andai kau sudi

Thursday, March 31, 2011

PEMUDA YANG IKHLAS DENGAN CINTA


Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis disitu : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum
melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."
Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.
Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.
"Catrina?"
Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.
Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."

-----------------------------------------------------------------TAMAT----------------------------------------------------------
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu? InsyaAllah masih ada lagi...

Thursday, March 24, 2011

Aku Perlu Waktu...

Assalamualaikum W.B.T....

   Apa khabar kalian semua? Semoga sentiasa sihat dan dirahmati-Nya selalu. InsyaAllah......

   Baru-baru ni, siswi dan siswa TESL, in collaboration with siswa siswi PAI (01) telah menamatkan aktiviti sukan dan rekreasi di Teluk Kemang, Port Dickson dengan jayanya. Segala-galanya bermula dengan lancar dan berakhir dengan baik juga. Alhamdulillah.

   Actually, saya bukan nak cerita pasal rekreasi ni sebenarnya. Sebab, macam biasa la kan. Kalau rekreasi, mesti untuk bersuka-suka dan bergembira selain sidikit sukan-sukan ringan. Saya rasa, pada hari tu, saya dapat nampak dengan jelas apa sebenarnya masalah pada diri saya selama ni. Saya kongsikan di sini agar kalian semua boleh memberikan cadangan dan mungkin beberapa sarana yang bernas untuk saya praktikkan. InsyaAllah...

   Sebenarnya, saya ni ada satu masalah pergaulan. Bukan terlalu bebas bergaul, cuma terlalu teruk. Terlalu teruk sampai menyakitkan hati orang kadang-kadang. Bukan pula bermaksud saya ni SOSIAL. Maksud saya tadi ialah, saya ni macam kera sumbang sikit. Ok. Bukan sikit. Tapi, banyak.

   Saya ambil masa hampir 2 sem untuk berkomunikasi dengan selesa bersama sahabat-sahabat sekuliah. Bayangkan, Hampir 2 sem. Kalau sebelum tu, saya dam-diam je. Tak berapa nak berkawan dengan mereka semua. Bukan kerana say sombong, tapi, saya SEGAN. Haaaaa..Itulah masalahnya. SEGAN. Dengan perempuan pun segan. Apa lagi kalau dengan lelaki. Tapi, alhamdulillah....Setelah hampir setahun dengan rakan-rakan sekuliah, saya dah boleh berkomunikasi dengan selesa bersama mereka semua.

   Masalahnya sekarang ialah, hubungan saya dengan pelajar jurusan lain. Saya sukar nak rapat dengan mereka semua kerana saya tak biasa berhubung dengan mereka. Tambahan pula, saya memang jenis yang tidak peramah. buka seperti rakan-rakan lain yang boleh bergaul dengan ramah mesra walaupun baru pertama kali bersua. Saya akan ambil masa selama hampir berbulan-bulan, sebelum saya boleh bercakap dengan selesa bersama seseorang itu.

   kadang-kadang, akan ada sahabat-sahabat yang datang kepada saya dan bercakap seperti biasa. Saya pula, seperti biasa, akan buat-buat tak kenal. Saya betul-betul minta maaf. Bukan kerana saya tidak mahu respon, tetapi saya malu sangat. Malu sebab saya tidak biasa dengan kalian semua. Sebab saya tidak rapat dengan kalian semua. Jadi, saya harap kalian tidak marah pada saya.

   Mugkin sahabat-sahabat semua fikir saya juga peramah kerana saya boleh berkomunikasi tanpa sebarang maslah melalui facebook atau telefon bimbit. Saya seperti lebih selesa begitu. Nak tahu kenapa? Kerana, saya tidak perlu berhadapan dengan kalian jika melalui facebook dan telefon bimbit! Saya paling lemah apabila urusan-urusan saya dengan pelajar-pelajar lain memerlukan saya berhadapan dengan mereka. Tambah-tambah lagi apabila terpaksa berurusan dengan pelajar lelaki.

   Ketika berada di PD, saya nampak sendiri bagaimana saya gagal sebagai seorang communicator yang berkesan. Selalu ada communication break jika melibatkan saya di dalam sesebuah conversation dengan pelajar-pelajar yang saya tidak biasa dan tidak selesa bersama. Maafkan saya andai saya tidak memperdulikan anda. Saya rasa malu. Bukan kerana saya ingin berlagak sombong. Malu. Itulah masalah terbesar saya. Saya harap anda semua faham. Pasti tiada masalah andainya urusan saya meibatkan pelajar-pelajar perempuan sahaja. Walaupun tidak biasa bersama, saya masih boleh bergaul dengan baik bersama mereka. Tapi, untuk pelajar lelaki, yang bukan rakan sekuliah saya pula, pasti sentiasa ada masalah.

