIKAHAN....
HORMATI WANITA!
SAYANGI WANITA!
LINDUNGI WANITA!
DARI RAHIM SEORANG WANITA KAMU LAHIR
MEREMEHKAN SEORANG WANITA IBARAT KAMU BIADAB TERHADAP IBU SENDIRI!
BIADAB TERHADAP IBU SENDIRI!
LELAKI ITU SIFATNYA MELINDUNGI
JADILAH PELINDUNG
SEORANG SUAMI...
TEMPAT LETAKNYA KEHORMATAN SEORANG ISTERI
JADILAH LELAKI TERHORMAT!
^____^


Friday, June 3, 2011

Mari Jadi Seperti Lebah

Assalamualaikum W.B.T......

   Makhluk Allah sekalian alam semesta.....Jauh ke rantau orang hamba berkelana....Jauh sudah kaki ini melangkah...Jauh ke tengah malam mata ini dipaksa lelap tapi tidak mahu juga....Apa lagi yang ada di kotak fikiran sehingga sukar sekali mata ini dipujuk untuk kembali kepada fitrahnya yang perlukan rehat setelah seharian berbakti kepada jasad. Jari-jemari ini masih tidak mahukan rehat juga walaupun sudah puas ku gunakan sepanjang hari ini. Ada-ada saja yang mahu dikongsikan bersama kalian semua. Meskipun tidak tahu mahu bercerita kisah yang seperti apa.

   Hari ini...Ya..Hari ini..Hari ini penat sekali. Pertama kali merasa bekerja. Jika sudah tidak pulang, di koperasi maktablah tempat terbaik untuk mencari pengalaman. Teruja ada. Pahit ada. Manis pun ada. Dalam keadaan jasad yang sedang menebus dosa-dosa yang lalu, dengan mata kuyu serta badan yang terasa lemah sekali, tidak terasa kesakitannya apabila bersama menimba ilmu berharga bersama teman tercinta di bawah bimbingan pensyarah terhormat.

   Betul kata mak.. "Jangan dipandang rendah makhluk yang kecil." Lebah oh lebah. Sekali sengatanmu sudah cukup membuatkan aku terasa lemah. Sama seperti ibu juga. Dulu, jika disengat lebah, ibu pasti demam 3-4 hari. Begitu juga rasaku ketika ini. Sengatannya tidaklah sakit. Tapi, racunnya. Kesan racunnya yang membuatkan kita menjadi lemah.

  Segala yang berlaku tidak membuatkan aku benci kepada makluk kecil ini. Sebaliknya, bertambah kagumku pada makhluk kecil ciptaan Allah ini. Setelah melepaskan sengatnya, matilah ia.Sama seperti pengorbanannya demi menjaga sarang daripada ancaman luar. Rela berkorban nyawa demi mempertahankan tempat berlindungnya. Jauh sekali seperti kita yang sering saja mengelak daripada melakukan pengorbanan.

   Tidak seperti lebah. Terbangnya jauh. Tidak pernah mengadu penat. Terbang jauh mencari madu. Sesuatu yang baik untuknya. Dan kemudian, mengeluarkan yang baik pula untuk kita semua. Sering kita terlupa pada makluk istimewa ini. Hanya manis madu saja yang tampak indah. Tapi, pengorbanan serta penat lelah sang lebah yang membawa madu tidak pernah pula kita ketahui.

   Mari jadi seperti lebah. Perginya ke tempat yang baik. Mencari yang baik. Dan kemudian menghasilkan yang baik pula. Jangan jadi seperti lalat. Perginya ketempat yang kotor. Mencari yang kotor. Mengeluarkan yang kotor pula.

Ceriakan dunia denga senyuman semanis madu.................Chumilllllllll honey beeeeeeeee neeeeeee......Smile

^___________^

Wassalam.....