Assalamualaikum W.B.T.....
Apa khabar kalian semua? Sihat? Alhamdulillah...mungkin dah ada yang bosan sebab asyik cerpen je..bukan saya tak nak buat cara lain, tapi mungkin lain kali sahaja. biarlah saya tuntut ilmu sehingga betul-betul cukup supaya tak tersakitkan hati orang lain lagi..then, baru saya akan buat cara lain pula..buat masa ni, mungkin saya lebih selesa menyampaikan ilmu yang sedikit ni melalui cara penulisan cerpen...mungkin cara ini lebih lembut dan mudah masuk di kepala kita jika hendak dibandingkan dengan cara saya yang agak kasar sebelum ni..apapun, minta maaf andai ada kekurangan nanti..betulkan saya saja andai salah..sebarang idea penambahbaikan amatlah dihargai.....
"Ibu....Ayah mana?"
Sekali lagi pertanyaan tersebut menerjah ke ruang mindanya. Kali ini, Suraya tidak tahu apa lagi yang harus diberitahukan kepada anak kecil itu. Suraya mendiamkan diri lalu tersenyum mesra.
"Ayah tak ada sayang..." perlahan sekali Suraya menjawab pertanyaan tersebut. Diusapnya lembut kepala anak kecil itu lalu diciumnya. Begitu besar kasih Suraya terhadap satu-satunya puteranya itu. Sejak bergelar ibu tunggal, Farizlah yang menjadi satu-satunya pengubat lara dan duka Suraya. Perceraian dengan suami tercinta telah membuatkan hidup Suraya terumbang-ambing. Hilang arah tanpa tujuan. Namun, kelahiran anak kecil itu telah membuka lembaran baru ke dalam hidupnya. Suraya lebih senang kini meskipun dia terpaksa menanggung anak kecil itu seorang diri.
"Suraya tak kisah kalau Abang nak kahwin lagi. Itu hak Abang sebagai suami. Suraya redha, bang", ada kesedihan dalam setiap patah perkataan yang diucapkan oleh wanita berusia 24 tahun itu. Meskipun wajahnya kelihatan tenang, sepasang mata yang bening itu langsung tidak dapat menyembunyikan apa-apa daripada pandangan seorang suami.
Khairi tahu, Suraya pasti sedang dilanda kesedihan yang amat besar kerana keputusan yang dibuatnya itu. Namun, dia tidak ada cara lain lagi. Perkahwinannnya dengan Anita harus disegerakan. Khairi tidak mahu terjadi apa-apa yang tidak patut sebelum segala yang haram dihalalkan. Perasaan cintanya terhadap Anita sudah tidak boleh dibendung lagi. Meskipun begitu, Khairi turut berasa berat hati di atas keputusannya kerana tempoh 2 tahun perkahwinannya dengan Suraya merupakan saat yang paling bahagia buatnya. Namun, entah mengapa, sejak kehadiran insan yang bernama Anita itu, cintanya terhadap Suraya nyata semakin sirna.
Suraya wanita yang baik, isteri yang taat serta anak yang berbakti kepada kedua-dua orang tuanya. Tiada sebab untuk dia meragukan keindahan akhlak wanita itu sehingga dia harus mencari penggantinya. Namun, inilah yang dikatakan cinta. Jika sudah kenal apa itu cinta, tak mungkin manusia mampu mengenali orang-orang di sekitarnya lagi. Tak mungkin terlihat lagi akan segala yang zahir. Yang terlihat hanyalah rasa di dalam batin yang semakin bergelora inginkan cinta.
"Suraya...Abang minta maaf. Bukan niat Abang untuk menduakan cinta Suraya terhadap Abang. Sungguh. Abang cintakan Suraya sepenuh hati Abang. Tapi, Anita.....Anita tu lain daripada yang lain...Dia istimewa. Terlalu istimewa..."
Pernyataan tersebut benar-benar membuatkan hati wanita Suraya hancur luluh. Sampainya hati seorang suami melebih-lebihkan seorang wanita lain di hadapan isterinya sendiri. Air matanya yang mengalir segera diseka. Dia tidak mahu terlihat oleh suaminya nanti. Dia tidak mahu dianggap mementingkan diri. Menangis hanya bakal menunjukkan kelemahannya. Seorang wanita harus kuat! Tidak boleh lemah begini! Itulah tanggapan Suraya. Kemudian dia bersuara semula.
