andai kau sudi

Saturday, July 30, 2011

RAMADHAN NANTI

WAN FANSURI


Syaaban ingin pergi sayu menghiba diri,
Ramadhan ingin kembali riang bersua lagi,
Merangkak kita di lantai masa bersilang hari,
Merebak bulan di ufuk senja tahun berganti.
Telah terukir juga terzahir dibibir muara,
Akan kita insan yang sentiasa lupa dan lara,
Hidup bertunjangkan nafsu sesedap rasa,
Bermain dengan bara-bara yang pernuh noda.
Dosa, bila diungkitkan tentang neraka,
Lalu di selitkan tentang ajal yang menyusul tiba,
Insan baru padanya terkhabar dari lamunan,
Pantas dirinya menadah tangan mencari tuhan.
Maka sedar tika alpa dosa inginkan pahala,
Alpa dalam bicara nafsu inginkan puasa.

Friday, July 29, 2011

Ceritera....Cerpenku...

Assalamualaikum W.B.T......


     Sahabat-sahabat tercinta....Para pejuang...Mujahid serta mujahidah semua....Salam Ramadhan...Salam Perjuangan...Bulan penuh barakah....Maaf dipinta bagi segala silap dan salah....Semoga amalan diterima dan mendapat redha-Nya...Hanya sekadar post pendek buat memudahkan sahabat-sahabat semua...Jika terasa nak baca ceritera gadis muda.....luangkan masa sejenak..lawati link-link ini...kumpulan cerpen dari dulu hingga kini...moga mendapat sesuatu yang baik dan bermanfaat...insyaAllah.....


DK :ISLAM DI HATI (Recommended)
http://masquerademuslimah.blogspot.com/2010/12/islam-di-mana-di-hati-vs-di-ipis.html


DK :KASIHNYA HINGGA KE SYURGA
http://masquerademuslimah.blogspot.com/2010/12/kasihnya-hingga-ke-syurga.html


DK :LAYAKKAH AKU MENJADI PERMAISURINYA (Recommended)
http://masquerademuslimah.blogspot.com/2010/12/layakkah-aku-menjadi-permaisurinya.html


DK :SETULUS KASIH DHIA (Recommended)
http://masquerademuslimah.blogspot.com/2010/12/setulus-kasih-dhia.html


DK :PERMATA BUAT SUAMIKU (Recommended)
http://masquerademuslimah.blogspot.com/2010/12/ulama-buat-sayang.html


DK :LAMBAIAN PINTU RAUDHAH (Recommended)
http://masquerademuslimah.blogspot.com/2010/12/lambaian-pintu-raudhah.html


DK :SINAR SECEBIS HARAPAN (Recommended)
http://masquerademuslimah.blogspot.com/2010/12/sinar-secebis-harapan.html


DK :NILAI SEBUTIR PERMATA
http://masquerademuslimah.blogspot.com/2010/12/asslamualaikum-w.html


DK :KALA CINTA MENYAPA (Recommended)
http://masquerademuslimah.blogspot.com/2010/12/kala-cinta-menyapa.html


DK :CAHAYA RAMADHAN
http://masquerademuslimah.blogspot.com/2010/12/assalamualaikum-w_28.html


DK :TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR..TERLAJAK TERLANJUR?
http://masquerademuslimah.blogspot.com/2010/12/terlajak-perahu-boleh-diundurterlajak.html


DK :MANA AYAH DAN IBU?
http://masquerademuslimah.blogspot.com/2011/01/ibu-mana-ayah-ayah-mana-ibu.html


DK :NUR KASIH
http://masquerademuslimah.blogspot.com/2011/01/w.html


DK :SAYANG AYAH!
http://masquerademuslimah.blogspot.com/2011/01/sayang-ayah.html


DK :PULANGLAH
http://masquerademuslimah.blogspot.com/2011/01/pulanglah.html


DK :MISTERI CINTA AISYAH
http://masquerademuslimah.blogspot.com/2011/01/misteri-cinta-aisyah.html


DK :IBU TENGAH TIDUR TU..(Recommended)
http://masquerademuslimah.blogspot.com/2011/01/assalamualaikum-w.html 


DK :SAHABAT
http://masquerademuslimah.blogspot.com/2011/01/assalamualaikum-wbt.html


DK :SEPUCUK SURAT
http://masquerademuslimah.blogspot.com/2011/01/hidayah.html


DK :CERITA TENTANG AINA
http://masquerademuslimah.blogspot.com/2011/02/hmmmmmmm.html  


DK :NOTA CINTA AISYAH
http://masquerademuslimah.blogspot.com/2011/03/nota-cinta-aisyah.html


DK :KAU ISTIMEWA
http://masquerademuslimah.blogspot.com/2011/06/kau-istimewa.html


DK :EPILOG KASIH ANISAH(Recommended)
http://masquerademuslimah.blogspot.com/2011/07/epilog-kasih-anisah.html






Alhamdulillah...inilah yang telah terhasil dalam tempoh dua tahun menulis...Masih sangat lemah sebagai permulaan...Baru-baru ini sudah jarang sekali menulis...Sedang mendalami ilmu penulisan...Moga2 para pembaca semua menyukainya..Moga bertemu lagi dalam ceritera cerpen yang akan datang..terima kasih di atas segala sokongan, tidak lupa juga kepada insan-insan yang turut berkongsi ilmu serta pendapat juga idea bernas sepanjang tempoh penulisan ini...Selamat berpuasa semuanya...   ^_^