   Saya cuma perlukan MASA untuk membiasakan diri dengan anda semua. MASA YANG CUKUP PANJANG. Jadi, saya harap anda semua boleh bersabar andainya saya selalu buat tak tahu atau buat tak kenal dengan anda semua. Padahal, kita semua sentiasa berkomunikasi melalui medium-medium lain. Saya tidak boleh berlagak seperti biasa bila perlu berhadapan dengan anda semua. Kita harus tahu, alam maya dan alam nyata adalah dua dunia yang cukup berbeza. Maafkan saya ya. Saya tidak berniat nak irritate sesiapa dengan perangai kera sumbang saya ni. Jadi, jangan rasa pelik andai saya sentiasa kelihatan bersendirian di mana-mana. Saya kurang pandai bergaul. Saya akui, saya lebih selesa bersama sahabat-sahabat sekuliah jika hendak dibandingkan dengan pelajar-pelajar lain yang saya tidak biasa. Jadi tidak hairanlah jika kalian mungkin melihat saya boleh berkomunikasi secara biasa dengan rakan sekuliah. Saya perlu waktu untuk rasa selesa dengan rakan-rakan yang lain.

   Jadi, kepada para pembaca yang ada apa-apa tips yang berkesan untuk menghilangkan barang sedikit rasa malu yang tidak bertempat ini, bolehlah postkan saja komen anda di sini. Akan saya cuba praktikkan. InsyaAllah...Saya rasa sampai di sini sahaja. Maafkan saya sekali lagi andai ada yang sudah tersakit hati kerana sikap saya ni. Saya tidak sengaja....Gomen.....Semoga berjumpa lagi dalam post yang lain. walaupun saya tak layan anda, atau selalu buat-buat tak kenal, tapi ketahuilah bahawa anda semua tetap sahabt saya dan saya harap anda juga begitu..Peace no war! Smile! Semoga diberkati ukhwah yang telah terjalin selama ini.  Wassalam...



Wednesday, March 23, 2011

Kekalkan Kami Di Sini, Ya Rabb....

Assalamualaikum W.B.T.....

   Syukur kepada Allah S.W.T. kerana masih memberikan kesempatan kepada saya untuk mencoretkan warkah indah penyeri teratak maya ini buat kalian semua. Semoga kalian semua sentiasa sihat dan berada di dalam limpah kurnia-Nya selalu. Amin.....

   Sudah sehari berlalu semenjak khabar angin yang tidak tahu hujung pangkal itu sampai ke pengetahuan saya. Seperti yang telah diuar-uarkan oleh sahabat sekuliah yang turut mengambil jurusan TESL, siswi dan siswa TESL mungkin akan dipindahkan ke maktab-maktab lain di atas alasan yang saya sendiri pun masih tidak pasti. Baru sahaja semalam berita BURUK ini samapi ke pengetahuan kami semua.

   Sejujurnya, saya teramatlah sedih di atas berita tersebut. Jantung ini, bagaikan sudah direntap-rentap dan terhakis seluruh anggota rasanya. Segalanya bercampur baur dan tidak ada walau sebesar zarah pun kegembiraan di hati saya terhadap isu ini. Sudah sehari suntuk saya tidak menjamah makanan hari ini. Entahlah. Berita ini membuatkan saya hilang selera. Hilang semangat. Sukar sekali untuk menguntum senyuman. Mencipta keriangan di dalam kepura-puraan.

   Seperti apa yang telah terjadi pada sem 1 yang  lalu, berita mengenai perpindahan pelajar TESL ke kampus lain turut menjadi satu isu besar. Dan seperti biasa, saya yang langsung tidak menunjukkan sebarang minat terhadap isu-isu perpindahan, akan terus melarikan diri daripada tempat kejadian andainya ada sahabat-sahabat yang berbicara mengenai isu ini.

   Walaubagaimanapun, setelah memasuki sem 2, iaitu pada tahun ini, kami telah diberitahukan sendiri oleh para pensyarah bahawa kami tidak perlu berpindah sehingga menamatkan ijazah di maktab  kesayangan saya ni (IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM). Namun begitu, tanpa disangka-sangka, isu itu muncul semula baru-baru ini.