"Abang.... Suraya betul-betul dah rela. Abang kahwinilah dia. Daripada nanti terjadi sesuatu yang berdosa, ada baiknya dihalalkan segera. Itulah sebaik-baik keputusan. Tapi, andainya Abang sudah bersama dia nanti, tidak pula Suraya mahu menjadi penghalang di antara kalian berdua. Abang mengerti kan maksud Suraya?", di dalam keberatan dan keperitan, Suraya menguntum sebuah senyuman di bibir mulusnya.
Khairi yang masih belum mampu menangkap maksud isterinya itu masih terkebil-kebil. Cuba dicernanya perlahan-lahan kata-kata Suraya sebentar tadi. Namun, dia masih tidak mampu memahaminya.
"Suraya.... Apa maksud Suraya ni?", ada sedikit kerisauan dalam nada suaranya. Ditatapnya mata Suraya dalam-dalam. Cuba untuk mencari seribu makna dan pengertian. Mata itu segera melarikan diri daripada tatapan tajamnya. Suraya menundukkan kepala.
"Lepaskan Suraya, bang. Suraya tidak mahu merosakkan kebahagian Abang dengan Anita nanti. Maafkan Suraya. Bukan Suraya tak sayangkan Abang. Tapi, kerana Suraya sayanglah Suraya buat keputusan ni. Suraya tidak mahu nanti Abang dihukum kerana tidak mampu berlaku adil. Hati seorang suami untuk isteri cuma ada satu, bang. Andai sudah diberikan kepada seorang wanita yang lain, tidak mungkin ada hati yang lain untuk dikongsikan bersama seorang wanita yang lain lagi", perasaan sedih yang membelenggu diri membuatkan Suraya membuat andaian sebegitu. Hatinya yang remuk menjadikan dia sedikit ego. Sungguh dia tahu bahawa cinta Khairi terhadapnya besar dan oleh kerana itu, dia minta dilepaskan agar Khairi turut merasa siksanya nanti.
Khairi yang sedari tadi kelihatan tenang terkejut besar. Mungkinkah dia tersalah dengar? Mungkinkah seorang isteri yang selama ini sangat menghargai sebuah perkahwinan sanggup memutuskannya sendiri? Mungkinkah seorang isteri yang selama ini sangat membenci sebuah perceraian yang turut dibencikan oleh Penciptanya sanggup membuat keputusan itu? Khairi menjadi resah. Resah kerana isterinya yang kelihatan seperti bagaikan disampuk. Perubahannya yang begitu drastik membuatkan Khairi berasa sedikit terkilan.
"Tidak Su! Tidak! Abang tak mungkin ceraikan Su! Abang sayangkan Su. Sumpah. Abang sayangkan Su. Tak mungkin ada orang lain dapat gantikan tempat Su di hati Abang. Jangan buat Abang begini Su..Tolong..Abang merayu pada Su..", betapa Khairi sedih tatkala membantah keputusan isteri tercinta. Bercucuran air matanya. Suraya hanya mampu melihat lemah. Berdosanya dia kerana membuatkan suami tercinta menangis kerananya. Namun, jika hatinya boleh dibiarkan hancur luluh begitu sahaja, mengapa tangisan seorang suami itu harus dianggap begitu besar? Biarlah dia menangis. Itu hasil daripada keputusan yang dia buat sendiri. Hati kecil Suraya tidak berhenti-henti memaksa dirinya untuk terus membuatkan lelaki itu sedih sehingga dia menarik semula keputusannya untuk mengahwini Anita.
Khairi sudah tidak mampu bersuara lagi. Di dalam kediaman itu, dia mula memutuskan segala-galanya. Andai itu yang dipinta, itulah yang akan diberikan. Apa gunanya terus bersama andai Suraya sudah tidak ingin bersamanya. Kini, hati lelakinya yang ego sudah mula menampakkan diri. Dia masih dengan keputusannya untuk mengahwini Anita. Itu satu kepastian.
" Baik. Andai itu yang Su mahu, Abang tak mungkin mampu menghalang Su lagi. Abang ceraikan Su dengan talak satu. Su sudah bebas sekarang..", tenang sekali Khairi tatkala meluahkan keputusan besarnya itu. Ternyata, perkahwinannnya yang sudah berusia 2 tahun itu akan berakhir di situ sahaja. Mungkin sudah tidak ada jodoh lagi. Hanya kepada Allah Khairi berserah selepas itu.