Wednesday, July 27, 2011

Epilog Kasih Anissa

“Mak, Ina haus. Ina nak air.”
Terdengar suara halus itu menerobosi ruang telinganya. Ditatapnya wajah anak kecil yang sudah berpeluh-peluh di sisinya. Berkerut-kerut wajah anak kecil tersebut. Jari-jemarinya pula tidak berhenti-henti menarik kain si ibu yang sedang sarat mengandung. Kemudian, ditatapnya pula wajah bayi kecil yang sedang lena di pangkuannya. Tenang. Sunyi. Tidak ada sebarang suara keluar dari bibir mulusnya. Sesekali Anisah menarik nafas lega kerana bayi kecil tersebut seolah-olah mengerti akan keberatannya pada saat itu, lantas ia berdiam diri sahaja. Tidak banyak meragam. Botol kecil berisi susu yang sepatutnya menjadi milik bayi tersebut terpaksa juga dihulurkan kepada anak kecilnya yang sudah meraung-raung mahukan air. Terdiam seketika anak kecil tersebut setelah tekaknya dibasahkan.



Di bawah sinaran terik mentari, Anissa dengan tangan kanannya menggendong bayi  yang baru sahaja berusia 3 bulan, tegar berdiri, menanti ketibaan bas yang akan membawanya ke Hospital Besar Greenfield sebentar  saja lagi. Tangan kirinya pula memegang erat lengan anak kecil yang sudah keluh-kesah akibat dipancar terik sinar mentari. Mereka bertiga tak ubah seperti cacing kepanasan dibakar mentari yang tak kenal erti belas kasihan. Sesekali hati ibunya tersentuh apabila melihat bayi serta anak kecil yang setia menanti bersamanya. Sebagai seorang ibu, tidak pernah terlintas sedikitpun di fikirannya untuk menyiksa anak-anak tersebut, berjemur di bawah terik mentari bersamanya. Namun, Anissa tidak punya pilihan lain. Jika anak-anak itu tidak dibawa bersama, tidak ada sesiapa pula yang akan menjaga mereka nanti. Hendak ditinggalkan di rumah sahaja, Ina pula masih terlalu muda untuk menjaga adik lelakinya. Suaminya pula sudah meninggalkan rumah sebelum  Subuh lagi. Tugasnya sebagai seorang pegawai keselamatan memerlukan dia bertukar shif dengan sahabat-sahabat yang lain. Dan kebetulan pula pada bulan itu, gilirannya untuk berkawal di siang hari. Jadi, terpaksa juga Anisah berkorban sedikit demi meringankan beban suami. Tidak sampai pula di hatinya untuk meminta suami berulang-alik dari rumah ke tempat kerja dan menghantarnya ke hospital setiap hari. 



Sudah tiga tahun Anissa membina rumahtangga bersama lelaki pilihannya, Hakim. Lelaki yang dia kenali semasa masih menuntut di universiti dahulu. Lelaki yang tidak punya apa-apa selain motor usang yang menanti masa untuk berterabur segala isinya. Lelaki yang ikhlas melamar cintanya di saat hatinya sedang kosong, ketandusan kasih sayang. Lelaki yang mengajarkannya nilai sesuap nasi.


**********************************************


Anissa tidak pernah kenal apa erti susah. Apa erti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tidak pernah kenal apa rasanya membonceng motosikal. Sudahlah panas, berhawa dingin jauh sekali. Berbeza sekali rasanya dengan Mercedes Benz milik keluarganya. Pertama kali membonceng motosikal lama milik suami, bergetar kepala lututnya. Ketakutan. Kesejukan meredah angin meskipun matahari terik memancarkan sinarnya. Hakim pula akan mengerutkan dahinya setiap kali melihat gelagat Anissa yang masih cuba untuk menyesuaikan diri dengan kehidupannya yang agak “kekampungan” bagi kebanyakan orang berada seperti Anissa.


Perkahwinannya dengan lelaki miskin yang ternyata bukan pilihan ibu serta bapa menjadikan Anissa “anak buangan” keluarga besar tersebut. Tidak sanggup rasanya menyimpan menantu miskin yang hanya bersarungkan baju-baju lama dan tidak mempunyai kerjaya yang membanggakan. Itulah tanggapan Datuk Rosman, ayah Anissa.


**********************************************



“Ayah tak kisah kalau kau nak tinggalkan rumah ni. Kalau kau nak pilih suami daripada keluarga sendiri, silakan. Kalau kau nak rasa sangat macam mana hidup susah, makan nasi putih dengan air garam, silakan. Ayah takkan halang. ”

Cerut berwarna coklat gelap dihisap sepuasnya. Datuk Rosman menyilangkan kakinya yang masih bersarung kasut kulit berwarna gelap, menghadap wajah masam Anissa yang kini sedang duduk melutut di hadapannya. Tidak sedikitpun beliau memberikan tatapan kasih seorang ayah terhadap anak gadis tersebut. Perhatiannya ditumpukan sepenuhnya kepada cerut yang kini sedang berada di celah jari tengah dan jari telunjuknya. Sambil jari-jemari kanannya tidak berhenti memicit kepala yang dirasakan asyik berdenyut sejak dari pagi lagi. Pasti diberatkan oleh urusan kerja di syarikat yang sudah banyak tertangguh gara-gara melayani kerenah Anissa.




Asap putih yang memenuhi ruang tamu rumah agam milik keluarga tersebut sedikit sebanyak menyesakkan dada Anissa. Namun, kesesakan yang ditimbulkan oleh asap putih tersebut tidak langsung mampu menandingi kesesakan yang kini sedang menyelubungi seluruh batinnya. Kesesakan yang memaksa dia untuk membuat pilihan besar yang akan mengubah seluruh hidupnya. Anissa cuba untuk tidak menarik nafas, bimbang terhidu asap cerut yang memudaratkan. Namun, dia tidak bisa. Jantungnya sudah berdegup kencang, menantikan jawapan daripada ayah tercinta.



