andai kau sudi

Tuesday, October 23, 2012

Jangan Beralasan!

Kenapa berkongsi ilmu dan bertukar pendapat sering 


dijadikan ALASAN untuk mendekati kaum wanita? Dan tak 


kurang juga sebaliknya. Lebih buruk lagi jika "ingin 


berukhwah" dijadikan sebahagian daripada alasannya. 


Hina sangat ke "ukhwah" itu sehingga dijadikan alasan untuk 


melunaskan niat ala "udang di sebalik batu?" 




Bila menceritakan tentang ukhwah, bukan main lagi kita 


bermadah. Ukhwah itu semanis coklat, ais krim, madu, bla, 


bla, bla... Itu teori. Tapi bila sampai tahap praktikal, yang 


manis dan indah-indah itu bertukar menjadi yang hitam, 


yang keji. 




"Ukhwah" itu suci. Jangan dihina dengan niat kotormu.






"Husnudzhon teman. Jangan seenak hati menilai niat 


  orang...."






Ini... Bilamana ukhwah semanis coklat semakin lama 


menjadi ukhwah seperti coklat berulat, lama-lama, bau 


busuknya pun tersebar ke serata tempat. Ulat-ulatnya pun 


makin banyak yang keluar. Niat sebenar pun terserlah. 




Jangan berALASAN. 







Kalau benar ingin berfoya-foya, terus-terang. Tapi tolong, 


jangan gunakan ukhwah sebagai alasan. Jika terasa lagi 


seperti ingin menggunakan jalan "ukhwah", atau "berkongsi 


ilmu" atau "bertanya" sebagai alasan, sila segera menghantuk 


kepala ke dinding di sebelah anda sekuatnya. Jika benar 


ingin berkongsi ilmu, ingin bertanya, tak mungkin di sekitar 


anda itu tidak ada satu pun makhluk Allah yang tidak 


mampu membantu anda. 



Anda cuma sedang beralasan.



Manusia memang pandai dan suka beralasan. Saya yang hina


ini juga begitu. Tetapi, jangan berlebihan. Beralasan sehingga


sanggup menggunakan apa-apa sahaja untuk melunaskan


niat kotor. Semakin tinggi ilmu, semakin hebat pula kita


mencipta alasan. Mengapa begitu? Saya hairan. Adakah 


kerana perempuan yang ingin didekati itu kelihatan


1) Lemah dan bodoh? Sehingga kita menganggap mudah 

    untuk kita memukaunya dengan kata-kata semanis

    ukhwah?


2) kelihatan seperti "mangsa mudah?" Lantas kita segera
  
     memasang taring dan kuku ilmu, bersedia untuk

     menyerangnya sehingga dia tunduk pada kita?


3) ataukah kita yang terlalu hebat sehingga kita terasa begitu

     bertanggungjawab untuk memberi ilmu kepadanya dan

     melindunginya? (padahal kita belum/bukan siapa-siapa

     padanya)  




"Sudahkah selesai perkongsian ilmu bersama sahabat


 sejantinamu yang dekat denganmu sehingga kamu ingin


 beralih pula kepada sahabat berlainan jantina denganmu?" 


  
Soalan ini ditujukan kepadaku dahulu oleh seorang sahabat. 


Jangan berpura dengan kata-katamu sendiri. Aku memegang 


kata-katamu ini. 



Sudah-sudahlah dengan alasan kita. Saya juga. Kita semua 


juga. Beralasan tidak akan permah membantu dan kerana


itu di akhirnya kita yang kecewa, tidak berjaya. Kerana 


alasan dan niat kotor kita itu. 




* Sekadar luahan hati. Siapalah aku untuk berkata begini..... 


   Maaf terkasar bahasa, terguris hati, tersalah tafsir.





Saturday, October 20, 2012

Alahai Admin!

Aiyak!!! (Muka terkejut beruang panda yang matanya bergelelang hulahup hitam, sambil menepuk dahi)

Assalamualaikum W.B.T..... Saudara-saudariku sekalian....
Admin baru tersedar bahawa admin sudahlah sangat-sangat lama mengabaikan blog ini. Ish, ish, ish. "Ape ni? Ape semua ini? Sungguh tidak konsisten anda sebagai seorang penulis! Mana janji-janjimu dahulu? Uhuhuhuhu...." (mesej seorang hamba Allah yang sungguh menyengat dan menjentik, sampai bergoyang-goyang tangkai hati admin).

Ok. Ok. Admin sedar. Admin minta maaf. Admin sedikit sibuk (alasan) dengan beberapa urusan yang menghalang admin daripada menulis. Tapi, hari ini, admin kembali. Kembali untuk bersama anda semua di sini. Tiada cerpen untuk hari ini. Tetapi admin ingin berkongsi sedikit cerita mengenai beberapa cita-cita admin yang mengong (sinonim-bengong) di suatu ketika dahulu, zaman belum akil baligh. Hahaha. 
*Sila bersedia untuk tersentak kerana anda mungkin pernah mempunyai cita-cita mengong yang sama. 

Cita-cita 1:

Al kisah pada suatu hari, tempat kerja Captain (bapa admin) membuat pameran pertanian yang mempamerkan bunga-bunga, pokok-pokok, segala jenis lada (yang hitam dan yang putih), juga buah-buahan. 

Admin sekeluarga pun datanglah ke pameran tersebut pada malam kedua ia dijalankan. Agak besarlah juga kawasannya. Cukup besar untuk menyesatkan segolongan manusia kenit seperti admin dan beberapa orang kanak-kanak yang bawah umur dan bawah ketinggian paras normal pada ketika itu. 

Tertariklah juga admin kepada sekumpulan ikan yang dipamerkan sedang berenang kuak lentang dalam kolam kecil dengan air terjun mini yang tersangatlah bising bunyinya. Jadi admin pun, menggatalkan tangan, cuba-cuba menjolok ikan-ikan tersebut dengan tangan. Sehinggalah datang seorang pak cik, menjeling admin dengan wajah "Ada hutang ka?!". Admin pun tanpa membuang masa, terus membuka langkah silat sehingga para ikan ternganga, tak kurang juga yang terkorban dek kehabisan udara, terus tenggelam timbul di permukaan air. 

Setelah jauh admin berlari lagak "run for my life" kerana takutkan pak cik bertubuh sasa dan lengan berketul itu, barulah admin tersedar bahawa Captain dan Ma'am sudah hilang! Huh! Atau dalam erti kata lain, admin telah tersesat dan disesatkan!

Admin pun berhentilah berlari. Masuk ke dalam booth yang dipenuhi bunga-bunga dan bersembunyi di belakang pokok kemudian menangis sesenyap hati. Setelah itu, admin keluar dan berjalan selayaknya seorang remaja hebat, seperti tiada apa-apa berlaku. Menghidu bau bunga-bunga dengan ayu layak seorang puteri kayangan, dan kemudian keluar dari booth tersebut.

Dalam perjalanan yang penuh tanda tanya akan langkah seterusnya, admin terlihat akan..... PAK POLISI! Yes! Pak Polisi! Ketika terlihat akan pak polisi berdua yang sedang menghirup kopi panas itulah admin terbayang semula akan cita-cita mengong admin sewaktu masih bayi bergigi dua dahulu.