   Sejujurnya, saya sangat menyayangi "rumah kedua" saya ini. Biar diberikan sedunia tanah mahupun selautan emas sekalipun, saya tetap tidak akan berganjak daripada pendirian saya ini. Mungkin pada sem lepas, saya tidak mahu berpindah kerana saya terlalu sayangkan sahabat-sahabat baru di sini. Namun, kini, segala-galanya adalah lebih besar daripada sekadar sahabat sahaja.

   Ia adalah mengenai saya dan maktab ini. Tempat yang sudah saya anggap seperti rumah sendiri. Tidak mungkin ada gantinya. Wang ringgit sekalipun tidak akan mampu membeli rasa kasih dan sayang saya terhadap tempat  ini. Saya sendiri pun tidak tahu apa lagi yang harus diucapkan. andai saja berita tersebut menjadi kenyataan, air mata ini, pasti akan kekeringan nanti. Kekeringan kerana terlalu banyak ditumpahkan. Apa yang saya tahu sekarang ialah, saya tidak mahu pergi. Saya tidak ingin pergi. Saya tidak pernah terfikir untuk pergi. Di sini saya dihantar pada pertama kalinya, dan dari sini jugalah saya akan keluar sebagai seorang guru! InsyaAllah...

   Hmmmm...Saya sedih. Semua kerja pun dah tak jadi sekarang ni. Bukan saya seorang sahaja, rakan-rakan yang lain pun turut bersedih. Bagaikan sudah patah semangat. Sampaikan tidur pun tidak lena. Oleh itu, entry kali ini saya tulis adalah untuk memohon agar kalian semua bersama-sama kami. Mendoakan agar kami terus berada di dalam kampus yang diselubungi dengan ketenangan dan biah solehahnya yang tidak mungkin akan saya dapati dari tempat lain. Hanya Allah yang tahu betapa saya sayangkan kampus ini. Doakan kami ya.

   Hmmmmm..Tetapi, segalanya adalah ketentuan-Nya juga bukan? Jadi, apa yang harus saya keluhkan lagi? Bukankah rencana-Nya adalah sebaik-baik perancangan? Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Walau apapun, sekali lagi, saya mohon daripada kalian semua supaya mendoakan kami semua di sini. Hingga segulung ijazah itu menjadi milik saya, saya tidak berharap untuk berganjak daripada "syurga" ini..insyaAllah...



Friday, March 18, 2011

SAAT LAFAZ SAKINAH...



Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda
Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu


sekadar perkongsian...lagu ni buat hati saya tersentuh...teringat kat ayah...


Sakitkah Kenyataan Itu?



Ya Allah...
Hati ini...hati ini sakit sekali...
Terasa bagaikan sudah ditusuk-tusuk dengan belati...
Duri-duri yang tajam sekali...


Ya Rabb...
Pada siapa silapnya kali ini?
Adakah pada hamba lagi?
Kerana sudah tersilap menilai keindahan sebuah peribadi...


Ya Muhaimin...
Hamba kira ia sesuci baldu...
Semanis madu...
Rupa-rupanya pahit, sepahit hempedu...


Hamba kira ia seindah permata...
Kilauannya tiada tara...
Rupa-rupanya hamba sudah dibutakan mata...


Hamba kira semuanya benar belaka...
Kerana manis mulut mengatur bicara...
Hamba terpedaya oleh kata-kata...


Tika Kau perlihatkan segalanya...
Terbuktilah yang batil dengan haknya...
Lembut gigi dari lidah...
Berbaur dusta dalam bermadah...


Ya Rabb...
Itukah kenyataannya?
Beginikah rasanya?
Sakit dan tersiksa?


Ya Allah...
Syukur hamba kerana kau bukakan mata...
Pada dusta serta madah tipu daya...
Kini hamba sudah percaya...
Kenyataan itu tidak indah selamanya...
Bila cantik, indah rasanya...
Bila jelek, sakitlah ia...



Wednesday, March 16, 2011

memoir buat-Mu

i don't know but i believe
that some things are meant to be
and that YOU'LL make a better me
everyday i love YOU


i never thought that dreams came true
but YOU showed me that they do
YOU know that i learn somethng new
everyday i love YOU


'cos i believe that destiny
is out of my control
and YOU'LL never live until YOU love
with all YOUR heart and soul


it's a touch when i feel bad
it's a smile when i get mad
all the little things i am
everyday i love YOU 


i know that i am truly blessed
everyday i love YOU
and i'll give YOU my best
everyday i love YOU

insyaAllah....




 


Tuesday, March 15, 2011

Bicara Hati Yang Dibelenggu

 


Assalamualaikum W.B.T......


