Apa khabar kalian semua. Bila fikir-fikir balik, hari ni saya rasa nak tulis tentang sesuatu yang lain. Pasal kisah cinta. Kisah cinta saya sendiri. Saya? Bercinta? Ea ke? Kata tak support cinta sebelum nikah.. Wat the hepe kawan? Haaaa....Inilah yang saya nak kasi tau ni.
Dulu, kat sekolah menengah, saya ni pemalu sangat. Dan sebagai seorang manusia biasa, perempuan pulak tu, normallah kalau ada rasa suka dekat budak lelaki. Time tu la..
Dari Form 1 sampai Form 4, saya tak pernah pun kisah sangat dengan perkara yang orang panggil cinta ni. Sebab bagi saya, kalau ada cinta pun, mesti cinta monyet je. Jadi, kalau saya dah tersuka kat mana-mana budak ke, saya memang tak ambil berat sangat. Perasaan budak-budak macam saya time tu cepat je hilang. Hari ni suka, esok-esok saya lupalah.
Then, naik Form 5. Time tu, budak Lower 6 baru je masuk. Tiba-tiba.....jeng jeng jeng! Saya serta- merta ni, tersuka dekat seorang budak ni. Nama beliau, biarlah rahsia ea. Dari gaya memang nampak baik. Lurus je. Sopan je. Memang tak hairanlah kalau ada orang suka pun. Time tu, beliau memang dah agak popular kat sekolah tu, walaupun baru je datang. Kata orang, beliau tu banyak peminat. Dari Singapura sampai ke Malaysia kalau dihitung. Wah! Time tu, saya fikir, memang takda harapanlah saya.
Kelas dia pulak depan sikit je dari kelas saya. So, memang hari-harilah dapat jumpa dia. Kalau lalu je, buat muka selambalah saya ni. Macam biasa. Takkan nak jerit-jerit pulak? Bukannya artis pun. Haha. Padahal hati suka.
Suatu hari, entah macam mana, perasaan saya yang suka kat dia time tu terkantoi dengan kawan-kawan saya. Saya pun tak tahu macam mana dia orang boleh tahu. Saya dah habis-habis cuba hide. Boleh nampak? Kawan-kawan saya yang bijaksana bijaksini pun mula menulis surat dan kasi kat budak tu. Siap jual nama saya lagi. Apa lagi....Sejak dari hari tu, kantoilah satu sekolah saya suka kat dia. Cikgu pun tahu.
Memandangkan saya pun memang pegang title budak baik time tu, so, takdalah yang nak kisah sangat. Time tu, saya memang dah tak sanggup menghadap dia lagi. Malu sangat. Tambah-tambah pulak, kita orang memang selalu cooperate. Satu team debate pulak. Kalau dah kat depan dia tu, memang tak terkata apa-apalah saya ni.
Ditakdirkan Allah pulak, mak saya suruh saya pergi ambil tuisyen untuk kelas add math. Puas jugak mak carik cikgu tuisyen. Last2 jumpalah sorang. Rumah tak jauh je. Saya pun pergilah. Dengan terppaksanya, sebab saya memang tak suka add math. Liat betul nak tangkap.
Saya pun jumpa cikgu saya. Then....jeng jeng jeng! Saya nampak dia! Rupa-rupanya, itu rumah dia! Uwaaaaaaa!!!!!! Malulah sangat saya time tu. Macam mana ni? Nak lari pergi mana ni? Takkan nak tuisyen sana smapai SPM? Dahlah dia tahu saya suka kat dia. Malulah kalau macam tu!!!
First day memang takut-takut. Tapi, sebab mak dia baik, saya pun cepat je rapat dengan family dia. Dah macam family sendiri. Sampailah sekarang. Kadang-kadang, kalau mak dia takda, dialah yang terpaksa gantikan mak dia. Dia pun memang pandai. SPM 14A. Memang saya tabik lah dekat dia.Tapi, oklah kelas saya tu. Saya taklah segan sangat bila dah lama-lama. Sebab saya pun bukan sorang2 je. Saya tuisyen dengan kawan sekelas sekali.