Admin mula berfikir. Sudah tentu hebat sekali rasanya sekiranya admin mengadu sesat pada pak polisi, kemudian admin dibawa pulang ke rumah dalam kereta polis, lagak seperti seorang penjenayah yang meragut di pasar malam, sambil dilihat dengan penuh cemburu oleh kanak-kanak lain. Jika tidak pun, melambai-lambai pada peminat admin di luar lagak seorang artis yang berkontroversi. Hahah. Alahai admin! Bukan itu sahaja. Admin juga mula terbayang-bayang menaiki motosikal polis yang sangatlah besar itu, dengan gaya hebat sekali sambil bernyanyi lagu Gerak, gerak, gerak, khas! 

Lama admin berangan. Tahu-tahu saja, Pak Polisi sudah angkat kaki. Alahai. Melepasss! Jalan punya jalan, dengan hati yang sungguh bergelora, admin pun berkeputusan untuk pergi sahaja ke tempat parking kereta. Sesampainya di sana, admin menepuk kepala sekali lagi. 

"Alah! Mana satu kereta Captain ni?!" Waktu-waktu begini, semua admin tak ingat. Hahah. Admin teliti satu persatu kereta yang ada dan..... Jeng, jeng, jeng! Ternampak sticker yang Ma'am pernah tampal kat cermin belakang. Jadi, dengan yakin, admin menyandar di kereta tersebut. (Sambil menyilang kaki dan berpeluk tubuh. Lagak Kak Yong yang akan menagih hutang kawasan).

Tiba-tiba, datang satu pasangan menghampiri kereta tersebut. Ketika encik abang itu mengeluarkan kunci kereta, ok fine! Admin tersalah kereta. Jadi, untuk menutup malu kerana telah menyandar pada kereta itu "like a boss" dan buat muka tak tahu ketika beliau datang, admin pun berkata....

"Surat RO dah keluar. Kereta ni 24 bulan dah tak bayar!" (Eheh! Terkeluar pula ayat Mael Lambong) 

Giler ko?! Tak mungkin sekalilah admin akan berkata begitu. Admin hanya berlalu sahaja seperti biasa, layaknya kebanyakan kanak-kanak yang terlepas daripada pegangan ibu bapa di pasar-pasar malam dan shopping mall.

Nak tahu macam mana admin berjejak kasih semula dengan Captain dan Ma'am pada malam itu? Hahah. Admin ditemui merayau-rayau oleh boss Captain dan ditangkap masuk ke dalam guni baja sebelum diserahkan kepada bapa admin dengan wang tebusan sebanyak sepuluh ringgit setengah, harga sepohon anak pokok ciku. Hahah. Mengong, bukan? (Tersipu, malu-malu miaw seperti anak dara sunti yang dipinang teruna idaman, dari taman bunga tahi ayam yang harum semerbak layak bunga mawar depan rumah admin).

Didrebar oleh pak polisi dalam kereta polis dengan penuh bangga dan hormat sambil melambai-lambai dengan hidung kembang setaman. Itulah salah satu cita-cita admin yang mengong suatu ketika dahulu. 

Cita-cita 2:

Satu lagi? Okeh. Okeh. Admin nak jadi renjer hutan. Seriesli. Tidak menipunye pun adui terber. Untuk merealisasikan cita-cita ini, dengan langkah sekangkang baboon, admin pun menyertai Jambori SLAD (Skim Lencana Anti Dadah) Peringkat Kebangsaan Tahun 2008 di Kuantan, Pahang. (Mungkin ada antara kalian yang ada sekali pada masa itu. Selamat berjejak kasihlah kita di sini. Laga-laga pipi, dan muah-muah. Erk? Perempuan sahaja ya?)

Kenapa admin join? Sebab tidak ada orang lain yang mahu join! Hahah. Admin join pun dengan harapan akan bertemu hutan dan bukit-bukau. Bolehlah berlagak gaya renjer hutan perempuan yang sangatlah hebat, mengalahkan Tarzan.


Antara aktiviti yang buat admin terasa amatlah seperti renjer hutan pada waktu itu adalah ketika admin dibawa jungle trekking. Mandi dalam kubang dinasour yang lumpurnya sangatlah coklat. Terjun ke dalam longkang besar beramai-ramai. Dan paling tidak tahan sekali, merangkak di bawah kasa dawai yang berduri-duri dengan permukaan tanah yang berlongkang-longkang. Habislah scratch dan berdarah lengan admin pada ketika itu. 

Paling seronok adalah bergayut dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. Teramatlah sakit rasanya menggenggam tali guni yang sebesar genggam itu. Kaki sudah shaking bergayut, pandangan pula sudah berpinar akibat gayutan terbalik gaya spiderman, akhirnya, tidak sampai ke penghujung, admin jatuh bergolek gaya cekodok ke dalam minyak masak. Kedebush!!! Bergelak tawalah rakan-rakan admin yang lain kepada admin dan ahli kumpulan yang jatuh ke dalam lubang lumpur itu sampai kering air lumpur. Hahah.

Selain itu, ada juga aktviti berakit. Bersedialah admin dengan jaket keselamatan dan wajah penuh semangat dibasahi peluh. Dengan tangan bersedia mengayuh. Tiba-tiba, entah datang dari mana suara sumbang itu sambil berkata, "Lintah! Lintah hisap darah aku!"  

Oh tidak! Oh tidak! Not lintah! Kami semua pun bertunggang-tonggek memeriksa kaki sehingga terbalik rakit. Hahah. Jurulatih naik bengang dengan telinga berasap dan muka berubah hijau sepeti incredible hulk. Cuba bersabar dengan kerenah anak-anak dara sunti yang rajin membuat kontroversi dan gossip lintah bila berhadapan dengan sungai. Admin pula cuba kekal macho dengan membuat muka tak takut lintah. (padahal dalam hati.... huiiii....please not lintah..pacat pun jangan...cacing pun tak mo..)


Cacing pun takut? Hahah. Yes! Tak boleh. Admin pernah memberanikan diri memegang cacing yang sudah mati ditetak cangkul. Admin balut elok-elok jari-jemari ini dengan plastik. Still, admin masih geli-geleman bila tersentuh akan cacing yang tidak berslaah dan tidak bernyawa itu. Terbang semangat admin sekejap. 

Adik-adik pun, tahu admin tak berani, bukan mainlah syoknya ketika sama-sama merumput di luar rumah. Pantang jumpa cacing yang kegilaan meliuk lentok, dengan pantas dicabut dari tanah dan terus dilempar ke arah admin. Admin pun terlompat-lompat dan berlari seakan-akan run for my life lagi sehingga terlanggar tingkap yang ternganga dan terperosok ke dalam longkang. Berdarah kepala admin. Terpleser lagi. Diketawakan oleh kucen-kucen yang sedang bermain kejar-kejar dengan anak ayam. Tidak kurang juga yang sedang berak secara private di belakang pokok pisang, tidak mahu diganggu.

