andai kau sudi

Wednesday, March 23, 2011

Kekalkan Kami Di Sini, Ya Rabb....

Assalamualaikum W.B.T.....

   Syukur kepada Allah S.W.T. kerana masih memberikan kesempatan kepada saya untuk mencoretkan warkah indah penyeri teratak maya ini buat kalian semua. Semoga kalian semua sentiasa sihat dan berada di dalam limpah kurnia-Nya selalu. Amin.....

   Sudah sehari berlalu semenjak khabar angin yang tidak tahu hujung pangkal itu sampai ke pengetahuan saya. Seperti yang telah diuar-uarkan oleh sahabat sekuliah yang turut mengambil jurusan TESL, siswi dan siswa TESL mungkin akan dipindahkan ke maktab-maktab lain di atas alasan yang saya sendiri pun masih tidak pasti. Baru sahaja semalam berita BURUK ini samapi ke pengetahuan kami semua.

   Sejujurnya, saya teramatlah sedih di atas berita tersebut. Jantung ini, bagaikan sudah direntap-rentap dan terhakis seluruh anggota rasanya. Segalanya bercampur baur dan tidak ada walau sebesar zarah pun kegembiraan di hati saya terhadap isu ini. Sudah sehari suntuk saya tidak menjamah makanan hari ini. Entahlah. Berita ini membuatkan saya hilang selera. Hilang semangat. Sukar sekali untuk menguntum senyuman. Mencipta keriangan di dalam kepura-puraan.

   Seperti apa yang telah terjadi pada sem 1 yang  lalu, berita mengenai perpindahan pelajar TESL ke kampus lain turut menjadi satu isu besar. Dan seperti biasa, saya yang langsung tidak menunjukkan sebarang minat terhadap isu-isu perpindahan, akan terus melarikan diri daripada tempat kejadian andainya ada sahabat-sahabat yang berbicara mengenai isu ini.

   Walaubagaimanapun, setelah memasuki sem 2, iaitu pada tahun ini, kami telah diberitahukan sendiri oleh para pensyarah bahawa kami tidak perlu berpindah sehingga menamatkan ijazah di maktab  kesayangan saya ni (IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM). Namun begitu, tanpa disangka-sangka, isu itu muncul semula baru-baru ini.

   Sejujurnya, saya sangat menyayangi "rumah kedua" saya ini. Biar diberikan sedunia tanah mahupun selautan emas sekalipun, saya tetap tidak akan berganjak daripada pendirian saya ini. Mungkin pada sem lepas, saya tidak mahu berpindah kerana saya terlalu sayangkan sahabat-sahabat baru di sini. Namun, kini, segala-galanya adalah lebih besar daripada sekadar sahabat sahaja.

   Ia adalah mengenai saya dan maktab ini. Tempat yang sudah saya anggap seperti rumah sendiri. Tidak mungkin ada gantinya. Wang ringgit sekalipun tidak akan mampu membeli rasa kasih dan sayang saya terhadap tempat  ini. Saya sendiri pun tidak tahu apa lagi yang harus diucapkan. andai saja berita tersebut menjadi kenyataan, air mata ini, pasti akan kekeringan nanti. Kekeringan kerana terlalu banyak ditumpahkan. Apa yang saya tahu sekarang ialah, saya tidak mahu pergi. Saya tidak ingin pergi. Saya tidak pernah terfikir untuk pergi. Di sini saya dihantar pada pertama kalinya, dan dari sini jugalah saya akan keluar sebagai seorang guru! InsyaAllah...

   Hmmmm...Saya sedih. Semua kerja pun dah tak jadi sekarang ni. Bukan saya seorang sahaja, rakan-rakan yang lain pun turut bersedih. Bagaikan sudah patah semangat. Sampaikan tidur pun tidak lena. Oleh itu, entry kali ini saya tulis adalah untuk memohon agar kalian semua bersama-sama kami. Mendoakan agar kami terus berada di dalam kampus yang diselubungi dengan ketenangan dan biah solehahnya yang tidak mungkin akan saya dapati dari tempat lain. Hanya Allah yang tahu betapa saya sayangkan kampus ini. Doakan kami ya.

   Hmmmmm..Tetapi, segalanya adalah ketentuan-Nya juga bukan? Jadi, apa yang harus saya keluhkan lagi? Bukankah rencana-Nya adalah sebaik-baik perancangan? Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Walau apapun, sekali lagi, saya mohon daripada kalian semua supaya mendoakan kami semua di sini. Hingga segulung ijazah itu menjadi milik saya, saya tidak berharap untuk berganjak daripada "syurga" ini..insyaAllah...



1 comment:

KHAIRUNNISA' said...

insyaAllah..doakan kmi juga..adess...dh lpe pun pasal post ni..ade pulak yang komen..jdi teringat semula..mengundang kesedihan ni..huhu