   Buat sahabat setia, teman sejiwa yang sentiasa dekat di hati. Kesejahteraanmu, kebahagiaanmu serta kedamaianmu sentiasa menjadi warkah perutusanku buat Dia yang Maha Mendengar. Moga bait-bait utusan rinduku pada-Nya sentiasa mendapat kurnia serta rahmat dari-Nya. Agar terus engkau bahagia meskipun sejuta badai melanda....


   Wahai teman yang dekat di hati...
Perutusanku kali ini, besar harapanku agar engkau mengerti. Perutusanku kali ini bacalah dengan mata hati. Agar kau tidak tersilap lagi dalam mentafsir igauan sebuah mimpi. Nukilanku kali ini adalah bicara sebuah hati. Hati yang terbelenggu olehmu, duhai teman.


Kau datang seperti bayu pantai. Menghembus lembut sebuah jiwa halus yang rindu dibelai. Dibelai dan dikasihi oleh insan sepertimu. Di saat itu aku jatuh, leka dan lalai. Sungguh teman, tidak ku sandarkan khilaf itu ke atas dirimu. Namun, segalanya ku letakkan di atas pundakku sendiri. Silapku kerana menyalahertikan setiap kata-katamu.


Cita-citaku tinggi teman. Aku ingin ke syurga. Ke syurga sebagai seorang wanita yang mendapat tempat terbaik di sisi-Nya setelah diredhakan oleh suaminya kepergiannya. Aku ingin menjadi seperti wanita itu. Lantas, ku bina tembok yang cukup tinggi. Kukuh lagi teguh. Setiap sapaan syaitan itu ku tepis dengan penuh kekuatan, sehingga aku merasakan bahawa aku sudah cukup kuat untuk menangkis segala pujuk rayu yang membisik-bisik di kala aku merebahkan tembok itu.


Namun, segala-galanya berubah sekelip mata semenjak engkau tiba. Tembok kukuh itu runtuh bagai dilanda badai. Badai lembut yang kau hembuskan. Besi-besi kukuh yang yang telah ku canai dan bakar dengan api yang panas membakar, cair kembali  setelah kau hembuskan nafas hangatmu berserta kata-kata indah yang melemahkan jiwa. Sekali lagi teman, tidak ku sandarkan kesilapan itu padamu.


   Wahai teman, sahabat sejati...
Bukan dirimu seorang yang datang mencuri hati. Bukan dirimu seorang yang hadir membawa mimpi. Setiap satu yang datang padaku, semuanya hadir dengan belenggu. Satu-satu belenggu itu dirantaikan ke hati kecil ini. Satu-satu tiap yang datang menuntut tempat di hati ini. Satu-satu tiap yang hadir ku biarkan bermaharajalela, membina singgahsana masing-masing di istana hati ini. Dan kau teman, turut hadir pada tapak yang sama, bersama belenggu yang kau ikat teguh, membelit di hati kecil ini. Hingga tiba satu saat di mana aku sudah tidak mampu menanggungnya lagi. Hingga tiba satu saat di mana aku rasa lemas dan rimas. Tidak ketemu ruang untuk bernafas. Hati ini terasa berat, berat seperti dibelenggu. Bukan satu, tetapi beribu-ribu.


Kematangan mengajarku erti sebuah kehidupan. Cabaran serta dugaan yang menyapa mengajarku erti indahnya kesabaran. Bersama segala cubaan dan dugaan, datang engkau dengan sebuah harapan. Ku hargai teman, segala kenangan yang telah kita lakarkan. Indah saat itu di kala aku merasakan bahawa engkaulah insan yang layak ku kurniakan tempat di hati ini. 


Dengan takdir-Nya teman, ditiupkan ke batin ini sekelumit kekuatan. Kekuatan untuk melepaskan diri. Kekuatan yang selama ini aku tergapai-gapai di dalam kegelapan untuk mencari. Kekuatan itu, ku genggam teguh. Ku perkemaskan langkahku. Menuju ke lubuk hati sendiri.  Satu-persatu mahligai yang dibina berasas belenggu rasa aku musnahkan. Satu-persatu raja-raja yang bermaharajalela aku tumpaskan. Tidak kurang juga syaitan-syaitan yang bertopengkan para perwira aku usir pergi. Sehingga mereka menyerah pada keteguhanku. Sehingga akhrinya belenggu-belenggu itu mereka buka sendiri. Sedikit demi sedikit, hati dilepaskan pergi. 