Setelah hampir seminggu admin berekstrem di Pahang, bangun 3-4 pagi dengan jurulatih yang sedang-sedang nakal melempar mercun ke dalam tandas, admin pun tersedar. Ini bukan renjer hutan! Ini orang utan! Ini askar! Latihan tentera! Hahah. Tapi oklah kan? At least dalam hutan. Dan semasa jambori inilah admin belajar banyak tentang dadah, memandangkan jambori ini juga dikendalikan oleh Agensi AntiDadah Kebangsaan. 

Dan percaya atau tidak, admin ini yang datang tanpa apa-apa harapan selain untuk bermain di hutan, telah berjaya menjadi antara 20 orang peserta terbaik daripada lebih 300 orang peserta. Specifically, peserta terbaik bagi negeri Sarawak. Dengan bangganya admin balik ke rumah dan menunjukkan pingat emas dan sijil itu kepada Captain yang agak selalu melihat admin sebagai wanita lemah dan tak berdaya. Cehhh... Hahah. (Sambil mengangkat kening)

Sejak daripada hari itu, admin telah menjadi penggemar sukan dan aktiviti ekstrem. Admin tak kisah kotor atau dipanah sinaran UV (asalnya admin memang tak cerah pun. opps! ini rahasia zaman silam). Sebab itulah admin sangat gembira semasa BIG (Bina Insan Guru) yang lalu. Tersangatlah seronok jungle trekking dengan ular hijau atas kepala, dengan hujan yang lebat, licin dan berlumpur dan berenang di laut lalu memanjat batu-batu besar di tepi laut sambil memikirkan kemungkinan tergelincir dan terhantuk di batu. Huish. 

Sangat mencabar! Dan seronok! InsyaAllah, jika ada peluang lagi, admin pasti tak lepaskan. Admin ni, bukan jenis yang suka duduk ayu di meja belajarku, sambil membaca novel. Jangan tertipu dan jangan terkejut kalau tengok admin berenang dalam lumpur, memanjat pokok atau merempit. Kalau ada peluang, admin memang ingin buat. Cuma kadang-kadang tu, malu-malu miawlah sedikit. (Eheh, gedik ja aku ni. Lempang kang!)


Itulah barang sedikit cita-cita admin yang kurang siuman. Seriusly, cita-cita nak naik kereta polis tu ada lagi. Cuma masih berfikir bagaimana caranya untuk masuk ke dalam kereta itu tanpa perlu melakukan apa-apa jenayah atau muka admin ditayang di muka depan tabliod dan surat khabar seringgit dua di pasaran. Renjer hutan will always be my ambition. Okeh. Okeh. Dakwat laptop dah nak habis. Admin nak layan adik admin pula. Dari tadi dah menelepon tak henti-henti. Komplen pasal pelekat toksik yang beliau beli beratus keping dan diragui keberkesanannya setelah beliau bereksperimen sendiri. Entah apa beliau cakap, admin pun tak tahu. Dengar ajela. (Sambil berkata aha. ehem. iye. ohyeke? tangan di bahu, mata pandang ke atas). Hahah. Itulah hang! Len kali, sebelum beli, tanyala aku dulu. Kalau tak pun, dah kaya sangat tu, hulur-hulurlah dekat kita sini. (Wink,wink)

Semoga bertemu lagi di lain hari. Dipermudahkan urusan buat hari ini dan hari-hari mendatang. Dan semoga diberkati Allah kehidupan dan dilimpahi rahmat serta perlindungan-Nya. Jangan nakal-nakal taw! Adieu! Adios! 

Sunday, August 5, 2012

TERSEBUTLAH KISAH.....

" 1, 2, 3, 4, 5, Sepuluh!!!" (Erk! Pandai mengira ke tak ni?)
"Dah ke belum???!!!  Aku datang ni!!!" 
Tettt!!!! Jumpa! (Dengan gelak jahat. Padahal orang tak sempat sembunyi lagi pun..)


   Assalamualaikum W.B.T.... Salam sejahtera, Salam Ramadhan, Salam 1 Malaysia! (Ceh, dah macam TPM masa perhimpunan pula... T.T)


   Melalui sneak peak 3 baris sebentar tadi, sudahkah dapat kalian mengagak topik celoreng hamba kali ini? "Saya putar Halim!!" Hoyyeah! Topik yang terkena pada hari ini adalah.... "TERSEBUTLAH KISAH-ZAMAN KANAK-KANAKKU"


   Zaman kanak-kanak kita, rasanya semua memang berwarna-warni kan? Macam-macam kita buat, macam-macam ulah! Macam-macam onar! Jangan menipu! Saya tahu. (Sebab saya pun sama. Wink.. Wink..) Sampai pening kepala mak ayah. Tapi, itulah seronoknya jadi budak-budak. Main redah je. Heheh. Jadi, sukacitnya di sini, akan saya kongsikan permainan tradisional bagi budak-budak Malaysia tipikal. (bukan yang tak tipikal ya?) Apa yang spesel sangat pasal permainan tradisional ni sebenarnya? FOC! Free of Charge! Tak perlu duit, tak bazir elektrik. Itu yang mahal tu..


1) Hide and Seek/Sembunyi-Sembunyi (ke, ada sebutan lain?)
    
    Kalau dulu, permainan inilah antara yang paling femes sekali di tempat saya. Pantang dengar kereta mak ayah meninggalkan tempat parking je, mulalah roger2 kawan/anak jiran/anak kak jah sebelah menyebelah. Plannya kawan-kawan, "Hari ni, kita main sembunyi-sembunyi!" Biasanya, dengan kawan-kawan la. Semua pun yang berhingus lagi, under aged lah katakan.

   Main ni memang seronok. Area sembunyi kadang-kadang boleh jadi cukup terhad, ada waktunya pula cukup luas! Masa tinggal dalam maktab, area sembunyi boleh jadi satu maktab tu. Tukang cari pun, kadang-kadang termengah-mengah kayuh basikal satu maktab cari yang bersembunyi. Kalau tak jumpa juga, memang menangislah. (Yang tengah sembunyi, dok gelak dari jauh tengok. Kohkoh)

   Satu pengalaman saya yang paling kelakar sekali masa main ni adalah time main sembunyi dalam rumah. Waktu tu, ada saya, adik-beradik, dengan anak jiran sebelah saja. Area sembunyi, dalam rumah. Dapat je yang jadi, kami pun berlari-lari anaklah (dengan ibu jari kaki) dalam kawasan rumah. Sebab dah selalu sangat main dalam rumah, jadi, tempat sembunyinya pun, pasti dah diketahui awal-awal lagi. 