“Anissa dah nekad. Anissa akan ikut Abang Hakim. Abang Hakim suami Anissa. Di sisi suami, tempat layaknya seorang isteri.”



Pendek jawapan Anissa. Jelas dan lantang suaranya meskipun wajahnya dihadapkan ke lantai. Datuk Rosman masih mengambil masanya. Tidak terburu-buru di dalam membalas kata-kata anak gadisnya. Cerutnya disedut dalam-dalam lalu dihembuskan asapnya ke atas. Kemudian dilontarkan sahaja saki-baki cerut itu ke lantai lalu dipijak-pijak dengan kasutnya. Serentak selepas itu juga, datang seorang wanita separuh abad dengan penyapu membersihkan saki-baki cerut serta kotorannya. Wanita tersebut tidak langsung menunjukkan sebarang reaksi terhadap segala perbicaraan judisiari yang kini sedang berlangsung di hadapannya. Meskipun telinganya mampu menangkap butir-butir perbualan keduanya, sudah menjadi tugasnya untuk tidak mencampuri urusan keluarga tersebut. Andai dia bersuara sekalipun, kata-katanya pasti tidak bernilai waima sesen pun di mata Tuan Rosman. Silap-silap hari bulan, bisa saja tabungannya yang tinggal sesen nanti. Ada baiknya berdiam diri sahaja. Dia juga harus "cari makan".



Datuk Rosman berdiri menghadap anak gadisnya. Pandangannya difokuskan kepada bagasi yang sudah sedari tadi berada di depan pintu rumah. Kemudian dia mengalihkan pandangan ke arah anak gadisnya semula. Pasti dia tidak main-main dengan apa sahaja yang baru diperkatakan sebentar tadi. Sedikit sebanyak, keteguhan serta sifat tidak gentar Anissa mencabar ego lelakinya. Dia kini sedang berhadapan dengan seorang wanita muda yang bukan lagi anak gadis kecil yang boleh dia perintahkan itu dan ini. Dia kini sedang berhadapan dengan seorang wanita muda yang sudah mampu membuat pilihan sendiri. Tidak mudah menyerah diri. Tak mungkin juga boleh berubah hati.



“Fine! Suit yourself! Kau sudah nekad. Genggamlah tekadmu bagai menggenggam bara api. Tapi kau percayalah, bara api itu akan membakarmu suatu hari nanti. Di saat itu nanti, jangan kau pulang dan melutut di hadapan ayah seperti apa yang kau lakukan pada hari ini. Peluang ayah hanya datang sekali. Kau tolak, kau tanggung sendiri hasilnya nanti. Well, I guess this is the end. You are free to go and I forbid you from coming back to this house, forever!”


Akhirnya! Kata-kata yang sememangnya sedari tadi ditunggu-tunggu oleh Anissa. Meskipun ayat terakhir yang diucapkan oleh ayah tercinta sangat melukakan hati. Anissa sudah tidak peduli. Bukan niatnya untuk menjadi anak durhaka. Namun, dia kini sudah ada tanggungjawab sendiri. Tidak mungkin baginya membiarkan suami tercinta terkontang-kanting hidup sendiri. 


Anissa segera bangun. Berdiri di atas kakinya yang sudah agak kekejangan setelah hampir setengah jam melutut, memohon restu serta kebenaran daripada ayah tercinta untuk meninggalkan rumah tersebut. Riak wajahnya kelihatan agak tegang. Tidak mahu tampil lemah setelah tekad dibulatkan. Tangan gagah tersebut disalami buat terakhir kalinya. Diciumnya agak lama. Kemudian direbahkan pula kepalanya di dada bidang milik ayah tercinta. Masih hangat seperti dahulu. Sama seperti di waktu kecilnya dahulu. Tidak berkurang sedikitpun kehangatannya. Namun, kehangatan itu sebentar saja lagi akan dia tinggalkan. Dia tinggalkan demi kehangatan cinta seorang suami.

Datuk Rosman hanya melihat sahaja Anissa melangkah pergi meninggalkan rumah tersebut. Tidak sedikitpun terdetik rasa hiba atau sedih di hatinya. Kepalanya kini diberatkan oleh urusan-urusan syarikat yang sedang bertimbun-timbun, menanti untuk diselesaikan. Urusan Anissa hanyalah sebahagian kecil urusannya yang dirasakan tidak penting dan remeh sekali. Bisa saja diselesaikan dalam tempoh setengah jam. Sama seperti apa saja yang baru terjadi sebentar tadi.


**********************************************


“Kak! Kak! Nak naik ke tak ni?!”
Anissa tersentak dari lamunannya. Dilihatnya wajah pemandu bas yang sudah kemerahan menahan kemarahan kerana jenuh menunggu insan yang suka mengelamun sepertinya. Para penumpang yang lain juga mempamerkan wajah yang serupa. Masing-masing menunjukkan rasa marah terhadap dia yang sedari tadi dipanggil-panggil, tetapi tidak menjawab. Masing-masing sudah tidak jenuh duduk, resah-gelisah semuanya. Kalau tidak kerana kasihankan anak kecil yang sudah berpeluh-peluh di sisi wanita muda tersebut, pasti bas itu akan meluncur meninggalkannya begitu sahaja.



