Kenapa berkongsi ilmu dan bertukar pendapat sering
dijadikan ALASAN untuk mendekati kaum wanita? Dan tak
kurang juga sebaliknya. Lebih buruk lagi jika "ingin
berukhwah" dijadikan sebahagian daripada alasannya.
Hina sangat ke "ukhwah" itu sehingga dijadikan alasan untuk
melunaskan niat ala "udang di sebalik batu?"
Bila menceritakan tentang ukhwah, bukan main lagi kita
bermadah. Ukhwah itu semanis coklat, ais krim, madu, bla,
bla, bla... Itu teori. Tapi bila sampai tahap praktikal, yang
manis dan indah-indah itu bertukar menjadi yang hitam,
yang keji.
"Ukhwah" itu suci. Jangan dihina dengan niat kotormu.
"Husnudzhon teman. Jangan seenak hati menilai niat
orang...."
Ini... Bilamana ukhwah semanis coklat semakin lama
menjadi ukhwah seperti coklat berulat, lama-lama, bau
busuknya pun tersebar ke serata tempat. Ulat-ulatnya pun
makin banyak yang keluar. Niat sebenar pun terserlah.
Jangan berALASAN.
Kalau benar ingin berfoya-foya, terus-terang. Tapi tolong,
jangan gunakan ukhwah sebagai alasan. Jika terasa lagi
seperti ingin menggunakan jalan "ukhwah", atau "berkongsi
ilmu" atau "bertanya" sebagai alasan, sila segera menghantuk
kepala ke dinding di sebelah anda sekuatnya. Jika benar
ingin berkongsi ilmu, ingin bertanya, tak mungkin di sekitar
anda itu tidak ada satu pun makhluk Allah yang tidak
mampu membantu anda.
Anda cuma sedang beralasan.
Manusia memang pandai dan suka beralasan. Saya yang hina
ini juga begitu. Tetapi, jangan berlebihan. Beralasan sehingga
sanggup menggunakan apa-apa sahaja untuk melunaskan
niat kotor. Semakin tinggi ilmu, semakin hebat pula kita
mencipta alasan. Mengapa begitu? Saya hairan. Adakah
kerana perempuan yang ingin didekati itu kelihatan
1) Lemah dan bodoh? Sehingga kita menganggap mudah
untuk kita memukaunya dengan kata-kata semanis
ukhwah?
2) kelihatan seperti "mangsa mudah?" Lantas kita segera
memasang taring dan kuku ilmu, bersedia untuk
menyerangnya sehingga dia tunduk pada kita?
3) ataukah kita yang terlalu hebat sehingga kita terasa begitu
bertanggungjawab untuk memberi ilmu kepadanya dan
melindunginya? (padahal kita belum/bukan siapa-siapa
padanya)
"Sudahkah selesai perkongsian ilmu bersama sahabat
sejantinamu yang dekat denganmu sehingga kamu ingin
beralih pula kepada sahabat berlainan jantina denganmu?"
Soalan ini ditujukan kepadaku dahulu oleh seorang sahabat.
Jangan berpura dengan kata-katamu sendiri. Aku memegang
kata-katamu ini.
Sudah-sudahlah dengan alasan kita. Saya juga. Kita semua
juga. Beralasan tidak akan permah membantu dan kerana
itu di akhirnya kita yang kecewa, tidak berjaya. Kerana
alasan dan niat kotor kita itu.
* Sekadar luahan hati. Siapalah aku untuk berkata begini.....
Maaf terkasar bahasa, terguris hati, tersalah tafsir.
No comments:
Post a Comment