   Otak ligat berfikir ni. Mana nak sembunyi? Tiba-tiba, mata terperasankan akan almari besar dalam bilik tidur. Almari tu memang sangat besar. Dalamnya pun bertingkat. Tempat mak simpan baju-baju lama. Kami pun sorang-sorang naik satu tingkat. Ada 4 tingkat, cukup untuk 4 orang. Baju semua habis dibongkar, buat tutup badan. Jadi, kompem ajelah tak nampak. (Nasib baik tubuh kecik-kecik semua)

   Lepas sembunyi, semua pun diam-diam saja. Adik lelaki pun mulalah pencarian human hunt dia. Masa dengar kaki dia masuk bilik, kami semua memang dah nervous pun. Mana taknya? Semput! Tak ada udara! Terpaksalah bertahan juga. Adik pun buka almari tu. Tapi, ajaibnya, dia tak nampak pun kami yang tengah sembunyi kat dalam longgokan baju tu. Setengah jam dia cari, sampai menangis sebab tak jumpa. Last2 kami pun surrender, kesian pula adik menangis macam tu. Hahah. Kalau sekarang cerita balik, memang adik mengamuklah. Malu kena gelak dengan akak-akak dia. Tengok macam dalam gambar tu. Ada kawan hamba yang sorang ni, pandai benar bersembunyi. Sekali terjumpa dia melekat kat siling tu. Pandai betul memanjatnya. Patutlah tak jumpa di darat, dah jadi spiderman rupanya. Hahah. 

    Tempat feveret sembunyi : bawah katil, dalam almari, belakang kerusi, dalam bakul baju (untuk yang saiz S saja ya?), dalam tempayan (kalau kat kampung)



2. Teng-teng (bukan lompat katak!)

    Ini pun boleh tahan femesnya. Dekat sekolah ada, dekat taman ada, dalam rumah pun boleh main. (tapi, jangan suka-suka conteng lantai ya? Mak ayah marah, saya tak tanggung taw)

    Permainan ini pun tak perlu modal. Cuma yang perlu cari adalah buahnya. Batang kayu boleh, batu boleh, getah pemadam pun ok. (patutlah hari-hari minta duit beli getah pemadam. kehkeh) 

    Settingnya (rumah) macam-macam. Ikut tempatlah. Kalau tempat saya, biasa dari nombor satu sampai nombor sembilan. Peraturannya pun sama, tak boleh jatuh! Kalau jatuh, dikira mati. 


                       (Aik! Boleh pula duduk dalam rumah ea?)


3. Galah Panjang (ada tempat panggil belon acah)
    
   Hoyyeah! Saya paling suka permainan ini. Setting biasa, gelanggang tenis. Kalau kena hempuk bola tenis sekali dua tu, biasalah. Orang main tenis, kita main galah panjang. Sebab apa pilih gelanggang tenis? Sebab dah ada garisan, tak perlu bazir nak curi kapur sekolah dah. ( Erk?? Hehehehehehehehe.. Kantoi pula..)

   Main ni kadang-kadang boleh buat merajuk tau! Mana taknya? Kejar-kejar tak dapat. Asyik lepas saja. Last2, yang jadi galah pun surrender. Tak nak main dah. Main lain pula. Hai... Susah betul!


(Tengok tu! Upin Ipin pun tahu main. Kalau tak tahu, rugilah anda semua..)



4. Batu Seremban (ada yang panggil sembat)


   Yes! Batu Seremban. Saya pun tak tahu kenapa panggil batu seremban. Adakah permainan ini berasal dari Seremban? Wallahualam.. Dulu-dulu, pantang cikgu masuk kelas lambat, semua pun sibuk tertonggek-tonggek kat luar kelas. Hai... Cari cacing ke dik? Bukan! Cari batu! Batu dia macam-macam ghope ada. Saya lagi suka batu yang keras dan kecil. Almaklumlah, tak tercekup tangan kalau batu besar. Batu bulat-bulat pun ada yang pandai main taw! Entah macam mana tu. Dengan batu yang tergolek-golek. Guna guli je yang saya tak pernah tengok lagi. Hahah!


(Haih! Ada juga rupanya guna guli? Baru je tertanya-tanya tadi..)



           (Suka tengok gambar ni. Terasa atmosphere kampung tu. 
    Ayah dulu pun, kalau ada masa, main juga batu seremban dengan kitaorang. Mak lah paling best! Macam-macam version beliau tahu. Batu lima, batu tujuh, semua ada)


(Guna pundi kencing, eh??!! Pundi kacang pun boleh.. Tangan pun tak sakit)


5. Congkak


   Asalnya dulu, tempat saya tak ada permainan congkak ni. Tetapi, bila datang sorang budak baru ni, dia pun ajak kita main congkak. Masa tu tak tahu, terkulat-kulat ajelah. Tapi lama-lama, seronok pula kan? Lepas tu, semua pun nak suruh mak ayah dia beli papan congkak. 

   Tapi sekarang, manalah ada lagi yang nak main. Semua dah ngadap PS je. Betul tak? Jangan hairan kalau ada yang tak tahu main congkak ni. Main isi jela jawabnya. Kata orang, kalau main congkak jangan tamak, nanti rugi. Sampai sekarang saya tak dapat maksudnya. Sesiapa tahu, sharelah ea? Sama-sama mengimbau kenangan lalu. ^_^


                         (Congkak, EPICLY TRADITIONAL!)

6. Tikam Selipar/ Selipar Tiga

   Ini adalah permainan yang saya tak main sangat. Budak-budak lelaki suka. Budak perempuan tengok aje. Kena tikam dengan selipar macam sakit aje? Huhu. Itu sebab tak berani nak main. Tapi seronoklah tengok. Berebut-rebut  nak bina balik lepas kena roboh selipar tu.  Macam-macam selipar ada. Selipar Jepun, selipar Made in China, selipar tandas, kasut pun ada! Crocs je yang tak sempat jumpa tikam selipar. Hahah. 


(Bukan senang nak kasi berdiri macam tu, dengan kena baling lagi. Isk.. Isk.. Isk...)

7. Ceper
  
    Perghhh!!! Ini permainan yang dah lama giler. Tapi saya baru tahu hari tu. Semasa demo dalam kelas oleh budak-budak lelaki. Selalu je dengar orang sebut, tapi tak pernah main. Nampak simple aje, tapi tak senang. Tapi paling bestnya, permainan ini pun tak perlu modal. Asal rajin cari tudung botol je. Tu pun bukan senang nak jumpa sekarang. 



(Tengok tu! Kemain seriyes lagi adik ni. Salute2. Macam pakar!)

   Jadi, inilah serba sedikit tentang permainan tradisional ni. Ada banyak lagi sebenarnya, gasing, layang-layang dan apa saja yang anda tahu. Tapi, tak dapat nak cerita semua kat sini. 


  Banyak dah tinggal kenangan saja sekarang ni. Semua dah main online. Tak ada dah nak main yang tradisional ni. Tak style katanya. Staillah sangat kot, kalau kecik-kecik dah pakai spec. Isk..Isk... Baik sebenarnya biar anak-anak kecil bergerak. Jangan dibiar menghadap komputer 24 jam. Nanti bila besar, semua jadi tak betul. Rabunlah. Bila berlari, koordinasi semua salah. Macam robot pun ada. Inilah kesan kalau terlalu banyak menghadap komputer. Nak-nak lagi yang dibiar sejak kecil. 