Anissa melangkah menaiki tangga bas perlahan-lahan. Agak sukar baginya untuk berjalan kerana perutnya sudah semakin besar. Dipegang erat palang pintu masuk bas. Khuatir jika tergelincir dari tangganya. Bayi kecil yang digendong dibaringkan di tempat duduk paling hadapan. Satu-satunya tempat duduk yang masih kosong. Kemudian Anissa turun semula untuk mengambil Ina yang masih terkebil-kebil di luar bas. Tidak ada satu pun yang ringan tangan untuk membantu. Semuanya sedang sibuk dengan urusan sendiri. Itupun ada yang sudah merungut-rungut menunggu Anissa keluar masuk dari dalam bas. Belum pun sempat Anissa duduk, pemandu bas tersebut sudah menekan pedal minyaknya. Bas yang memecut secara mengejut menyebabkan bayi Anissa meluncur dari tempat duduk tersebut. Untung Anissa sempat menahan bayinya daripada terus terjatuh ke lantai. Jika tidak, pasti bayinya sudah cedera. Ingin saja rasanya memarahi pemandu bas tersebut, namun Anissa sudah terlalu penat untuk bertikam lidah dengan manusia di sekelilingnya. Dia tidak mahu pula membuat onar di dalam bas tersebut. Hospital Besar Greenfield. Itulah destinasi yang ingin dia tujui. Bukannya balai polis atau apa-apa juga tempat yang sewaktu dengannya.

*********************************************************************************


Sudah lima hari Anissa berada di dalam wad yang menempatkan ibu-ibu mengandung. Kandungannya sudah terlalu sarat. Doktor menasihatinya supaya tinggal sahaja di hospital untuk memudahkan urusannya nanti sekiranya sudah tiba masa untuk dia melahirkan anak. Terlalu bahaya baginya untuk turun naik bas seperti dahulu lagi. Dan selama 5 hari 5 malam itu  jugalah Hakim berulang alik dari hospital ke rumah, kemudian kembali pula ke tempat kerja untuk menghantar makanan serta bekalan buat Anissa. Tidak pernah lekang senyuman dari bibirnya setiap kali melihat wajah Anissa yang berseri-seri menantikan kehadirannya. “Seri ibu mengandung.” Kata Hakim.




Meskipun kepenatan yang dia alami, hanya Allah sahaja yang tahu. Bukan sahaja kepenatan pada zahirnya, malah penat pada batinnya juga. Penat menahan segala cemuhan serta amarah majikan kerana selalu saja lambat ke tempat kerja dan kehadiran Ina dan bayi lelakinya di dalam “pondok jaga” hanya menambah buruk keadaan, terutamanya apabila Adam, bayi lelakinya yang masih sangat kecil, merengek-rengek mahukan susu. Terkocoh-kocoh Hakim berlari ke “rumah hijau” membancuh susu buat Adam. Kadangkala terlalu panas, ada pula waktu-waktunya terlalu sejuk pula. Sesekali Hakim tersenyum sendiri setiap kali susu yang dia bancuh tidak kena pada rasanya. Pada saat-saat seperti itu, betapa dia merasakan bahawa dia memerlukan Anissa untuk tegar berada di sisinya. Betapa dia rindukan wanita yang selama ini bertungkus lumus, siang dan malam menjaga makan dan minumnya. Anissa. Wanita yang tidak pernah mengenal erti jemu mencurah kasih sayang kepada dia dan anak-anaknya.


Sungguhpun hampir kesemua kakitangan syarikat tersebut tidak menyenangi kehadiran Adam serta Ina, namun Hakim tetap bersyukur kerana masih ada insan yang sudi membantunya untuk menjaga Adam dan Ina di saat dia harus menemui Anissa di hospital. Sahabat yang bersama-sama dengannya, bersengkang mata di tengah malam yang suram, diselubungi awan gelap yang kadangkala berbondong-bondong lagaknya memenuhi langit luas milik Allah. Sahabat yang sangat menggemari kanak-kanak serta bayi kecil seperti Adam. Sahabat itulah yang dengan rela hatinya menghulurkan tangan untuk menyambut Adam ke dalam pelukannya tiap-tiap kali Hakim harus pergi. Sahabat Hakim dunia dan akhirat.


 Pak Seman. Lelaki tua yang tidak pernah lekang dari kopiah putihnya yang sudah agak lapuk. Kopiah pemberian Hakim. Tanda terima kasih di atas segala bantuannya selama mereka berdua bekerja bersama. Lelaki separuh abad yang sentiasa kelihatan tenang wajahnya. Yang tidak pernah terlalu kedekut untuk menyedekahkan senyuman manisnya buat tatapan setiap wajah yang akan datang menemui mereka berdua di pondok jaga di sebalik pintu pagar besar yang memagari bangunan syarikat tersebut. Setiap kali Adam menangis dan merengek tanpa diketahui puncanya, pada Pak Semanlah Hakim akan menyerahkan bayinya. Terkumat-kamit bibirnya membacakan sesuatu ke telinga bayi kecil tersebut. Kemudian, tenanglah semula segalanya.


**********************************************



“Abang dah kurus.”
Itulah ayat pertama yang keluar daripada mulut Anissa pada malam itu. Diusapnya wajah cengkung Hakim yang tersenyum hambar. Terasa lekukan di pipi yang ternyata menampakkan penurunan berat badan yang mendadak. Urat-urat di tangannya pula sudah kelihatan agak jelas. Berwarna kebiruan dan kehijauan. Berselirat bagai ada cacing yang sedang menjalar di dalam isi yang diselaputi kulit yang semakin gelap dan kering. Terbit rasa bersalah di hatinya kerana tidak ada di sisi Hakim selama ini. Pasti suaminya telah melalui waktu-waktu yang amat sukar tanpa bantuannya. Lantas dia menjadi begitu kurus sekali.



