Assalamualaikum W.B.T...
Bertemu semula kita dalam post sye yang kedua dgn izin Allah..tariklah nafas panjang dan hembuskan semula..ape yg anda semua rase? lega bukan? syukur Alhamdulillah... haaaaa...inilah yg akan saya ceritakan dalam post saya yang kedua ni..sebelum tu,ampun dan maaf saya pinta kerana sblum ni saya janji nak story pasal IPIS..but then, ade request special dari teman setia..dye nak saya story pasal cinta dalam Islam...mungkin ada bnyk kelemahan yg bakal para pembaca saksikan, so, sye minta maaf kerana sye juga masih belajar lgi....saya gantikan dgn topik yang agak panas sebagai permulaan..
Cinta...cinta itu fitrah..kehadirannya tiada siapa mampu menduga..bersamanya membuat kita bahagia dan tersenyum gembira...kehilangannya membuatkan kita menderita dan merana..haaa..inilah kata-kata yang saya petik daripada seorang sahabat...Islam bukanlah agama yang kejam sehingga tidak membenarkan cinta kepada umatnya...normal bagi seorang manusia itu untuk cenderung mempunyai rasa cinta terhadap lawan sejenisnya..bak kata org puteh, 'love is hard,yet sweet'. sekali kena mana mungkin senang-senang boleh lupa..itulah yang indah tentang cinta dan itulah juga yang mendatangkan bahaya...
Di sini, saya kongsikan kisah tentang seorang teman yang juga merupakan teman setia saya yg kini merupakan seorg pelajar spt sye juga.. namanya biarlah rahsia..macam lagu tu.. orangnye ni biasa-biasa je, tinggi sangat tak,rendah sangat pun tak..sopan dan berbudi pekerti..mungkin itu yang menjadikan dia agak 'famous' dalam kalangan pelajar lelaki..lebih-lebih lagi pelajar lelaki dari course berlainan..hmm...kalau orang lain, mungkin takkan timbul sebarang masalah kan? tapi sahabat ini merupakan seorang insan yang telah ditakdirkan oleh Allah untuk berada di tpt yg beliau kira Islamik dan atas anugerah itulah dia sentiasa cuba untuk menjadi wanita yang suatu hari nanti terbaik untuk suami dan anak-anaknya...cinta sebelum kahwin? itu bukan yang dia cari..
Kerana kelembutannya, dia sentasa menjadi perhatian kebanyakan pelajar lelaki yang berlainan course. tak kurang juga senior-senior yang cuba memiliki cintanya..dan di sinilah masalahnya bermula..dia pernah mengaku pada saya bahawa secara jujurnya, dia jatuh hati pada BEBERAPA orang insan yang banyak mengisi masa untuk memberi peringatan serta pesanan yang bermakna buat renungan seharian. mmg tak salah kalau difikirkan semula..tapi, pesanan-pesanan serta ucapan yang baik daripada insan-insan tersebut telah sedikit sebanyak membuat dia terlalai lantas jatuh hati pada mereka..saya highlightkan perkataan beberapa kerana kini beliau berada di dalam dilema..mempertahankan maruahnya sebagai seorang wanita ataupun mengikut kehendak hati remaja yang dahagakan cinta...agama dan azamnya untuk menjadi wanita solehah harus dipertahankan..tetapi, kehadiran insan-insan ini sungguh telah menggoyahkan semangatnya. dia tidak mampu menolak kerana siapa tidak tahu,hati seorang wanita mudah sekali tersentuh dengan sikap lembut seorang lelaki. dalam hal ini, siapa yang harus dipersalahkan? dia ataupun insan-insan tersebut? ramai oramg akan cakap, "ala..jgnlah layan dia orang tu. biar je." saya juga berpendapat begitu..tetapi, kita tidak mungkin tahu dilema sebenar beliau..beliau sebenarnya sedang menunggu untuk insan-insan tersebut 'declare' feeling kat beliau sekaligus menuntut sebuah hubungan yang halal dan diredhai Allah..