   Jadi, mari kita hidupkan semula aura permainan tradisional yang semakin hilang ditelan Angry Bird dan Counter Strike! Kita main "permainan kita", bukan "permainan orang". Membangun itu perlu, tetapi yang lama jangan hilang kerana itu yang membentuk jati diri dan menjadi identiti kita! 





   






     
   

MATAHARI TERBIT

 Eh! Eh! Apa semua ni? Shuh! Shuh! Fuhh! Fuhh! (Sambil jari-jemari membersihkan skrin komputer. Ada sarang labah-labah!!!)

   Alamak! Dah berhabuk rupanya?! Dah bertelur pun labah-labah dekat blog ni rupanya. Allahu Robbi... Berkurun sudah lamanya hamba tidak menjejakkan kaki ke sini. Agak-agak, ada ke lagi yang ingat akan hamba di sini? Mohon maaf rakan-rakan pembaca, dari hujung rambut sehinggalah ke hujung langsir rumah jiran sebelah. Bizi bebenorlah nampaknya hamba ini sehingga tidak menyempat-nyempat nak melawat dan update blog hamba ni. (Alasan la tu. Orang rajin mencari jalan, orang malas mencari alasan. Adik-adik pembaca blog, inilah aplikasi pepatah ni. Kakak bloggermu yang seorang ni.. Huhu)

   Jadi, sebagai pembuka kalam pada bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan dan barakah ini, hamba buka semula kalam maya ini dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim dan Assalamualaikum W.B.T.... (Ini bukan ucapan pengetua sekolah. Jangan angkat kaki blah!)

   Sebelum itu, Salam Ramadhan Kareem hamba ucapkan dan persembahkan buat kalian semua, sahabat seiman, seaqidah dan seagama. Ramadhan ke berapa dah ni? Ayok!! Tahu ke tak ni? (Senyum sinis, kening diangkat, sambil tengok kalendar. Aduh! Jangan hamba pun tak tahu!)

   Apakah gerangan cerita hamba bersembunyi selama ini agaknya? Sebenarnya, hamba kekeringan. Bukan kering apa, kering air liur, kering dakwat, kering idea. Senang kata, habis modal! (Eh?! Penulis pun kehabisan modal ke? Tak boleh jadi ni!) Ya, teman-teman. Jujur saja ya pada kalian. Sungguh benar ilham itu milik Allah S.W.T. dan bila kata-Nya belum ada ilham untuk kita hari ini, atau hari itu, maka belumlah. Baru hari ini sahaja yang hamba terniat, digerakkan hati dan anggota badan untuk menulis semula. Minta maaf sekali lagi, bagi penunggu-penunggu (Erk?!) setia cerpen yang saban hari bertanyakan perihal cerpen yang terbengkalai di sini dan di sana. Maaf yang tidak terhingga. 

   Bukan tidak ada, ada cerpen, Cuma jalan ceritanya masih dalam construction gitu. Bukan mudah teman-teman nak menulis ni. Bukan menulis gitu-gitu saja, kemudian siap, dan publish. Tidak... Menulis, samalah seperti memulakan sesuatu perhubungan. Bila ada permulaan kena difikirkan noktahnya. Jika tergantung, tidak sempurnalah ia. Yang menulis susah hati, yang membaca tak puas hati. Nak juga tanya ni. Teman-teman semua suka ending yang macam mana? Yang sedih-sedih (faham-faham sendirilah ea..) atau yang "they lived happily ever after" tu? Kalau hambalah, hamba suka yang sedih-sedih sikit. Supaya menyengat di hati gitu. Bila menyengat, baru mudah kita ingat dan ambil pengajarannya. Tak gitu? Ini preference hambalah. Tak tahulah kalian semua. Apa-apapun, jika ada idea, jangan segan silu, blushing2, malu-malu kucing komen untuk sebarang perkongsian. InsyaAllah, hamba akan cuba sesuaikan dengan kehendak anda semua. Bukan pula maknanya hamba hilang identiti sendiri, cuma sekali-sekala ikut arus. Tak salah kan? (Senyum sendiri, pandang luar tingkap, langit membiru. Allah... Indahnya alam, besar kuasa-Mu tidak terjangkau akal pemikiran manusia kerdil sepertiku... Insaf.. Sob, sob)

   Dan lagi, untuk pengetahuan follower semua, bagi yang cuba menjejaki saya di akaun FB yang lama, dukacitanya dimaklumkan di sini bahawa akaun itu sudah ditutup. Admin dah lama juga tukar ke akaun baru, cuma tidak tahu bagaimana caranya nak sampaikan kepada anda semua. Maafkan hamba, tak umumkan terlebih dahulu. Berat hati juga sebenarnya nak tutup akaun tersebut, sebab dah menjalin silaturrahim dengan follower semua. Terasa seperti hamba memutuskan silaturrahim pula (Tak baik sungguh!) Minta maaf sekali lagi, ya? Sekarang, boleh cari hamba di akaun baru. Admin dah attach kat sebelah tu. (Untuk tujuan yang perlu-perlu sahaja ya? Hamba takut t'fire pula jika tujuannya lain nanti. Maaf)

   Hamba sendiri pun sebenarnya kini sedang agak keserabutan di kepala, tidak terurus. Hamba terfikirkan ayahanda dan ibunda di rumah tu haaa. Terkejut beruang hamba pabila ibu menyampaikan bahawa beliau terpaksa meninggalkan rumah. (Eh? Stop! Jangan fikir yang bukan-bukan dulu!) Beliau "kenaikan" pangkat, jadi, terpaksalah bertransfer ke Bintulu (Dalam Sarawak juga. Tapi jauhnya, abah I !!) Sewaktu masih terkejut beruang itu, hamba memang sangat tidak bisa menerima hakikat gitu. " Pindah? Habis tu, ayah macam mana? Adik-adik macam mana?" Jadi, dengan tenang, ibu berkata, "Adik kecik ikut ibulah. Zul dengan ayah di rumah. Nanti bila-bila balik Sarawak, datanglah melawat ibu di sana, ya?" Tenangnya ibu. Tapi saya? Perghh... Degupan jantung melebihi paras normal, perasaan tidak dikawal. Akibatnya, hamek kau! Tak pasal sakit. ( Admin ni tak sedar yang dia tu tak boleh tensen, 20sen, sangat. Mengundang sakit namanya tu) Ok, ok. Hamba pun tarik nafas dalam-dalam. 1, 2, 3, fuh! fuh! Buang fikiran yang tidak-tidak tu. 
    
    Setelah bertenang sedikit, hamba pun kata pada diri.. "Tak apalah kalau pindah pun. Boleh hamba jalan-jalan jauh sikit. Meneroka bumi Allah..." Tak gitu? Apapun, setiap perkara yang terjadi, mesti ada hikmah dia. Bukan Allah suka-suka nak pisahkan hamba dengan ibu hamba, dengan adik hamba. Adalah sebab dia tu. Mungkin sekarang tak nampak. Tapi bila-bila nanti, InsyaAllah diperlihatkan kepada hamba sekeluarga. Dulu, ibu tolak banyak sangat offer sebab anak-anak beliau semua masih perlukan beliau untuk berada di rumah. Tapi sekarang, saya dah study sini, adik pun ada di sini. Jadi, rasanya inilah waktu yang sesuai untuk ibu melonjakkan dirinya selangkah lebih tinggi lagi dalam kerjaya. Lagipun, jika ibu tak naik, macam mana orang di bawah nak naik, kan? Dalam hidp bermasyarakat, kita tidak boleh pentingkan diri. Ibu sangat faham akan hakikat itu. Jika dulu, ibu berkorban, kini biar kami pula yang berkorban. Sampai bila nak menutup peluang ibu? Tak gitu? Bukan macam tak boleh jumpa langsung. Boleh saja. (8 jam driving, bengkok tulang belakan ayah den).