Suraya segera berlalu pergi. Di luar rumah dia meluahkan segala kesedihan yang sedari tadi dipendam. Dia menangis semahu-mahunya. Langit yang gelap itu ditatapnya puas-puas. Terasa ingin saja dia menyerahkan nyawanya kepada malaikat maut saat itu juga untuk dicabut. Biar hilang segala kesedihannya. Biar hilang segala deritanya. Biar hilang segala-galanya. Dia sudah tidak mahu lagi mengingati lelaki itu. Dia sudah tidak mahu lagi menyimpan hati yang sungguh sehingga saat itu masih penuh dengan rasa cinta terhadap lelaki itu. Lelaki yang baru sahaja tadi mencarik-carikkan hati itu. Lelaki yang baru sahaja tadi membakar hati itu dengan sepanas-panas api. Hati yang selama ini penuh cinta dan kasih buatnya.
Apa kurangnya dia sehingga dia diduakan? Di mana lebihnya wanita yang bernama Anita itu? Tidak cukup cantikkah dirinya sehingga suaminya yang selama ini dijaga dengan penuh kasih dan sayang sanggup beralih arah? Persoalan tersebut terus-menerus menerobosi ruang fikirannya. Fikirannya seperti sudah dihasut. Dihasut oleh syaitan untuk terus mempertahankan egonya sebagai seorang wanita.
Setahun berlalu setelah perceraiannya dengan Khairi. Kelahiran satu-satunya waris mereka buat masa itu masih tidak sampai ke telinga Khairi. Segala-galanya ditutup rapi kerana Suraya tidak mahu nanti hidupnya tambah rumit. Andai saja Khairi tahu bahawa dia kini sudah bergelar seorang bapa, pasti saja dia akan merebut anak itu.
"Dia sudah ada isteri lain. Dia sudah memiliki kebahagiaannya.Dia miliki segala-galanya. Tidak adil andai dia ingin merampas satu-satunya harta yang kini ada padaku." Perkara itu sering saja Suraya perkatakan kepada ibunya. Hanya kepada Puan Rosmahlah segala-galanya diadukan kini. Puan Rosmah hanya mampu menjadi seorang pendengar yang baik kepada segala luahan hati anak gadisnya itu. Teringin juga dia meminta Suraya supaya kembali semula kepada Khairi. Namun, hatinya tidak cukup kuat. Pasti permintaannya nanti ditentang keras oleh Suraya yang telah banyak tersiksa setelah kejadian itu.
Hari itu, Khairi bercadang untuk menemui bekas mertuanya di kampung. Meskipun Suraya kini bukan lagi zaujahnya, tetap, rasa kasih dan ukhwah yang telah terbina tidak dapat dia nafikan kehadirannya. Puan Rosmah sudah dia anggap seperti ibu kandungnya sendiri. Terkadang, rindu itu singgah jua di hatinya. Teringat dia dahulu bagaimana Puan Rosmah sangat gembira tatkala menerima kehadirannya sebagai menantu. Tidak pernah juga Puan Rosmah menunjukkan sebarang bantahan terhadap perkahwinan tersebut meskipun dia dan Suraya sama-sama masih belajar pada waktu itu. Segala-galanya dijalankan dengan cukup sederhana. Tidak ada majlis besar-besaran. Perkahwinannya hanya dipelaminkan oleh rukun yang telah ditetapkan oleh agama. Sungguh dia bahagia tatkala Suraya menjadi miliknya. Walaupun perkahwinan itu hanya bertahan selama 2 tahun, segala-galanya masih tetap Khairi hargai.
"Asalamualaikum.... Mak", panggilan itu tidak pernah lekang dari mulutnya sedari dulu lagi. Rumah itu kelihatan kosong. Sepi sekali. Tidak ada satu manusia pun di dalamnya. Kelihatan di kejauhan ada keriuhan yang menarik beberapa orang pemuda kampung untuk mendekatinya.
Khairi tidak langsung mahu memperdulikan kejadian di luar rumah itu. Dia segera ke belakang rumah untuk mencari ibu mertuanya. Namun, dia masih tidak ketemu.Segera dia keluar lalu menuju ke kereta. Dipandunya perlahan-lahan sambil matanya melilau mencari ibu mertuanya itu.