“Abang tak sihat ke? Abang dah makan?”
Anissa bertanya bagai anak kecil yang masih sangat naif. Memang begitulah sikap Anissa jika sedang bersama Hakim. Dia cenderung untuk menjadi manja, tidak ubah seperti Ina.



“Sudah sayang. Bergetar kepala lutut abang ni kalau bawak moto tu dengan perut kosong.”



Anissa tergelak kecil. Teringat dia akan saat pertama kali dia membonceng motosikal Hakim. Terasa lemah kepala lutut apabila kaki menjejak semula ke atas tanah kerana ketika berada di atas motosikal, kakinya terasa seperti di awang-awangan. Hampir saja dia rebah saat itu. Namun, setelah 3 tahun hidup membonceng motosikal tersebut, Anissa sudah tidak merasakan getaran itu lagi. Dia sudah lali dengan rasa di awang-awangan itu. Kepala lututnya juga sudah lali dengan rasa itu.


**********************************************


Dia menatap wajah suami tercinta dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang. Sesungguhnya, hanya Allah yang tahu betapa Anissa tidak pernah rasa menyesal kerana menerima lamaran cinta lelaki seperti Hakim kerana tidak pernah sekalipun Hakim tidak ada di sisinya di saat dia sedang bertarung dengan nyawa sendiri, melahirkan permata yang menyinari hidup mereka. Betapa lemahnya dia rasakan di saat itu, rasa seperti putus segala urat saraf, terasa bagaikan nyawa hendak tercabut, terasa bagaikan sudah tidak mampu dan tidak kuat lagi untuk memenangi pertarungan agung tersebut, terasa seperti ingin menyerah sahaja. Namun, kucupan Hakim dan genggaman erat tangannya bagaikan memberi seribu satu kekuatan yang tidak mampu ditafsirkan oleh kata-kata. 


Benar seperti kata Datuk Rosman. Hakim tidak kaya. Hakim tidak sebijaknya. Hakim tidak setaraf dengan wanita sepertinya. Namun, Hakim adalah kebanggaan Anissa. Kebanggaan seorang isteri yang mendambakan lelaki yang tidak sempurna, namun tidak pernah putus berusaha untuk saling menyempurnakan. Lelaki yang dia rasakan ketenangan tatkala dia tatap wajahnya. Lelaki yang menjadi imam kepada baitul muslim yang dia damba-dambakan speanjang penantiannya kepada hati yang kekosongan. Lelaki yang tidak pernah terlalu sibuk untuk membantu isterinya memasak di dapur. Lelaki yang tidak pernah terlalu malas untuk membantunya mengemaskan rumah. Lelaki yang tidak pernah lelah memujuk anak kecilnya di tengah malam meskipun baru beberapa saat memejamkan mata. Dan sesungguhnya, satu-satunya lelaki yang akan mengimamkan solat dan membisikkan azan di saat lahir zuriat, buah cinta dan kasih sayang mereka. Lelaki itu, suaminya.



Anisah mengenggam erat tangan suami tercinta. Dikucupnya tangan hangat tersebut. Kemudian diletakkan di atas perutnya yang sudah membesar.

“Abang……”

“Ya sayang…”


“Nanti Anissa bersalin, abang datang?”

“InsyaAllah sayang. Abang akan datang. Sama macam selalu. Meskipun sepuluh kali lagi Nisa akan bersalin, abang tetap akan datang. Abang akan masuk wad bersalin sebelum sayang  masuk lagi.” Hakim tersenyum manis. Lawak yang sama setiap kali. Namun, tidak pernah basi dan tidak menjadi.



Anisah tergelak lagi. Hakim kadangkala boleh jadi sangat menjengkelkan dengan lawaknya yang tidak masuk akal dan aneh pada Anissa. Namun, lawak-lawak seperti itulah yang akan meriuhkan rumah kecil keluarga tersebut tiap-tiap malam. Tidak pernah sunyi dan sepi.

“Abang…..Kalau Anissa meninggal semasa melahirkan anak ni, abang janji…”


Hakim membulatkan anak matanya. Meremang roma tengkuknya. Suasana hangat kasih sayang yang mereka tadi bertukar serta-merta. Udara dingin mula menerawang lembap, menyalurkan lubuk ketakutan dan kerisauan sebagai mainan rasa.


Segera diletakkan jari telunjuk di bibir Anissa. Tidak ingin mendengar kata-kata Anissa yang selanjutnya.

“Astarghfirullaha'lazim, Anissa! Kenapa cakap macam tu? Takkan ada apa-apa terjadi sayang. InsyaAllah. Segalanya akan selamat. Tidak akan terjadi apa-apa.”

Hakim memeluk erat isterinya. Ucapan-ucapan seperti itu sedikit sebanyak merisaukan jiwanya. Dia sedar. Takdir Allah, tiada siapa mampu menduga. Namun, dia tidak rela Anissa pergi meninggalkannya di saat dia masih sangat memerlukan kasih sayang seorang wanita seperti Anissa. Tidak mungkin ada ganti bagi kasih Anissa. Masih segar di ingatannya babak dalam filem “Anakku Sazali” lakonan Tan Sri P.Ramlee dan Normadiah. Ayat yang sama diucapkan oleh watak wanitanya sebelum melahirkan anak dan bagaimana setelah itu dia pergi meninggalkan suaminya. Hakim takut jika sesuatu seperti itu terjadi kepadanya.



“Abang janji ya. Kalau Allah ambil nyawa Anissa masa tu, abang janji akan jaga anak-anak kita. Abang janji takkan nangis depan anak-anak kita. Kalau Anissa tak sempat nak namakan anak kita, abang janji akan namakan anak kita dengan nama yang baik-baik. Abang janji?” Anissa membulatkan anak matanya. Dia cuba menangkap lirik Hakim yang sudah tertunduk-tunduk menyembunyikan rasa sebak yang mula bertamu di dada.