    Ramadhan pun, tinggal dalam 2 minggu lagi. Sudah hampir masuk fasa terakhirnya, pelepasan daripada api neraka. Walaupun begitu, jangan disiakan baki-baki fasa kedua ni. Berlumba-lumbalah kita semua mendapatkan maghfirah dan keampunan-Nya. Banyakkan zikir dan memohon agar diampunkan dosa-dosa lalu. Sungguh Allah S.W.T. adalah yang paling luas pengampunan-Nya, apalagi buat hamba-hamba yang benar-benar bertaubat, dan menginsafi dosa-dosanya. Amin, InsyaAllah..

   Rasanya, setakat ini saja celoteh, celoreng, cekodok (oit!) hamba buat kali ini. Hamba pun nak rehat sekejap. Tak sedap badan (bukan pembawakan anak sulung ya? ketuk kepala nanti. kohkoh) Doakan hamba pantas, laju dan lantas menyiapkan kerja-kerja terbengkalai di construction area tuh. Dan janganlah hairan jika blog ni ada lain sikit rupanya. Hamba dah ubah-ubah sikit tadi. Suka tak? Kalau tak, suka-sukakanlah. Tajuk tu? Matahari terbit? Owh... Itu bagi menyimbolkan hamba sendiri ni la. Yang macam matahari lama benar tidurnya. Baru nak menampakkan wajah setelah berbulan-bulan. Heheh. Sekali lagi, hamba minta maaf, lama tak datang sini. Semoga kalian semua memdapat keberkatan Ramadhan yang paling maksima sekali dan amalan diterima Allah S.W.T. tidak sia-sia. Dengan ini, hamba akhiri kalam ini dengan lafaz, Wassalam.... (len kali jumpa lagi..)


Monday, February 6, 2012

Patah Tak Tumbuh, Hilang Tak Berganti...

Assalamualaikum W.B.T…..

Haiiiiiii….. Lama cuti! 4 hari! Berkarat saya dalam bilik. Anda semua macam mana? Masih steady? Sihat? Alhamdulillah… Oh ya! Sebelum melangkah lebih jauh lagi, saya ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat semua. Sambutlah kedatangan  bulan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Semoga bertambah kecintaan terhadap Rasulullah S.A.W.  dan memperbanyakkan amalan sunnah baginda Rasulullah S.A.W. dalam kehidupan seharian….

Innalillahiwainnailaihirojiun… Daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya jua kita kembali… Sebenarnya, datok admin baru sahaja kembali ke rahmatullah beberapa hari yang lalu. Tepatnya, 5 haribulan 2, sama seperti tarikh sambutan Maulidur Rasul kita pada kali ini. Dalam kegembiraan admin nak menyambut tarikh besar ni, terkejut pulak di subuh hari tatkala menerima mesej ibunda tercinta mengenai berita pemergian datok tercinta. Mohon sedekahkan al-fatihah ya semua? Moga mudah perjalanan datok hamba di sana….InsyaAllah…

Sedih? Mestilah sedih! Dengan tak dapat baliknya, dengan adik perempuan yang juga tak dapat nak balik, dengan adik lelaki yang PLKN tak dapat balik jugak, tinggallah mak dan ayah serta adik bongsu “menghantar” atok pergi. Entah cucu2 atok yang lain dapat ke tidak balik. Semua study jauh-jauh. Sunyinya atok. Hanya mampu hantar doa je. Huhuhuhuhu. Kesalnya rasa di hati ni. Last time jengok atok masa time cuti akhir tahun ari tu. Tak sempat salam, cium tangan atok pun. Atok tengah tidur. Kita orang semua tak sampai hati nak kejutkan. Lagipun atok memang tak sihat dah time tu. Memang tinggal menanti masa je, bak kata orang.

Tapi, sedih2 pun, saya harus kuat! Kerana ibu dan ayah sudah berpesan! “Jika ingin berjauhan/belajar jauh2/bekerja jauh2/ kena belajar banyak benda. Dan yang paling penting adalah BELAJAR MENANGANI KESEDIHAN MESKIPUN IBU DAN AYAH TAK DAPAT NAK DATANG PUJUK!”  Jangan terlalu lemah dan manja! Jangan pulak masalah kecil sikit nak mengadu! Huuuu…. Itulah yang saya sedang cuba adapt  ke dalam diri sekarang. Bukan mudah nak menangani kesedihan ni sendiri. Tapi bila dah lama2, kita pasti akan biasa. Saya pun tak sanggup nak mengadu. Sebab pernah sekali adek pompuan talipon, cakap sakit perut. Sekali ayah marah! Beliau cakap gini… “Kalau sakit perut tak dapat handle, esok jugak ayah beli tiket pi sana. Kita balik Sarawak semula…”  Huiiii….Ketaq lutut dengaq beliau cakap gitu. Pastu, takda dah adek nak ngadu2 hal simple pimple macam tu lagi. Saya ingat ayah betul2 lah marah. Tapi rupa2nya, satu hari suntuk tu ayah risau pasal adek. Saya faham. Ayah tak mahu anak2 beliau lemah, lembik, manja. Memandangkan sendiri sudah setuju nak pi jauh, kenalah kuat kan?Jadi, sebab tu saya jarang nak cerita yang boleh buat mom and dad susah hati.Yang seronok2 aje saya cerita. Pointer hari tu??! Hohoho..Saya cakap jugak. Ayah diam, mak senyum aje. Kalau diam tu, kira oklah tu. Ayah ni tak kisah sangat. Asal jangan buat hal sampai kena tending sudaaa…. Simple. Tapi, buatlah yang terbaik selagi bisa. Gitu dongg! ^_^

Melarat pi pointer pulak. Saya sebenarnya nak cerita pasal jenis2 lagu feveret saya sebenarnya hari ni. Saya pasti, kita semua ni, mesti ada lagu yang kita suka. As for me, saya peminat tegar lagu2 lama. Yang dalam klasik nasional tu, semua boleh layan. Tapi yang paling minat, mestilah lagu2 P.Ramlee dan Saloma. Apa!! Outdated? Tak stail? Well, inilh kenyataannya.