"Mungkin ibu ke pusara ayah", bisik hati kecilnya. Pada waktu-waktu yang tenang seperti itu, Puan Rosmah memang sering mengunjungi pusara suaminya. Dia rajin sekali membersihkan pusara suaminya itu. Sungguh kasihnya dia akan suaminya sehingga segala pinangan selepas pemergian suaminya ditolak mentah-mentah. Hatinya tidak lagi terbuka untuk mana-mana lelaki. Hidupnya setelah itu diserahkan terus kepada Allah. Cintanya setelah itu hanya untuk Allah. Begitu mulia wanita tua itu.
Tepat sangkaannya. Puan Rosmah memang ada di tanah perkuburan itu. Tetapi, wanita itu tidak sendirian. Ada susuk lain menemaninya. Ada tanda-tanda kehadiran orang ramai di situ tadi. Mungkinkah ada yang baru sahaja meninggal? Khairi berfikir sendiri.
Anak kecil itu menatap puas wajah lelaki yang ada di hadapannya. Segera ditarik lengan baju opahnya.
"Khairi! Astarghfirullahalazim....Ke mana kamu selama ni? Su sakit teruk pun kamu tak datang menjenguknya. Sampai hati kamu buat dia macam tu. Mak tahu dia salah, tapi.......", sedih sekali Puan Rosmah ketika itu.
Suraya baru sahaja selamat dikebumikan sebentar tadi. Masih panas lagi tanah kubur itu. Suraya yang telah lama menderita penyakit barah otak dijemput pulang oleh Ilahi di dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Dia tidak putus-putus menyebut nama Khairi. Setelah itu, dia meminta ampun dan kemaafan daripadanya. Sungguh perit sakit yang ditanggungnya kerana terlalu merindukan suami yang pernah dia tolak suatu ketika dahulu. Sungguh rasa berdosanya terhadap suaminya itu membuatkan dia pergi dalam keadaan yang tidak tenang.
"Fariz. Fariz anakmu Khairi. Zuriat dari Suraya."
Serentak dengan itu juga panggilan "ayah" daripada bibir anak kecil itu menyapa telinganya. Di dalam kesedihan yang tidak terhingga atas pemergian Suraya, Khairi mendakap susuk kecil itu.
"Ayah, mana ibu???????" Pertanyaan daripada anak kecil itu segera menghentikan waktu yang kala itu terasa begitu pantas berlalu. Hanya air mata yang mampu Khairi berikan untuk menjawab pertanyaan itu kini.......
Alhamdulillah...selesai 1 lagi cerpen..lama dah tak tulis blog...sibuk sikit..sem 2 sudah menjelma...saya semakin dewasa...diharapkan penulisan kali ini tidak juga menyakitkan hati sesiapa...kalau ada, seribu kemaafan saya pohon dari kalian semua. apa yang baik kita ambil..yang buruk jadikan sempadan...apa pengajaran kalia ini ek? suami dan isteri.....disatukan kedua-duanya untuk saling melengkapi....andai perceraian itu terjadi, runtuhlah sebuah kebahagiaan....oleh itu, hendaklah difikirkan sebaiknya sebelum perkataan keramat itu dilafaz.....Allah sangat benci akan perceraian..maka, haruslah kita berhati hati dalam perkahwinan..supaya tidak terjadi kepada kita nanti..jgn sebarang lafaz ya...bahaya tu...semua orang akan tersiksa...banyak sangat pasangan yang bercerai skrg..dulu, saya ingat nak sambung study law..but then ayah cakap, tak payah..kerjaya tu takda masa depan di sini..kalau nak jadi peguam syariah and uruskan orang yang nak bercerai oklah..tengoklah kawan-kawan....peratusan pasangan yang bercerai tu sangatlah banyak sehingga ayah saya pun cakap pasal bercerai dan uruskan orang yang bercerai sebagai 1 kerjaya. apa sebab perceraian ni terjadi? dan, nak salahkan siapa? saya pun tak mungkin dapat nyatakan sebab dan nak salahkan sesiapa, kerana mungkin setiap pasangan ada sebab tersendiri....tapi, andai itu sahaja cara penyelesaian yang paling baik buat kedua-duanya..then, maybe itu sudah takdirnya....
barakallah....wassalam...(dah lewat..tangan pun dah x mampu nk jalan lagi..i'm gonna watch SAW...so, njoy reading....ponat den..sem 2...adoyai...)
No comments:
Post a Comment