Dia ni kan, tak pernah pun tunjuk apa-apa feel kat mana-mana perempuan. Memang dia baik dengan semua orang. Kira pelajar harapan sekolah lah beliau ni. Bersajak, berpantun, bahas, debate, public speaking, tarannum, semua sempurna. Cukup syarat. Jadi imam pun boleh. Time tu, adela fikir-fikir jugak...Kalaulah dia jadi suami saya....Aisemen! Mengarut je pulak kan? Al maklumlah, kapel2 ni saya memang tak sentuh. Bercakap dengan dia pun bila time cooperate je. Itu pun jarang sekali. Jadi, feel saya tu memang saya simpanlah sendiri. Dia pun takda pulak nak tunjukkan respon.
Bila dah macam tu, saya pun buat muka selamba. Each time jumpa dia saya pun dah tak kisah lagi. Bila dah lama-lama, feel tu pu hilang. Walaupun lama jugak saya suka kat dia, tapi cepat je saya lupa. Bila lama-lama, dan dah biasa tengok dia, saya pun dah tak kisah lagi. Kalau dulu, each time jumpa time latihan debate, saya memang happy. Tapi, lama-kelamaan, saya pun tak kisah lagi. Kira macam saya dah mampu develop satu perasaan tak kisah terhadap beliaulah. Tenang hidup saya selepas tu.
Sebelum pergi IPIS time bulan 6 tu, saya nampak dia sekali. Dekat masjid. Itulah kali terakhir saya nampak dia. Lepas tu memang dah takda nampak lagi. Sampailah sekarang. Saya pun dah tak tahu dia kat mana. Saya pun tak kisah dah.
Sejak saya berada di IPIS ni, saya belajar satu hakikat. Dan dari 1 buku ni...PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL...Cinta yang indah itu nanti adalah apabila diberikan pada suami saya satu-satunya. Itulah hakikat yang saya sentiasa ingat. Dan saya mula sedar satu perkara. Perasaan saya pada beliau waktu itu bukanlah cinta. Tapi, itu hanyalah secebis perasaan hormat saya pada beliau kerana keindahan akhlak beliau.
Inilah kisah cinta saya yang saya panggil cinta. Setakat ni, itu jelah yang saya pernah lalui jika orang cakap pasal cinta ni. Kalau orang tanya, inilah yang saya jawab. Tapi, saya taklah pernah bercinta. Kalau bercinta ni, kedua dua pihak ada respon. Perasaan saya time tu, bolehlah dikatakan syok sendiri. Mesti anda semua juga pernah melaluinya kan? Jangan risau. Itu normal. Jangan runsing kerana manusia biasa memang begitu. Tambah2 pulak kita baru je nak meningkat dewasa time tu. Jadi, tak hairnalah terjadi begitu.
Apa yang saya nak kasi tau di sini ialah, perasaan yang kita selalu anggap cinta itu tidak semestinya betul-betul cinta. Jadi, berhati-hatilah. Jangan sampai tertipu dengan perasaan itu. Jangan sampai kita hanyut lalu menzahirkan perasaan itu dengan cara yang salah. Jangan sampai terjadi maksiat. Perasaan itu boleh dikawal. Itulah cara saya. Perasaan itu saya kawal sehingga akhirnya saya lupa. Sehinggalah saya ketahui hakikat cinta indah yang paling benar itu. Sekarang, saya dah tak fikir lagi pasal perasaan saya yang palsu tu. Alhamdulillah....
Akhir kalam, minta maaf andainya saya ada menyinggung sesiapa. Niat saya hanya untuk berkongsi cerita sahaja. Kadang-kadang, mesti bosan kalau asyik tulis pasal cerpen cinta dan tampilkan cinta orang lain. Jadi, saya tukarlah dengan cerita saya pulak. Cerita cinta saya ni taklah bez. Takda lah drama dan scene2 yang touching2 tu. Biasa je. Sebab semuanya saya pendam. Terzahir pun atas jasa baik kawan-kawan saya tu. Tapi, sampai situ sajalah. Setakat beliau tahu jela. Then, saya buat2 tak tahu sehingga akhirnya takda lagi. Tak lain tak bukan, itu hanyalah perasaan hormat saya terhadap beliau sahaja. Hehe. Simple story cinta saya.
Lazly, minta maaf di atas segala kekurangan atau terkasar bahasa. Saya tak berniat nak buat macam tu. .barakallah ..wassalam....chow chinchow....jellygrass..GPRS...
1 comment:
saya setuju dgn pendapat saudari ni...cinta akan elok sekiranya kita mampu untuk menguruskannya dengan baik..sbb itu kita dituntt untuk belajar mencari ilmu gama...tanpanya,sdh tentu manusia itu akn hancur...saya suka penulisan anda.
Post a Comment