Walau bagaimanapun, tidak seorang pun yg declare apa-apa feeling pada beliau..beliau terasa sedikit tertipu..seolah-olah selama ini, insan-insan tersebut hanya ingin mempermainkan perasaan beliau. beliau mengaku bahawa mungkin mereka hanya ingin bersahabat sahaja..namun, jika begitu, mengapa harus mengucapkan ayat-ayat cinta yang menggoda dan melalaikan? bagi yang approach beliau atas niat berdakwah, jujur beliau mmg sangat menghargai mereka semua..tetapi, masih,ayat-ayat baik yang diucapkan sedikit sebanyak melalaikan dan adakalanya berunsur cinta yang mmg boleh buat wanita mabuk kepayanglah! serius! kadang-kadang dia pun tak faham..kalau dia orang betul-betul baik,kenapa tak guna cara yang lebih dihalalkan oleh Islam? mintalah izin mak ayah..bukankah lebih baik begitu? masih muda dan masih belajar bukan alasan yang kukuh..mntalah izin ibu bapa untuk berkawan dgn anaknya..sekurang-kurangnya org tua tahu siapa yang menjadi sahabat anak mereka..itulah di antara keluhan hati beliau..
Yang paling menyedihkan ada di antara mereka 'membungkus' kata-kata dan mesej-mesej mereka dengan pura-pura bertanya tentang masalah agama kepada beliau.. miss called atau SMS beliau untuk bangun shalat tahajud dan lain-lain. beliau terkadang cuba menguji insan-insan ini dengan harapan mereka mungkin nak declare untuk membina hubungan yang lebih halal..tetapi,ternyata mereka semua tidak pernah serius dan mengerti maksud beliau..mana mungkin begitu? insan-insan tersebut semuanya berilmu dan tinggi pengetahuan agama..mengapa begitu sukar untuk mereka mengerti bahawa perbuatan mereka boleh membuka pintu zina yang sering bersedia dan ada di mana-mana saja? itulah soalan yang sering beliau ajukan kepada saya..dapat saya lihat kesedihan dan kekecewaan dalam nada suara beliau setiap kali kami berbicara mengenai isu tersebut..kadang-kadang saya mati akal..saya jujur tak sangka ada juga pelajar-pelajar yang sanggup mempermainkan hati perempuan dgn menjadikan dakwah sebagai modal approach pelajar perempuan..ini sudah dikira perbuatan mempersendakan agama...nauzubillah..minta-minta kita dijauhkan..hampa apabila rijal yg kita harapkan menjadi begini..bukan ingin menyalahkan kaum lelaki..tetapi, kaum lelaki seharusnya mengerti bahawa hati lembut perempuan mmg mudah tersentuh dgn perkara-perkara yang nampak biasa bagi kaum lelaki..
Pesanan saya pada beliau, usah rasa hampa dan sedih kerana cinta Allah lah yang patut diraih.. sesungguhnya setiap manusia itu diciptakan berpasang-pasangan..sudah ditulis di Loh Mahfuz untuk kita..jgnlah bersedih hati kerana cinta pada makhluk yang tidak mungkin selamanya membahagiakan andai disalurkan dgn cara yg salah..raihlah cinta Allah dan banyakkanlah bersabar dan berdoa..sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar..
Akhir kalam...berhati hatilah dgn cinta yang tampak indah pada zahirnya kerana seringkali menyiksakan batin..nasihat saya pada sahabat saya ini mungkin tidaklah sebaik mana..atas sbb itu saya penuhi permintaan beliau untuk menulis mengenai kisah beliau ini agar dpt dikongsi bersama dan mungkin kalian semua boleh memberikan nasihat serta komen-komen yang mungkin boleh membantu beliau..saya akhiri dgn memohon seribu kemaafan andai tersalah dan tersilap bahasa...Barakallah dan wassalam....
*hanya tulisan yg diharapakn kta akn mengambil pengajaran melaluinya..bkn diskriminasi terhadap kaum lelaki ea..
No comments:
Post a Comment