Bila saya pasang, ada yang akan cakap “Adoiiiii…Nak bedarah telinga aku ni dengar lagu tu. Dah zaman ape dah ni????”  Haaaa…. Saya tak kisah orang cakap macam ni. Ingatlah kawan2, kalau tak ada yang dulu, tak ada yang sekarang. Jangan lupa asal usul. Hehehe…

Kenapa saya minat? Well, lagu2 P. Ramlee ni sebenarnya ada banyak pengajaran. Rasanya, tak ada lagu2 beliau yang “kosong” aje. Lagu pasal family, suami isteri, anak2, sahabat, cinta, semua ada pengajaran.  “Suami isteri harus sepakat, rumah tangga mendapat berkat…” Lagu ni?  Sedangkan lidah lagi tergigit tajuk dia. Lagu berirama lembut. Antara feveret saya. Anakku Sazali..  agu dari filem Anakku Sazali. Cerita yang sampai sekarang tengok pun tak bosan2. Lagu2 cinta beliau pun sangat menarik juga. Sangat simple tetapi berisi. Sampai di hati kita. Tenang aje. Saya dengar jugak lagu2 zaman moden nih. Tapi tak faham kekadang.  Dengar gitu2 aje la.

Hail Amir, Jeffridin, dan lagi…Sudirman! Lagu2 beliau saya kirakan semuanya fenomena. Saya suka. Malar segar dan tetap hidup sampai sekarang. Kalau kat rumah, satu family kot kita orang minat lagu2 lama ni. Takda yang tak minat. Kadang2, perkara2 macam nilah yang mengikat kita semua. Bila kita have something in common, kita memang boleh lagi rapat.

Lagu2 zaman ni pulak…Hmmm…Let’s see…. Maher Zain, Sami Yusuf, Irfan Makki. Itu yang saya minat yang asal bukan dari Malaysia lah..Kalau dari Malaysia… Yang nyanyi lagu nasyid ajelah kot. Raihan, Rabbani..dan yang paling minat.. In Team..Lagu2 yang sarat berisi pengajaran dan bersifat ketuhanan serta keagamaan.

Hmmmmm… Dah larut malam. Jauh dah menung. Jauh dah cerita. Yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Bukan semua yang hilang boleh diganti. Atok tetap dah pergi. Takpa. Kematian itu suatu kepastian. Semua kena yakin. Saya pun harus yakin dan kuatkan diri. Dan sebelum terlupa, mohon sedekahkan al-fatihah juga buat atok kepada sahabat saya yang juga telah kembali ke rahmatullah pada hari yang sama atok saya pergi. Samalah kami. Cuma yang berbezanya, beliau berpeluang pulang untuk menemui atok beliau. Saya masih di sini. Taka pa. Saya anggap saya bertuahlah ni. Takkan Allah hantar saya ke sini kalau saya tak mampu nak tanggung kejauhan ni kan? Sebab saya mampu tanggung la saya yang jadi the choosen one ni! Buat sahabt2 perantau semua, yakinlah dengan aturan Allah. Jangan berputus asa bila dugaan datang menimpa. Anda diuji kerana anda mampu. Kerana anda kuat. Ingat! Okeh! Nak mengundur diri dah ni. Tirai ditutup (diiringi lagu dengang perantau…) Adios! Selamat malam. Moga berjumpa lagi di lain waktu. Baca doa sebelum tidur. Semoga diberkati Allah selalu…..Amin…  ^_^ 


Thursday, February 2, 2012

BIG CATS

Assalamualaikum W.B.T……

Alhamdulillah…Dapat jumpa lagi hari ni. Anda sihat? Saya sihat, alhamdulillah... Sebenarnya, post ni dah lama. Tapi tinggal draft aje. After some research and recalling back on what I’ve learned few years back, dapat jugak siapkan post ni. Cerita apa? Okeh. Hari ni, nak cerita pasal BIG CATS! LIONS, to be specific.

Macam semua orang tahu, lion or singa dikategorikan dalam kumpulan kucing. Kucing besar. Atau secara spesifiknya, kedua yang terbesar setelah harimau.  They live and move in a group called PRIDE. Biasanya satu-satu kumpulan singa boleh terdiri daripada 15 ekor sehingga 30 ekor singa, termasuk ibu2 singa, anak2 singa dan beberapa ekor singa jantan. Singa jantan yang matang dan paling dominan adalah ketua kepada pride ini. It doesn’t mean that tak ada singa jantan lain di dalam pride tersebut, cuma yang dominan itu biasanya ada seekor sahaja.

      (Yang ada rambut tu, jantanlah...Yang takda rambut tu, betina)

Singa ni, paling banyak pun boleh dijumpai di Benua Afrika dan Benua Asia, juga di India (di taman pemuliharaan singa). Di Serengeti paling banyaklah. Tempat pemeliharaan dan pemuliharaan singa, antara yang terbesar di dunia, terletak juga di Afrika. Singa dikategorikan dalam spesies binatang yang vulnerable/mudah terdedah kepada bahaya. Haaaa…Jangan ingat singa ni predator, dia kuat dan menang sentiasa. Singa pun diancam kepupusan jugak. Terutamanya bila habitat mereka didatangi manusia ataupun diancam oleh binatang yang lebih besar daripada mereka sendiri. Paling panjang umur singa boleh mencecah sehingga 20 tahun, itupun jika hidup dalam jagaan manusia/dalam sangkar. Jika wild lions, umur boleh mencecah 10 sehingga 14 tahun. Quite long, huh?


A pride consists mostly of female lions. Yang kecil dan yang sudah matang. So, they move together and hunt together. Walaupun singa jantan dominan yang mengetuai sesebuah kumpulan, singa betinalah yang akan membuat kerja “memburu” untuk kumpulan tersebut. I’ve watched this somewhere in TV. Dalam rancangan yang bertajuk BIG CATS.

Singa biasanya memburu mangsa yang besar, to feed their large number. Pemburuan dijalankan pada waktu malam untuk hasil yang lebih baik. Apa yang uniknya ialah, if you got a chance to see they hunt, you will notice that, like any other creatures, they have a very distinctive technique of hunting. Mereka tak boleh lari laju macam cheetah, ataupun bertahan lama macam leopard. Oleh sebab itu, mereka memburu dalam kumpulan dan menggunakan teknik pemburuan yang sangat menarik. Namun, hanya satu daripada lima trials sahaja yang biasanya berjaya. Kalau tak berjaya mendapat apa2 hasil, memang kebulur lah. Macam saya cakap tadi, female lions yang akan pergi memburu. Mereka akan datang dari segenap arah dalam bulatan. Masing2 ada peranan masing2. Ada yang jadi stalker, wing dan macam2 lagi. Bahagian yang biasanya diserang paling awal sekali adalah bahagian tulang belakang mangsa dan leher. Tulang belakang ni, kalau diserang, paling cepat membawa maut dan melemahkan mangsa. Of courselah kena dari belakang dahulu kan, then baru ke leher. Jika terus dari depan, bahaya. Kerana mangsa biasanya kerbau/lembu atau mana2 binatang yang bertanduk.  I saw them once in TV, trying to attack a giraffe. Dah terdesak sangat! Sampai zirafah pun boleh ditumbangkan. SubhanAllah…Hebat makhluk Allah ni kan?