Anissa masih tidak menyerah. Dia tetap mahu Hakim berjanji dengannya. Sudah dua kali Anissa melahirkan, namun itulah kali pertama Anissa mengeluarkan kata-kata seperti itu. Hatinya tidak keruan. Dia seolah-olah bisa merasakan bahawa perjuangannya kali itu tidak akan semudah dahulu lagi. Ada rasa resah yang membuatkan dia ingin sekali suaminya berjanji sehingga ke tahap itu sekali.



Dengan linangan air mata, Hakim mengucup pipi isteri tersayang. Bergetar seluruh tubuh badan cuba menahan sebak di dada. Pilu hatinya apabila Anissa meminta dia berjanji sebegitu rupa. Andai saja Anissa tahu bahawa dia tidak perlu meminta untuk janji-janji seperti itu. Hakim pasti akan memenuhinya. Apa saja buat isteri tercinta. Betapa besar cintanya untuk Anissa.



“Abang janji sayang. Abang janji. Apapun yang terjadi, abang akan jaga anak-anak kita. Sampai bila-bila, sayang. Selagi hayat dikandung badan…".

Hakim akhirnya menyerah. Jika itu yang Anissa ingin, itulah yang akan dijanjikan. Tidak akan dia membiarkan Anissa resah memikirkan perkara-perkara seperti itu di saat dia ingin melahirkan anak nanti. Anissa tersenyum lega. Dia menghembuskan nafas panjang. Jika dia pergi sekalipun, dia akan pergi dengan senang dan rela hati. 


Dia harus bersedia dengan segala kemungkinan. Untuk melahirkan anak merupakan kelebihan pada seorang wanita yang tidak ada pada seorang lelaki. Itulah perkara yang paling membahagiakan meskipun nyawa menjadi taruhannya dan tidak mungkin ada wanita yang akan serik untuk melahirkan anak biar berapa kali sekalipun, biarpun seberapa sakit dan siksa rasanya. Kerana untuk melihat bayi kecil membuka mata dan mendengar suara tangisannya saja sudah cukup untuk mengubati segala kesakitan di saat melahirkan.


“Pak Seman, doakan Anissa ya. Dia dah nak bersalin. Kali ketiga saya jadi ayah. Tolong jagakan Ina dan Adam ya, Pak Seman. Saya nak pergi temankan Anissa.”  Terpancar kebahagiaan di wajah Hakim yang bakal menyambut kelahiran anak ketiganya. Matanya yang kuyu sebentar tadi bulat semula setelah mendapat panggilan dari hospital.



“InsyaAllah, Hakim. Kau pergilah. Anissa pasti akan selamat. Budak-budak ni, biar pak cik jagakan. Sampaikan salam pak cik pada Anissa dan "saudara" baru kita.” Pak Seman tersenyum lebar. Bahu kanan Hakim ditepuk lembut tanda sokongan yang tidak berbelah bagi. Meskipun yang bakal lahir bukanlah anaknya sendiri, namun dia turut tumpang bahagia apabila melihat Hakim bahagia.


**********************************************



Hakim meluncur laju di atas jalanraya dengan motosikalnya. Dia tidak bisa berlengah-lengah lagi. Anissa pasti tidak akan mampu menahan jika sudah tiba masanya. Tambahan pula, kata-kata Anissa beberapa hari yang lalu masih lagi segar di ingatannya. Membuatkan dia tidak keruan dan semakin resah. Motosikalnya terus meluncur laju membelah angin malam.


**********************************************


Perlahan langkah diatur menghampiri sebujur susuk Anissa yang sudah tidak sedarkan diri. Bayi lelaki yang baru sahaja selesai dibersihkan ditatap dalam-dalam. Persis wanita yang terbujur kaku di atas katil tersebut. Kaku. Tidak bergerak. Para jururawat yang sudah selesai dengan tugasnya segera memberikan laluan kepada lelaki yang mempamerkan wajah tegang apabila melihat akan wanita yang terlantar di atas katil tersebut. Kesemuanya memberikan ruang kepada lelaki tersebut.



“Jangan risau encik. Puan Anissa tidak apa-apa. Dia cuma terlalu penat. Dia akan sedarkan diri sebentar lagi.”  Dengan senyuman manis, jururawat yang sedang memeluk erat bayi lelaki yang dibaluti kain putih menyampaikan berita gembira.



Anissa membuka matanya perlahan-lahan. Ditatapnya wajah lelaki yang turut berada di dalam wad tersebut. Disaksikan oleh para doktor dan jururawat yang sedari tadi berhempas pulas menjalankan tugas dan amanah yang telah diikrarkan suatu ketika dahulu. Lelaki tersebut menghampiri Anissa perlahan-lahan.



“Maafkan saya puan. Suami puan terlibat dalam kemalangan jalanraya dan meninggal di tempat kejadian.” 


Keadaan riuh-rendah menyambut kelahiran bayi baru sebentar tadi menjadi sepi seketika. Kesemuanya kelihatan agak terkejut. Anissa? Riak wajah yang dia pamerkan seolah-olah tidak mampu tergambarkan oleh sesiapapun. Seolah-olah baru saja sebentar tadi nyawa disentap oleh malaikat maut. Ada titisan-titisan suci mula membasahi pipinya. Bagai butiran permata halus.




