Assalamualaikum W.B.T.....
Apa khabar saudara-saudaraku semua? Sihatkah? Atau sedang sakit? Atau sedang dilanda musibah? Tidak mengapa. Kalau kita rasa kita bermasalah, kita bermusibah, kita susah, cuba fikir semula. Agak-agak, saudara-saudara kita di Palestin tanah berdarah bagaimana? Tentu lagi susah bukan? Tentu lagi parah bukan? Oleh sebab itu, jangan lupa untuk mendoakan mereka semua ya, jika itu yang paling kurang yang kita bisa lakukan.
Sudah lama tidak cerita-cerita bersama kalian semua. Asyik copy paste je. Heheh. Hari ni, mari story mory. Pukul 2 pagi, time tengah melambak KKP, dengan poster yang tak siap lagi dan presentation yang harus dibentangkan esok hari(still on the way), tiba-tiba, saya terlihat sahabat seperjuangan @ partner KKP sedang lena diulit mimpi. Sudah sejam agaknya.
"Ya Allah! Mengantuk sekali hamba-Mu ini. Ingin saja rasanya mengikut jejak langkah partner ke alam mimpi."
Tengok tu! Hati berbisik lagi! Mata terpejam-pejam dan kepala sudah tersengguk-sengguk! Apa yang harus saya lakukan kini? Bangunkan partner yang tengah lena, atau tidur saja, atau......untuk kebaikan bersama, saya teruskan saja kerja yang tertangguh ni?
Nak bangunkan ke? Tak sampai hati la pulak... Nak tidur ke? Kalau tidur, siapa pula yang nak buat semua kerja ni? Jadi, ada baiknya, kita ambil jalan selamat. Biarlah saya yang berkorban hari ni.
"Eh! Mana boleh macam tu! Kita kan partner! Kenalah sama-sama buat kerja!"
Berbisik lagi suara kecil tu. Macam biasa, saya biarkan saja. Terus dengan kerja seperti biasa. Bila macam ni, ramai orang cakap saya ni terlalu lembut. Bukan lembut apa. Lembut hati. Tak pandai nak keras sikit. Selalu kalah je. Sebab tu selalu kena. Atau dalam bahasa kasarnya....BODOH! (saya tak nak sebut ni sebenarnya)
Well, bagaimana nak jawab statement ni? Bagi saya, lembut hati ke, lembut ape ke...Itu bukan isu. Kadangkala, tak semua kerja berkumpulan, kita akan mula bersama-sama dan selesai juga bersama-sama. Sudah pasti ada yang akan tumpas di tengah jalan. So, yang masih mampu bertahan, why not, untuk kebaikan bersama, kita teruskan sahaja? Mengapa nak ambil jalan susah dengan melayan kata hati yang sering berprasangka buruk terhadap rakan sendiri. Anggap sajalah kita buat kerja lebih sikit hari ini kerana itu rezeki kita. Mungkin di waktu-waktu lain, dia pula yang akan berkorban untuk kita? Siapa tahu?
Sekarang, saya nak tanya kalian semua. Mesti semua pernah alami situasi ni kan? Macam mana kita handle situasi ni ek? Masing-masing hidup dengan sifat istimewanya sendiri. Jadi, saya yakin, semua orang ada cara-cara yang tersendiri.
Ada orang akan teruskan saja dan kemudian attack partner dia setelah selesai segalanya. Ada pula yang akan buat sendiri saja dan simpan rasa sakit di dalam hati. Ada pula yang akan buat sendiri juga, tetapi kemudian luah segalanya kepada sahabat yang lain kerana sudah tidak tahan lagi. Dan...ramai orang akan cakap....sabor je la...
Ya. Sabar. Kalau tak cuba, memang tak tahu kesannya. Tahu tak betapa tenangnya hati yang marah bila cuba bersabar? Daripada marahkan kawan tak tentu pasal, tapi kerja tak juga jalan, nak bangunkan kawan pun tak sampai hati juga, ada baiknya bersabar sahaja. Duduk diam2 kejap, dan lupan pasal semua perkara. Kosong! Betul-betul kosong! Buang rasa marah jauh-jauh! Lupakan pasal kerja yang melambak dan buat perlahan-lahan.