Anadai kata setelah beberapa serangan, mangsa masih belum mati, singa2 ni akan terus menerus menyerang. They will play cats and mice. Kucing kejar tikus. Sehinggalah lama kelamaan mangsa lemah dan menyerah diri. Kemudian, tiba masa menamatkan riwayat mangsa. Kemudoan barulah boleh dimakan. Ketika memburu, anak2 singa yang masih kecil akan ditinggalkan di belakang untuk melihat dan belajar cara memburu.Tidak boleh ikut sekali! It’s too risky. Singa jantan pula hanya akan datang ketika pemburuan telah selesai. Kiranya, singa jantan ni jaga anaklah. Dikatakan singa jantan ni sangat strict apabila dia telah mendapat bahagiaannya. Tak boleh kongsi dengan singa2 dewasa yang lain! Tetapi, ia akan bertolak ansur dengan anak2 singa yang masih kecil. Huhu…So sweet…Taklah jahat sangat sampai tak boleh kongsi pun..


Anak2 singa yang kecil dan masih memerlukan jagaan akan terus bersama bergerak dalam kumpulan sehinggalah mereka cukup dewasa untuk membentuk kumpulan sendiri. Biasanya sehingga tempoh 4-5 tahun. Setelah itu, singa2 jantan yang telah matang akan dihalau dari kumpulan. Kenapa? Sudah tentu saja. Mereka ada adik2 yang perlu diberi makan juga. Sudah pasti ibu2 singa tak larat nak isi perut semua yang ada dalam pride tersebut. So, they will have to go dan bentuk kumpulan sendiri.



Macam mana pula mereka membentuk kumpulan sendiri. Ini menarik! Mereka akan pergi intrude kumpulan lain! Singa2 jantan yang masih muda dan kuat akan menyerang singa dominan dalam sesebuah pride. Singa dominan yang sudah tua akan dihalau. Jika perlu, mereka akan bergaduh sesama sendiri. Akhr sekali, tentulah yang muda akan menang. Akibatnya, singa jantan dominan yang sudah tua terpaksa mengundur diri, itupun sekiranya ia masih hidup setelah pergaduhan tersebut. Sekiranya singa2 yang dihalau dari kumpulan masih muda dan masih belum cukup kuat untuk menawan kumpulan lain, mereka akan terpaksa belajar hidup sendiri dahulu. Solitary. Belajar menguatkan diri. 



Kemudian, barulah boleh berlawan dengan singa jantan yang lebih dominan. Sekiranya gagal, mereka memang akan hidup susah, dengan kecederaan dan tak cukup makan semua. Tapi, sekiranya berjaya, hidup mereka akan sangat senang kerana setelah itu, mereka tak perlu cari makan sendiri. Singa betina yang akan buat semua kerja tu, dan mereka dapat giliran makan yang first sekali. But in return, they have to protect the group la. Fair enough..



Macam mana pula bila tiba masa mengawan? Pada kebiasaannya, sekiranya tiba musim mengawan, ibu singa masih ada baby lion yang perlu dijaga dan disusukan, singa jantan akan membunuh anak2 singa tersebut. Hanya dengan setelah itu, barulah ibu singa memberikan perhatian kepada singa jantan. Tapi, peratus kejayaan bunuh anak2 singa ni adalah rendah. Lebih2 lagi jika ibu2 singa sama2 bersatu menaentang seekor singa jantan. Cukup110 hari, tibalah masanya untuk melahirkan anak. 



Ketika hampir tiba masa ini, ibu singa akan menjauhkan diri daripada kumpulannya. Ia akan pergi ke sesuatu tempat yang jauh dan tersembunyi untuk melahirkan anak. Sehinggalah anak2 singa cukup besar, barulah ibu singa akan membawa semula anak2nya yang baru lahir kembali ke dalam kumpulan. Dan ia akan disambut baik oleh singa2 lain. Anak2nya dijaga macam anak sendiri oleh ibu2 singa yang lain.

Jika dilihat secar kasarnya, memanglah kelihatan seperti singa jantan dominan yang mengetuai sesebuah kumpulan singa. Namun, pada hakikatnya, singa2 betinalah yang mengetuai kumpulan tersebut. Kerana mereka memainkan banyak peranan. Daripada menjaga pride, menjaga anak2, mencari makan dan sebagainya. Singa jantan pula, sebagai balasan kepada usaha singa2 betina yang carikan makan untuk dia, dia bertanggungjawab untuk melindungi singa2 di dalam kumpulannya daripada gangguan singa pendatang. Namun begitu, kumpulan singa masih boleh bergerak dan hidup seperti biasa meskipun tidak ada singa jantan dominan dalam sesebuah kumpulan. Besar kan peranan singa betina nih?


Well, itulah ceritanya pasal singa ni…Banyak sebenarnya yang boleh diceritakan. Tapi, it’s better if you have something more visual. Lebih menarik dan lebih informational kalau tengok dari TV. Kita tengok, kita dengar, macam2 pasal singa ni. Mereka ganas, makan orang. Tapi mengikut kajian, sebenarnya mereka takkan serang manusia sekiranya manusia tidak provoke mereka dahulu. Mereka serang pun sebab nak lindungi pride mereka sahaja. Memang ada kes orang kena makan lions, tapi biasanya yang makan orang ni adalah dari kalangan male lions. Actually, banyak yang mati, especially di Africa.

Mereka ni sebenarnya sangat sosial. Mereka bergaul sesama mereka dengan baik. Saling membersihkan antara satu sama lain, cium pipi apabila berjumpa, bercakap dalam bahasa mereka, semua ni mereka buat untuk mengeratkan hubungan. Kita, kalau jumpa sesame kita, bagi salam, salam tangan dan berlaga pipi. Mereka pun berlaga pipi jugak. Especially singa betina yang baru datang dengan anak2nya yang baru lahir. Singa tersebut kaan berlaga pipi dengan semua singa2 dalam kumpulannya tadi. Dan of course, introduce anak2nya kepada kumpulan. At first, memang anak2nya nampak macam kena buli dengan singa2 betina lain. But actually, mereka bukan kena buli. Itulah tanda mereka tunjukkan kasih sayang. Main kejar2, gigit2 sikit. Singa pun boleh bergaul dengan manusia juga, kalau betul caranya lah.


Jadi, sayangilah makhluk2 Allah di sekeliling kita. Jangan jump into conclusion sebelum kita research pasal dunia kehidupan mereka yang sebenar. Mereka complicated dan unik. Macam dalam tanah bawah kaki kita ni. Ingat ada cacing dan ulat je? Macam2 ada bawah sana. Tupai, tikus, meerkat, rabbit pun ada tau! Dan lagi satu! Anda ingat kucing takut air? Ohho! Ada satu species kucing yang tak takut air. Nama dia, FISHING CATS! Nama pun dah fishing..Heheh. Mereka boleh berenang dan menangkap ikan dalam kawasan cetek. Rupa memang macam kucing, cuma besar sikit daripada kucing. 

                                 (Dahsyat!!!! Hebat kan? )


Semoga bertambah pengetahuan mengenai binatang di sekeliling kita. Lain hari, jumpa lagi dalam channel animal kingdom. InsyaAllah…. Miawwww….. Eheh! Salah! Roar!!!  ^_^