Tatkala itu juga, sebuah katil ditolak masuk ke dalam wad bersalin yang kini sudah dipenuhi dengan para doktor dan jururawat dari wad-wad lain. Kain putih yang menyelimuti mayat lelaki yang masih segar mengalir darahnya diangkat perlahan-lahan. Wajah itu. Wajah yang tidak asing bagi Anissa. Wajah yang sedari tadi ditunggu-tunggu kehadirannya. Wajah yang diharapkan akan memberi kekuatan melalui kucupan serta genggaman erat tangannya sama seperti waktu-waktu dahulunya. Wajah suami tercinta. Apa yang sudah terjadi kepadanya? Mengapa wajah itu tidak menemuinya dengan senyuman pada hari itu?




Anissa sudah tidak mampu bersuara lagi. Mulutnya terbuka, bibirnya bergerak-gerak ingin mengatakan sesuatu, namun tidak sebutir pun perkataan keluar. Hanya air mata yang mencurah semakin laju lewat mata yang sudah semakin kemerahan. Dari mana lagi akan dia mencari kekuatan setelah ini? Punca kekuatan itu sudahpun terbujur kaku sepertinya. Tidak bernyawa dan tidak mungkin punya kekuatan lagi. Tangannya diangkat perlahan. Bergetar dan sejuk seluruh tubuh badan apabila menyentuh wajah suami yang sudah tidak bernyawa. Kesakitannya sebentar tadi bagaikan sudah tidak terasa lagi kerana dia kini sudah kehilangan segala deria rasanya. Bagaikan sudah kehilangan dirinya sendiri. Jauh di alam lain. Dengan tidak semena-mena, dadanya yang tenang tadi kian berombak. Tersekat-sekat nafasnya. Sehingga suatu detik, dia tersentak kemudian pengsan, tidak sedarkan diri. Mata-mata yang menjadi saksi drama tragis itu hanya tergamam dan terdiam sahaja. Masih tidak percaya dan tidak mengerti.....


Tuesday, July 12, 2011

LOSING MY TEMPER...

Assalamualaikum W.B.T........

   Tengok kat skrin, jam dah menunjukkan pukul 1.26 pagi. Just checking on my blog. Hard to sleep these days. Fikir itu, fikir ini. What? Ada post hilang? Oh! That one huh? Ya..Ya..Ya..Rasanya saya yang dah buang post tu. I never wanted to. But I think, if I want to keep a healthy heart, I better get rid of that post. Why? Because, I'm losing my temper over "tukang komen".

   Hmmmmm...I  think I've finally found a better place to start. But no one ever seems to understand. (lirik lagu neh) Tapi, inilah yang saya nak cakap. I don't think I need anyone to understand me. But then, people like to act as if they really know the real you. Brrrrr..I don't think they should kerana perangai seperti itu sangatlah tidak menyenangkan. Don't judge me, until you really know me. dan orang yang kenal saya itu, hanyalah orang2 yang dekat dengan saya. Contohnya family, sedara-mara. Friends? They don't know me well. Dan jangan pandai2 kata saya itu or ini, melainkan saya sendiri bagitahu anda, saya itu dan saya ini. Jangan main rasa je. Tanya. Kalau nak tahu, tanya dari orang tu sendiri. Baru kita tahu benda yang betul. It's indeed hard and frustrating when you wanna say something, you just can't say it because you takut sakitkan hati orang. And when you say it, people just can't get your points! Bila disuruh berhenti, masih tak berhenti juga. Lampu merah dah menyala, tapi pecut juga. Simple things like that.

   I miss home, I miss being 17, I miss my old friends, my cats and most of all, my beloved family. They are special. My parents, they just let me grow up. They give me the chance to be an independent daughter. Don't really get into my business unless they have to. Maksud saya, mak dan ayah tak pernah mencampuri segala urusan saya. Bila saya ada masalah, saya akan cuba  sedaya upaya settle sendiri dahulu. Bila dah tak boleh, then baru mak dan ayah akan tolong. Bukan maksud mak dan ayah tak pedulikan saya langsung. It's just that they let me do things they way I wanted it to be. Tapi, kalau caranya salah, barulah diperbetulkan. And that's how they teach me to be independent. They give me the chance to explore myself, explore my capability.

   Saya bukan jenis orang yang suka orang lain menyibuk dan mengambil tahu segala urusan saya. I'm just not that kind of a person. Saya memang tak pernah duduk luar sebelum ni. 17 years, I stayed at home. Very close to my family, my relatives. Tapi, saya tak pernah rasa rimas. Walaupun banyak orang di sisi, saya tak pernah rasa lemas. Sejak sampai sini, entahlah. I don't have thousands of friends. Tapi, rasa rimas giler.  Ada je yang nak menyibuk. Macam babysitter jaga baby. Always under pemantauan. Nak jalan mana-mana pun rasa susah. Seolah-olah ada yang sedang memerhati. Haaa....Teruk dah tu. Tahap fobia. Tak tahanlah. Why can't they just let me be? Saya tak kacau sesiapa, so I don't think they should disturb me too. Lainlah kalau perangai tu dah jadi hobi. Tak dapat nak buat apa la. Tapi, kalau dah macam tu, sila kacau orang lain yang suka diambil berat urusannya. Dan saya bukanlah orang itu.  

