Assalamualaikum W.B.T
Salam sayang serta peluk cium buatmu teman yang kini sudah jauh di mata. sudah lama tidak ketemu. Pintaku agar kau sentiasa dinaungi kasih sayang-Nya dan sejahtera bersama insan tercinta.
Sesungguhnya, penyesalan ini tidak pernah pudar dari sanubari, malah semakin menebal dari sehari ke sehari. Kita serupa tapi tak sama. Kita seagama tapi berbeza. Kita bergelak taw tapi di dalamnya tersimpan seribu rahsia.
Masihku ingat bagaimana dahulu kita menyulam kenangan terindah di saat-saat kita masih lagi mengerti apa itu erti sebuah persahabatan sejati. Tidak ada sengketa mahupun perbalahan. Tidak punya walau sekelumit rasa dendam terhadap diri masing-masing meskipun kerapkali badai melanda. Meruntuhkan kepercayaan terhadap sesebuah persahabatan itu.
Sudah jauh aku merantau. Baru kini aku terasa. Sunyinya tanpa kau di sisi bersama. Tidak ada tempat untuk berkongsi segala duka lara. Hanya pada-Nya kini aku curahkan segala isi hati yang tersirat, di sebalik raut wajah yang menggambarkan kepalsuan yang tersurat.
Adakah kau bahagia, teman? Sudahkah kau membina mahligai indah bersama dia yang dahulu kau ceritkana kepadaku dengan gemilang sinar cahay di matamu? Masihkah kalian punya cinta seperti dahulu? Atau sudahkah cinta itu pudar seiring waktu? Aku sendiri tidak pasti, duhai teman.
Aku tidak punya teman istimewa asepertimu di saat itu. Malah hingga kini juga. Masih seperti dahulu. Masih sahabatmu yang kau kenali dahulu. Tidak pernah berubah walau sedikitpun. Meskipun aku tidak punya si dia sepertimu, namun kuntuman senyuman yang kau hadiahkan kepadaku di saat-saat kau bahagia bercerita mengenainya mencalitkan setitis madu di bibirku, lantas wajah keluh kesah ini tersenyum semula meskipun di saat itu hati ini diruntun seribu kesedihan kerana kau bakal ku tinggalkan jua demi mengejar cita-cita yang menggunung tingginya.
Kadangkala aku ingin menjadi sepertimu. Ingin bebas mencurah rasa sepertimu. Lantas aku terkadang terlihat melakukan sesuatu yang tiap kali membuatmu merasakan bahawa aku sudah jauh berubah dari tingkah asalku. Mengapa teman? Tidakkah kau suka pada perlakuanku itu? Aku cuma ingin kita sama. Serupa. aku ingin menjadi sahabatmu yang bisa menyelami hatimu. Yang bisa kau kongsikan segalanya bersama. Tidak ada rahsia barang sedikitpun.
Maafkan aku andai aku menjauh. Bukan itu kehendakku. Tetapi kerana aku merasakan bahawa kita sudah tidak serasi bersama. Kita sudah terasa asing. Dari sekecil-kecil perucapanku, dapat ku lihat dari matamu sedikit rasa keganjilan ketika bersamaku. Aku tidak tahu teman. Mengapa kau berubah? Adakah kerana aku yang sudah berubah? Atau kerana dirimu sendiri? Sungguh aku tidak mengerti.
Sehingga kini, masih ku simpan sesalan itu kerana di saat-saat terkahirku di tanah air tercinta, aku tidak sempat memelukmu seperti di waktu-waktu keriangan kita dahulu. Aku terlalu ego! Aku terlalu malu! Tidak mahu menyerah pada rasa kecil hatiku di atas perubahan sikapmu terhadapku yang terdahulu.
Akibatnya, kini aku kehilangan seorang sahabat setia. Sahabat yang bersamaku membina kenangan kanak-kanak riang di taman luas yang dihiasi bungaan. Yang bersamaku memetik kuntuman bunga. Yang bersamaku mengejar rerama yang berterbangan di padang yang dipenuhi rerumout yang menghijau.
Maafkan aku teman. andai aku pulang lagi nanti, besar harapanku agar aku dapat menatap wajahmu sekali lagi,. Besar harapanku agar kita nanti tidak lagi tenggelam di dalam jurang itu. Jurang yang telah memutuskan tali persahabatan ini. Sungguh teman, sungguh aku kesal kerana membiarkan sekecil-kecil perbuatanku itu menghancurkan segala-galanya. Andai takdir menemukan kita nanti, akan ku pinta seribu kemaafan darimu kerana telah sekian lama menjauh tanpa khabar berita....
Salam sayang buatmu,
Dayang Khairunnisa Binti Abg Mohammad
Selafaz rinduku buat sahabat tercinta, Nur Shafira Binti Sabran. Bersama kita memperjuangkan ilmu di dada, Bersama kita merasakan derita dan bahagia belajar. Bersama juga kita melangkah ke syurga-Nya nanti. Insya-Allah.....
1 comment:
sedeyhnyer..
hm..kak..
npe menyepi??
sy ad soalan nk tanye akk nh..
Post a Comment