" Hmmmmm....Sunyi-sunyi begini pun seronok juga. Senyap je. Buat pelan-pelan. Baru terasa seronoknya. Pejam celik,pejam celik, dah siap pun! " Kan baik kalau bersabar. buat kerja pun rasa seronok sebab tiada rasa marah.
Apapun cara yang kita buat, itu adalah PILIHAN kita sendiri. Alangkah bagusnya kalau kita dapat bermanis muka sahaja. Tidak perlu menyimpan dendam atau rasa sakit hati. Dengan itu, hubungan sesama kita dapat dijaga.
Tapi, harus diingat! Situasi dan pilihan untuk meneruskan segalanya sendiri seperti yang telah dinyatakan diatas hanya boleh diaplikasikan pada keadaan-keadaan tertentu. Memanglah benar kita harus menjaga hubungan itu, tetapi andai sudah melampaui batasannya, kita kena tegas juga, walaupun kita rasa tak sampai hati atau rasa kasihan. Melampaui batas di sini adalah, partner kita tadi tidak mahu membantu walau sedikitpun. Hanya menyerahkan segala-galanya kepada kita. Atau dalam erti kata lain, kita buat semua, dia letak nama atas front page je.
Dalam situasi ini, kita memang kena tegas. Tegurlah dia walaupun dari dalam perut kita dah bersahabat. Ataupun, kalau dah rapat sampai tak sanggup nak tegur sedikitpun, ambil langkah yang lebih mudah untuk kepentingan di masa hadapan. Untuk kerja di lain waktu, kita cuba bekerja dengan orang yang lain pula. Dengan itu, barulah kita tahu siapa yang sesuai dan serasi bekerja bersama kita. Jangan pula hanya menahan sahaja dan membiarkan diri diperlakukan sesuka hati. Lembut hati begitu akan memudaratkan diri sendiri.
Well, kalau saya, saya teruskan sahaja. Macam saya cakap tadi. Tapi, bila hendak memilih jalan itu, harus ada kerelaan di hati. Bukan rasa keterpaksaan. Pentingnya kita rasa rela dan senang untuk mengelakkan sifat marah atau dendam bertandang ke hati kita ni. Itu yang kita tidak mahu kerana elemen-elemen negatif seperti itu boleh merosakkan suasana pembelajaran dan kehidupan seharian. Bayangkan jela, 5 tahun lagi nak mengadap muka yang sama ni. Takkan kerana hal sedikit nak bermasam muka kot..Tersiksa lah hidup kalau begitu.
Nak gaduh-gaduh macam tu ke? Saya tak nak. Simpan dalam hati pun rasa sakit. Jadi kawan-kawan, pilihlah jalan terbaik dalam menyelesaikan masalah partner tidur ni. Setiap jalan pun boleh kita gunakan. Tapi, harus dikira kesannya nanti. Bagi yang lembut hati pula, kalau kerja tu sikit sahaja, tidak ada salahnya diteruskan sendiri. Tapi, haruslah kita rela di hati. Itu yang penting. Tapi, kalau tak mampu buat sendiri atau tak rela, ada baiknya minta dia turut serta, walaupun dia penat. Biar kita sama-sama penat. Itu adat berpasukan.
Wokeyh, sampai di sini saja kot. Asek blogging je. Kerja pun tak jalan. Esok dapat mata panda pulak.Buat PILIHAN terbaik ya! Kepada partner2 yang jenis suka tidur pula, janganlah macam tu. Bukan tak boleh berehat, tetapi kita kena consider sahabat kita juga. Kita penat, dia pun penat. Kasihan juga padanya. Tidak baiklah andainya dia nanti rasa sakit hati pada kita. Jadi, fikir-fikirkanlah ya. Wassalam...
No comments:
Post a Comment