   And when I obviously say that you have to stop meddling in my business, I really mean it. Dan bila saya dah terang-terang guna bahasa Melayu dengan mengatakan, " tolong berhenti ambil tahu urusan saya. cukuplah sampai di situ." Saya betul-betul maksudkannya. Itu ayat contohla. Tak ada lagi cakap macam tu. Tapi, kalau pernah dengar saya cakap macam tu, maksud saya tu, betul-betul berhenti tau. Jangan pernah campur sikit pun after that. Kalau sampai saya dah cakap macam tu, it means that I don't want to have any connection with you, FOREVER. Not a little bit. Really sorry to say that, but that is me. Sama macam kita bila pandu kereta. Bila lampu merah, berhentilah. Betul-betul berhenti. Kadang-kadang, manusia ni susah nak faham. Bila kita suruh berhenti, masih degil juga. Itu yang jadi masalah tu. Bila saya suruh berhenti komen, berhentilah. Ke tak faham sebab saya guna bahasa kiasan? Sekarang ni, baca baik-baik. STOP! Haaaa....Simple dah tu. Satu patah perkataan sahaja. Satu suku kata. Empat huruf. Dan selalu nampak di mana-mana. Patutnya dah faham sekarang.

   Post macam ni, saya sangat tidak suka. But then, I really think that I should not keep this in my mind anymore. Semak otak. Adakah saya sedang berubah ataupun sudah berubah? Nope. I'm not changing. It's just that, this is the process of growing up. 19 years old pasti tidak akan sama dengan 17 years old. Kalau dulu, saya tak kisah sangat orang nak menyibuk. Tapi sekarang, saya lebih suka independent. Normal, kot. Sebab saya tengok orang lain pun macam tu. When they grow up, ada perubahan fasa dalam kehidupan, ada satu tahap ni di mana kita dikatakan akan memberontak. Semua nak buat ikut kehendak je. But then, bukan memberontak untuk buat perkara yang terlarang. Just wanna be yourself. (perangai2 yang tak baik, jauh2kanlah)  Just wanna be independent.

   Glad that I'm here. Walaupun rimas. Bukan rimas dengan peraturan. Tidak sama sekali. In fact, I like the rules. They humanize me. Huh! "HUMANIZE"? Ada ke perkataan tu? Dalam erti kata lain, peraturan memanusiakan saya. Saya cuma rimas dengan sikap sesetengah manusia di sini je. Bukan pula nak kata saya benci. Kalaupun saya cakap saya benci, tak adanya betul tu. Saya pun tak pandai nak cakap benci tu, macam mana rasanya. Adakah rasa seperti kita nak belasah orang tu? Atau nak bagi dia penampar 5-6 kali?  Suka tu, macam mana pula rasanya. Tu semua rasa2 yang saya tak tahu nak tafsirkan macam mana. Saya cuma tahu satu je, bila saya kata BERHENTI, berhentilah maksudnya tu. Bila saya kata CUKUP, cukuplah maksudnya tu.

   Sangat serupa dengan ayah. Bila ayah kata buat, he really means it. Dan bila ayah kata jangan, he really means it too. Bila anak-anaknya degil, beliau memang akan bagi pengajaran baik punya. ( i wish i could do the same to orang2 yang tak faham bahasa ni. pengajaran baik punya. hahah. takdalah. saya bergurau. nak cakap pun tak berani. ada hati lak nak kasi pengajaran. =.=' ) Pengajaran seumur hidup takkan lupa. But then, itulah yang memanusiakan anak-anak ayah. Dari kecil lagi macam tu. Kalau pergi rumah orang la, tangan tu gatal2 nak kacau itu ini, pegang itu ini, on the spot akan kena. Sebab tu, bila dah umur 4-5 tahun, tahu dah macam mana nak duduk diam je. Semua takut dengan ayah. Heheh. He taught us ethics. Bukan secara direct lah.

   Well, taip punya taip, dah pukul 3 pagi. I really like writing. Bila dah tak berani bercakap, menulislah salah satu cara menyuarakan pendapat. Saya tak suka kekerasan, pergaduhan, sakit hati. Tapi, bila orang dah tak faham-faham, memang saya sakit hati la jugak. Saya pun manusia. I guess, I should stop hoping that people would understand me, because they will never do. Live with the fact that only my family and CLOSEST friends would understand me.

" Dulu kan, saya ingat Dayang ni sombong. Tapi, lainlah. Lain daripada tanggapan saya."

   Itu kata-kata seorang teman. Dah lama kenal, tapi jarang berkomunikasi. See what I mean? Kita takkan kenal melainkan kita duduk satu meja, makan sekali, tidur sekali, tinggal sekali dengan orang tu. Jangan cakap kita kenallah kalau cuma sebulan dua. Jangan suka membuat tanggapan. Instead, tanyalah pada orang tu sendiri. Jangan tanya pada kawan2 dia. Kerana belum tentu apa yang disampaikan tu betul. Apa yang kita tengok, tak sama dengan apa yang kita rasa. Take time to judge people.

   Ok. Sampai di sini sahaja la setakat ni. Dah nak pagi pun. I really hope that this is the last time I'm losing my temper towards someone. Dan tolonglah faham. BERHENTI. LEBIH-LEBIH LAGI BILA TRAFFIC LIGHT DAH TUKAR WARNA MERAH. JANGAN LANGGAR LAMPU MERAH. ACCIDENT KANG.

   Saya tak berniat sakitkan hati siapa2. Saya cuma harap anda semua faham. Tak usahlah saya nak ulang-ulang. Tak best lah kalau post2 saya asyik nak tulis benda2 macam ni je. Macam orang jahat pulak rasanya. Orang pun akan pandang serong bila tulis macam ni. Maafkan saya jika ada salah cakap. Saya cuma nak anda faham. Saya tak suka orang campuri urusan saya. Let me be me lah. Okey? Smile! Peace no war! Klik! Dah tangkap gambar!   Wassalam......   ^_^

P/S : Anda rasa post ini untuk anda? Well, jangan main rasa! Tanya! Tapi yang pastinya, bukan untuk my friends in fb la. But then again, we are all friends. Tak mo gadoh2. Tak bez.   ^_^