Namun, teman. Masih ada satu. Satu yang tinggal memohon untuk dirungkaikan. Dan oleh itu teman, aku merayu! Merayu padamu. Tolong! Tolong bukakan belenggu itu dan biarkan aku terbang bebas menggapai cita-cita. Biarkan aku ringan semula untuk terbang setinggi-tingginya. Kerna aku percaya, padamu insan, masih ada rasa belas kasihan buat aku yang perlukan bantuan. Kerna belenggu itu engkau yang ikat sendiri, kini aku menagih semula hati dengan harapan agar engkau membukanya kembali.


   Wahai teman yang sudah mengerti...
Kini, segalanya sudah jelas bagiku. sudah terang bersuluhkan pelita iman dan sinar hidayah. Lembaran dosa-dosa yang lalu, ku pohon bersama kita menutupnya. Kita bukakan lembaran baru. Kita hiasi dengan lukisan indahnya syurga. Warna-warni seperti kuntuman bunga di taman raudhah.


Kini, aku sudah dewasa. Sudah mampu melihat ke dalam segalanya. Segala coretan hati dan luahan rasa, ku mohon jangan engkau salah mentafsir maksudnya. Hati ini kini sudah lepas bebas. Tidak mungkin akan terbelenggu lagi. Ku mohon curahan hati yang bebas ini kau baca dengan mata. Mata hati. Jangan sampai terpedaya. Pada kiasan kata-kata yang berbau cinta namun hakikatnya tidak membawa apa-apa makna. Kerna sudah menjadi kebiasaan bagiku menulis kata-kata cinta buat pedoman dan renungan bersama, ku harap jangan sampai engkau terlihat akan lain maksudnya....


   Wahai teman sahabat seperjuangan...
Ku harap engkau sudah mampu melihat kini. Aku kini hanya insan biasa yang menurut kata hati untuk terus melakar bait-bait cinta suci buat tatapan para insani, buat pengertian sang sanubari, namun itu bukan tandanya aku dahagakan cinta itu sendiri. Aku menulis buat bacaan para insani. Yang juga sepertiku...Punya hati, punya rasa.....


Sampai di sini saja bicara hati. Dari hati ini, ku sampaikan ke hatimu. Agar engkau mengerti bahawa aku bukan seperti dahulu lagi. Agar jangan sekali kau tersalah erti. Sehingga waktu menetukan, kita pasti bertemu lagi. Ingatlah, meskipun tanpa bait-bait indah pengisi hari-hari, engkau tetap SAHABATKU yang sejati... Wassalam.....





Mencintai Seseorang Yang Tidak Sempurna Dengan Cara Yang Sempurna



Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai,
Ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat,
Itulah kesempatan
Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatkan mu tertarik, Itu bukan pilihan
itu kesempatan.
Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan ,
Itupun adalah kesempatan .
Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut,
Bahkan dengan segala kekurangannya,
Itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan.
Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun apapun yang terjadi,
Itu adalah pilihan .
Adalah pilihan yang harus kita lakukan.
Bahkan ketika kita menyedari bahawa masih ramai orang lain
Yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasanganmu Dan tetap memilih untuk mencintainya,
Itulah pilihan.
Perasaan cinta, simpati, tertarik,
Datang sebagai kesempatan pada kita.
Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan.
Pilihan yang kita lakukan.
Berbicara tentang pasangan jiwa,
Ada satu petikan dari filem yang Mungkin sangat tepat :
“Nasib membawa kita bersama, tetapi tetap bergantung pada kita
bagaimana membuat semuanya berhasil”
Pasangan jiwa boleh benar-benar ada.
Dan  sangat mungkin ada seseorang
Yang diciptakan hanya untukmu.
Tetapi tetap berpulang padamu
Untuk melakukan pilihan apakah engkau ingin
Melakukan sesuatu untuk mendapatkannya, atau tidak,
Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa kita,
Tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita,
Kita ada di dunia bukan untuk mencari
seseorang yang sempurna untuk dicintai
TETAPI untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna
dengan cara yang sempurna
“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu akan bahagia.” (Muttafaqun ‘Alaihi)
“Apabila kamu sekalian didatangi oleh seseorang yang warak dan akhlaknya kamu redhai maka kawinkanlah dia. Jika kamu sekalian tidak melaksanakannya maka akan terjadi fitnah di muka bumi ini dan tersebarlah kerosakan.” (HR. At Tirmidzi)


 http://akuislam.com/blog/renungan/belajar-mencintai-seseorang-yang-tidak-sempurna-dengan-cara-yang-sempurna/